Anda di halaman 1dari 2

SYAIR 1MALAYSIA SAYANGKAN NEGARA Tersebutlah kisah sebuah negara, Malaysia digelar diberi nama; Perdana Menteri bekerja

bersamasama, Agar Malaysia jadi ternama. Satu Malaysia ilham Perdana Menteri, Galakkan rakyat bersatu hati; Demi kerana negara dicintai, Moga hidupmu terus diberkati. PM mengajak rakyat bersatu, Pelbagai kaum bersatu padu; Memupuk minda generasi baru, Demi kerana Malaysia yang satu. PM bekerja tak kira masa, Pentingkan rakyat dari segala; Kerahkan menteri beri kerjasama, Asalkan rakyat hidup bahagia. SYAIR 1MALAYSIA SAYANGKAN NEGARA PM dan menteri kerja bersungguh, Demi rakyat negara teguh; Petah bicara bila berhujah, Agar rakyat dapat berteduh. PM kita pencetus revolusi, Galakkan rakyat berkreativiti; Minda penuh daya imaginasi, Lahirkan produk berinovasi tinggi. Menteri kabinet beri perhatian, Ikut arahan dalam panduan; Ada kuasa jangan disia-siakan, Hilang kuasa dalam penyesalan. Apalah ada pada kuasa, Salah guna bawa binasa; Jalankan tugas hati yang waja, Hidupmu pasti rasa bahagia.

PANTUN SETIA KASIH Bunga dipuja setiap ketika, Amat indah si mawar putih, Negara Malaysia tanah pusaka, Tempat mencurah taat dan kasih. Amat indah paginya suria, Seisi dunia rasa terpaku, Tempat mencurah taat setia, Itulah dia tanah airku. Dato Adenan pemimpin bestari, Berjasa berbakti kepada negara, Selagi ada bulan dan matahari, Setia kami untukmu Malaysia, Pak Mat ke Kuala Oya, Pak Harun ke Kuala Deli, Kalau rakyat tidak setia, Bagai meracun diri sendiri. PANTUN BELIA HARAPAN NEGARA Hari belia disambut penuh gemilang, Belia gembira pergi ke sana; Pergi ke sana merebut peluang, Masa depan tercerna negara terbina. Belia produktif negara cemerlang, Usaha dibina atas keringat; Jasamu menteri takkan hilang, Ke mana kau pergi terus diingat. Bertuahnya hidup belia Malaysia, Sentiasa dihargai oleh kerajaan; Rebutlah peluang selagi ada, Pastinya dikau menempa kejayaan.

PUISI BELIA HARAPAN NEGARA Beliaku Negara perlukanmu Justeru Bangunlah dari lenamu Sedarlah dari lekamu Sedarlah dari lalaimu.. Mari kubimbingmu... Menuju kejayaan! Jangan ada rasa rendah diri Jangan ada rasa kecewa Berubahlah demi Dirimu Keluargamu Negaramu Pewarismu nanti. Aku percaya kau boleh berjaya Jika semangat kentalmu datang Aku menantimu di sini Bersama azammu untuk berjaya Justeru daftarlah sekarang untuk menjadi ahli belia. Segalanya akan berubah! Percayalah! Kerana kau adalah harapan negara! SUMPAH ANAK MERDEKA Aku anak merdeka Bangkit dari persada luka Berdiri megah di pentas wira Inginku tebus maruah bangsa Aku anak merdeka Terjaga dari ranjang kecewa Berpaksi gagah di panggung perkasa Ingin ku bela nasib bangsa Aku anak merdeka Harapan nusa dan bangsa Akan kutentang petualang negara Yang tegar membuat angkara Aku anak merdeka Di hati semangat waja Di dada penuh satria Ini Tuah akan membela Untuk kubalut luka lama

Anda mungkin juga menyukai