Anda di halaman 1dari 5

Nyalakan Tekad Nyalakan azam membumbung Padukan tekad dan waja Songsongi ombak bergulung Menuju ke pulau cita

Setitis jadikan laut Sekepal jadikan gunung Namamu kelak disebut Jasamu kelak disanjung Nyalakan tekad di hujung cita Sama muafakat ke puncak jaya Sembah setia sepenuh jiwa Untuk nusa dan negara Kan megah langit dijunjung Rela bumi nan dipijak Kan megah ibu mengandung Putera puterinya berjasa * Ulang dari atas

Mentera Semerah Padi Hei! kersani mengalir lah dikau Menjadi raksa Mengisi belikat punggungku Agar aku bisa berdiri Tegap dan segak Bagaikan laksmana Melayu Hei! sepuluh helai daun sirih Ku gentas bersama Bunga cengkih jadilah dikau Darah merah pekat mengisi uratku Agar bisa ku berlangkah Gagah dan tampan Bagaikan sijantan yang berkokok Di mana bumi ku pijak Di situ langit ku junjung Alang-alang menyeluk pekasam Biar sampai ke pangkal lengan

Aku seru mentera pusakaku Mentera semerah padi ___________________ Lagu Gemuruh Suara

Kalau engkau jatuh, Jangan engkau lemah, Kerana hidup mengajar kita, Jangan cepat mengalah. Bina yakin diri, Mampu kita lakukan, Tiada yang mustahil, Segalanya Boleh! Kita bergandingan, Meraikan Malaysia! Gemuruh suara, Jadi bangsa Berjaya, Gemuruh perkasa, Bawah satu bendera, Nama kita bina, Diseluruh benua rasa bangga, Genggam amanat wira, Julang panji Malaysia.. Genggam amanat wira, Julang panji Malaysia!!

Jika kau fikirkan kau boleh Kau hampir boleh melakukan Jika kau fikirkan raguragu Usahamu tidak menentu Jika kau fikirkan kekalahan Kau hampiri kegagalan Jika kau fikirkan kemenangan Kau hampiri kejayaan Engkaulah apa kau fikirkan Terkandung dalam pemikiran Kau fikir boleh melakukan Fikirkan boleh Percaya apa kau lakukan Tabah apa kau usahakan Bertindak atas kemampuan Engkau boleh

Malaysia kita sudah berjaya Aman makmur bahagia Malaysia abadi selamanya Berjaya dan berjaya Berbagai kaum sudah berikrar Menuju cita-cita Satu bangsa satu negara Malaysia berjaya Dari Perlis sampailah ke Sabah Kita sudah merdeka Negara makmur rakyat mewah Kita sudah berjaya Dengan semboyan kita berjaya Menuju di angkasa Satu bangsa satu negara Malaysia berjaya

Lirik Lagu Satu 1 Malaysia -

Dunia kian berubah Perubahan melingkari Melaksana hasrat hati Kejayaan terbukti Dunia yang megah Dengan misi yang gagah Kerana perpaduan Kita masih bersama Chorus Kita satu bangsa, Kita satu Negara Kita satu matlamat, oooo Kita satu bangsa, satu Negara Kita satu Malaysia Bermulanya sekarang Perjalanan dilaksana Seia sekata sehati dan sejiwa Membina masa hadapan Menuju kejayaan Kita semua rakyat Malaysia Harmoni, saling menghormati Kita satu bangsa, Kita satu Negara Kita satu matlamat, oooo Kita satu bangsa, satu Negara Kita satu Malaysia

Tanggal 31/31 Ogos Tanggal 31 Bulan lapan lima puluh tujuh Merdeka! Merdeka! Tetaplah merdeka Ia pasti menjadi sejarah Tanggal 31 Bulan lapan lima puluh tujuh Hari yang mulia Hari bahagia Sambut dengan jiwa yang merdeka Mari kita seluruh warga negara Ramai-ramai menyambut hari merdeka Merdeka! Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh Hari mulia negaraku merdeka Ulang Daripada Mula Mari kita seluruh warga negara Ramai-ramai menyambut hari merdeka Merdeka! Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh Hari mulia negaraku merdeka Merdeka.. merdeka.. merdeka.. MERDEKA!

