Anda di halaman 1dari 5

Terima kasih kepada Tuan Pengerusi Majlis,

Assalamualaikum w.b.t.

yang berusaha En. Hashim b. abas GURU BESAR SK LKTP BATU 27 ,YANG DIHORMATI guru
penolong kanan 1 en. Abdul halim tawfek b. Khalil, Guru penolong kanan Hal Ehwal Murid Pn.
Sulaili bt. timyati ,Guru penolong kanan kokurikulum pn. Siti hajar bt. Karmani, guru-guru dan
rakan-rakan sekalian.

Selaku wakil murid tahun enam, saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi peluang
untuk berucap dalam majlis ini.

Guru-guru dan rakan-rakan sekalian,


Sebagaimana yang kita ketahui, hari ini adalah hari kedua terakhir kami menjadi murid Sekolah ini.
Bestari. Selepas ini, kami akan melangkah ke alam persekolahan menengah pula. Selama enam
tahun di sekolah ini, banyak kenangan suka dan duka yang tidak akan kami lupakan.
Yang pastinya, perkara yang paling tidak dapat dilupa adalah sikap guru-guru yang baik di sekolah
ini. Segala titik peluh yang guru-guru sekalian sumbangkan dalam memberi didikan dan tunjuk ajar
sejak mula kami tahu membaca, menulis dan mengira sehinggalah kepada segala ilmu yang
dicurahkan. Budi yang guru-guru taburkan tidak mampu kami balas.

Hadirin sekalian,
Kesempatan yang ada ini juga, saya mewakili rakan-rakan ingin menyusun jari sepuluh
memohon kemaafan. Sepanjang tempoh enam tahun berada di sekolah ini, sudah pasti ada
kesilapan dan kesalahan yang kami lakukan. Segala teguran dan nasihat guru-guru pasti akan kami
sematkan di dada.
Harapan saya semoga rakan-rakan akan terus berusaha dengan gigih apabila berada di
sekolah menengah nanti. Semoga guru-guru di sekolah ini akan terus mendoakan kejayaan dan
kesejahteraan kami. Jika ada kelapangan, pasti kami akan datang lagi menziarahi guru-guru di sini.
Saya akhiri ucapan saya dengan serangkap pantun.

Kalau ada sumur di ladang,


Boleh kita menumpang mandi;
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.
Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum w.b.t.

ALU-ALUAN BISSMILLAHIRRAHMANIRAHIM
PENGACARA
MAJLIS
KE PEKAN KUALA MEMBELI BINGKA,
SAYANG PESANAN TERLUPA SUDAH;
MAJLIS BERMULA TIRAI DIBUKA,
DENGAN ALUNAN MADAH YANG INDAH.

TRADISIONAL MELAYU KITA KAGUMI


TEMA PILIHAN BKGK KALI INI
JAMUAN AKHIR TAHUN KITA MULAI
MENCIPTA KENANGAN TERSEMAT DI HATI

ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA SALAM 1 MALAYSIA.…

YANG DIHORMATI ENCIK HASHIM BIN ABAS GURU BESAR SK LKTP BATU 27

YANG DIHORMATI EN. ABDUL HALIM TAWFEK B. KHALIL, GPK PENTADBIRAN

YANG YANG DIHORMATI PN. SULAILI BT TIMYATI, GPK HEM


PE
YNGG YANG DIHORMATI PN. SITI HAJAR BT. KARMANI , GPK KOKURIKULUM

YANG GURU-GURU, STAF SOKONGAN SEKOLAH SERTA RAKAN-RAKAN SEKALIAN.

ALHAMDULILLAH, MARILAH KITA SAMA-SAMA MEMANJATKAN SYUKUR KE HADRAT


ILAHI KERANA DENGAN LIMPAH KURNIANYA, MAKA KITA DIBERIKAN LUANGAN
WAKTU UNTUK SAMA-SAMA BERKUMPUL DI DEWAN YANG PERMAI INI UNTUK
MAJLIS JAMUAN AKHIR TAHUN TAHUN 6 2017

