Anda di halaman 1dari 1

Nama Sekolah: Sekolah Kebangsaan Kuala Kahaba Keningau

Tarian: Kreatif

Sinopsis Batu Tumaam

Menurut cerita penduduk kampung Kahaba, terdapat sebuah batu yang dikenali sebagai Batu
Tamaam. Menurut cerita daripada penduduk kampung tersebut bahawa batu ini mempunyai
banyak pantang larang. Antaranya ialah seseorang itu tidak boleh melalui kawasan batu
tersebut dengan keadaan kempunan atau bersendirian. Kempunan yang sinonimnya bermaksud
jika seseorang itu disuruh makan atau minum dia haruslah menyentuh jamuan tersebut. Jika
tidak, semangat jahat dari batu tersebut akan mengambil nyawa seseorang itu dengan cara
menelan. Selain itu, sesiapa yang ingin melalui kawasan batu itu hendaklah berjalan secara
berkumpulan dan tidak berbuat bising atau menegur sesuatu benda yang pelik. Jika semua
pantang larang tersebut diingkari, nyawa penduduk kampung tersebut akan sentiasa berada
dalam keadaan bahaya dan banyak nyawa yang akan ditelan oleh batu Tumaam tersebut.

Anda mungkin juga menyukai