Anda di halaman 1dari 18

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu

Tingkatan : Tingkatan 1 Amanah


Bilangan Murid : / 24 orang
Tarikh/Masa : 23 April 2020
Masa : 4.40 sehingga 6.10 petang
Tema : Kebudayaan, Kesenian dan Estetika
Tajuk : Faedah Permainan Tradisional

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN


3.5 Menulis untuk meringkaskan dan merumus pelbagai 3.5.1 Menulis isi-isi penting untuk menghasilkan ringkasan dengan betul
bahan prosa menggunakan ayat yang gramatis.

Objektif / Kriteria Kejayaan Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat:

1. Menulis sekurang-kurang 7 isi-isi penting untuk menghasilkan ringkasan dengan betul menggunakan ayat yang gramatis berdasarkan petikan
“Faedah Permainan Tradisional”.

Sistem Bahasa:
 Kosa kata – timba, kolot, ejen
 Tatabahasa (Sintaksis) – Permainan tradisional banyak memberi aedah kepada golongan remaja (ayat penyata)

Pengisian Kurikulum (Elemen Merentas Kurikulum)


 Ilmu – Sukan tradisional (mendedahkan murid tentang permainan tradisional yang dijadikan sebagai satu sukan)
 Nilai murni – Menghargai warisan negara

Kepelbagaian Kaedah dan Teknik (Strategi)


 Pembelajaran Berpusatkan Murid – Persidangan Meja Bulat (Round Table)
 Kemahiran berfikir (KB) – Menjana idea

Bahan Bantu Mengajar

 Lembaran petikan
 Lembaran kerja
 Papan putih
 Pen penanda (Marker pen)
 Pen penyerlah (Highlighter pen)
 Buku latihan penulisan
 Kertas lukisan
 Gambar berwarna
 Buku teks

Pengetahuan sedia ada: Murid sudah mengetahui beberapa jenis permainan tradisional yang terdapat di Malaysia melalui rancangan televisyen.

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran / Perincian Aktiviti

Langkah Isi Pelajaran Aktiviti pengajaran dan pembelajaran Catatan


Set Induksi Gambar: Congkak Teknik Soal Jawab:
( 5 minit) 1. Murid memerhati gambar yang ditunjukkan oleh
guru.

