Anda di halaman 1dari 4

Bismillah..

Assalaamualaikum wbt.

‫غ ِف َر لَهُ َما تَقَ َّد َم ِمن َذنبِه‬


ُ ‫احتِسابًا‬
ْ ‫صام َرمضانَ ِإيمانًا و‬
َ ‫ َمن‬.
Siapa yang berpuasa dgn penuh keimanan dan mengharapkan
keredhaan Allah maka akan diampunkan segala dosa2nya yang lalu.(
riwayat al-Bukhari)

“Kedatangan Ramadhan amat dinanti, pemergianmu amat ditangisi”.

Yang berusaha Encik Alkonso bin Haji Salleh, Guru Besar SK


Hampalan, turut berusaha Encik Pakir Salleh Bin Ladjahindu, Guru
Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik, Encik Kahal Musakkal,
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, serta Encik Salman Bin
Amboerek, Guru Penolong Kokurikulum, yang dihormati, barisan
guru-guru serta anak-anak didik SK Hampalan yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat ilahi dgn limpah dan


kurniaNya , kita dpt berkumpul bersama pada pagi Jumaat dlm bulan
Ramadhan pada kali ini di dalam Majlis Penutupan Program Ihya’
Ramadhan bagi tahun 2019.

Pada permulaan hari yang berkat ini, mari bersama2, kita menadah
tangan memohon doa kepada Ilahi agar memberkati majlis kita pada
hari ini.
Dengan ini , majlis menjemput Ustaz Mohammad Luqman untuk
memimpin bacaan doa. Majlis mempersilakan.

……..

Terima kasih atas pimpinan doa sebentar tadi.

Tanpa melengahkan masa, majlis dgn ini menjemput YDP PIBG SK


Hampalan, Encik Bidin …………………………. untuk menyampaikan
ucapan. Majlis mempersilakan

Terima kasih diucapkan kepada YDP PIBG SK Hampalan atas ucapan


sebentar tadi

Seterusnya, majlis dgn penuh takzim menjemput Tuan Guru Besar


Encik Alkonso Bin HJ Salleh untuk menyampaikan ucapan perasmian
Majlis Penutupan Program Ihya’ Ramadhan. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

……………….

Terima kasih atas ucapan tuan guru besar sebentar tadi.

Majlis ingin memetik sebuah hadih yang berbunyi:

Orang yg berpuasa itu mempunyai dua kegembiraan . Pertama ialah


ketika ia berbuka dan yg kedua ketika ia bertemu Tuhannya .(hadis
riwayat Bukhori dan Muslim )
Kini, tibalah masa yang dinanti-nantikan iaitu acara penyampaian
hadiah buat para _____________________
__________________beserta penyampaian sumbangan ihya’
Ramadhan peringkat SK Hampalan.

Dengan ini, Majlis Sekali lagi menjemput Encik Alkonso Haji Salleh,
Guru Besar SK Hampalan dan diiringi oleh Encik Pakir Salleh, selaku
bPenolong Kanan Pentadbiran untuk menyampaikan hadiah. Dengan
segala hormatnya, majlis mempersilakan.

……………..

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru Besar atas penyampian


hadiah dan sumbangan sebentar tadi

Seterusnya majlis menjemput Barisan Pentadbir SK Hampalan, rakan-


rakan guru untuk membentuk barisan di hadapan pentas bagi sesi
bersalam-salaman bersama anak-anak didik SK Hampalan yang
dikasihi.

Berakhirnya acara bersalam-salaman sebentar tadi, maka berakhirlah


majlis kita pada hari ini.

Siang bertahan menghitung waktu,

Terawih tak lupa di malam hari,

Mahmudahkan diri setiap waktu,

Walau Ramadhan kan pergi esok hari.


Sesungguhnya yang lemah itu datangnya dari saya dan yang baik itu
datangnya dari Allah.

Sekian, Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai