Anda di halaman 1dari 4

6 Mac 2018/ SELASA/PERTANDINGAN NASYID SEK REN-MTQ 2018

TEKS JURUACARA PERTANDINGAN NASYID SEK. REN DAERAH -MTQ 2018

BIL ATURCARA CATATAN

UCAPAN ALU-ALUAN PENGACARA MAJLIS

1. INDAH BERBALAM SI AWAN PETANG


BERARAK DICELAH PEPOHON ARA
PEMANIS KALAM SELAMAT DATANG
AWAL BISMILLAH PEMBUKA BICARA

Bismillahhirahman nirahim…
Assalammualaikum w.b.t

Yang Dihormati

Barisan para hakim yang adil lagi bijaksana. AJK Pelaksana, guru-guru pengiring ,
para peserta nasyid serta para pelajar yang dikasihi sekelian

Alhamdullilah
Bersyukur kita ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurnia, serta keizinan-Nya ,
dapat kita berkumpul bagi menjayakan, Majlis Tadarus Al-Quran dan Festival
Nasyid, Sekolah-sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia, Peringkat Daerah, bagi
tahun 2018 untuk acara “FESTIVAL NASYID” Kategori Sekolah Rendah.

2. BACAAN UMMUL KITAB-AL FATIHAH

Hadirin yang dihormati sekalian,

Bagi memberkati majlis pada hari ini, marilah sama-sama kita mulakan dengan
bacaan ummul kitab..AL FATIHAH

Amin…amin ya Rabbal Alamin..

3. MEMPERKENALKAN JURI

Hadirin sekalian,

Sebelum kita menyaksikan festival nasyid, izinkan saya memperkenalkan barisan


hakim yang akan mengendalikan festival nasyid kita pada hari ini.

Memperkenalkan:

Page | 1
1)…………………………………………………………………………………………………………… ..
Merupakan hakim yang menilai bahagian lagu dan juga selaku KETUA HAKIM

2)…………………………………………………………………………………………………………………
.
Merupakan hakim yang menilai bahagian suara/gaya

3)…………………………………………………………………………………………………………………
..
Merupakan hakim yang menilai bahagian persembahan

4)…………………………………………………………………………………………………………………
…
Merupakan hakim yang menilai bahagian lirik

UCAPAN KETUA HAKIM-SYARAT PERTANDINGAN


4.
Hadirin sekelian,

Seterusnya, saya menjemput KETUA HAKIM Festival Nasyid Sekolah Menengah


untuk menerangkan syarat-syarat pertandingan secara ringkas dan tepat.
Dengan segala hormatnya dipersilakan..

Terima kasih diucapkan kepada………………………………………………………………….


Atas penerangan itu tadi

5 PERTANDINGAN NASYID BERMULA


KUMPULAN 1.

LAKSMANA HANG TUAH LAKSAMANA MELAKA


NAMA TERMASYHUR DAHULU KALA
MAJLIS BERMULA TIRAI DIBUKA
FESTIVAL NASYID AKAN BERMULA
Para hadirin sekelian,

Kini tibalah masanya, majlis menjemput Kumpulan yang mendapat giliran yang
pertama untuk memulakan pertandingan.
Dipersilakan

Terima kasih diucapkan kepada kumpulan pertama yang telah membuat


persembahan.
Hadirin Sekelian

Page | 2
Kita beralih pula kepada kumpulan yang mendapat giliran yang kedua iaitu,
kumpulan yang terakhir untuk membuat persembahan.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

Dengan berakhirnya persembahan daripada kumpulan yang kelapan itu tadi,


maka berakhirlah “FESTIVAL NASYID” Kategori Sekolah Menengah
(BERKUMPULAN).
Terima kasih diucapkan kepada kumpulan yang terakhir membuat persembahan
itu tadi

13. MEMPERKENALKAN KUMPULAN YANG BERTANDING

Hadirin yang dihormati sekelian,


Sebelum majlis melabuhkan tirainya, izinkan saya memperkenalkan barisan
peserta festival nasyid sebentar tadi.

Untuk makluman hadirin sekelian, sebanyak lapan buah sekolah menengah yang
bertanding.

Kumpulan yang mendapat giliran PERTAMA datangnya daripada:

NAMA SEKOLAH:………………………………………………………………………..

NAMA KUMPULAN:……………………………………………………………………

Kumpulan yang mendapat giliran KEDUA datangnya daripada:

NAMA SEKOLAH:………………………………………………………………………..

NAMA KUMPULAN:……………………………………………………………………

Majlis mengucapkan sekalung tahniah dan syabas kepada semua peserta Festival
Nasyid Kategori Sekolah Menengah (BERKUMPULAN)

14. TAMAT PERTANDINGAN

Sidang hadirin sekelian, majlis berehat seketika bagi memberi laluan kepada
barisan hakim untuk membuat pengiraan markah .

Majlis akan bersambung kembali bertempat di Dewan Terbuka Sk Delayan untuk


Pertandingan Bercerita.

BUNGA DEDAP DI ATAS PARA


ANAK DUSUN PASANG PELITA
KALAU TERSILAP TUTUR BICARA
JEMARI DISUSUN MAAF DIPINTA

Semoga Allah swt memberkati majlis kita pada hari ini

Page | 3
Sekian. Wabillah hi taufik wal hidayah Wassalammualaikum warahmatulah
hiwabarakatuh.

TERIMA KASIH.

Page | 4

Anda mungkin juga menyukai