2. Murid mengemukakan respons kepada soalan yang KB


ditanya oleh guru. Soalan: Menjana idea
i. Apakah nama permainan yang terdapat di dalam
gambar tersebut? Nilai murni
ii. Nyatakan permainan tradisional lain yang anda Menghargai warisan
Jawapan: tahu. negara
i. Congkak iii. Mengapakah permainan tradisional semakin
ii. Gasing, wau, layang-layang dilupakan oleh golongan remaja pada masa kini?
iii. Permainan tradisional semakin dilupakan pada iv. Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu
masa kini kerana terdapat permainan video mengekalkan hayat permainan tradisional?
yang menarik boleh dimainkan melalui gajet
canggih seperti telefon bimbit. 3. Jawapan murid dikaitkan dengan tajuk dan objektif
iv. Pada pendapat saya, kita perlu mengekalkan pelajaran hari ini.
hayat permainan tradisional kerana ianya
merupakan salah satu warisan negara yang
memberikan banyak faedah kepada masyarakat
dan negara.
Langkah 1 Tajuk: Faedah Permainan Tradisional (Lampiran 3) Teknik: Perbincangan Nilai murni
(15 minit) (perenggan 1 dan 2) 1. Murid membaca senyap petikan “Faedah Permainan Menghargai warisan
Warisan negara merupakan harta dan kekayaan Tradisional Kepada Remaja”. negara
bangsa yang tidak dapat dijual beli serta memiliki nilai
pengajaran yang dapat kita timba sewaktu 2. Murid mendengar penerangan guru tentang format
menekuninya. Namun begitu, permainan tradisional penulisan ringkasan.
semakin lama semakin tidak mendapat tempat dalam
kalangan masyarakat. Hal ini dikatakan demikian 3. Murid dibimbing menulis isi-isi penting yang terdapat
dalam perenggan pertama dan kedua di papan tulis.
kerana permainan tradisional dianggap kolot dan
Isi-isi penting tersebut, ialah:
membosankan oleh sesetengah pihak. Oleh sebab itu,
i. permainan tradisional semakin lama semakin
kita mestilah mengetahui faedah permainan tradisional tidak mendapat tempat dalam kalangan
kepada remaja. masyarakat
Antara faedah permainan tradisional kepada ii. permainan tradisional dianggap kolot dan
membosankan
remaja termasuklah dapat mengisi masa lapang remaja
iii. kita mestilah mengetahui faedah permainan
secara berfaedah. Remaja masa ini gemar melepak di
tradisional kepada remaja.
pusat beli-belah dan membuang masa mereka dengan iv. faedah permainan tradisional kepada remaja
sia-sia. Namun begitu, permainan tradisional dapat termasuklah dapat mengisi masa lapang remaja.
mengelakkan situasi tersebut daripada berlaku. Remaja v. Remaja masa ini gemar melepak di pusat beli-
dapat mempelajari ilmu permainan tradisional dan belah dan membuang masa mereka dengan sia-
mengetahui kepentingan nilai kesabaran dalam diri. sia.
Selain itu, remaja akan belajar untuk menghargai masa. vi. Remaja dapat mempelajari ilmu permainan
tradisional dan mengetahui kepentingan nilai
1. Format penulisan ringkasan kesabaran dalam diri.
 Garisi kata kunci dalam arahan. vii. remaja akan belajar untuk menghargai masa.
 Garisi isi penting yang terdapat dalam teks.
 Tulis dan susun isi penting yang digariskan. 4. Aktiviti no. 3 diulang semula untuk menulis isi-isi
 Tulis semula isi penting tadi dalam satu penting mengikut susunan nombor dan perenggan.
perenggan
 Hitung jumlah patah perkataan. 5. Murid secara rawak diminta untuk membaca
 Tentukan penanda wacana yang sesuai. ringkasan tersebut sambil dibetulkan oleh guru dan
 Tulis jumlah patah perkataan di sebelah kanan murid lain
dalam kurungan.

2. Ringkasan perenggan 1 dan 2


Permainan tradisional semakin lama semakin
tidak mendapat tempat dalam kalangan masyarakat
kerana dianggap kolot dan membosankan. Namun,
permainan tradisional mendatangkan faedah kepada
remaja. Antara faedahnya ialah dapat mengisi masa
lapang remaja. Remaja tidak akan membazir masa
ataupun wang dengan melepak di pusat beli-belah.
Selain itu, masa lapang yang diisi dengan bermain
permainan tradisional dapat mengajar remaja tentang
ilmu permainan tradisional serta mengetahui
kepentingan nilai kesabaran dalam diri. Oleh itu, remaja
akan belajar untuk menghargai masa.

Langkah 2 Tajuk: Faedah Permainan Tradisional Teknik: Bengkel (Meja Bulat)


(30 minit) (sambungan perenggan 3,4,5 dan 6 - Rujuk 1. Murid memerhatikan dan memahami borang i-think
Lampiran 3) yang diedarkan guru.

