Anda di halaman 1dari 2

Ya Allah !

/ Ampunkan dosa kami, kedua ibu bapa kami dan kasihanilah mereka / sebagaimana mereka telah mengasuh kami ketika kami masih kecil. Wahai yang Maha Pengasih ! / Sinarilah hati dan minda anak didik kami / dengan hidayah dan rahmatMu yang luas , / Berilah kefahaman dan ingatan yang baik kepada mereka./ Mudahkan mereka memahami apa yang disampaikan oleh para guru / dan berkatilah ilmu yang dicurahkan kepada mereka. Ya Allah ! Jadikan pelajar kami dari golongan manusia yang mentaati perintahMu / dan menuruti sunnah rasulMu s. w.a. / dan tidak menghampakan kami dan ibu bapa mereka kelak. Wahai Tuhan yang Maha Rahiim ! Rahmatilah guru yang pernah mendidik kami / dengan iman dan ikhlas yang sempurna /. Jika mereka telah pergi, / lapangkanlah kubur mereka / umpama sebuah taman dari taman syurga . Kurniakanlah kepada kami dan keluarga kami / dengan kesihatan yang sempurna / dan panjangkan umur kami untuk melakukan kebaikan, / diiringi dengan keberkatan rezekiMu yang luas / dan dihiasi keturunan yang soleh / untuk mendoakan kami setelah kami pergi nanti.

Anda mungkin juga menyukai