Anda di halaman 1dari 16

Dipetik daripada blog Cikgu Abdul Ghalib

Karangan Respons Terbuka

Soalan 1-Dimensi Diri/remaja 1. Anda telah menyertai pertandingan perbahasan peringkat daerah yang bertajuk "Perubatan Moden Lebih Banyak Mendatangkan Kebaikan Berbanding Perubatan Tradisional Kepada Masyarakat". Sebagai pihak pencadang atau pembangkang, sediakan teks perbahasan anda selengkapnya. 2. Sahabat pena anda di luar negara ingin mengetahui destinasi pelancongan yang terdapat di negara kita. Balas surat sahabat pena anda itu. 3. Sekolah anda telah dipilih untuk menyertai pertandingan Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan (3K) peringkat daerah. Sebagai Ahli Jawatankuasa 3K, nyatakan persiapan yang anda lakukan untuk menyertai pertandingan tersebut. 4. Persatuan Bahasa Melayu di sekolah anda telah mengadakan lawatan sambil belajar ke beberapa tempat pelancongan di Malaysia. Sebagai setiausaha persatuan, anda diminta menulis laporan tentang lawatan tersebut. Tulis laporan itu selengkapnya. 5. Kampung anda berpotensi menjadi sebuah kawasan pelancongan yang menarik dan terkenal. Anda bercadang untuk menulis surat kepada pihak yang berkenaan menyatakan keistimewaankeistimewaan yang terdapat di kampung anda dan cadangan-cadangan bagi menjadikan kampung tersebut sebagai destinasi pelancongan yang terkenal. Tulis surat itu selengkapnya. 6. Kelulusan akademik semata-mata tidak lagi menjadi penentu kejayaan seseorang pelajar setelah mereka meninggalkan institusi pendidikan formal. Berikan pandangan anda tentang kemahiran yang perlu dikuasai oleh seseorang pelajar sebagai pelengkap diri memasuki alam pekerjaan. 7. Anda bercita-cita untuk menjadi pemimpin negara pada masa akan datang. Huraikan perubahanperubahan yang akan anda lakukan sekiranya anda berjaya mencapai cita-cita tersebut. 8. Gejala sosial yang berlaku di tempat anda mendatangkan kesan buruk kepada masyarakat. Sebagai remaja yang prihatin anda ingin menyuarakan pandangan anda tentang langkah-langkah yang wajar diambil untuk mengatasi masalah tersebut. Tulis pendapat anda selengkapnya. 9. Kes penculikan kanak-kanak di negara ini hangat diperkatakan oleh masyarakat. Kes ini membimbangkan semua pihak. Sebagai seorang remaja prihatin, anda ingin mengemukakan cadangan untuk mengelakkan kejadian ini daripada terus berlaku. Tulis cadangan anda itu. 10. Kegiatan lumba motosikal haram masih berlaku di negara ini. Kegiatan ini kebanyakannya melibatkan golongan remaja. Sebagai seorang remaja yang prihatin, bincangkan peranan yang dapat anda lakukan untuk membanteras kegiatan tersebut.

11. Selain menumpukan bidang pelajaran, setiap pelajar digalakkan menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah, malah penglibatan pelajar dalam kokurikulum diambil kira untuk kemasukan ke institusi pengajian tinggi. Huraikan kepentingan menyertai kokurikulum kepada para pelajar. 12. Pembangunan teknologi sekiranya tidak digandingkan dengan pembangunan sahsiah diri akan melahirkan masyarakat yang pincang. Jelaskan pendirian anda berkenaan penyataan ini 13. Para remaja sering menghadapi pelbagai masalah dalam kehidupan mereka. Sebagai remaja cadangkan strategi untuk menangani masalah remaja. 14. Penghayatan nilai-nilai murni dapat membentuk pelajar yang berketrampilan. Jelaskan langkahlangkah yang dapat dilakukan untuk menerapkan nilai-nilai muni dalam diri pelajar 15. Masalah pengangguran dalam kalangan siswazah menjadi satu topik hangat yang dibincangkan kini. Sebagai seorang remaja yang masih berada di bangku sekolah, anda harus mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu serta kemahiran agar tidak menghadapi kesukaran memperoleh pekerjaan setlah tamat pengajian pada peringkat tinggi nanti. Huraikan ilmu serta kemahiran yang perlu anda pelajari sejak berada di bangku sekolah bagi menghadapi alam pekerjan nanti. 16. Setiap individu mempunyai impiannya tersendiri. Sebagai seorang pelajar yang berwawasan, anda mempunyai impian untuk menjadi seorang angkasawan yang dapat mengharumkan nama negara di persada dunia. Jelaskan persediaan-persedian yang perlu anda lakukan untuk mencapai cita-cita tersebut. 17. Belakangan ini, gejala sosial dalam kalangan pelajar sekolah semakin hangat diperkatakan dalam media massa. Berikan pendapat anda tentang penyataan di atas. 18. Kesedaran terhadap perlunya pengambilan makanan tambahan dalam kalangan masyarakat Malaysia semakin meningkat. Sehubungan dengan itu, terdapat pelbagai jenis produk makanan tambahan di pasaran. Anda telah dijemput untuk menyampaikan ceramah tentang isu tersebut kepada penduduk di sebuah taman perumahan Sempena Hari Kesihatan Sedunia. Tajuk ceramah tersebut ialah Kepentingan Pengambilan Makanan Tambahan. Tulis teks ceramah anda selengkapnya 19. Dunia remaja dikatakan sebagai dunia yang penuh dengan cabaran dan dugaan. Bincangkan penyataan di atas. 20. Anda ialah seorang pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia pada peringkat kebangsaan. Pihak sekolah telah mengundang anda untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk langkah-langkah untuk menjadi pelajar cemerlang. Tulis ceramah anda selengkapnya. masyarakat terhadap bidang sastera.

