Anda di halaman 1dari 3

TEKS MAJLIS PENUTUPAN HARI KEMERDEKAAN

MURID SEMUA MURID DIKEHENDAKI BERKUMPUL DALAM


BERKUMPUL KEADAAN SENYAP
Nyanyian : Semua hadirin diminta berdiri untuk menyanyikan lagu
Lagu Negaraku Negaraku dan Lagu negeri Perak dengan penuh semangat
Lagu negeri Perak

*Selesai menyanyi

Semua hadirin dipersilakan duduk


DOA
Anugerah dikecap si anak watan,
Mengangkat senjata bidalan suara;
Menadah tangan memohon keberkatan,
Mendapat restu hidup sejahtera.

Hadirin yang dimuliakan,

Bagi memberkati majlis kita pada pagi penuh barakah ini,


marilah Bersama- sama kita menadah tangan
mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh MOHAMAD
SHAHRUL IDZUWAN BIN AHMAD (401)

*Dipersilakan

Amin Amin Ya Robbal Alamin. Majlis merakamkan ucapan


terima kasih kepada MOHAMAD SHAHRUL IDZUWAN
BIN AHMAD (401)

Atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

SALUTASI Yang Berusahaa EN MOHAMAD ROZY BIN NGADIRAN


Pengetua

YM PUAN RAJA ZAKIYAH BT RAJA LEMAN (PKP)

Yg Berusaha TN HJ. MAZELAN BIN HJ. AHMAD (PK


HEM)

Yg. Berusaha PN BOHIYAH BINTI ZAKHARIA (PK KOKO)

Barisan Guru Kanan, Guru- guru dan seterurnya rakan-


rakan sekalian.

Hati-hati membuka peti,


Peti pusaka zaman berzaman;
63 tahun janji ditepati,
Malaysia merdeka penuh keamanan.

Asslammualaikum wbt.

Alhamdulillah setinggi ucapan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat


Ilahi kerana dengan limpah rahmat-Nya pada pagi yang penuh
barakah ini, kita diberi kesempatan untuk sama-sama berkumpul
bagi Majlis Sambutan Penutup Bulan Kemerdekaan dan Hari
Malaysia dengan penuh kedamaian dan keamanan. Kedamaian
dan keamanan ini sebagai tanda bahawa negara ini berada
dalam kestabilan politik dan kita mampu berkongsi muafakat
untuk hidup bersama . Sesungguhnya sambutan kemerdekaan
ini diadakan sebagai tanda bahawa para guru dan pelajar
sekolah ini dapat seiring dan sederap melangkah, dengan
semangat kesungguhan yang berkobar-kobar dan beriiltizam
tinggi untuk menjadi warganegara yang patriotik..

UCAPAN OLEH Pahlawan Melayu Gagah Perkasa,


Pengetua Musuh datang habis dibasmi;
Tuan sudah diberi kuasa,
Sudilah kira, pohon merasmi..

Seterusnya, memulakan bingkisan ucapan, majlis dengan


segala hormatnya mempersilakan YG BERUSAHA ENCIK
MOHAMAD ROZY B NGADIRAN Pengetua SMKDWAR
untuk menyampaikan ucapan sempena penutupan program
sambutan bulan kemerdekaan peringkat smkdwar tahun
2020.

*Dipersilakan

****SELESAI UCAPAN

*Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada YG


BERUSAHA ENCIK MOHAMAD ROZY B NGADIRAN
Pengetua SMKDWAR atas ucapan itu tadi
PERSEMBAHAN Bagai tiada serinya jika majlis pada hari ini jika tiada
MURID persembahan daripada anak didik yang kasihi. Untuk itu,
majlis diteruskan dengan persembahan nyanyian solo. Oleh
itu majlis menjemput:

1. Saudara MOHD SHAHIR B SHAHARUDDIN (404)


2. SUDARA MUHAMMAD AZRIL B MAT HASHIM
(404) – SEBAGAI PEMAIN GITAR

Untuk menyampaikan lagu yang bertajuk WARISAN


Dipersilakan.

Persembahan kedua pula,majlis menjemput saudara


MUHAMMAD SHAHID KAMIL BIN BAHAROM
( 1BESTARI)
Dengan nyanyian lagu BAHTERA MERDEKA

***SILA BERI TEPUKAN PALING GEMURUH ATAS


PERSEMBAHAN KETIGA- TIGA ORANG MURID ITU
TADI.

PENYAMPAIAN Seterusnya tibalah kita ke acara kemuncak kita pada hari ini
HADIAH iaitu penyampaian hadiah bagi pertandingan -pertandingan
yang telah dijalankan sebelum ini.

*Untuk menyempurnakan penyampaian hadiah ini, majlis


dengan sukacitanya menjemput Yang berusaha TN HJ
MAZELAN BIN HJ AHMAD, GURU KANAN
KEMANUSIAAN UNTUK MENJEMPUT DAN MENGIRINGI
YANG BERUSAHA EN. MOHAMAD ROZI BIN
NGADIRAN, PENGETUA SMKDWAR untuk
menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

[RUJUK KERTAS]
***Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada YANG
BERUSAHA EN. MOHAMAD ROZI BIN NGADIRAN,
PENGETUA SMKDWAR kerana sudi menyampaikan
hadiah kepada pemenag- pemenang itu tadi.
NYANYIAN LAGI Seterusnya kita akan menyanyikan lagu patriotik. Oleh itu,
PATRIOTIK saya mohon semua guru dan murid berdiri…
(JALUR
GEMILANG)
*Berakhirnya lagu patriotik itu tadi, maka berakhirlah
MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN TAHUN
2020. Saya mewakili Jawatankuasa kerja majlis hari
penutupan bulan kemerdekaan ingin merakamkan jutaan
terima kasih kepada semua yg terlibat samada secara
langsung mahupun tidak langsung dalam memastikan
kelnacaran majlis ini. Saya juga ingin memohon kemaafan
sekiranya ada terlanjur kata samada secara sedar atau
tidak sepanjang mengacara majlis ini.

Sekian. WBT.

Anda mungkin juga menyukai