1. Isi-isi penting perenggan 3 (peta i-think): 2. Murid dibahagikan kepada 4 stesyen seperti berikut;
Soalan: Apakah ayat tema bagi perenggan 3? Stesyen 1 – perenggan 3
Fakta: Permainan tradisional juga menjadi ejen penting Stesyen 2 – perenggan 4
untuk mengeratkan silaturahim antara satu sama lain. Stesyen 3 – perenggan 5
Ayat Huraian: Mengapa? Stesyen 4 – perenggan 6
Fakta: Hubungan kekeluargaan dan persahabatan
dapat dieratkan sewaktu bermain permainan tradisional. 3. Murid berbengkel membuat ringkasan setelah guru
Ayat Huraian: Bagaimana? memberi penerangan tentang prosedur aktiviti
Pelbagai kaum dalam masyarakat kita dapat bermain tersebut dengan menggunakan peta i-think.
bersama secara beramai-ramai. Antaranya, ialah;
Ayat contoh/bukti: Sebagai contohnya, remaja boleh i. Murid membaca teks/perenggan secara senyap
bermain sepak raga bersama-sama rakan dan dapat ii. Murid menggariskan isi penting dalam
berkenalan dengan kawan-kawan baharu. perenggan/ teks berdasarkan soalan yang
terdapat dalam peta i-think
2. Isi-isi penting perenggan 4 (peta i-think): iii. Murid menyalin isi-isi penting ke dalam peta i-
Soalan: Apakah ayat tema bagi perenggan 4? think
Fakta: Seterusnya, permainan tradisional dapat iv. Murid menyalin semula semua isi-isi penting
memupuk semangat kerjasama dan persefahaman. dalam bentuk perenggan (peta i-think)
Permainan tradisional juga boleh meningkatkan v. Murid menyalin perenggan tersebut dengan
keyakinan diri remaja. menambah unsur penanda wacana yang sesuai.
Ayat Huraian: Mengapa?
Semasa bermain, remaja dapat memahami kelebihan 4. Murid (wakil kumpulan) membentangkan hasil
dan kelemahan kawan, serta lawan mereka. bengkel secara bergilir-gilir dengan menggunakan
Ayat Huraian: Bagaimana? konsep “round table”.
Peningkatan keyakinan dalam diri remaja dapat dilihat
apabila mereka menyertai pertandingan permainan 5. Murid menyalin isi-isi penting di papan tulis setelah
tradisional. guru dan murid berbincang tentang dapatan hasil
Ayat contoh/bukti: Permainan wau misalnya, dapat pembentangan (proses semakan).
membentuk semangat kerjasama antara satu sama lain
untuk menaikkan wau tersebut.
Hal ini demikian kerana sebagai fitrah, manusia
memang suka bertanding dan berlaga.

3. Isi-isi penting perenggan 5 (peta i-think):


Soalan: Apakah ayat tema bagi perenggan 5?
Fakta: Tambahan pula, permainan tradisional juga
merupakan satu daya tarikan yang signifikan dalam
industri pelancongan.
Ayat Huraian: Mengapa?
Selain menyaksikan pemandangan alam semula jadi
yang indah dan menikmati juadah yang lazat di negara
kita, para pelancong pasti ingin menghayati corak
budaya kita yang berwarna-warni.
Ayat Huraian: Bagaimana?
Hotel- hotel lima bintang dan pusat peranginan yang
terkemuka di negara kita patut menyediakan tapak dan
alat permainan tradisional kepada pelancong asing kita.
Ayat contoh/bukti: Hal ini bukan sahaja dapat
memangkinkan industri pelancongan tetapi juga
memperkenalkan kebudayaan kita kepada bangsa lain.

4. Isi-isi penting Perenggan 6 (peta i-think):


Soalan: Apakah ayat tema bagi perenggan 6?
Fakta: Pada hakikatnya permainan tradisional ini dapat
meningkatkan kreativiti dan daya cipta tersendiri.
Ayat Huraian: Mengapa?
Keseniannya itulah menjadikannya begitu unik.
Ukirannya sungguh cantik dan halus buatannya.
Ayat Huraian: Bagaimana?
Permainan tradisional tidak memerlukan belanja yang
mahal berbanding dengan permainan masa kini.
kewujudan permainan moden seperti video game ini
juga menggalakkan remaja membazir masa dan wang
ringgit.
Ayat contoh/bukti: Contohnya permainan gasing,
layang-layang, congkak, dan sebagainya.

