Anda di halaman 1dari 2

PIDATO RUKUN NEGARA TERAS IDENTITI NASIONAL

Kalau tidak kerana bintang, tak akan bulan kelihatan tinggi. Kalau tidak kerana pidato
tidak akan saya berada di sini.

Datang bahtera dari Medan,


singgah sebentar di laluan Kerai,
Salam Madani saya hulurkan,
kepada warga dewan pembuka tirai.

Kejadian 13 Mei yang menggegarkan negara mengakibatkan giyahnya perpaduan


negara. Lantas pada 31 Ogos 1970 telah diperkenalkan Rukun Negara oleh Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni
Almarhum Sultan Zainal Abidin, Yang di-Pertuan Agong keempat. Mari kita telusuri
kekuatan rukun negara yang menjadi teras identiti nasional.

Terima kasih saudara peneraju acara, barisan panel hakim yang adil lagi bijaksana, def-
def terhormat, serta warga dewan sekalian. Assalamualaikum dan salam sejahtera,
“Rukun Negara Teras Identiti Nasional”, begitulah mauduk pidato saya hari ini.

Hadirin yang saya hormati,

Secara tuntasnya atau definasi seluruhnya, pidato ini akan membuktikan bahawa
keperbadian sesebuah negara akan terbentuk dengan penghayatan dan amalam atas
rukun negara. Sebelum saya mengorak lebih jauh izinkan saya mendefinisikan maksud
rukun negara. Menurut Kamus Dewan Edisi keempat cetakan 2015, rukun dikenali
sebagai tiang dasar dan juga sendi. Manakala, negara merujuk kepada masyarakat iaitu
kaum tertentu yang duduk dibawah naungan kerajaan tertentu. Identiti Nasional pula
membawa maksud sifat atau ciri-ciri sebuah bangsa. Justeru, dapat saya simpulkan di
sini, Rukun Negara Identiti Nasional membawa maksud amalan sebuah masyarakat
yang menunjukkan ciri-ciri sebuah bangsa yang bertamadun.

“Lima Prinsip Rukun Negara”

Hadirin sekalian,

Itulah lagu yang sering kali dimainkan di corong-corong radio dan telivesyen. Ianya
bukanlah sekadar hiburan semata-mata. Namun, ada mesej yang ingin disampaikan.
Mari kita tinjau apakah mesej yang ingin disampaikan. Hijab pidato ini saya buka
dengan prinsip Kepercayaan kepada Tuhan. Albert Einstein pernah berkata, “ agama
tanpa ilmu itu lumpuh, ilmu tanpa agama itu buta.” Nah, terbuktilah bahawa agama
amat penting dalam kehidupan manusia. Setiap agama pastinya menyeru kepada
kebaikan. Justeru, bagi insan yang beragama, pastinya mereka percaya bahawa
kebaikan. Justeru, bagi insan yang beragama, pastinya mereka percaya bahawa
melakukan perkara baik amatlah dituntut. Di sini kita dapat memahami bahawasanya
prinsip yang pertama dapat membentuk identiti nasional yang mana inginkan sesuatu
yang baik untuk dirinya dan masyarakat. Jadi, tidak dinafikan identiti nasional dapat
dibentuk melalui rukun negara oleh prinsipnya yang pertama.

Hadirin yang saya muliakan,

Hujah saya yang kedua merupakan Keluhuran Perlembagaan iaitu rukun negara yang
ketiga. Setiap warganera mestilah menghormati perlembagaan negara yang juga
merupakan sumber perundangan tertinggi negara. Setiap rakyat haruslah
menghormati dan mematuhi perlembagaan yang telah ditetapkan. Justeru, dalam
usaha membentuk identiti nasional prinsip ini memainkan peranan yang sangat
penting. Setiap rakyat pastinya di bawah naungan perlembagaan negara yang
semestinya menjaga hak-hak mereka.

Hadirin yang berwisi,

Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak. Kalau sudah
ditetapkan a, jangan pula dibuatnya b. Maksud yang saya ingin sampaikan di sini ialah
setiap negara mempunyai undang-undangnya tersendiri. Sesiapa pun yang didapati
bersalah akan mendapat hukuman yang setimpal bertepatan aforisme, “ ular dipukul
jangan mati, kayu pemukul jangan patah, tanah dipalu jangan lembang. Perkara ini
termaktu di dalam rukun negara yang keempat iaitu Kedaulatan Undang-undang yang
merupakan macana minda saya yang terakhir. Dengan adanya undang-undang, maka
setiap rakyat akan berdisiplin dan mematuhi segala yang telah ditetapkan. Warganegara
yang berdisiplin akan membentuk rakyat yang berkualiti.

Hadirin saya kasihi,

Tidak hairanlah hadirin sekalian, jika suatu hari nanti generasi akan datang saling
mengejek anatara kaum, saling membenci antara agama dan saling menghina antara
bangsa, jika kita sendiri tidak mengamalkan prinsip-prinsip rukun negara dalam
kehidupan kita. Bahkan jangan kita terkejut sekiranya peristiwa 13 Mei 1969 berulang
kembali jika kita bersikap nafsi. Oleh itu, hadirin sekalian bukalah mata dan minda, sama-
sama kita mulakan anjakan paradigma dan mengamalkan prinsip rukun negara sebagai
panduan hidup kita. Persoalannya, untuk mengejar harta duniawi, haruskah kepentingan
negara menjadi taruhan ? Tepuk dada tanya minda, tepuk dahi fikirlah sendiri.

Sekian terima kasih, srikandi mohon permisi.

Anda mungkin juga menyukai