Lirik Lagu Janji Ditepati Macam malam ikut siang Macam bulan ikut matahari 1Malaysia terus berjuang Janji Kita ditepati Kata Kita dikota Janji Kita ditepati Hidup Rakyat Dibela Masa Depan Diberkati Janji sudah ditepati Kini masa balas budi (Chorus) Janji siapa? Janji kita Janji apa? Janji 1Malaysia Janji siapa? Janji kita Janji apa? Janji 1Malaysia Ini janji kita BR1M 1Malaysia Ini janji 1Malaysia TR1M 1Malaysia Kata kita dikota Kini 1Malaysia Janji kita ditepati Kedai 1Malaysia

Lirik Lagu Malaysia Baru- M.Bakri Andai hidup tak punya cinta Pada bangsa maupun wanita Hidup tak punya ertinya Kenikmatan tidak dirasa Cinta bangsa rasa mulia Cinta wanita rasa bahagia Menjadi kita penuh daya Mencipta hidup sempurna ( korus ) Andai kita lalai sertalah lupa Masa akan lari sia-sia Jiwa kosong tak berharga Dunia bukan syurga Oleh itu mari kawanku Berpimpin tangan berganding bahu Segera capai cita yang satu Di alam Malaysia baru ( ulang dari korus hingga akhir

Sejahtera Malaysia Puji dan syukur pada Ilahi Anugerahnya tiada terhingga Kedamaian kemakmuran Malaysiaku bahagia Dengan tekad untuk berjaya Berbakti pada nusa dan bangsa Kami junjung cita-cita luhur Perpaduan seluruh negeri Chorus Seia sekata sehati sejiwa Menghadapi cabaran Kami setia kami sedia Berkorban untuk negara Bersemarak Malaysia tercinta Kibarkan panji kebesarannya Kami rela menjaga namamu Sejahtera Malaysia

Perpaduan teras kejayaan Kini Semangat Jalan Seiring Satu Amanah Kerjasama Jadi Teras Bangsa Mulia Sehati Sejiwa Bangun Membantu Agar Sepakat Moga Terserlah Perpaduan Agar Teguh Dipersada Dalam Hidup Harmoni Sirami Rasa Kasih Sayang Jadi Benteng Hidup Yang Harmoni Nurani Ikhlas Dihati Murni Menjadi Kekuatan Kita c/oBersatu.......Bersatu Bersatu Gagah Bercerai Rebah Hindarkan Hasrat Sengketa Kita Perpaduan Teras Kejayaan Berpadu......Berpadu Berpadu Bulat Kata Sepakat Menjadi Cita Negara Jaya Perpaduan Teras Kejayaan Perpaduan Teras Kejayaan Perpaduan Teras Kejayaan

Malaysia satu Ku teguh berdiri tiada lagi ragu atau gentar Ku terus berani melangkah maju ke hadapan Satu impian nyawaku pertaruhkan Genggaman tanganmu, semangatku terus membara janji ku pada mu, harapanmu ingin ku laksanakan kau adalah ilham pada mereka yang ingin berjaya Kau terus berjuang demi membawa perubahan satu impian oh berjuta harapan Genggaman tanganmu, semangatku terus membara janji ku pada mu, harapanmu ingin ku laksanakan Satu Malaysia, kita inspirasi pada dunia Nama kan dijulang, kita menjadi kebanggaan Satu wawasan bersama bergandingan.. Genggaman tanganmu,

semangatku terus membara janji ku pada mu, harapanmu ingin ku laksanakan

Anda mungkin juga menyukai