Punca-Punca Kemalangan Jalan Raya Oleh : Nik Tik Hajar Aisyah bt Ismail Adalah menjadi harapan saya agar rakyat Malaysia akan sentiasa beringat dan berwaspada semasa dalam perjalanan pulang ke kampung halaman. Bersama kita jadikan jalan raya kita jalan yang selamat. Demikianlah sedutan ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika menghadiri majlis berbuka puasa bersama-sama anak yatim di Putrajaya baru-baru ini. Peribahasa alah bisa tegal biasa kini telah menjadi sinonim dengan masyarakat Malaysia memandangkan saban hari rakyat Malaysia disajikan dengan berita-berita kemalangan jalan raya yang menyayatkan hati sama ada di dada akhbar mahupun di kaca televisyen. Walaupun OPS Sikap XIII sempena Aidilfitri baru-baru ini berjaya mengurangkan kes kemalangan maut daripada 213 kes kepada 203 kes, namun statistik masih menunjukkan bahawa kemalangan keseluruhan pada tahun ini meningkat sebanyak lima peratus berbanding tahun lalu. Persoalannya, apakah punca-punca yang menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya walaupun pelbagai pihak telah memainkan peranan mereka dalam mengurangkan kadar kemalangan jalan raya? Mengikut kajian yang dijalankan oleh Universiti Teknologi Mara (UTM), sikap pemandu ketika berada di jalan raya merupakan faktor dominan berlakunya kemalangan jalan raya. Memang tidak dapat dinafikan, pemandu marcapada ini memandang enteng terhadap peraturan-peraturan jalan raya yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.. Buktinya, ramai pemandu yang tidak mematuhi speed limit terutamanya ketika memandu di lebuh raya sehingga menyebabkan mereka gagal mengawal kenderaan apabila cuba membelok ke kanan atau ke kiri di selekoh-selekoh jalan. Di sisi itu, risiko untuk seseorang mengalami kecelakaan jalan raya adalah lebih tinggi bagi mereka yang memandu dalam keadaan mengantuk atau pun mabuk. Hal ini demikian kerana pemandu yang memandu kenderaan ketika mengantuk akan hilang konsentrasi semasa memandu dan secara tidak langsung menyebabkan kenderaan dikawal secara auto-pilot yang akhirnya membawa kepada kemalangan jalan raya. Selain itu, sikap sesetengah pemandu yang leka berbual-bual dengan rakan sebelah serta mengggunakan telefon bimbit ketika memandu turut menyebabkan kemalangan. Pernyataan ini diperkuatkan lagi apabila statistik menunjukkan bahawa 94 peratus pengguna jalan raya terlibat dalam kemalangan jalan raya berpunca daripada sikap acuh tak acuh mereka ketika berada di jalan raya. Pendek kata, kecuaian pemandu ketika di jalan raya merupakan penyumbang utama kemalangan jalan raya. Bak kata pepatah Melayu, kalau tidak ada angin, masakan pokok bergoyang kerana setiap perkara yang berlaku pasti ada sebabnya. Selain daripada faktor manusia, keadaan fizikal jalan raya yang tidak memuaskan turut membawa kepada kemalangan jalan raya. Di samping struktur jalan yang berlekak-lekuk serta mempunyai permukaan yang tidak rata, infrastruktur jalan yang turut gagal berfungsi juga boleh membahayakan pengguna jalan raya khususnya bagi mereka yang memandu pada waktu malam. Seperti yang kita ketahui, rakyat Malaysia gemar memulakan perjalanan mereka pada waktu malam khususnya pada musim perayaan bagi mengelakkan masalah kesesakan lalu lintas. Namun, ketiadaan lampu jalan di sepanjang jalan raya menyebabkan keadaan sekeliling menjadi gelap dan seterusnya membataskan penglihatan para pemandu terhadap objek di hadapan mereka. Kondisi sebegini bukan sahaja mengganggu tumpuan pemandu malah secara tidak langsung menyebabkan pemandu tidak sedar akan posisi sebenar kenderaan mereka. Tambahan pula, ketiadaan penghadang jalan raya terutamanya di kawasan-kawasan yang tinggi seperti Genting Highlands meningkatkan lagi risiko untuk sesebuah kenderaan terbabas jatuh ke dalam lembah yang curam. Oleh itu, jelaslah bahawa kemalangan jalan raya turut berlaku apabila prasarana jalan raya berada dalam keadaan yang kurang memuaskan. Melihat dari perspektif yang berbeza, aktiviti lumba haram yang semakin menjad-jadi juga sering menyebabkan kemalangan maut terutamanya dalam kalangan katak-katak rempit. Tanpa mengira keadaan trafik, para pelumba motosikal haram ini akan berkumpul dan berlumba di tengah-tengah kota pada malam hujung minggu. Kodok-kodok rempit ini akan bermaharajalela di jalan-jalan raya

dan menjadi pemandu yang beraja di mata dan bersultan di hati dengan aksi-aksi yang membanggakan diri masing-masing. Aksi-aksi lumba haram yang ganas seperti drift and drag, gaya aerospace dan superman bukan sahaja salah di sisi undang-undang negara, malah membahayakan nyawa penguna jalan raya yang lain serta nyawa pelumba haram itu sendiri. Cuba kita bayangkan pelbagai kemungkinan yang akan menimpa pelumba haram yang memecut laju dengan kelajuan 200 kilometer sejam secara tiba-tiba gagal mengawal motosikalnya dan melanggar seorang kanak-kanak. Adakah dia dan kanak-kanak itu masih terselamat? Dan adakah dia akan dibawa ke muka pengadilan setelah menyebabkan kematian seorang kanak-kanak yang tidak berdosa? Maka, tidak hairanlah jika aktiviti lumba haram menjadi salah satu punca utama peningkatan kadar kemalangan jalan raya yang kini bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Dalam pada itu, kelemahan penguatkuasaan undang-undang dan peraturan juga merupakan punca kecelakaan di jalan raya. Walaupun Malaysia mempunyai undang-undang dan peraturan yang ketat serta mampu memberi kesan terhadap psikologi masyarakat tempatan, namun ketidaktegasan dalam pelaksanaan undang-undang sudah pasti membuka ruang kepada sesetengah pihak untuk terus melakukan kesalahan di jalan raya. Sebagai contoh, akibat daripada ketidakjujuran segelintir pihak berkuasa yang sanggup menerima rasuah, pemandu bas yang mempunyai 13 saman dan dua waran tangkap masih terlepas daripada tindakan undang-undang. Hal ini diperkukuhkan lagi apabila sebuah bas yang digunakan sejak tahun 1987 serta telah empat kali gagal dalam pemeriksaan Puspakom Sdn Bhd kerana masalah brek, serta disaman 19 kali oleh pihak polis sejak tahun 1991 dan merekodkan 79 saman daripada pihak JPJ semenjak lima tahun lalu masih lagi dibenarkan beroperasi di jalan raya. Adakah pihak berkuasa terlalu alpa akan tanggungjawab mereka dalam memakmurkan alam sehingga memandang enteng terhadap perkara sebegini? Di manakah terletaknya keadilan dan keunggulan undang-undang negara sehinggakan fenomena sebegini masih diberi muka? Tuntasnya, kelemahan penguatkuasaan undang-undang turut menjadi dalang dalam masalah kemalangan jalan raya. Secara intihanya, kemalangan maut di jalan raya berpunca daripada pelbagai faktor. Pada hakikatnya, kecelakaan jalan raya bukan sahaja mengakibatkan kecederaan serta menyebabkan banyak nyawa terkorban, malah telah memusnahkan alam sekitar dan kemudahan-kemudahan yang terdapat di jalan raya. Hal ini secara tidak lansung telah menyumbang kepada kejatuhan ekonomi negara memandangkan pihak kerajaan terpaksa menghabiskan berjuta-juta ringgit untuk membaik pulih infrastruktur jalan. Oleh hal yang demikian, pelbagai pihak haruslah berganding bahu dalam mencari ikhtiar supaya kadar kemalangan maut jalan raya di Malaysia dapat dikurangkan. Jika negara Beijing berjaya melakukannya, mengapa tidak Malaysia? Malaysia boleh! Insya-Allah.