5. Isi-isi penting Perenggan Kesimpulan (peta i-think):


Soalan: Apakah ayat penyimpul bagi perenggan
penutup ini?
Fakta: Kesimpulannya, terdapat banyak faedah
permainan tradisional kepada remaja.
Ayat cadangan: Dalam hal ini semua pihak perlu
bekerjasama agar generasi muda zaman ini menjadikan
permainan tradisional sebagai aktiviti yang
membanggakan bangsa.
Ayat harapan: Oleh itu generasi muda
bertanggungjawab untuk melestarikan khazanah ini
daripada generasi kepada generasi

Langkah 3  Pentaksiran Bilik Darjah ( Lampiran 5) 1. Murid mendengar arahan guru tentang latihan yang
15 minit  Menulis isi-isi penting ringkasan tajuk “ Faedah perlu dibuat.
Permainan Tradisional” dan menghasilkan
ringkasan tersebut dalam satu perenggan. 2. Murid membuat latihan sambil dipantau guru.

2. Pengayaan (Lampiran 4)
 Buku skrap tentang penghasilan ringkasan petikan - Huraikan langkah-langkah pelaksanaan aktiviti
“Kepentingan Mempertahankan Permainan pengayaan secara ringkas.
Tradisional” (catatan isi-isi penting dan
penghasilan ringkasan)
3. Pemulihan - Huraikan langkah-langkah pelaksanaan aktiviti
 Melengkapkan tempat kosong dengan perkataan pemulihan secara ringkas
yang diberikan melalui petikan ringkasan “Faedah
Permainan Tradisional”.

PERINGATAN:
 Oleh kerana murid 1A mempunyai satu kebolehan,
maka pengisian pentaksiran adalah sama seperti di
atas. Kesilapan anda ialah maklumat/tajuk yang
ditaksir lari dari tajuk yang diajar dalam langkah 1 dan
langkah 2. Dalam hal ini, maklumat pentaksiran wajib
berkait dengan tajuk langkah 1 dan langkah 2.
Jangan beri tajuk lain atau baharu.

 Sekiranya anda mengajar murid tanpa ‘streaming’,


maka murid tadi dikelompokkan kepada tiga
kebolehan kognitif. Justeru, pentaksiran harus
diperingkatkan mengikut kebolehan murid itu.

Penutup Penutup kognitif 1. Murid dipilih secara rawak untuk menyatakan Nilai murni
5 minit Faedah Permainan Tradisional faedah permainan tradisional kepada remaja Menghargai warisan
Jawapan: secara ringkas. negara
 Mengisi masa lapang secara berfaedah 2. Murid membuat latihan pengukuhan berdasarkan
 Mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain
buku teks (m/s ___)
 Memupuk semangat kerjasama dan
persefahaman
 Meningkatkan keyakinan diri remaja
 Meningkatkan kreativiti dan daya cipta tersendiri

Refleksi:
_______________________________________________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________________________________________
Lampiran 1
Lampiran 2

Soalan: Apakah ayat tema bagi perenggan _?

Ayat Huraian: Mengapa?

Ayat Huraian: Bagaimana?

Ayat contoh/bukti:

Soalan: Apakah ayat penyimpul bagi


perenggan penutup ini?

Ayat Cadangan:

