Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KERJA :

ENGLISH BASIC PROGRAMMELINUS 2015


Oleh:
Pn. Adilla bt. Mohamed Mokhtaruddin
Penyelaras LINUS

1.0 PENGENALAN
Membaca dan menulis merupakan nadi ilmu bagi seseorang murid. Ibu bapa pula adalah
salah satu daripada tulang belakang yang penting bagi memberi bimbingan anak-anak
mereka supaya tahu membaca dan menulis. Oleh itu murid-murid perlu mengenali dan
sentiasa mendampingi bahan bacaan supaya mereka lebih minat membaca disamping
meningkatkan tahap penguasaan penulisan mereka .
ENGLISH BASIC PROGRAMME-LINUS adalah progam pengenalan bacaan dan
penulisan. Program ini mengandungi aktiviti READ EASY AND LEARN ENGLISH
WITH FAMILY ini merupakan satu program mentor mentee bacaan di mana ibubapa
akan menjadi mentor dan juga pembimbing kepada anak mereka di tahun 1, 2 dan 3 yang
masih belum mahir membaca. Ibubapa diminta membimbing anak-anak mereka
membaca di rumah selama setengah jam. (setiap malam/mengikut kesesuaian/masa
terluang ibubapa)
Melalui program ini juga ibubapa dibekalkan dengan borang Log Perjumpaan masingmasing. Aktiviti-aktiviti bacaan boleh di buat dirumah dengan menggunakan bahan
bacaan Read Easy Phonics. Setiap kali murid dibimbing oleh ibubapa maka bahan
bacaan dan buku log haruslah ditandatangani.
Di sekolah pula setiap murid yang terlibat akan dipantau oleh guru di sekolah. Guru
akan dilantik sebagai fasilitator bagi membantu para pelajar LINUS tahun 1, 2 dan 3.
Guru-guru Bahasa Inggeris sebagai fasilitator di sekolah akan membuat perjumpaan 14
kali bersama murid-murid bagi membimbing dan memantau perkembangan murid-murid
yang terlibat dengan ENGLISH BASIC PROGRAMME-LINUS ini . (pada sabtu minggu
ketiga setiap bulan).
2.0 RASIONAL
Diharapkan murid-murid dapat:
2.1 Menggalakkan minat murid untuk mendekati bahan bacaan dengan sokongan dan
bimbingan ibubapa
2.2 Memberi peluang kepada murid meluangkan masa membaca bersama ibubapa
dirumah
2.3 Menjadikan kemahiran membaca dan menulis di dalam Bahasa Inggeris sebagai satu
budaya.
2.4 Menambahkan pengetahuan murid dan meningkatkan prestasi murid LINUS
2.5 Meningkatkan pemahaman di dalam Bahasa Inggeris supaya boleh bertutur dan
menulis dalam Bahasa Inggeris
3.0 SASARAN
Murid-murid yang lemah kemahiran membaca dan menulis Bahasa Inggeris (25 orang
murid LINUS tahun 1,2 dan 3)

4.0 TARIKH DAN TEMPAT TAK LIMAT IBU BAPA


Tarikh: 16 Mei 2015
Tempat: Bilik Mesyuarat SKKJ 1
5.0 TEMPOH PERLAKSANAAN BERTERUSAN AKTIVITI READ EASY
WITH FAMILY DALAM LINUS BASIC PROGRAMME
5.1 Modul 1 16 Mei- 16 Jun 2015
5.2 Modul 2 -20 Jun- 20 Julai 2015
5.3 Modul 3 -1 Ogos- 1 Sept 2015
5.4 Modul 4 15 Sept- 15 Okt 2015
6.0 LATAR BELAKANG PROGRAM
ENGLISH BASIC PROGRAMME-LINUS adalah program pemantauan dan
latih tubi yang dibuat juga bagi mengenalpasti kelemahan anak-anak kita dan
memperbaikinya dengan mengambil pendekatan yang bersesuaian dengan tahap
penguasaan mereka. Kelas tambahan dijalankan pada setiap sabtu minggu ketiga setiap
bulan oleh guru-guru Bahasa Inggeris.
Di dalam program ini juga aktiviti Read Easy With Family dijalankan dirumah bagi
memupuk minat membaca di kalangan pelajar melalui pantauan ibubapa dirumah . Ini
bagi menggelakkan daripada murid terus lemah dalam pembacaan Bahasa Inggeris.
Melalui program ini juga sekolah ini dapat mengurangkan murid linus Bahasa Inggeris
disampingkan dapat meningkat prestasi mereka di dalam pembelajaran.
Oleh itu, galakkan serta bimbingan daripada ibubapa adalah amat penting dalam
membantu guru-guru bagi meningkatkan prestasi murid-murid di dalam pembelajaran
mereka. Modul yang mudah akan diberikan kepada ibubapa untuk membimbing memberi
dorongan kepada anak-anak mereka supaya dapat membaca Simple English dengan
mudah.
7.0 OBJEKTIF
Berikut adalah objektif yang ingin kami capai :
7.1 Memenuhi kriteria target penilaian LINUS
7.2 Melahirkan murid yang fasih dalam pembacaan Bahasa Inggeris
7.3 Meningkatkan penglibatan warga sekolah dalam aktiviti yang dianjurkan
Panitia Bahasa Inggeris dan LINUS
7.4 Menggalakkan murid membaca dan menulis di dalam Bahasa Inggeris
7.5 Meningkatkan prestasi dan pengetahuan murid