Ibu bapa memainkan peranan penting untuk mencorakkan masa depan seseorang. Pada pendapat anda, apakah peranan ibu bapa untuk membantu anak-anak mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam sesebuah keluarga. Sebagai anak, seseorang itu memerlukan bantuan dan sokongan daripada ibu bapa untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Dengan bantuan dan doa daripada ibu bapa, maka anak-anak mampu mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Tanggungjawab ibu bapa untuk mendidik anak-anak hingga mencapai kejayaan merupakan tugas yang amat berat dan tidak dapat dinafikan oleh sesiapa pun. Oleh hal yang demikian, ibu bapa sentiasa memainkan pelbagai peranan untuk memastikan anak-anak cemerlang dalam pelajaran. Salah satu peranan yang dapat dimainkan oleh ibu bapa untuk membantu anak-anak mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran ialah membesarkan anak-anak dalam suasana yang harmoni dan ceria. Keharmonian dan keceriaan menjamin anak-anak membesar dengan selamat dan sihat. Hal ini demikian kerana kehidupan yang bahagia akan membebaskan anak-anak daripada masalah keluarga seperti pertelingkahan antara ibu bapa dan apa-apa jua masalah yang dapat mengganggu keharmonian dan kesejahteraan keluarga. Melalui cara ini, anak-anak dapat menumpukan perhatian yang sepenuhnya dalam pelajaran mereka kerana tidak dibebani tekanan yang berat. Dalam hal ini, anak-anak akan dapat berusaha dengan bersungguh-sungguh tanpa gangguan dalam pelajaran mereka kerana mereka hidup dalam keadaan gembira dan seronok pada setiap hari. Tegasnya, ibu bapa bertanggungjawab memastikan anak-anak membesar dalam suasana yang harmoni dan ceria sepanjang masa bagi mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Selain itu, ibu bapa juga mestilah bertanggungjawab mengawasi perkembangan dan pergaulan anak-anak mereka dengan rakan sebaya. Pergaulan anak-anak dengan rakan sebaya memberikan pengaruh yang besar dalam kehidupan harian dan masa depan anak-anak. Hal ini demikian kerana anak-anak lebih mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya dalam segala tindakan atau kelakuan. Dalam kebanyakan keadaan, anak-anak lebih mempercayai dan meyakini kawan daripada ibu bapa sehingga merreka sukar untuk membezakan perkara yang baik dengan perkara yang buruk. Apabila anak-anak bergaul dengan rakan bermasalah, seperti ponteng sekolah, menghisap rokok, dan sebagainya, mereka akan mengikut jejak rakan sebaya mereka itu dan lama-kelamaan mereka tidak berminat untuk belajar. Untuk menangani hal ini, ibu bapa mestilah mengenali latar belakang setiap rakan sebaya anak mereka dan mengenal pasti perubahan yang berlaku kepada anak-anak mereka pada setiap masa. Melalui cara ini, ibu bapa akan dapat menangani sesuatu perkara yang melanda anak mereka lebih awal, bak kata pepatah beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis. Seterusnya, ibu bapa haruslah memastikan anak-anak mereka mendapat pendidikan agama dan moral yang cukup. Pendidikan agama dan moral ini perlu diberikan kepada anak-anak sejak kecil lagi. Hal ini bertepatan dengan tuntutan pepatah yang menyatakan melentur buluh biarlah daripada rebungya. Seruan ini memang betul kerana lazimnya anak-anak sukar dibentuk dan diperbetul setelah mereka melewati usia kanak-kanak. Apatah lagi, seperti kata bijak pandai, anak-anak itu diibaratkan kain putih, jadi ibu bapalah yang bertanggungjawab untuk mencorakkannya. Jika anak-anak tidak dibentengi dengan pendidikan agama dan moral sejak kecil, mereka dengan mudah akan dibanjiri pelbagai bentuk kejahatan yang akan merosakkan diri mereka. Pendidikan agama dan moral yang baik membolehkan anak-anak menapis dan menepis segala bentuk kemungkaran dan hal ini membantu mereka memperoleh kejayaan dalam pelajaran dengan cemerlang. Di samping itu, ibu bapa juga hendaklah berbincang dan bertukar-tukar pendapat dengan anakanak tentang sesuatu perkara atau masalah yang timbul. Ibu bapa juga mestilah sentiasa mengambil berat terhadap masalah yang dihadapi anak-anak dan tidak menjadikan kesibukan bekerja sebagai alasan untuk menjauhi anak-anak. Yang lebih penting, ibu bapa mestilah bersedia untuk menjadi pendengar yang baik kepada anak-anak. Kesedihan anak-anak mestilah dikongsi bersama supaya segala masalah yang ditanggung mereka tidak terperap dan membengkak di

dalam hati mereka. Biasanya, ana-anak yang memendam perasaan tidak dapat menumpukan perhatian mereka dalam pelajaran, dan dengan demikian menjadi salah seorang yang tercicir dalam pelajaran. Natijahnya, komunikasi dua hala dan perbincangan antara ibu bapa dengan anak-anak dapat melorongkan mereka ke gerbang kejayaan. Sebagai kesimpulannya, ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam membantu kejayaan anak-anak. Ibu bapa hendaklah bertanggungjawab terhadap masa depan anak-anak sebelum nasi menjadi bubur. Sekiranya anak-anak terjebak dalam masalah social, keadaan akan menjadi semakin serius dan sukar untuk diselamatkan. Jika ibu bapa kurang memberikan perhatian terhadap masa depan anak-anak, mereka sangat sukar untuk mencapai kejayaan. Oleh itu, ibu bapa memainkan peranan yang besar dalam mencorakkan masa depan anak-anak, khususnya untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.