ANAK MONYET ANAK KERA


ANAK SINGA BERNAMA TAHIM
SAMBIL BERKUMPUL BERAMAH MESRA
MEMPERERATKAN LAGI SILATURRAHIM

TUJUAN MAJLIS INI DIADAKAN,BUKAN SAHAJA UNTUK MAJLIS MAKAN-MAKAN ,IA


JUGA MENJADI MEDAN TERAKHIR BAGI KAMI UNTUK BERAMAH MESRA SESAMA
KITA, KERANA PADA TAHUN DEPAN KAMI AKAN MELANGKAH KE SEKOLAH
MENENGAH

DOA PARA HADIRIN SEKALIAN,

KALAU PERGI KE TANJUNG KERAMAT,


ANAK MANIS JANGAN DIANGKAT;
BERSAMA KITA MEMOHON RAHMAT,
MOGA MAJLIS MENDAPAT BERKAT.

BAGI MEMBERKATI MAJLIS PADA PTG INI,,DIPERSILAKAN MOHD YUSRI B. NOOR


RIZIAN UNTUK MEMIMPIN BACAAN DOA. DIPERSILAKAN
MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA MOHD YUSRI B. NOOR
RIZIAN ATAS BACAAN DOA SEBENTAR TADI.

UCAPAN WAKIL HADIRIN YANG DIMULIAKAN,


MURID
TAK MOLEK, JIKA ADA ALU TIADA LESUNGNYA
TAK BERGUNA JIKA ADA DAYUNG TIADA PERAHUNYA
TAK LENGKAPLAH MAJLIS JIKA TIADA YANG BERBICARA

MEMULAKAN BINGKISAN UCAPAN, MAJLIS DENGAN PENUH TAKZIMNYA


MEMPERSILAKAN RAKAN KAMI, MOHD AIDIL IMAN B. ABDUL SHUKOR UNTUK
MENITIPKAN SEPATAH DUA KATA.
DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN…

MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA MOHD AIDIL IMAN B. ABD
SHUKOR ATAS UCAPAN BELIAU.

UCAPAN GURU HADIRIN YANG DIHORMATI,


BESAR
PERGI KE KOTA BELI SELASIH,
SAYANG SI DARA BUAT HALWA;
BERILAH KATA SIMPULAN KASIH,
SULAMKAN MESRA SATUKAN JIWA.

MENERUSKAN BINGKISAN, MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN


TUAN GURU BESAR, EN HASHIM B. ABAS UNTUK MENYAMPAIKAN SEPATAH DUA
KATA.

MAJLIS MERAKAMKAN PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA EN. HASHIM B.


ABAS ATAS UCAPAN ITU TADI. KATA-KATA TUAN GURU BESAR MENJADI AZIMAT
DAN BEKALAN KAMI PADA MASA HADAPAN.
UCAPAN GURU HADIRIN YANG DIHORMATI,
BESAR
MENERUSKAN BINGKISAN, MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN
MURID-MURID TAHUN 6 UNTUK MENYAMPAIKAN PERSEMBAHAN NYANYIAN YANG
BERTAJUK “CIKGU KU”

TERIMA KASIH KEPADA MURID2 TAHUN 6 ATAS PERSEMBAHAN ITU TADI


PENYAMPAIAN HADIRIN DAN HADIRAT YANG DIHORMATI SEKALIAN,
HADIAH
TIAP PERTEMUAN PASTI ADA PERPISAHAN
ITU ADAT, ITU LUMRAH KEHIDUPAN
BEGITULAH RENTETAN PERJALANAN
WALAU SUKAR UNTUK DITELAN
TAPI KAKI TETAP MENGORAK JALAN
SELAGI HAYAT DIKANDUNG BADAN

SAMA ADA KITA SEDAR ATAU TIDAK, PERJALANAN KAMI DI SINI SEMAKIN HAMPIR
KE PENGHUJUNGNYA. ESOK ADALAH TITIK TOLAK TUJUAN DAN ARAH KAMI.
DOAKAN KAMI MENDAPAT KEPUTUSAN YANG CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN
UPSR ESOK.
BAGI MENGHARGAI JASA BAIK GURU-GURU YANG TELAH MENGAJAR KAMI SELAMA
INI, KAMI TELAH MENYEDIAKAN SEDIKIT CENDERAHATI KENANG-KENANGAN.