Ayat Harapan:
Lampiran 3
Faedah Permainan Tradisional
Warisan negara merupakan harta dan kekayaan bangsa yang tidak dapat dijual beli
serta memiliki nilai pengajaran yang dapat kita timba sewaktu menekuninya. Namun begitu,
permainan tradisional semakin lama semakin tidak mendapat tempat dalam kalangan
masyarakat. Hal ini dikatakan demikian kerana permainan tradisional dianggap kolot dan
membosankan oleh sesetengah pihak. Oleh sebab itu, kita mestilah mengetahui faedah
permainan tradisional kepada remaja.
Antara faedah permainan tradisional kepada remaja termasuklah dapat mengisi masa
lapang remaja secara berfaedah. Remaja masa ini gemar melepak di pusat beli-belah dan
membuang masa mereka dengan sia-sia. Namun begitu, permainan tradisional dapat
mengelakkan situasi tersebut daripada berlaku. Remaja dapat mempelajari ilmu permainan
tradisional dan mengetahui kepentingan nilai kesabaran dalam diri. Selain itu, remaja akan
belajar untuk menghargai masa. Mereka turut melegakan tekanan dan menghabiskan masa
bersama dengan keluarga sendiri. Senario ini jauh lebih baik daripada individu yang asyik
bermain permainan komputer di kamar sendiri tanpa berinteraksi dengan orang lain.
Permainan tradisional juga menjadi ejen penting untuk mengeratkan silaturahim antara
satu sama lain. Hubungan kekeluargaan dan persahabatan dapat dieratkan sewaktu bermain
permainan tradisional. Sebagai contohnya, remaja boleh bermain sepak raga bersama-sama
rakan dan dapat berkenalan dengan kawan-kawan baharu. Dengan cara ini, remaja dapat
menjalin hubungan persahabatan yang lebih luas. Lebih-lebih lagi, permainan tradisional dapat
mengukuhkan hubungan masyarakat kita yang berbilang bangsa dan sentiasa sibuk mengejar
kekayaan duniawi. Dengan adanya permainan tradisional itu, pelbagai kaum dalam masyarakat
kita dapat bermain bersama secara beramai-ramai. Terdapat kawasan lapang yang sering
dibanjiri oleh orang ramai untuk bermain layang-layang. Peminat itu tidak mengira bangsa dan
budaya tetapi bersama-sama memperlihatkan lelayang yang beraneka corak. Mereka juga
berkongsi idea dan pendapat tentang lelayang mereka.
Seterusnya, permainan tradisional dapat memupuk semangat kerjasama dan
persefahaman. Semasa bermain, remaja dapat memahami kelebihan dan kelemahan kawan,
serta lawan mereka. Permainan wau misalnya, dapat membentuk semangat kerjasama antara
satu sama lain untuk menaikkan wau tersebut. Hal ini dapat membentuk prinsip kehidupan
yang saling memerlukan bagai aur dengan tebing. Remaja juga dapat memelihara warisan
budaya bangsa daripada pupus. Remaja dapat mengenali dan mempelajari seni yang
terkandung dalam permainan tradisional. Oleh hal yang demikian, seni warisan bangsa ini tidak
akan pupus ditelan zaman kerana tidak lapuk dek hujan, tidak lekang dek panas. Permainan
tradisional juga boleh meningkatkan keyakinan diri remaja. Peningkatan keyakinan dalam diri
remaja dapat dilihat apabila mereka menyertai pertandingan permainan tradisional. Hal ini
demikian kerana sebagai fitrah, manusia memang suka bertanding dan berlaga. Pertandingan
yang dianjur sama ada peringkat sekolah, daerah, kebangsaan mahupun antarabangsa akan
menarik perhatian remaja untuk turut serta mengambil bahagian. Melalui pertandingan, remaja
akan lebih bersemangat untuk berlatih demi mendapatkan kemenangan yang diimpikan.
Tambahan pula, permainan tradisional juga merupakan satu daya tarikan yang
signifikan dalam industri pelancongan. Selain menyaksikan pemandangan alam semula jadi
yang indah dan menikmati juadah yang lazat di negara kita, para pelancong pasti ingin
menghayati corak budaya kita yang berwarna-warni. Lantaran itu, permainan tradisional
berupaya memukau hati pelancong yang melawat ke Malaysia. Seperti peribahasa, “Tak kenal
maka tak cinta”, setelah diperkenalkan kepada pelancong, lazimnya mereka akan berminat dan
turut bermain dengan seronoknya terhadap permainan tradisional. Rentetan daripada itu, hotel-
hotel lima bintang dan pusat peranginan yang terkemuka di negara kita patut menyediakan
tapak dan alat permainan tradisional kepada pelancong asing kita. Hal ini bukan sahaja dapat
memangkinkan industri pelancongan tetapi juga memperkenalkan kebudayaan kita kepada
bangsa lain seperti peribahasa, “serampang dua mata.” Ternyata, permainan tradisional
merupakan salah satu tarikan dalam industri pelancongan.
Permainan tradisional merupakan permainan tinggalan nenek moyang kita. Permainan