TERTIB MENGARANG: 1. Prapenulisan : a. Memilih Soalan/Tajuk (Penting !!!) Baca setiap soalan dengan teliti. Pilih soalan yang sesuai dan mudah/senang. dapat mengemukakan sekurang-kurangnya tiga isi (sebaik-baiknya empat) telah dibuat/diajar. Pemahaman, pengetahuan dan keupayaan untuk mengembangkan isi. b. Menganalisis Soalan/Tajuk Mengenal pasti kata kunci soalan. Apa isu ? Konsep, istilah dsb seperti jenayah juvana, vandalisme, lebuh raya. Skop isu ? diri, keluarga, masyarakat dan negara, antara bangsa dan komsas. Kehendak / Tugasan soalan ? Bentuk /Arahan soalan dan format jawapan. Bahagian soalan ? c. Merangka isi Kepentingan : i. Mengelak kebuntuan idea semasa menulis. ii. Penyusunan isi mengikut keutamaan. Rangka kasar mengikut aspek-aspek berikut :Institusi keluarga (didikan agama, penerapan nilai-nilai murni dan pembentukan sahsiah , kasih sayang, keruntuhan, penceraian, pengabaian) Rakan sebaya.(peranan ibu bapa, role model, identiti , pembentukan sahsiah dan jati diri, contoh dan peniruan, mempengaruhi) Kerajaan (penguatkuasaan undang-undang, hukuman, agensi-agensi, kempen) Sekolah. (pembentukan sahsiah, penerapan nilai murni, disiplin, bimbingan dan kaunseling) Masyarakat.(materialistik , individualistik , tebal dengan adat kesopanan dan budaya, pembentukan jati diri, mempengaruhi) Individu ( jati diri, penghayatan agama, matlamat dan prinsip hidup, role model, pengaruh, terabai Swasta (kempen, media massa, syarikat-syarikat yang terlibat, program-program) Ekonomi (jimat-cermat, pembaziran, pengaliran wang masuk/keluar, kewujudan industri sampingan, pendapatan, inflasi,pengangguran, peluang pekerjaan) Sosial (gejala sosial, keruntuhan akhlak, jenayah, kesihatan,penyakit, kebersihan, keselamatan negara, setinggan) Cerita/Cerpen/Imaginasi 1. Permulaan/Eksposisi 2. Pengembangan/Konflik 3. Ketegangan/klimaks 4. Peleraian 2. Penulisan a. Pemerincian b. Pemerengganan c. Penjalinan penanda wacana d. Penataan format e. Penggunaan bahasa/Penataan laras bahasa f. Pengolahan 3. Prapenulisan a. Menyemak isi b. Pengeditan bahasa(ejaan/tanda baca) c. Menyemak format Karangan cemerlang semestinya dimulakan oleh pendahuluan yang menarik. Bagaimana cara menulis pendahuluan yang menarik?

Menulis pendahuluan 1. Fungsi dan kepentingan : a. Komponen karangan yang harus ditulis dengan menarik berkesan untuk merangsang impression pemeriksa/ berfungsi sebagai denak. b. Item utama yamhg menjadi asas penilaian. Kedudukannya seperti wajah/muka kepada seseorang. c. Kebulatan/kemantapan karangan terungkap pada peranggan pendahuluan. Pendahuluan berfungsi untuk membayangkan perkara/isi yang akan dihuraikan seterusnya. 2. Cara atau langkah penulisan pendahuluan; a. Perlu menyentuh isu yang diperkatakan secara umum. b. Jangan sesekali menulis isi dalam perenggan pendahuluan. c. Kaitkan peristiwa dan situasi semasa yang relevan. d. Mencetuskan isu pro atau kontra, impak dan implikasi supaya lebih menarik. e. Pendirian pelajar harus terakam pada bahagian pendahuluan. f. Seelok-eloknya, kehendak soalan terungkap pada ayat terakhir perenggan pendahuluan. Contoh Kesihatan amat penting dalam kehidupan kita. Oleh itu,kita perlulah menjaga kesihatan agar berada dalam keadaan yang baik. Berikan pendapat anda tentang langkah-langkah untuk menjaga kesihatan diri. Kesihatan amat penting dalam kehidupan kita sehari-hari. Dengan memiliki tubuh badan yang sihat, seseorang dapat melaksanakan aktiviti harian tanpa halangan. Anak-anak dapat ke sekolah menimba ilmu dan ibu bapa dapat mencari rezeki untuk keluarga. Bagi sesetengah orang, nikmat kesihatan hanya disedari apabila mereka diserang penyakit. Mereka sanggup menghabiskan wang membeli ubat dan makanan kesihatan untuk mengubati penyakit yang dihadapi. Tambahan pula, pelbagai ubat dan produk makanan kesihatan wujud di pasaran sekarang seperti Cendawan tumbuh selepas hujan. Oleh sebab peri pentingnya nikmat ini dalam kehidupan, beberapa langkah perlu diambil agar kesihatan kita terjamin. (90 pk) Karangan cemerlang semestinya dimulakan dengan pendahuluan yang menarik dan berkesan. Karangan ini pula disusuli dengan perenggan isi yang mantap. Bagaimana menulis perenggan isi yang mantap? Menulis perenggan isi. 1.Kepentingan Perenggan Isi a. Fokus terpenting dalam sesebuah karangan b. Bahagian terbesar (80 %) dan utama dalam penulisan. c. Konsep isi dan penyampaian merupakan unsure yang terpenting d. Aspek pemerincian, pemerengganan, penjalinan, penataan format, dan pengolahan akan tergambar dalam perenggan isi. 2. Cara Menulis Perenggan Isi a. Ayat judul / ayat isi. Kehendak soalan + isi karangan Tepat, jelas, padat, konkrit Jangan gabungkan dengan huraian dan contoh. b. Pengembangan isi. Huraian, bahasan, fakta, contoh, data 4W + 1H; Apa? Siapa? Mengapa? Bila? Bagaimana? c. Ayat penegas isi. (rujuk ayat judul) d. Penanda wacana. i. jenis penghubung berfungsi untuk memberikan penegasan terhadap sesuatu isi. Contohnya;

