Anda di halaman 1dari 1

MENANGANI BULI DI SEKOLAH

TAKRIF BULI
Buli membawa makna perbuatan mendera atau mempermainkan
seseorang murid atau kumpulan supaya dapat menyesuaikan diri dengan
suasana yang baru; atau perbuatan mendera atau mempermainkan seseorang
murid atau kumpulan murid yang biasanya lemah untuk menggertak atau
menakutkan murid atau kumpulan murid berkenaan.

IMPLIKASI BULI
1. Buli merupakan perlakuan yang menyalahi peraturan sekolah. Buli
membawa kesan negatif terhadap pembuli, mangsa buli dan warga
sekolah.
2. Mangsa buli berkemungkinan menjadi pendiam, pemalu dan rendah diri,
takut, suka bersendirian dan kurang sokongan sosial di sekolah. Mereka
lebih suka merahsiakan perkara ini daripada pengetahuan ibu bapa, guru
dan rakan-rakan kerana malu atau khuatir akan menrima tindak balas
yang lebih agresif daripada pembuli. Masalah ini boleh mengakibatkan
ponteng dan seterusnya penurunan prestasi akademik.

Anda mungkin juga menyukai