UNTUK ITU, SAYA MEMPERSILAKAN MUHAMMAD AIDIL IMAN UNTUK


MENYAMPAIKAN HADIAH KEPADA GURU-GURU DAN STAF SEKOLAH.

DIPERSILAKAN
1. EN. HASHIM B. ABAS
2. EN. ABDUL HALIM TAWFEK B. KHALIL
3. PN. SULAILI B. TIMYATI
4. PN. SITI HAJAR BT. KARMANI
5. EN. KAMARUDDIN B. KARMAN
6. EN. MOHD JAAFAR B. HUSIN
7. EN. NIK SYAHAYADI B, NIK DAUD
8. USTAZ NIZAM B. RAHIM
9. USTAZ RUSLEE B. BEDOL
10. EN. AZMI BADIUZZAMAN B. HASHIM
11. EN. JAMALUDIN B. ALI
12. PN. NORAIDAH BT MAHMOH
13. PN. NU ASHIKIN BT MADON
14. PN.ROSAINI BT. MAJID
15. PN. ZANARIANA BT. MOHMAD DON
16. PN. SALMAH BT ABD RAHMAN
17. PN. NOOR HIDAYA BT. MOHD JAMIL
18. PN. RUZITAH BT. TALIB

JUGA TIDAK LUPA KEPADA STAF SEKOLAH


DIPERSILAKAN
19. PN. ASMAH BT. SAMIAN
20. PN.SITI ZAIAH BT KHANCIL
21. DAN EN MOHD RIDZUAN B. ADAM

SETERUSNYA DIPERSILAKAN EN. HASHIM B. ABAS UNTUK MENYAMPAIKAN HADIAH


SEMPENA PROGRAM GERAHK GEMPUR

BAGI PERTANDINGAN BADMINTON


1. KATEGORI PASUKAN LELAKI, DIMENANGI OLEH KUMPULAN MOHD AFFLINN
B. MOHD FUAN
2. KATEGORI PASUKAN PEREMPUANDIMENANGI OLEH KUMPULAN INTAN
FARISHA ELYANA BT. JASMIN

BAGI PERTANDINGAN PROJEK TMK, KUMPULAN YANG MEMENANGI


PERTANDINGAN EXPLORE RACE RBT IALAH KUMPULAN MOHD AIDIL IMAN B. ABD
SHUKOR

BAGI PERTANDINGAN KAJIAN KES SEJARAH


TEMPAT PERTAMA DIMENANGI OLEH NURUL AMYRA AZEYRA
TEMPAT KEDUA DIMENANGI OLEH NUR SAERAH

BAGI PERTANDINGAN CONGKAK


TEMPAT PERTAMA DIMENANGI OLEH MOHD AZIZZAN
TEMPAT KEDUA DIMENANGI OLEH MUHMMAD NAIM
TEMPAT KETIGA DIMENANGI OLEH NUR SAERAH
BAGI PERTANDINGAN GUBAHAN TUALA
TEMPAT PERTAMA DIMENANGI OLEH HAZIQ IRFAN
TEMPAT KEDUA DIMENANGI OLEH DADDIES SITI NUR FADILLAH.
TEMPAT KETIGA DIMENANGI OLEH MOHD AFLINN

TERIMA KASIH KEPADA TUAN GURU BESAR KERANA SUDI MENYAMPAIKAN


HADIAH ITU TADI.
MAKAN/ TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN,
PERSEMBAHAN
BAND
SETERUSNYA KAMI MENJEMPUT TUAN GURU BESAR DAN SEMUA GURU PENOLONG
KANAN UNTUK MEMOTONG KEK YANG DISEDIAKAN.
TERIMA KASIH KEPADA TUAN GURU BESAR DAN SEMUA GPK
…………………………………..
PULAU PANDAN JAUH KE TENGAH
GUNUNG DAIK BERCABANG TIGA
DOA SUDAH UCAPANPUN SUDAH
TIBA MASA MENJAMU SELERA

SORONG PAPAN TARIK PAPAN


MAKAN KERANJI DALAM PERAHU
SURUH MAKAN KITA MAKAN
JANGANLAH SEGAN JANGANLAH MALU

DIPERSILAKAN GURU-GURU UNTUK MENJAMU SELERA