tetapi, serta, lalu,agar, sungguhpun, disebabkan, walaupun, supaya, demi, bersifat demikian kerana, jika. ii. jenis penambahan berfungsi untuk menunjukkan tambahan isi. Contohnya di samping itu, tambahan pula, seterusnya, juga , sekali lagi, bertitik tolak, lebih-lebih lagi, begitu juga, sebab lain, hal ini, sebenarnya, selain itu. iii.jenis perbandingan / perbezaan berfungsi memandu pembaca daripada satu idea kepada idea yang sebaliknya. Contohnya; satu sebab utama, yang lebih penting, selari dengan, berbeza dengan, namun demikian, walau bagaimanapun, dalam nada yang berbeza, jika dibandingkan dengan, setelah, sehubungan dengan itu, dibandingkan dengan. iv. jenis turutan berfungsi menegaskan pertautan idea yang memerlukan lebih hujah. Contohnya; pertama sekali, selepas itu, lebih awal daripada itu, keduanya, yang lebih penting lagi, kemudiannya. v. jenis misalan berfungsi menunjukkan contoh atau ilustrasi. Contohnya; contohnya, seperti mana, yang dimaksudkan, khususnya,biar kita ambil contoh, misalnya, umpamanya. vi. jenis kesimpulan / rumusan berfungsi mengajak pembaca bersetuju/tidak bersetuju atau sekurang-kurangnya pembaca turut sama memikirkan apa-apa yang telah anda tulis. Contohnya; oleh itu, jelaslah, jika tidak, pendek kata, akibat, maknanya ialah, ringkasnya ialah, oleh sebab itu, demikianlah, betapakah nanti, kesimpulannya, dapatlah dirumuskan , justeru , sekiranya tidak, dalam perkataan lain, sebagai menggulung, pada keseluruhannya, oleh yang demikian,hal itu bermaksud, banyak pihak berpendapat, selaras dengan itu, sementelah pula, lazimnya Contoh Kesihatan amat penting dalam kehidupan kita. Oleh itu,kita perlulah menjaga kesihatan agar berada dalam keadaan yang baik. Berikan pendapat anda tentang langkah-langkah untuk menjaga kesihatan diri. Salah satu langkah yang perlu kita beri perhatian untuk menjaga kesihatan adalah dengan menjaga kebersihan persekitaran tempat tinggal. Keadaan di dalam dan di luar rumah hendaklah bersih daripada sampah sarap dan tempat-tempat air bertakung. Perkara ini akan dapat menghapuskan tempat pembiakan agen-agen penyakit seperti lalat, tikus, nyamuk dan lain-lain. Kita perlulah menyahut seruan kempen yang dilancarkan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam iaitu kempen Jumpa Sampah Kutip dan kempen Memerangi LILATI (lipas,lalat dan tikus). Oleh itu, sampah perlu dibakar, dikambus atau dibuang di tempat khas. Pasu-pasu bunga dan longkang perlu diperiksa agar air tidak bertakung dan menjadi tempat pembiakan nyamuk. Dengan demikian, penyakit-penyakit bawaan vektor seperti taun, malaria, dan denggi dapat dielakkan. Tegasnya, menjaga kebersihan persekitaran merupakan langkah asas untuk kita semua ke arah mencapai tahap kesihatan yang optimum. (131pk) Selain itu, pemeriksaan kesihatan amat wajar dilakukan untuk memastikan kesihatan kita berada dalam keadaan baik. Mengikut saranan pakar perubatan, seseorang perlu melakukan pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya dua kali setahun atau enam bulan sekali. Pemeriksaan ini meliputi tekanan darah, paras gula dalam darah, tahap kolesterol dan lain-lain lagi. Tujuan pemeriksaan dibuat untuk memastikan tahap kesiahatan kita berada dalam keadaan sihat dan dapat mengesan penyakit kronik dengan lebih awal seperti penyakit darah tinggi, kencing manis dan sebagainya. Hal ini bertepatan dengan peribahasa, Mencegah lebih baik daripada mengubatinya. Bagi pesakit yang telah diserang penyakit ini, keadaannya akan boleh dikawal sebelum menjadi serius seperti peribahasa,Cegah sebelum parah. Pendek kata, kesihatan seseorang akan berada dalam keadaan baik jika kita secara berdisiplin menjalani pemeriksaan kesihatan diri di hospital-hospital secara berjadual. (123 pk) Mengamalkan pemakanan seimbang tidak kurang pentingnya sebagai langkah menjaga kesihatan kita. Amalan pemakanan berkait rapat dengan kesihatan seseorang. Hal ini bertepatan dengan peribahasa Inggeris tentang amalan pemakanan iaitu What you are, is what you eat. Boleh dikatakan seseorang yang mengamalkan pemakanan yang seimbang akan memperoleh kesihatan

yang baik. Mengamalkan pemakanan seimbang bermakna seseorang mengambil makanan yang berkhasiat dan berzat sesuai dengan keperluan tubuh badan seseorang. Seseorang individu memerlukan makanan yang sesuai berdasarkan usia, pekerjaan dan keperluan-keperluan lain. Sebagai contohnya, seorang bayi memerlukan lebih kalsium berbanding orang dewasa yang memerlukan lebih protein. Untuk lebih jelas, seseorang perlu merujuk kepada piramid makanan sebagai panduan untuk mendapatkan gizi seimbang. Sehubungan dengan itu, makanan ringan dan minuman bergas perlu dielakkan kerana boleh memudaratkan kesihatan kita. Pendek kata, langkah terbaik untuk mencapai tahap kesihatan adalah dengan mengamalkan diet makanan seimbang. (135pk) Seterusnya, kesihatan kita akan lebih terjamin jika kita melakukan kegiatan riadah. Amalan riadah seperti berenang, jogging, menunggang basikal dan kegiatan sukan lain adalah baik untuk kesihatan. Pensyarah Sains Sukan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Madya Dr. Zulkifli Abdul Kadir, menyarankan setiap individu melakukan kegiatan riadah selama 30 minit dua kali seminggu bagi mendapatkan tahap kesihatan yang optimum. Kegiatan riadah ini akan menjadi kebiasaan jika setiap hari kita melakukannya dengan penuh disiplin dan istiqamah sesuai dengan peribahasa, Alah bisa tegal biasa. Dengan melakukan kegiatan riadah, otot-otot tubuh akan lebih bertenaga dan kecergasan badan akan bertambah baik. Di samping itu, seseorang dapat menghirup udara segar semasa melakukan senaman di taman-taman permainan serta dapat mengurangkan tekanan atau stress selepas seharian penat bekerja di pejabat. Seyogia disarankan agar kita dapat melakukan kegiatan senaman secara untuk memperoleh kesihatan yang baik. (134 pk) Amalan gaya hidup sihat merupakan langkah yang tidak kurang pentingnya untuk mendapatkan kesihatan yang baik. Kini, kita dikejutkan dengan bermacam-macam amalan hidup yang negatif telah menular dalam masyarakat kita. Antara gaya hidup yang negatif ialah amalan seks rambang dan bebas, melanggani pelacur, penagihan dadah dan pil-pil khayal, ketagihan arak serta lainlainnya. Begitu juga amalan merokok yang masih menjadi sebahagian cara hidup muda-mudi dan remaja dalam masyarakat kita seolah-olah kempen Katakan Tak Nak Pada Rokok giat dijalankan. Sudah tentu, gaya hidup tidak sihat akan mengundang penyakit seperti Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS), siflis dan lain-lain. Amalan-amalan sebegini perlu dijauhkan seterusnya mengamalkan cara hidup sihat berdasarkan norma-norma agama dan budaya timur kita. Lantaran itu, beralihlah kepada cara hidup sihat bagi mendapatkan kesihatan yang baik sebagaimana kempen Gaya Hidup Sihat yang diuar-uarkan oleh kerajaan. (132pk)