tradisional inilah yang mencerminkan asal usul rumpun Melayu. Kita sebagai generasi kini tidak
seharusnya memulaukan permainan ini. Pada hakikatnya permainan tradisional ini dapat
meningkatkan kreativiti dan daya cipta tersendiri. Keseniannya itulah menjadikannya begitu
unik. Contohnya permainan gasing, layang-layang, congkak, dan sebagainya. Ukirannya
sungguh cantik dan halus buatannya. Tambahan pula, permainan tradisional tidak memerlukan
belanja yang mahal berbanding dengan permainan masa kini. Berbanding dengan permainan
tradisional, permainan masa kini menggalakkan remaja terdedah kepada unsur-unsur negatif.
Contohnya, permainan video game banyak terdapat di pusat-pusat video yang turut
menempatkan permainan snuker. Tempat-tempat seperti ini biasanya dikaitkan dengan judi.
Selain itu, kewujudan permainan moden seperti video game ini juga menggalakkan maja
membazir masa dan wang ringgit.
Kesimpulannya, terdapat banyak faedah permainan tradisional kepada remaja.
Permainan tradisional perlu dihidupkan semula sebelum terkubur. Dalam hal ini semua pihak
perlu bekerjasama agar generasi muda zaman ini menjadikan permainan tradisional sebagai
aktiviti yang membanggakan bangsa. Permainan tradisional masih relevan dalam zaman
globalisasi ini. Permainan tradisional juga merupakan khazanah warisan yang tidak ternilai.
Oleh itu generasi muda bertanggungjawab untuk melestarikan khazanah ini daripada generasi
kepada generasi, seperti peribahasa, “Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.” Walaupun
zaman beredar, tetapi segala warisan yang baik dan sejati perlu diperkukuh supaya bangsa kita
tidak digelar sebagai etnik yang tidak berakar umbi dan sentiasa terhanyut oleh arus
globalisasi.
Lampiran 4
Kepentingan Mempertahankan Permainan Tradisional
Pelbagai warisan nenek moyang kita semakin dipinggirkan oleh masyarakat terutamanya
golongan muda. Hanya rakyat yang prihatin sahaja ambil peduli agar hayat permainan
tradisional berkekalan. Salah satu khazanah kebudayaan kita yang semakin luntur dalam gaya
hidup yang moden ini ialah permainan tradisional seperti congkak, wau, dan sepak raga.
Situasi ini amat mendukacitakan memandangkan terdapat pelbagai kebaikan yang diperoleh
sekiranya dipertahankan. Oleh itu, usaha-usaha menyedarkan generasi muda tentang
kepentingan permainan tradisional perlu dilakukan dengan sepantas kilat oleh sebab
kepentingannya terhadap masyarakat dan negara.
Permainan tradisional merupakan aset budaya bangsa Malaysia. Hal ini demikian kerana
permainan tradisional melambangkan adat, budaya, dan identiti sesuatu bangsa yang perlu
dilestarikan untuk tatapan generasi akan datang. Hasil ciptaan nenek moyang kita juga
merupakan satu seni budaya yang amat unik dan terunggul. Contohnya, wau bulan telah dihias
dengan kertas warna-warni yang dilukis dan digunting dengan begitu cantik. Gasing pula
dibentuk hasil ketekunan yang tinggi.
Permainan tradisional juga merupakan satu daya tarikan yang signifikan dalam
merancakkan sektor pelancongan negara. Selain bermatlamatkan untuk menyaksikan
pemandangan alam semula jadi negara yang beriklim tropika dan merasai kelazatan juadah,
para pelancong tidak ketinggalan menggali khazanah negara yang berbeza. Justeru,
permainan tradisional berupaya memukau hati pelancong yang melawat Malaysia. Setelah
diperkenalkan kepada pelancong, lazimnya mereka jatuh cinta dan turut bermain dengan
seronoknya terhadap permainan tradisional. Benarlah, tidak kenal maka tidak cinta!
Selain menjadi aset negara dalam memajukan sektor pelancongan, permainan
tradisional dapat mengukuhkan perpaduan kaum yang berbilang bangsa. Teknik permainan
tradisional yang dimainkan secara berpasangan atau berkumpulan akan mencetuskan suasana
muhibah dan harmoni dalam masyarakat. Senario ini jauh lebih baik daripada individu yang
asyik bermain permainan video di kamar sendiri tanpa berinteraksi dengan orang lain.
Hubungan dua hala antara pemain menjadi jambatan agar masyarakat mengenali budaya
kaum lain.
Tuntasnya, permainan tradisional bukanlah barang material yang boleh diperdagangkan.
Oleh itu, generasi muda bertanggungjawab untuk melestarikan khazanah ini daripada satu
generasi kepada satu generasi agar ‘tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Walaupun
zaman beredar dan kita perlu mengikuti arus semasa, tetapi segala warisan yang baik dan
sejati perlu diperkukuh supaya bangsa kita tidak digelar sebagai bangsa yang tidak berakar
umbi.