8.0 PERLAKSANAAN PROJEK


8.1 PERANCANGAN
Menyediakan aktiviti bacaan dan menulis mengikut konstruk
Menyediakan jadual tutorial program basic LINUS
Menyediakan kertas kerja
Perbincangan perlaksanaan program bersama Guru Besar
Photostat borang log dan modul-modul
Taklimat kepada ibubapa (sebagai mentor dirumah)
Menjalankan aktiviti Read Easy dan tutorial mengikut jadual
8.2 PIHAK YANG TERLIBAT
Para pentadbir, AJK Panitia Bahasa Inggeris, Ibubapa serta anak
mereka dan
Fasilitator dari kalangan guru-guru Bahasa Inggeris

9.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANAAN


Tugasan
Penyelaras Keseluruhan
Disiplin Murid
Pengacara Majlis
( Aktiviti Read Easy)
Jurugambar
P.A. Sistem/ LCD Projektor
Buku Program
Modul Bacaan dan Tulisan
Mengikut Konstruk
Jamuan ( Aktiviti Read Easy)
Dokumentasi
Penceramah
( Aktiviti Read Easy)
Fasilitator bagi tutorial LINUS
(setiap sabtu minggu ketiga)

Nama Guru
Pn Adilla bt Mohamed Mokhtaruddin
AJK Panitia Bahasa Inggeris
Pn Christina Thevamalar/ Pn. Adilla
Pn. Norazian
Pn. Kumuthini
Pn. Nurul Wahida
Pn. Adilla, Pn. Farah dan Pn. Nurul
Wahida
Pn Farah Azliza
Pn Nurul Wahida
Pn Christina Thevamalar
Pn. Farah Azliza, Pn. Adilla dan
Pn. Nurul Wahida

10. JADUAL TUTORIAL ENGLISH BASIC PROGRAMME-LINUS


TARIKH TUTORIAL NAMA FASILITATOR
20 Jun 2015
27 Jun 2015 *
4 Julai 2015*
18 Julai 2015
25 Julai 2015
1 Ogos 2015*
15 Ogos 2015
5 Sept 2015*
19. Sept 2015
17 Okt 2015

TEMPAT

Pn. Nurul Wahida , Pn. Farah


1 Budi, 1 Cekap dan 1 Damai
dan Pn. Adilla
Pn. Nurul Wahida , Pn. Farah
1 Budi, 1 Cekap dan 1 Damai
dan Pn. Adilla
Pn. Nurul Wahida , Pn. Farah
1 Budi, 1 Cekap dan 1 Damai
dan Pn. Adilla
Pn. Nurul Wahida , Pn. Farah dan 1 Budi, 1 Cekap dan 1 Damai
Pn. Adilla
Pn. Nurul Wahida , Pn. Farah
1 Budi, 1 Cekap dan 1 Damai
dan Pn. Adilla
Pn. Nurul Wahida , Pn. Farah
1 Budi, 1 Cekap dan 1 Damai
dan Pn. Adilla
Pn. Nurul Wahida , Pn. Farah
1 Budi, 1 Cekap dan 1 Damai
dan Pn. Adilla
Pn. Nurul Wahida , Pn. Farah
1 Budi, 1 Cekap dan 1 Damai
dan Pn. Adilla
Pn. Nurul Wahida , Pn. Farah dan 1 Budi, 1 Cekap dan 1 Damai
Pn. Adilla
Pn. Nurul Wahida , Pn. Farah dan 1 Budi, 1 Cekap dan 1 Damai
Pn. Adilla

*tertakhluk pada perubahan ( mengikut keadaan semasa)


11.0 ATURCARA AKTIVITI READ EASY AND LEARN WITH FAMILY
PADA 16 MEI 2015

MASA

ATURCARA

TINDAKAN

10.00 pagi

PERSIAPAN TEMPAT DAN


PENDAFTARAN

10.30 pagi

KETIBAAN IBUBAPA

10.35 pagi

CERAMAH DIMULAKAN

PN CHRISTINA/
PN. ADILLA

10.45pagi

BORANG LOG DIBERI, BIMBINGAN


DIMULAKAN

PN. FARAH
PN. NURUL
WAHIDA

11.15 pagi

JAMUAN RINGAN DAN BERSURAI

PN. NORAZIAN

CHECK

CATATAN

PN KUMUTHINI

11.0 ANGGARAN KOS PERBELANJAAN


BIL

PERKARA

1.

BUKU PROGRAM DAN


PANDUAN PAMPLETS

2.

ANGGARA
N
KOS

JUMLAH

25 X RM 4

RM 100

14 KALI PERJUMPAAN DENGAN


GURU 5 X 25 MURID

14X RM125

RM 1750

BAHAN RUJUKAN

25 X RM35 RM 875

4.

BAHAN PROGRAM READ EASY


WITH FAMILY DAN BUKU LOG

RM 280

CATATAN

RM 280
RM 3005
:::::::::::::

12.0 PENUTUP
Harapan kami agar program dapat berjalan dengan baik dan sempurna dengan
kerjasama dari semua pihak. Diharap program ini juga dapat memberi perubahan yang
baik terhadap prestasi LINUS serta pembelajaran murid-murid tahun 1,2 dan 3 di dalam
subjek Bahasa Inggeris. Selain itu kita juga dapat menerapkan budaya membaca
dikalangan anak-anak kita.

Disediakan oleh:
____________________
(Pn. Adilla bt. Mohd Mokhtaruddin)
Penyelaras LINUS BI

Disahkan oleh:
____________________
(Tn. Hj Saidon bin Abas)
Guru Besar
Sekolah Kluster Kecemerlangan
SK Kelana Jaya 1

Anda mungkin juga menyukai