Bagaimana membina perenggan penutup yang menarik dan berkesan? Menulis penutup. 1. Fungsi dan Kepentingan a. Merumus keseluruhan karangan b. Pelengkap kepada karangan seperti mana fungsi pendahuluan c. Sentuhan terakhir dalam penulisan yang akan meninggalkan bekas kepada pemeriksa. 2. Cara Menulis Perenggan Penutup a. Penanda wacana b. Kembali kepada isu/tema/tajuk c. Mengulas isi secara ringkas/merumus isi secara umum. d. Komentar/Cadangan/Nasihat/Harapan/Cogan Kata/pantun/Kata-kata hikmat/Slogan yang telah kukuh dan utuh. Kesihatan amat penting dalam kehidupan kita. Oleh itu,kita perlulah menjaga kesihatan agar berada dalam keadaan yang baik. Berikan pendapat anda tentang langkah-langkah untuk menjaga kesihatan diri. Sebagai kesimpulannya, penjagaan kesihatan perlu menjadi agenda dan keutamaan dalam hidup kita seharian. Pelbagai langkah boleh diambil untuk memperoleh kesihatan yang baik. Antaranya, menjaga kebersihan diri dan persekitaran, mengambil pemakanan seimbang dan melakukan

kegiatan riadah. Kita haruslah lebih prihatin dan mengambil berat tentang kesihatan diri agar dapat menjalani kehidupan yang berkualiti. Individu yang sihat akan mampu memberi sumbangan kepada pembangunan dan kemakmuran negara selaras dengan slogan, Rakyat Sihat Negara Sejahtera. (70pk)

Usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk membantu rakan yang terlibat dalam gejala sosial BAHASA MELAYU SPM KERTAS 1 BAHAGIAN B (Karangan Respon Terbuka) Dimensi Diri Latihan 1: Seorang rakan anda telah terlibat dengan gejala sosial yang serius sehingga rakan anda itu mengabaikan pelajaran. Huraikan usaha-usaha yang dapat anda lakukan untuk membantu rakan anda itu. Baru-baru ini, seorang rakan sekelas saya telah terlibat dengan gejala sosial yang serius. Rakan saya itu kerap memonteng kelas, terlibat dengan vandalisme dan sering tidak hadir ke sekolah. Sebenarnya rakan saya ini seorang pelajar yang cemerlang dalam akademik dan kokurikulum. Namun, guru-guru di sekolah berasa hairan kerana sejak akhir-akhir ini rakan saya itu sering mengabaikan pelajarannya. Sebagai seorang sahabat, saya bertanggungjawab untuk membantu rakan saya itu supaya dia insaf bak kata pepatah sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan. Saya berharap usaha-usaha yang saya lakukan itu akan menyedarkan rakan saya tentang tanggungjawabnya sebagai seorang remaja dan sebagai seorang pelajar. Persoalannya, apakah usaha-usaha yang dapat saya lakukan untuk membantu rakan saya? Usaha pertama yang saya lakukan untuk membantu rakan saya itu ialah saya akan menasihatinya supaya tidak menjerumuskan diri dalam kancah gejala sosial. Saya akan mengingatkan sahabat saya itu tentang akibat sekiranya rakan saya itu terlibat dengan gejala sosial. Saya akan menyedarkan rakan saya akan tanggungjawabnya sebagai seorang anak agar tidak menghampakan harapan ibu bapanya. Rakan saya perlu sedar bahawa dia pernah mencapai kecemerlangan dalam akademik dan pernah menerima anugerah pelajar terbaik PMR. Saya berharap nasihat-nasihat saya itu dapat menyedarkan rakan saya dan rakan saya akan berubah sikap serta insaf akan kesalahan yang dilakukan sebelum nasi menjadi bubur. Saya tidak mahu rakan saya berasa menyesal pada kemudian hari kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Selain itu, saya juga akan berjumpa dengan kedua-dua ibu bapa rakan saya itu dan memberitahu mereka tentang pembabitan rakan saya dalam gejala sosial. Saya berbuat demikian kerana kemungkinan ibu bapa rakan saya itu tidak tahu tentang penglibatan anak mereka dalam kegiatan yang tidak sihat di sekolah. Saya berharap ibu bapa rakan saya itu dapat mengambil berat tentang masalah yang dihadapi oleh anak mereka. Besar kemungkinan faktor kekurangan kasih sayang daripada kedua-dua ibu bapa yang menyebabkan rakan saya terjebak dalam gejala sosial. Apabila ibu bapa rakan saya sudah mengetahui masalah anak mereka, saya berharap ibu bapa rakan saya dapat memberikan sepenuh perhatian dan kasih sayang terhadap rakan saya itu. Ibu bapa rakan saya mungkin akan lebih bertanggungjawab dan mengadakan perbincangan dengan anak untuk mengetahui masalah-masalah yang dihadapi. Jelasnya, tanggungjawab saya untuk memberitahu ibu bapa rakan saya itu diharapkan dapat membantu rakan saya untuk kembali ke pangkal jalan. Di samping itu, saya akan mengajak rakan saya untuk berjumpa dengan guru kaunseling untuk menghadiri sesi bimbingan dan kaunseling. Saya akan memberitahu guru kaunseling tentang penglibatan rakan saya dalam gejala sosial. Saya berharap guru kaunseling dapat membimbing rakan

saya dan menasihatinya supaya berubah sikap. Sesi kaunseling ini amat penting kerana menerusi sesi kaunseling, rakan saya itu akan sedar dan insaf tentang perbuatannya yang salah selama ini. Rakan saya juga dapat mengenali identiti diri dan motivasi untuk berubah apabila guru kaunseling memberi nasihat dan dorongan kepada rakan saya itu. Saya juga berharap rakan saya dapat membina keyakinan diri dan menyedari betapa pentingnya pembinaan sahsiah diri dan akhlak dalam kalangan remaja sebagai benteng supaya tidak mudah terpengaruh oleh rakan sebaya yang tidak sihat. Tegasnya, menerusi sesi kaunseling ini rakan saya sebagai remaja dapat menginsafi dan menyedari peranannya sebagai remaja yang mewarisi pewaris kepimpinan negara pada masa hadapan. Hujatul Islam Imam Al-Ghazali dalam bukunya Ihya Ulumuddin mengatakan bahawa sekiranya kita ingin melihat masa depan remaja maka lihatlah pada diri remajanya. Seandainya baik diri remaja, maka baiklah masa depan negara. Sebaliknya, jika buruk diri remaja maka buruklah masa depan negara. Seterusnya, saya juga akan mengajak rakan saya itu menyertai program-program yang berfaedah. Saya akan membawa rakan saya menghadiri majlis-majlis ilmu seperti program yang berunsurkan agama dan motivasi diri. Sebagai contoh, saya akan mengajak rakan saya menghadiri ceramah agama, Majlis Tazkirah, kelas mengaji al-Quran, Kem Bina Insan dan Kecemerlangan Diri. Menerusi majlis ilmu yang dihadiri itu, saya berharap rakan saya akan insaf dan lembut hatinya serta menyesal dengan apa yang pernah dilakukannya selama ini. Menerusi Kem Kecemerlangan Diri dan Bina Insan pula, rakan saya pasti membina keyakinan diri dan mempunyai motivasi untuk berubah terutamanya dalam proses pembentukan minda dan akhlak. Hasil daripada pergaulan dengan rakan-rakan yang baik dalam majlis-majlis ilmu itu, rakan saya itu dapat membezakan dan mengenali antara rakan yang baik dengan rakan yang tidak baik. Jelasnya, rakan saya itu tidak akan mudah terpengaruh oleh ajakan rakan sebaya yang tidak baik dan dia juga tahu menghargai masa kerana masa itu emas. Selain itu, saya juga akan sentiasa membantu rakan saya dalam pelajaran. Saya akan mengajak rakan saya menghadiri kumpulan perbincangan. Saya juga akan membantu rakan saya memahami topiktopik pelajaran yang ketinggalan selama ini. Saya akan mengajak rakan saya mengulang kaji di perpustakaan untuk mencari rujukan dan berbincang tentang topik-topik yang kurang difahami. Saya juga akan mengajak rakan saya menghadiri kelas-kelas tambahan yang diadakan di sekolah atau di luar sekolah. Saya akan menasihati rakan saya tentang kepentingan pelajaran dalam kehidupan. Tanpa pelajaran, masa depan seseorang itu gelap. Pada masa yang sama, saya akan mengajak rakanrakan yang lain untuk mengadakan perbincangan dengan rakan saya ini. Tujuan saya berbuat demikian adalah memastikan rakan saya benar-benar insaf dan tidak mengabaikan pelajaran. Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa usaha membantu rakan yang terlibat dalam gejala sosial adalah sesuatu yang murni dan perlu diteruskan. Saya berharap usaha yang saya lakukan ini dapat membantu rakan saya supaya tidak melibatkan diri dalam gejala sosial. Saya juga berharap rakan saya benar-benar insaf dan bertanggungjawab terhadap masa hadapannya kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Rakan saya perlu ingat bahawa sekiranya dia tidak berubah, tidak ada sesiapa pun yang akan membantunya untuk berubah. Sebagai remaja, rakan saya perlu mempunyai jati diri agar tidak mudah dipengaruh oleh ajakan rakan sebaya yang tidak baik. Tegasnya, rakan saya perlu berusaha gigih untuk mencapai kecemerlangan kerana pepatah mengatakan rajin dan usaha tangga kejayaan dan yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang.

Remaja perlu mempunyai wawasan diri Kejayaan seseorang bermula daripada impian dan cita-cita. Sebagai remaja yang berwawasan, jelaskan usaha-usaha yang anda lakukan dalam memastikan impian tersebut menjadi kenyataan. Semua orang mempunyai satu hasrat yang sama iaitu mereka berharap kehidupan mereka sentiasa selamat dan selesa. Sebaliknya, setiap orang mempunyai impian dan cita-cita yang tersendiri dan berlainan antara satu sama lain. Dengan mepunyai impian dan cita-cita, kehidupan seseorang akan menjadi lebih menarik. Hal ini demikian, seseorang akan meletakkan impian dan cita-cita sebagai salah satu matlamat hidup. Seseorang yang mempunyai matlamat dalam hidupnya akan berusaha bersungguh-sungguh dan sentiasa memajukan diri dalam semua aspek bagi memastikan diri mereka mencapai matlamat mereka dan seterusnya memperoleh kejayaan dalam kehidupan. Pendek kata, kejayaan hidup berasas dan bermula daripada impian dan cita-cita seseorang. Oleh itu, saya sebagai seorang remaja juga mempunyai impian dan cita-cita saya iaitu saya ingin menjadi seorang dokor pada masa hadapan. Saya menjadikan ini sebagai matlamat hidup yang mesti saya capai. Justeru, saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan impian saya menjadi kenyataan. Persoalannya, sebagai seorang remaja yang berwawasan, apakah usaha-usaha yang akan saya lakukan dalam memastikan impian saya untuk menjadi seorang doktor menjadi kenyataan? Usaha yang paling utama yang akan saya lakukan ialah saya akan belajar bersungguh-sungguh. Saya akan menumpukan perhatian semasa guru sedang mengajar. Saya akan memberanikan diri untuk bertanya tentang topik-topik yang difahami tanpa sebarang perasaan malu dan takut. Saya juga akan menghadiri kelas tuisyen dan sentiasa membuat ulang kaji untuk memastikan diri saya tidak ketinggalan dalam pelajaran terutamanya dalam subjek Sains. Saya akan sentiasa berusaha untuk membolehkan diri saya meraih kejayaan dan kegembiraan setiap kali keputusan peperiksaan diumumkan. Oleh itu, saya akan membuat persediaan yang rapi sebelum menduduki peperiksaan agar saya dapat menjawab semua soalan dengan cemerlang kerana di mana ada kemahuan di situ pasti ada jalan. Apa yang paling penting ialah saya tidak akan berasa menyesal semasa berada di dewan peperiksaan. Saya juga sedar bahawa kos pembelajaran di university amat tinggi dan untuk tidak membebankan kedua-dua ibu bapa saya yang usianya telah lanjut, saya belajar bersungguhsungguh untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dan seterusnya berpeluang untuk mendapatkan biasiswa. Dengan bantuan daripada kerajaan,saya akan dapat menempatkan diri di university sains tempatan yang terkenal dalam jurusan perubatan.Keadaan ini membolehkan saya membuka langkah yang pertama ke arah pencapaian matlamat hidup saya. Tegasnya, saya perlu belajar bersungguh-sungguh untuk membolehkan diri saya melanjutkan pelajaran dalam jurusan pilihan saya di menara gading kelak. Selain itu, saya juga akan sentiasa bersifat sabar,tabah dan tidak mudah berputus asadalam menghadapi cabaran dalam hidup khususnya dalam pembelajaran. Saya tidak akan cepat mengalah. Misalnya, saya tidak akan berputus asa walaupun saya telah mengalami kegagalan secara berturutturut. Sebaliknya, saya akan tabahkan diri dan menerima kegagalan tersebut kerana dengan ini baru saya dapat belajar dari kegagalan supaya diri saya tidak akan mengulanginya lagi. Hal ini demikian kerana saya sedar bahawa sekiranya hanya ada kegembiraan dan kejayaan hidup, seseorang itu tidak mungkin akan dapat memahami kesusahan untuk mencapai sesuatu dalam erti kata yang sebenarnya. Saya sedar akan kegagalan saya merupakan ujian yang diberikan oleh Tuhan untuk

