Anda di halaman 1dari 5

Nama:Mohamad Zafri b.

Mohamad azlan Kelas:3 Maawa

ESEI KESELAMATAN JALAN RAYA DI MALAYSIA


Sebagaimana yang kita sedia maklum, saban hari kita sering dikejutkan dengan pelbagai jenis berita dan insiden tentang kemalangan maut yang berlaku di jalan raya. Banyak kes-kes yang melibatkan kehilangan nyawa insan-insan yang tersayang. Tidakkah perkara-perkara seumpama ini menjadi iktibar untuk kita mencari jalan penyelesaian bagi mengatasinya? Sanggupkah kita kehilangan nyawa yang amat berharga itu? melayang sekelip mata akibat daripada kecuaian dan keegoan kita sendiri memandu? Pelbagai macam kempen telah dijalankan oleh pihak-pihak berkuasa untuk mengatasi masalah ini namun, tetap tidak memberikan hasil yang diharapkan.

Semua ini adalah kerana sikap peribadi pemandu itu sendiri yang tidak pernah menghiraukan keselamatan diri dan pemandu-pemandu lain. Seharusnya, kita perlu memikirkan bahawa keselamatan itu adalah tanggungjawab kita bersama untuk

menangganinya. Sikap pemandu yang tidak bertimbang rasa dan tidak berhemah pastinya akan mengundang malapetaka dan akibat buruk kepada diri sendiri dan secara tidak langsung akan melibatkan orang lain juga. Sebagai langkah berjaga-jaga, jika ingin memandu dalam jarak perjalanan yang jauh serta memakan masa yang terlalu lama, seharusnya pemandu itu perlu mendapatkan rehat dan tidur yang secukupnya sebelum memulakan pemanduan, kerana ini amat penting untuk memastikan agar mata tidak mengantuk di perjalanan.

Sekiranya terlalu mengantuk sewaktu meneruskan perjalanan, ambilah waktu untuk berehat seketika dan berhentilah di tempat yang paling selamat dan sesuai seperti di kawasan hentian rawat & rehat atau juga berhampiran dengan balai polis. Tidurlah untuk seketika sebelum menyambung kembali perjalanan. Slogan biar lambat asalkan selamat perlu juga diguna pakai pada waktu-waktu tertentu untuk menjamin keselamatan pemandu itu sendiri demi mengelakkan daripada berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini.

Selain daripada itu juga, pastikan kenderaan diservis terlebih dahulu agar mendapat kondisi yang terbaik dan memuaskan sebelum memulakan sesuatu perjalanan yang jauh. Buatlah perancangan yang teliti terlebih dahulu agar kita tidak tergesa-gesa untuk cepat sampai ke destinasi yang ingin ditujui. Perancangan awal itu amat penting

sekali bagi memastikan segala keperluan dapat disediakan selengkapnya. Jangan sekali-kali menggunakan telefon bimbit dan juga merokok ketika sedang memandu, kerana ini boleh mengakibatkan hilangnya daya tumpuan atau kosentrasi untuk memandu. Janganlah sesekali memandu dalam keadaan yang tergesa-gesa. Sifat kesabaran yang tinggi juga amat penting kerana kebanyakan pemandu sangat sedikit yang dapat menahan kesabaran apabila berada di jalan-jalan raya.

Sikap tidak bertimbang rasa dan kurang berhemah ini juga adalah antara punca-punca utama yang turut menyumbang kepada kesesakan lalu lintas dan seterusnya berlaku kes-kes kemalangan jalan raya setiap hari, sepertimana yang kita semua telah sedia maklum. Pemandu yang ganas dan kurang kesabaran adalah pemandu yang hanya mementingkan diri sendiri tanpa menghiraukan perasaan dan keselamatan individu lain. Memandu secara melulu dan terlalu agresif mengikut perasaan juga akan menyebabkan kemungkinan besar berlakunya kemalangan jalan raya adalah tinggi.

Statistik mengenai kemalangan jalan raya setiap hari juga semakin meningkat. Jangan jadikan diri anda dan keluarga anda sebagai mangsa korban akibat dari kegelojohan anda memandu secara melulu tanpa memikirkan kesan dan akibatnya. Seandainya sikap kerjasama dan toleransi diamalkan oleh setiap pemandu, maka sudah pastilah kemalangan maut akan dapat dielakkan daripada terus meningkat saban waktu. Patuhilah arahan pihak berkuasa dan juga patuhi lampu isyarat yang disediakan, ini secara tidak langsung akan mendidik diri kita untuk menjadi seorang pemandu yang berdisiplin dan berhemah tinggi di jalan raya.

