Anda di halaman 1dari 5

KESELAMATAN DIRI MURID DI SEKOLAH

 Semasa balik atau datang ke kawasan sekolah atau keluar ke tandas, setiap
murid digalakkan berteman dan tidak berseorangan.
 Murid dilarang mengadakan perjumpaan atau berdua-duaan di kawasan
terselindung, tersembunyi atau gelap atau kawasan-kawasan larangan.
 Sekiranya murid harian yang mengikut kelas tambahan pada waktu malam
kebenaran bertulis daripada ibubapa diperlukan.
 Semasa datang dan balik sekolah, murid-murid mesti diiringi oleh ibubapa
atau penjaga.
 Semua kenderaan bermotor murid, mesti diletakkan kawasan yang telah
ditetapkan.
 Semasa keluar dari kelas atau semasa pertukaran kelas, membeli makanan
di kantin atau tamat waktu persekolahan, murid-murid mesti bergerak dalam
barisan dan teratur.
 Semua murid yang datang dengan motosikal, mesti memiliki lesan memandu
dan memakai topi keledar. Sebarang kehilanggan motosikal adalah
tanggungjawab murid dan ibu bapa.
 Semua murid yang terlibat dalam aktiviti sekolah seperti lawatan wajib
mengisi Surat Kebenaran Ibu bapa.
 Semua ibu bapa atau penjaga murid yang keluar masuk dalam kawasan
sekolah wajib menulis nama di Pondok Keselamatan. Sekiranya murid keluar
dari kawasan sekolah sewaktu sesi PdPc maka kebenaran dari Pentadbir
Sekolah diperlukan.
PEPERIKSAAN DAN UJIAN
 Kehadiran dalam semua peperiksaan dan ujian adalah wajib.
 Semua murid hendaklah menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan serius
dan tekun.
 Semua murid tidak dibenarkan bising, meminjam alat-alat daripada kawan
semasa peperiksaan dan ujian
 Semua murid dilarang tidur semasa peperiksaan dan ujian
 Semasa peperiksaan dan ujian semua murid dilarang meniru, menipu dan
membuat apa sahaja bentuk penyelewangan serta ketidakjujuran dalam
peperiksaan
 Untuk peperiksaan PT3 dan SPM semua murid tertakluk kepada arahan yang
dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.
 Memalsukan tandatangan ibubapa adalah kesalahan yang serius.

SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)


 Semua buku teks yang disenaraikan dalam SPBT adalah Hak Kerajaan
Malaysia.
 Setiap murid mesti bertanggungjawab menjaga kebersihan dan kesalamatan
buku teks tersebut.
 Murid-murid dilarang menconteng atau mengotorkan buku teks.
 Setiap murid diwajibkan membalut semua buku teks.
 Murid dilarang merosokan buku teks seperti mengunting gambar atau mana-
mana bahagian dalam buku tersebut.
 Semua murid dilarang meninggalkan buku teks dalam kelas setelah tamat
tempoh PdPc atau selepas tamat sesi persekolahan pada hari tersebut.
 Jika didapati seseorang murid merosakan, mengotor atau mengabaikan
keselamatan buku teks maka pihak sekolah berhak merampas atau meminta
ganti sama ada menggantikan dengan buku baharu atau membayar harga
buku tersebut.
 Semua murid hendaklah menyerahkan semua buku teks yang telah
dipinjamkan apabila diarahkan oleh Pentadbir Sekolah.
TATATERTIB DALAM KELAS
 Semua murid wajib membawa buku teks ke kelas, buku latihan, pen dan
pensil atau semua alatan keperluan sekolah pada waktu PdPc persekolahan.
 Semua murid dalam kelas wajib bergilir-gilir menjalankan tugas pembersihan
kelas seperti menyapu lantai, menyusun kerusi meja, membersihkan papan
putih, membersihkan tingkap dan membuang sampah.
 Setiap kelas mesti mempunyai jadual waktu PdPc, jadual bekerja
pembersihan harian dan memenuhi ruang setiap mata murid.
 Semua murid bertanggungjawab menjaga kebersihan kelas dan luar kelas,
keselamatan harta benda seperti kerusi dan meja dalam kelas masing-masing
sepanjang masa.
 Semasa pertukaran waktu, murid dilarang keluar, berkeliaran dan merayau-
rayau di koridor kecuali semasa pertukaran kedudukan kelas.
 Semua murid tidak boleh membuat bising dan menganggu orang lain sama
ada semasa guru mengajar, belajar persendirian atau belajar tambahan.
 Setiap murid dilarang mengamalkan budaya pinjam meminjam alat-alat tulis
dan buku teks daripada murid lain kerana ini menganggu ketenteraman dalam
kelas
 Setiap murid mesti berpakaian kemas dan lengkap iaitu mempunyai tanda
nama, berkasut putih dan berstokin sepanjang waktu persekolahan
 Semua murid dilarang membawa bahan luncah,komik, radio, VCD, pensil
berbentuk alat suntikan (syringe) dan semua bahan larangan ke dalam kelas
 Semua murid dalam kelas mesti menunjukan sikap hormat menghormati
sesama murid, murid menghormati guru dan kakitangan sekolah serta
mematuhi arahan Ketua Kelas atau pengawas sekolah.
PERATURAN-PERATURAN KHAS
BERJUDI
 Semua jenis permainan berbentuk perjudian adalah diharamkan.
 Semua murid sekolah diharamkan bermain permainan ‘pin table’, video game dan
permainan seumpamanya di kawasan sekolah.
 Semua murid diharamkan membawa segala jenis ‘game watch’ untuk permainan.
 Semua murid dilarang bermain dan menggunakan bahan letupan seperti bunga api,
mercun dan sebagainya.
 Semua murid dilarang membawa mancis atau pemetik api ke sekolah.

KESALAHAN-KESALAHAN BERAT
 Semua murid dilarang melibatkan diri dengan kegiatan gengstar iaitu mengancam,
mengugut atau memeras wang dari orang lain.
 Semua murid dilarang melibatkan diri dengan kegiatan Black Metal, Skin Head (Botak
Kepala) dan Punk.
 Semua salah laku yang berbentuk jenayah seperti berlakunya atau niat mana-mana
orang yang melakukan kesalahan seperti merusuh, mendatangkan kematian tanpa
niat, membunuh atau cuba membunuh, merompak, membakar bangunan, memeras
ugut, menganggotai kumpulan haram dan mengedar atau menyalahgunakan dadah
atau kedua-duanya hendaklah wajib dilapor ke pihak polis.

HARTA BENDA SEKOLAH


 Harta benda sekolah ialah segala benda kepunyaan sekolah. Jika sesuatu harta
benda dirosakkan samada sengaja atau tidak sengaja, murid yang terlibat akan
dikenakan hukuman yang setimpal atau membayar ganti rugi atau mengganti
kerosakan yang dibuat.
 Antara harta benda sekolah ialah buku teks / kerusi meja / bangunan sekolah / katil /
kipas / suis / cermin tingkap dan semua benda yang dibekalkan oleh pihak sekolah.

SEMANGAT PATRIOTISME
 Semua murid wajib berdiri tegak dan menyanyikan Lagu Kebangsaaan “Negaraku“
dan “Ibu Pertiwiku”.
 Semua murid wajib berdiri tegak dan mengangkat tangan kanan semasa ikrar sekolah
dilafazkan setiap pagi.

Anda mungkin juga menyukai