menguji keikhlasan saya serta untuk menjadikan diri saya lebih bersemangat dan berkeyakinan untuk menempuh persaingan di bidang pekerjaan yang bakal akan saya ceburi. Sejak kecil lagi, saya telah difahamkan oleh kegagalan yang dialami merupakan ibu serta punca kepada kejayaaan seseorang. Saya percaya bahawa kegagalan yang dialami hanya untuk sementara waktu dan kejayaan akan dating kepada saya sekiranya saya sentiasa sabar dan bersikap opstimitik dalam halangan dan caran yang dihadapi. Jelasnya, saya perlu sabar dan tabah dalam menghadapi halangan matlamat hidup saya bagi memastikan impian saya untuk mrnjadi seorang doktor akan menjadi kenyataan. Di samping itu, saya akan bergaul dengan rakan-rakan yang baik dan mempunyai keinginan untuk menjadi seorang yang berguna kepada masyarakat apabila dewasa kelak. Dengan ini, saya tidak akan dipengaruhi oleh rakan-rakan yang bermasalah dan seterusnya terlibat dalam gejala social yang negatif. Saya akan membezakan kaca dengan permata dan sentisasa memikirkan akan masa depan saya serta matlamat hidup saya. Melalui pergaulan dengan rakan-rakan yang mengutamakan pendidikan mereka, saya akan dapat bertukar-tukar pendapatserta ilmu dengan mereka. Saya juga dapat menyertai kumpulan pembelajaran mereka dan membolehkan saya berbincang serta lebih memahami topik-topik yang telah diajar oleh guru. Secara tidak langsung, pencapaian keputusan peperiksaan saya akan meningkat hasil daripada perbincangan dan tunjuk ajar daripada rakan-rakan. Pergaulan dengan rakan-rakan yang bijak dalam pembelajaran akan dapat menimbulkan persaingan yang sihat dalam diri saya. Saya akan mempunyai semangat untuk belajar dengan lebih bersungguhsungguh agar diri saya tidak akan diasingkan dari kumpulan tersebut serta tidak akan berasa tersisih dan terpulau apabila dalam menyelesaikan sesuatu soalan. Saya juga dapat bergantung kepada rakanrakan yang baik ini apabila saya tidak berdaya untuk menghadapi dan menyelesaikan sesuatu cabaran dalam hidup. Mereka tentu akan dapat membantu saya untuk membangkitkan diri saya semula dengan memberi dorongan dan nasihat yang berguna kepada saya dan bukannya menyuruh saya melibatkan diri diri dengan gejala sosial negatif yang dapat mengurangkan tekanan jiwa dan stress. Maklumlah, seseorang akan lebih terpengaruh dengan gejala sosial apabila berada dalam ambang kegagalan dan kekecewaan. Tegasnya, saya akan bergaul dengan rakan-rakan yang berakhlak mulia agar saya tidak akan tersilap langkah dalam membuat sebarang keputusan dalam hidup saya. Seterusnya, saya akan menghadiri seminar dan mengkaji tentang cita-cita pekerjaan saya. Saya akan mula merancang masa depan saya dan sentiasa berfikiran matang. Saya akan membuat penyelidikan tentang pekerjaan seorang doktor dan sentiasa mendedahkan diri tentanginformasi perubatan terkini. Hal ini amat penting supaya saya dapat melengkapkan dan mendedahkan diri saya dengan asas pengetahuan yang diperlukan dalam bidang perubatan. Melalui seminar dan kursus-kursus yang dihadiri, saya akan lebih memahami kerja-kerja yang perlu dilakukan oleh seorang doktor. Keadaan ini amat penting supaya suppaya saya tidak akan menyesal dan berasa bosan dengan pekerjaan doktor sekiranya saya benar-benar mencapai cita-cita saya. Oleh itu, dengan menghadiri seminar, saya akan dapat memastikan diri saya adakah saya betul-betul mempunyai minat untuk menjadi seorang doktor. Saya juga tidak ingin memaksa diri saya untuk membuat sesuatu yang tidak disukai yang akhirnya akan menyebabkan profesion saya sebagai seorang doktor tidak terserlah.Saya tidak ingin menjalani kehidupan sedemikian dengan setiap hari yang dilalui adalah pudar tanpa sebarang warna. Menghadiri seminar juga membolehkan saya untuk mencari impian dan cita-cita yang lain sebelum terlambat sekiranya saya mendapati perkerjaan doktor tidaksesuai dengan diri saya.

Tegasnya, saya akan menghadiri seminar dan kursus yang berkaitan dengan perubatan untuk menyediakan diri saya dalam mengejar impian hidup saya. Akhir sekali, saya akan sentiasa mendengar nasihat ibu bapa kerana Tuhan hanya akan menolong dan memberkat hidup anak yang taat kepada ibu bapa. Saya akan sentiasa patuh kepada arahan ibu bapa tanpa sebarang rungutan kerana saya sedar bahawa syurga terletak di bawah tapak kaki ibu bapa. Saya juga sedar bahawa tanpa doa dan dorongan ibu bapa, betapa tabah dan pandai saya pun, saya tidak mungkin akan mencapai impian serta kejayaan dalam hidup saya. Ibu bapa merupakan insan yang lebih tua dan mereka terlebih dahulu makan garam daripada saya. Oleh itu, ibu bapa mempunyai pengalaman yang kaya dan luas dalam masyarakat dan luar dunia. Maka, wajarlah saya untuk meminta dan menerima pandangan mereka agar diri saya tidak akan menimbulkan kesilapan yang mungkin mengakibatkan saya berasa menyesal buat seumur hidup saya. Mereka merupakan punca tenaga dan dorongan saya untuk mengejar impian dan cita-cita saya serta memperoleh kejayaan dalam hidup saya. Tanpa mereka, saya tidak mungkin berpeluang untuk mencapai kejayaan dalam hidup saya. Tegasnya, saya akan mematuhi arahan dan mendengar nasihat ibu bapa agar impian saya dapat dicapai dan yang paling penting sekali ialah kisah Si Tanggang tidak akan berlaku ke atas diri saya. Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa untuk mencapai impian dan kejayaan dalam hidup, remaja perlu bertindak dari sekarang lagi. Remaja perlu fikir akan usahausaha yang perlu dilakukan untuk memastikan impian dan cita-cita mereka tercapai agar masa depan remaja tidak akan pudar dan gelap tetapi terang dengan kejayaan. Manusia memang tidak dapat menjangka dan melihat masa depan, tetapi manusia boleh meramal masa depan mereka dengan merancang masa depan mereka. Kita harus member peluang kepada diri kita untuk menjadikan impian dan cita-cita hidup serta kejayaan menjadi kenyataan dan bukannya hanya mimpi sahaja dengan mengambil pelbagai usaha. Sesungguhnya,kejayaan seseorang bermula daripada impian dan cita-cita

Anda mungkin juga menyukai