Anda di halaman 1dari 7

Joget Malaysia

Datuk Panglima pergi membajak Ke Tanah Rata senja pulangnya Kalau Cik Adik orang yang bijak Negara kita apa namanya ? Ikanlah keli dalam perahu Oranglah buta tangkap buaya Kalau Cik Abang ingin nak tahu Negara kita nama Malaysia Ramalah rama di pohon duri Mati ditimpa si buah nangka Kalau Cik Adik orang bistari Bulan berapa Malaysia merdeka ? Anak benggali di kebun nyonya Petiklah gambus anak Melaka Wahai Cik Abang ini jawabnya 31 Ogos merdeka Ke pasar lama membeli serai Singgah bertanya Datuk Menteri Kalau Cik Adik orang yang pandai Di mana letak ibu negeri Anaklah bilal dari Mentakab Pergi ke Johor buat kenduri Cik Abang soal mudah dijawab Kuala Lumpur ibu negeri

Tanggal 31

Tanggal 31 bulan lapan 57 Merdeka merdeka tetaplah merdeka Ia pasti menjadi sejarah Tanggal 31 bulan lapan 57 Hari yang mulia hari bahagia Sambut dengan jiwa yang merdeka Mari kita seluruh rakyat negara Ramai-ramai menyambut hari merdeka Merdeka 31 bulan lapan 57 Hari mulia negaraku merdeka

Tanah Pusaka

Sungguh gemilang negeriku Yang ku puja oh tanahairku Di merata dunia Harum semerbak namamu oh Malaysia Aman makmur kaya raya Selama-lama hidup maju jaya Kau tanah pusaka Negaraku yang berdaulat dan merdeka Tanah pusaka bertuah Berbagai bangsa di dalamnya Hidup aman dan bersama Bersatu teguh untuk negara Musuh melanggarku tempoh Sungguh relaku gugur kerana Kau tanah pusaka Biar putih tulang jangan putih mata

Malaysia Baru

Andai hidup tak punya cita Pada bangsa mahupun wanita Hidup tidak punya ertinya Kenikmatan tidak dirasa Cinta bangsa rasa mulia Cinta wanita rasa bahagia Menjadi cita penuh daya Mencipta hidup sempurna Andai kita lalai serta lupa Masa akan jadi sia-sia Jiwa kosong tak berharga Dunia bukan syurga Oleh itu mari kawanku Berpimpin tangan berganding bahu Segera capai cita yang satu Di alam Malaysia Baru

Malaysia Jaya

Malaysia kita sudah berjaya Aman makmur bahagia Malaysia abadi selamanya Berjaya dan berjaya Pelbagai kaum sudah berikrar Menjunjung cita-cita Satu bangsa satu negara Malaysia berjaya Dari Perlis sampailah ke Sabah Kita sudah merdeka Negara makmur rakyat mewah Kita sudah berjaya Dengan semboyan kita berjaya Gemuruh di angkasa Satu bangsa satu bahasa Malaysia berjaya

Ilham Pujangga
Ilham dari pujangga Berdiam diri bukan ertinya kau kalah Biar cercaan sekali datang menimpa Sudahlah memang adat di dunia Bersuaralah kamu kepada perkara berguna Itulah sifat orang bijaksana Anak muda itu tidak mati kerana tergelincir kakinya Tetapi matinya anak muda itu adalah kerana tergelincir lidahnya Berdiamlah kamu kepada perkara yang bukan-bukan Bersuaralah kamu kepada perkara yang memberi kebaikan Berikanlah tenaga untuk nusa dan negara Ini zaman kemajuan usah kita ketinggalan Kasih sesama manusia Seperti anda sayangkan diri anda Pandang yang satu kepada yang ramai sayang Pandang yang ramai kepada yang satu Usah ditanya apakah bakti negara untuk kamu Tetapi tanyalah apakah bakti kamu untuk negara Berjasalah kamu untuk keharmonian negara Kau katakan kepada aku sekarang juga Apakah pendapat kau atas kewajipan usia mudamu? Pembela harapan dan tiang segala bangsa dan negara Bagaimanakah caranya patut aku tunjukkan kewajipanku? Kau mempunyai akal bukan? Tepuklah dada tanyalah selera Suburkanlah hatimu pertahankan ibu pertiwi Jauhkanlah dirimu dari perkara yang merugi Maaf mudi dan muda ku susun jari sepuluh Aku bukanlah seorang pujangga Hanya sekadar penyanyi biasa

Bumi Malaysia

Bersinar di seluruh alamku Gemilang cemerlang cahaya Lahirnya di zaman dunia baru Malaysia negara baru Malaysia Berkibar bendera Malaysiaku Berkibar di angkasa tinggi Menuju semangat bersatu Bumi Malaysia tetap aman sejati Terus berjaa dan subur bahagia Malaysia negaraku yang kaya Tetap terpuji serata dunia Kerana hidup damai sentiasa Gemilang di bumiku Malaysia Bermegah segala makhluknya Mempertahankan semangat maju Berjaya Malaysia negara baru

Anda mungkin juga menyukai