Anda di halaman 1dari 10

SKRIP JURUACARA MAJLIS SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-56 TAHUN 2013 DAN JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI TARIKH

: 29 SEPTEMBER 2023 MASA : 11.00 PAGI TEMPAT : DEWAN TERBUKA SKPK PEKAN TUARAN Irama beralun gendang dipalu, Langkah diayun berpasang-pasang, 56 tahun telah berlalu, Malaysia megah menyambut kemerdekaan.

Bismillahirahmanirahim.Assalamualaikum dan salam 1Malayisa diucapkan kepada: - Yang Dihormati Tuan Guru Besar, En Wong On Fook - Guru Penolong Kanan 1, En Taufik Abdullah - Guru Penolong Kanan HEM, Puan Luciana - Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Pn Lourine Kundandang

- Warga pendidik dan KTBM SKPK Pekan Tuaran serta murid-murid yang dikasihi sekalian.

Sebagai pembuka tirai majlis kita pada hari ini, dijemput semua warga SKPK Pekan Tuaran berdiri dan sama-sama menyanyikan lagu Negaraku dan Lagu Sabah Tanah Airku. (lagu dimainkan PA System) Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas nyanyian itu tadi. Hadirin dipersilakan duduk.

Ceria wajah dalam majlis Hati berkobar, semangat dibawa Sambutan merdeka penyeri majlis Sematkan gagah di dalam jiwa. Selamat dating ke Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan SK Pendidikan Khas Pekan Tuaran bagi tahun 2013. Samasamalah kita memanjatkan setinggi rasa kesyukuran ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia dan izinNya

dapat kita sama-sama berhimpun dan menyatukan tekad di dalam majlis ini dengan penih kedamaian dan keamana. Kedamaian dan keamanan ini sebagai tanda bahawa negara ini berada dalam kestabilan politik dan kita mampu berkongsi muafakat untuk hidup bersama . Sesungguhnya sambutan kemerdekaan ini diadakan sebagai tanda bahawa para guru dan pelajar sekolah ini dapat seiring dan sederap melangkah, dengan semangat kesungguhan yang berkobar-kobar dan beriiltizam tinggi untuk menjadi warganegara yang patriotik . Untuk pengetahuan semua, pada tahun 2013 ini tema bagi sambutan kemerdekaan kali ke 56 ini ialah Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku.

UCAPAN PENGETUA Pahlawan melayu gagah perkasa, Musuh dating habis dibasmi, Tuan sudah diberi kuasa, Sudilah kira pohon merasmi.

Majlis

dengan

segala

hormatnya

menjemput

Yang

Berusaha En Wong On Fook Guru Besar SKPK Pekan tuaran untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis Sambutan Merdeka raya bagi tahun 2013 ini.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan Guru Besar sebentar tadi.

PERSEMBAHAN MURID Berbilang kaum hidup bersama, Bersopan santun amatlah mesra, Tak kira bangsa juga agama, Hari kemerdekaan disambut dengan gembira. Aturcara seterusnya adalah persembahan koir daripada murid-murid SKPK Pekan Tuaran bagi lagu Jalur Gemilang dan Tanggal 31. Hadirin di jemput berdiri dan menyanyikan bersama-sama lagu tersebut sambil mengibarkan Jalur Gemilang. Dipersilakan

Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada murid-murid dan warga SKPK Pekan Tuaran atas nyanyian dua buah lagu itu tadi.

Warga SKPK sekalian, Kini tibalah acara kemuncak iaitu penyampaian hadiah bagi acara yang dipertandingkan sempena Sambutan Hari Kemerdekaan bagi tahun 20313 yang berlansung pada jam 8.00 pagi tadi. Bagi menyempurnakan upacara ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Guru Besar, En Wong On Fook untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Bagi pertandingan Tampal dan Gunting perkataan MERDEKA: Pemenang tempat ketiga dimenangi oleh Tempat kedua pula dimenangi oleh.. Juara bagi pertandingan ini ialah Terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru Besar.

Terbang tinggi si burung helang Berkicau kenari sambil berterbangan Insan cemerlang Negara terbilang, Bakat diserlah tanda kecemerlangan.

Acara diteruskan lagi dengan persembahan murid iaitu deklamasi sajak yang bertajuk Tanah Airku yang digarap oleh Usman Awang, disampaikan oleh adik . (Sajak dengan iringi muzik) Terima kasih daun keladi, lain kali buat persembahan lagi. Hebat sungguh dan penuh dengan emosi deklamasi sajak itu tadi.

Hadirin sekalian, Seterusnya majlis menjemput Penolong Kanan 1 iaitu En Taufik Abdullah untuk menyampaikan hadiah kepada

pemenang pertandingan Mewarna Poster yang disertai oleh murid Tahap 2. Dipersilakan Pemenang tempat ketiga dimenangi oleh Tempat kedua pula dimenangi oleh.. Juara bagi pertandingan ini ialah Terima kasih diucapkan kepada En Taufik Abdullah atas penyampaian hadiah itu tadi.

Majlis ini diserikan lagi dengan persembahan nyanyian solo oleh penyanyi kebanggaan SKPK Pekan Tuaran iaitu EN Jamil wakil dari KTBM SKPK Pekan Tuaran untuk nyanyian lagu Bahtera Merdeka. Dipersilakan (nyanyian solo) Merdu sungguh hingga menusuk jiwa dan kalbu nyanyian lagu itu tadi. Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

Kini tibalah kemuncak majlis penyampaian hadiah bagi pertandingan yang dinanti-nantikan oleh murid dan warga

SKPK iaitu pemenang pertandingan Pakaian Tradisional Terbaik. Bagi kategori murid, pakaian terbaik bagi murid

perempuan ialah.. Manakala pakaian terbaik bagi murid lelaki dimenangi oleh.. Untuk kategori warga pendidik dan KTBM SKPK Pekan Tuaran: Juara Pakaian Tradisional Terbaik untuk kategori wanita bagi tahun 2013 dimenangi oleh pemilik pakaianyang bernama. Manakala bagi kategori lelaki pula, pemilik pakaian segak bergaya dengan sampan di pinggang dimenangi oleh..

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

Hadirin hadirat sekalian, Terbang sekawan si burung merbuk, Singgah sebentar di Tanjung Dara, Padamu tuan kami persembah Santapan kasih juadah mesra. Dengan ini dijemput warga SKPK Pekan tuaran untuk menjamu selera sempena Jamuan Hari Raya Aidilfiri yang telah disediakan. Maka berakhirlah majlis Sambutan Merdeka. Jika terdapat kesalahan dan kesilapan sama ada dari segi tutur bicara, lenggok bahasa dan tingkah laku sepanjang program berlansung, juraan kemaafan dipinta Saya akhiri majlis ini dengan lafaz yang mulia, Wabillahi Tauik Walhidayah Asssalamualakin Warahmatullah Hiwabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai