Anda di halaman 1dari 3

SKRIP JURUACARA

PROGRAM PELANCARAN KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG


SEMPENA SAMBUTAN PERAYAAN BULAN KEMERDEKAAN KE 56
TAHUN 2013
SAM NURUL IMAN

1. KATA ALU-ALUAN.
Yang berusaha Puan Junainah Bt. Yaakob, Pengetua SAM Nurul Iman,
Puan Kalsum Bt. Sidek, Penolong Kanan Akademik, Puan Anizah Bt
Ayob, Penolong Kanan HEM, Puan Istikomah Bt. Siwar, Penolong
Kanan Ko Kurikulum, Guru-guru bidang, rakan-rakan guru seterusnya
putera dan puteri yang menjadi tiang negara dan harapan bangsa yang
disayangi.
Assalamualaikum wbt , salam sejahtera, Salam Keilmuan dan Salam 1
Malaysia.
Ceria wajah dalam majlis
Hati berkobar, semangat dibawa
Sambutan merdeka penyeri majlis
Sematkan gagah di dalam jiwa
Selamat datang ke Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan SAM Nurul
Iman 2013. Sama-samalah kita memanjatkan setinggi rasa kesyukuran
ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izinNya dapat kita
sama-sama berhimpun dan menyatukan tekad di dalam majlis ini
dengan penuh kedamaian dan keamanan. Kedamaian dan keamanan
ini sebagai tanda bahawa negara ini berada dalam kestabilan politik dan
kita mampu berkongsi muafakat untuk hidup bersama . Sesungguhnya
sambutan kemerdekaan ini diadakan sebagai tanda bahawa para guru

dan pelajar sekolah ini dapat seiring dan sederap melangkah, dengan
semangat kesungguhan yang berkobar-kobar dan beriiltizam tinggi
untuk menjadi warganegara yang patriotik.
2. DOA
Anugerah di kecap si anak watan
Mengangkat senjata bidalan suara
Menadah tangan memohon keberkatan
Mendapat restu hidup sejahtera
Untuk memberkati majlis, dengan sukacitanya dijemput Al Fadhil Ustaz
Azmi untuk memimpin bacaan doa.
Dipersilakan.......................................
DOA
Terima kasih kepada Ustaz Azmi atas bacaan doa sebentar tadi.
Seterusnya, majlis mempersilakan kontinjen badan beruniform SAM
Nurul Iman untuk membawa Jalur Gemilang ke pentas SAMNI.
Dengan segala hormatnya, dipersilakan..........................................
3. Perasmian.
Pahlawan Melayu Gagah Perkasa,
Musuh datang habis dibasmi,
Tuan sudah diberi kuasa,
Sudilah kira, pohon merasmi
Untuk merasmikan majlis kita pada hari ini, dengan segala hormatnya
menjemput Puan Pengetua, Puan Junainah Bt. Yaakob untuk menerima
Jalur Gemilang dan seterusnya menurunkan tandatangan sebagai
simbolik pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan pada tahun 2013.
Seterusnya, bagi upacara penyerahan Jalur Gemilang kepada ketuaketua kelas, dipersilakan sekali lagi Pn. Junainah bagi menyerahkan
Jalur Gemilang kepada setiap kelas dan premis.

Dijemput Adam Putra, Ketua Umum sebagai wakil untuk menerima Jalur
Gemilang bagi setiap kelas.
Dijemput Pn. Norain Bt Adnan sebagai wakil untuk menerima Jalur
Gemilang bagi setiap premis.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih.
Hadirin yang dihormati,
Pujangga Melayu pernah berbicara,
Berdayung sampan telah tiba di seberang,
Menuruni lurah, telah sampai di kaki bukit
Setiap permulaan, pasti ada pengakhirannya.
Mengakhiri majlis kita, pada pagi yang gemilang ini. Marilah kita samasama menyanyikan lagu patriotik iaitu Jalur Gemilang.
Semua hadirin diminta berdiri dan bersedia. Mohon dinyanyikan dengan
penuh semangat.
Dengan nyanyian itu tadi, maka berakhirlah PROGRAM PELANCARAN
KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG SEMPENA SAMBUTAN
PERAYAAN BULAN KEMERDEKAAN KE 56,TAHUN 2013 kita pada
pagi ini. Jika terdapat kesalahan dan kesilapan sama ada dari segi tutur
bicara, lenggok bahasa dan tingkah laku sepanjang program
berlangsung, sejuta kemaafan dipinta.
Tenang-tenang air di kali
Tempat mandian putra puteri
Sempurna sudah majlis dirai
Salah dan silap harap dimaafi
Saya akhiri majlis ini dengan lafaz yang mulia,
Wabillahi Taufik Walhidayah.
Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai