Anda di halaman 1dari 3

Teks Pengacara Majlis Penutupan Perkhemahan Unit Beruniform SK Bukit

Beruntung 2016

Semua peserta diminta bersedia kerana majlis

penutupan akan dimulakan sebentar lagi.

Bismillhirrahmanirrahim....

Alhamdulillah. Dipanjatkan kesyukuran, kerana

dengan izin serta limpah rahmat-Nya kita

diberikan kekuatan untuk berhimpun dalam

Majlis Penutupan Rasmi

Perkhemahan....................

Semoga majlis ini menjadi bertambah meriah,

penuh cemerlang dan membawa seribu makna

kepada kita semua.

Majlis mengalu-alukan kehadiran Yang

berusaha Puan Nor Azian Bt Abd Manan Guru Besar SK Bukit Beruntung,................

yang dihormati barisan Guru Penolong kanan SK Bukit Beruntung

Pn. Nor Azian Bt Sali GPK Kokurikulum.

Pn. Norliza Bt Baharun GPK Kurikulum dan Pentadbiran.

Pn Hasanah Bt Ali GPK Hal Ehwal Murid,

Pn Jumaayah Bt Hj Md. Yassin GPK Petang,

Rakan-rakan guru yang Yang dihormati,

Dan seterusnya para peserta perkhemahan yang disayangi.

Assalamualaikum Wbt, Salam Sejahtera Dan Salam Sehati Sejiwa.

Hadirin hadirat sekalian,

Perkhemahan ini diadakan bermatlamat untuk

memupuk semangat, menggilap potensi diri

serta keyakinan para peserta yang terlibat.

Perkhemahan sebegini juga dapat meningkatkan

kekuatan dari segi fizikal dan mental murid

untuk mengharungi pelbagai cabaran yang akan datang.


Bagi memulakan majlis pada hari ini, semua

hadirin diminta berdiri bagi menyanyikan lagu

Negaraku, dan Negeri Selangor.

Sebagai tanda syukur bahawa perkhemahan ini berjalan

dengan jayanya, dengan hormatnya dipersilakan

al-fadil Ustaz ............................

Amin ya rabbal alamin.....

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

Puan Nor Azian Bt Abd Manan Guru Besar Sk Bukit Beruntung untuk menyampaikan

ucapan alu-aluan.

Terima kasih diucapkan kepada Puan Nor Azian Bt Abd Manan

atas ucapan sebentar tadi.

Kini, tibalah masa yang dinanti-nantikan.

Majlis diteruskan dengan acara penyampaian

hadiah kepada para pemenang.

Majlis dengan segala hormatnya

mempersilakan.........................

Penyampaian hadiah dimulakan

dengan.....................

Tahniah diucapkan kepada para pemenang.

Terima kasih diucapkan kepada..........................

yang sudi menyempurnakan upacara

penyampaian hadiah sebentar tadi.


Sebagai tanda terima kasih, majlis

mempersilakan.......................

Terima kasih atas penyampaian cenderahati itu

tadi.

Dari Rokan ke Inderagiri

Membawa tinta ke Kuala Linggi

Pulanglah tuan rehatkan diri

Lain kali bersua lagi.

Majlis berakhir di sini. Tahniah diucapkan sekali

lagi kepada semua para pemenang dan para peserta perkhemahan. Terima kasih

juga diucapkan kepada semua yang terlibat

dalam menjayakan perkhemahan kali ini.

Sekian, assalamuaikum wbt.

Anda mungkin juga menyukai