Biarpun pelbagai kempen dan usaha telah dilakukan untuk membasmi kadar kecelakaan jalan raya daripada terus meningkat setiap hari, namun jika hal-hal lain tidak dipantau dan diberikan perhatian, maka segala kempen dan usaha yang dilakukan akan menjadi sia-sia dan tidak akan tercapai segala hasrat yang diwar-warkan oleh kerajaan. Ini kerana faktor jalan yang berlopak-lopak dan tidak memuaskan akibat daripada pelbagai kerosakkan yang berlaku, juga turut menyumbang kepada berlakunya kemalangan setiap hari. Pihak berwajib haruslah senantiasa memantau dan berinisiatif untuk memperbaiki jalan-jalan yang telah mengalami kerosakkan yang agak teruk agar hal-hal yang tak diingini dapatdielakkan.

Faktor jalan yang berlubang-lubang, lampu isyarat yang tidak berfungsi serta masalahmasalah lain yang tidak dapat disebutkan di sini juga perlu diberikan perhatian yang sewajarnya. Selain itu, memandu dalam keadaan mabuk dan tiada lesen memandu juga perlulah dielakkan kerana ini menyukarkan orang ramai untuk menggunakan jalan raya akibat daripada sikap buruk yang dilakukan itu. Jalan raya bukanlah tempat yang paling sesuai untuk kita mempamerkan kehebatan diri kita sebgai jaguh yang hebat dan handal dengan memandu tanpa mengira had laju yang telah ditetapkan, tetapi tempat untuk kita belajar bertimbang rasa

dan memikirkan keselamatan orang lain juga yang sama-sama mengejar masa untuk cepat sampai dengan selamat ke destinasi yang ditujui.

Untuk mengelakkan kadar kemalangan yang semakin meningkat daripada terus berlaku, para pemandu perlulah mengubah sikap diri masing-masing dengan memahami undangundang jalan raya agar tidak menyusahkan pihak lain. Janganlah terlalu mengikutkan emosi dan membawa masalah peribadi sewaktu sedang memandu. Ikutilah arahan-arahan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa serta jangan lupa menggunakan tali pinggang keledar. Sebenarnya, dalam hal ini, kita mampu mengubahnya jika kita berjaya memperbaiki sikap peribadi kita sendiri sebagai seorang pemandu yang tahu menjaga hak dan kepentingan awam.

Kita seharusnya memikirkan tentang keselamatan orang lain juga, kerana nyawa itu adalah anugerah Allah yang tidak ternilai harganya. Jangan jadikan jalan raya sebagai tempat untuk kita menggadai nyawa demi untuk membuktikan kehebatan dan kehandalan diri kita, kononnya memandu dengan cekap, pantas dan laju mendahului pemandu lain. Sikap sebegini amatlah merugikan diri sendiri di samping berkemungkinan besar akan menyebabkan nyawa kita melayang dengan sia-sia sahaja tanpa kita ketahui dan sedari.

Fikirkanlah tanggungjawab kita bersama dalam menghindari pelbagai kes-kes kemalangan jalan raya yang telah pun banyak berlaku di depan mata dan juga melalui beritaberita yang dipaparkan setiap hari di media massa. Jika sikap kita tidak mahu berubah dan terus berbangga dengan cara pemanduan kita maka, segala usaha dan ikhtiar untuk mengatasi masalah ini tetap tidak akan dapat dicapai dengan jayanya. Dengan mengubah sikap dan cara kita berfikir juga, maka segala masalah yang melanda dan dihadapi akan dapat diatasi serta

diselesaikan

secara

baik

tanpa

perlu

menyusahkan

sesiapa.

Sebagai kesimpulannya, pokok pangkalnya setiap apa yang berlaku terletak pada diri kita sendiri dan cara mana untuk kita mengatasinya bukan dengan menyalahkan orang lain dalam segala hal. Tingkatkan kesedaran dan kefahaman yang tinggi untuk menjadikan diri kita pemandu yang bijak dan berhemah. Dengan ini kita mampu mengurangkan kadar kecelakaan jalan raya yang saban hari meragut nyawa dan membuatkan insan-insan tersayang menangis dan menderita akibat kecuaian yang berlaku.

Anda mungkin juga menyukai