Anda di halaman 1dari 4

Niat Solat Sunat Aidiladha

Setelah tiba waktu untuk mendirikan solat sunat Aidiladha, mulakan solat
dengan lafaz niat.

Lafaz niat untuk makmum adalah:

  Usolli sunnatan li idil-adha rak’ataini makmuman lillahi taala  

Sahaja aku sembahyang sunat Aidiladha dua rakaat sebagai makmum


kerana Allah Taala.

Cara Mengerjakan Solat Ini


Rakaat Pertama

1.Sesudah mengangkat takbir (takbiratul ihram), bertakbirlah 7 kali dengan


mengangkat tangan sama sebagaimana takbiratul ihram dan menyebut
“Allahu Akbar”.

2.Di antara takbir, hendaklah kita membaca tasbih berikut:

 Subhanallah walhamdulillah wala ilaaha illallahu wallahu akbar wala


haulawala quwwata illa billahil ‘aliyyil ‘adzim 

Maksudnya:
Maha Suci Allah, segala pujian bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah, Allah
Maha Besar, dan tiada daya dan upaya serta kekuatan (bagi kita) melainkan
dengan kekuasaan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung.

3.Bacalah al-Fatihah sesudah imam selesai membaca al-Fatihah.

4.Seterusnya, melaksanakan rakaat pertama sebagaimana rakaat pertama solat


sunat yang lain.
 
Rakaat Kedua

5.Pada rakaat kedua, sesudah bangkit daripada sujud kedua rakaat pertama,
bertakbirlah 5 kali dengan mengangkat tangan sama sebagaimana takbiratul
ihram dan menyebut “Allahu Akbar”.

6.Diantara takbir, bacalah tasbih berikut (seperti yang dilakukan dalam rakaat
pertama)

 Subhanallah walhamdulillah wala ilaaha illallahu wallahu akbar wala


haulawala quwwata illa billahil ‘aliyyil ‘adzim 

Maksudnya:

Maha Suci Allah, segala pujian bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah, Allah
Maha Besar, dan tiada daya dan upaya serta kekuatan (bagi kita) melainkan
dengan kekuasaan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung.

7.Bacalah al-Fatihah sesudah imam selesai membaca al-Fatihah.

8.Seterusnya, melaksanakan rakaat kedua sebagaimana rakaat pertama solat


sunat yang lain.
9.Akhiri solat dengan salam.

Anda mungkin juga menyukai