Lampiran 5
Latihan Pentaksiran (Kumpulan 1)
Nama:_____________________________________ Kelas:___________________________
________________ ____________

1. Senaraikan isi-isi penting yang telah dikenal pasti dalam karangan “Kepentingan
Mempertahankan Pemainan Tradisional”.

Isi-isi penting

Pendahuluan

Perenggan isi 1

Perenggan isi 2

Perenggan isi 3

Penutup

2. Berdasarkan isi-isi penting tersebut, sediakan ringkasan dalam satu perenggan sahaja.
Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan
supaya menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan menggunakan
penanda wacana yang sesuai.

____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
______________________________________________________________________-
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
(___ patah perkataan)
Lampiran 6
Latihan Pentaksiran (Kumpulan 2)
Nama:_____________________________________ Kelas:___________________________
________________ ____________
Senaraikan isi-isi penting yang telah dikenal pasti dalam karangan “Kepentingan
Mempertahankan Pemainan Tradisional”. Kemudian, ringkaskan dengan menggabungkan ayat
tersebut menjadi satu atau dua ayat yang ringkas dan lengkap dengan menggunakan ayat
sendiri tanpa mengubah maksud asal isi tersebut.

Pendahuluan Ayat Topik:


Ayat Huraian:
Ringkasan

Perenggan isi Ayat Topik:

1 Ayat Huraian:

Ringkasan

Perenggan isi Ayat Topik:

2 Ayat Huraian:

Ringkasan

Perenggan isi Ayat Topik:

3 Ayat Huraian:

Ringkasan

Penutup Ayat Topik:


Ayat Huraian:
Ringkasan
Lampiran 7
Latihan Pentaksiran (Kumpulan 3)
Nama:_____________________________________ Kelas:___________________________
________________ ____________
Lengkapkan tempat kosong berdasarkan petikan “Kepentingan Mempertahankan Pemainan
Tradisional”.

Pendahuluan Ayat Topik: Usaha-usaha menyedarkan ____________________________

_______________________________________________ perlu dilakukan.


Ayat Huraian: Memandangkan ___________________________________
________________________________________ sekiranya dipertahankan.
Ayat Topik: Permainan tradisional _________________________________

____________________________________________________ Malaysia.
Perenggan isi 1 Ayat Huraian: Hal ini demikian kerana ______________________________

_____________________________________________________________
generasi akan datang.
Ayat Topik: Permainan tradisional _________________________________

______________________________________ sektor pelancongan negara.


Ayat Huraian: Selain bermatlamatkan ______________________________
Perenggan isi 2 _____________________________________________________________

__________________________________ khazanah negara yang berbeza.

Setelah diperkenalkan kepada pelancong, ___________________________


__________________________________________ permainan tradisional.
Ayat Topik: Permainan tradisional dapat ____________________________

______________________________________________________ bangsa.
Perenggan isi 3 Ayat Huraian: Teknik permainan tradisional __________________________

_____________________________________________________________
masyarakat.
Ayat Topik: Tuntasnya, __________________________________________

_______________________________________________ diperdagangkan.
Penutup
Ayat Huraian: Oleh itu, __________________________________________

___________________________________ agar tidak pupus ditelan zaman.

Anda mungkin juga menyukai