Anda di halaman 1dari 5

DIBACA SEBELUM BACAAN DOA WAKTU PULANG DARI SEKOLAH

Assalamualaikum
Terlebih dahulu ucapan terima kasih kerana telah hadir ke sekolah pada hari
ini. Sebagai peringatan kepada semua murid, berikut ialah Prosedur
Standard Operasi (SOP) Keselamatan Murid yang perlu dipatuhi oleh semua
pelajar

A ) Garis Panduan Ketika Pulang


1 Murid diminta beratur ketika keluar dari kelas.
2 Melaksanakan penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1 meter di
antara kawan-kawan;
3 Murid diminta terus pulang ke rumah dan tidak dibenarkan berada
di kawasan sekolah selepas waktu PdP.
4 Digalakkan memakai pelitup muka (face mask) semasa pulang;
5 Mandi apabila sampai di rumah dan uniform sekolah yang dipakai
pada hari tersebut dibasuh;
6 Pastikan memakai uniform yang lain pada hari berikutnya.

SETERUSNYA SOP UNTUK HARI PERSEKOLAHAN ESOK

B) Tindakan Murid Sebelum Ke Sekolah


1 Memastikan diri tiada gejala COVID-19 dalam tempoh 14 hari;
2 Sekiranya ada simpton awal COVID-19 iaitu sama ada demam, sakit
tekak atau sesak nafas murid diminta ke klinik atau ke hospital
untuk pemeriksaan;
3 Digalakkan membawa pelitup muka (face mask) dan pensanitasi
tangan (hand sanitizer) dari rumah.

B) Garis Panduan Di Pintu Pagar


1 Murid tingkatan 5 dan 6 sahaja boleh hadir ke sekolah;
2 Murid dikehendaki menjalani saringan kesihatan di pintu pagar
sekolah;
3 Murid yang berjalan kaki / berbasikal ke sekolah diperuntukkan
masa senggang bagi pengambilan suhu badan;
4 Murid masuk ke sekolah hanya melalui pintu masuk utama sahaja;
5 Murid yang suhu badan 37.5°C atau lebih atau bergejala tidak
dibenarkan hadir ke sekolah. Perlu segera ke klinik kesihatan atau
hospital untuk pengesahan / pemeriksaan;
6 Memaklumkan kepada guru kelas jika disahkan tidak sihat;
7 Murid dikehendaki memakai pelitup muka (face mask) apabila
berada di khalayak ramai;
8 Murid dikehendaki sanitasi tangan sebelum masuk kelas;
KERJASAMA DARIPADA SEMUA MURID AMATLAH DIHARAPKAN, SAMA-SAMALAH
KITA PUTUSKAN RANGKAIAN COVID 19, JAGA DIRI, SENTIASA MENCUCI TANGAN,
JAGA JARAK ANDA

KITA JAGA KITA

SEKIAN, TERIMA KASIH


DIBACA SEMASA WAKTU REHAT

ASSALAMUALAIKUM….

PERINGATAN KEPADA BELAJAR . BERIKUT ADALAH

Garis Panduan Semasa Rehat

1 Murid dibenarkan rehat mengikut masa yang ditetapkan;


2 Memastikan penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1 meter di antara
kawan-kawan ketika waktu rehat;
3 Beratur ketika membeli makanan di kantin atau di koperasi dengan
mematuhi penjarakan sosial;
4 Makan dan minum semasa rehat ialah di kelas masing-masing;
5 Elakkan berkongsi makanan dengan kawan-kawan;
6 Murid digalakkan membawa sudu / garpu dari rumah, elakkan
berkongsi sudu / garfu;
7 Murid dikehendaki memakai pelitup muka (face mask) semasa
berurusan di kantin / koperasi sekolah;.
8 Murid mesti mencuci tangan dengan sabun selepas makan dan
minum.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA YANG DIBERI

STAY SAFE

KITA JAGA KITA


DIBACA WAKTU PAGI SELEPAS BACAAN DOA

ASSALAMUALAIKUM….

TERIMA KASIH KEPADA PELAJAR SEMUA KERANA HADIR KE SEKOLAH PADA HARI INI.

BERIKUT ADALAH SOP YANG PERLU ANDA PATUHI KETIKA BERADA SEPANJANG
PERSEKOLAHAN

Garis Panduan Di Kelas


1 Hanya murid yang melepasi saringan kesihatan sahaja
dibenarkan di dalam kelas;
Murid dikehendaki berada di tempat duduk yang telah ditetapkan
oleh guru kelas dan tidak dibenarkan keluar kelas kecuali dengan
kebenaran guru;
2 Jarak satu meja dengan meja yang lain sekurang-kurangnya 1
meter;
3 Murid dikehendaki masuk atau keluar kelas melalui pintu yang
telah ditetapkan;
4 Mengamalkan penjarakan sosial antara kawan-kawan di dalam
kelas;
5 Elakkan bersalaman dan bersentuhan dengan kawan dan guru;
6 Murid diminta memberi tumpuan sepenuhnya kepada PdP guru
dan mengelakkan berada di meja guru;
7 Murid digalakkan memakai pelitup muka (face mask) ketika
berada kelas.

Garis Panduan Di Bilik Khas

1 Murid diminta beratur semasa bergerak ke bilik khas dengan


mematuhi penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1 meter;
2 Murid dikehendaki berada di tempat duduk yang telah ditetapkan
oleh guru kelas dan tidak dibenarkan keluar kelas kecuali dengan
kebenaran guru;
3 Murid dikehendaki masuk dan keluar melalui pintu yang telah
ditetapkan;
4 Mengamalkan penjarakan sosial antara kawan-kawan di dalam bilik
khas;
5 Elakkan bersalaman dan bersentuhan dengan kawan dan guru;
6 Murid diminta memberi tumpuan sepenuhnya kepada PdP guru dan
mengelakan berada di meja guru;
7 Murid digalakkan memakai pelitup muka ketika berada di bilik khas.
Garis Panduan Ketika Menggunakan Tandas

1 Hanya seorang murid sahaja di benarkan ke tandas pada satu-satu


masa;.
2 Murid dikehendaki beratur sebelum masuk tandas dengan
mengamalkan penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1 meter;
3 Basuh tangan menggunakan sabun selepas menggunakan tandas;
4 Memakai pelitup muka (face mask) ketika ke tandas.

KERJASAMA SEMUA PELAJAR AMATLAH DIHARAPKAN

SAMA-SAMALAH KITA PUTUSKAN RANGKAIAN COVID 19

STAY SAFE

KITA JAGA KITA

SEKIAN

TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai