Anda di halaman 1dari 13

BEBAN TUGAS GURU

PEMULIHAN
Ahli Kumpulan:
Mohd Faris Bin Samsuri
Nor Hasimah Binti Ahmad
Nurul Hanna Binti Mohd Adnan
Saidatul Muallimah Binti Mohd Zaki
Jawatankuasa
Dan Organisasi

BEBAN TUGAS
Bilangan
Pendekatan GURU
PEMULIHAN Waktu
KHAS

Aktiviti Pengkhususan
kokurikulum Mata Pelajaran
Jawatankuasa & Organisasi
Menurut Faridah & Zubaidah (1999):
bebanan kerja guru bukan sahaja mengajar tetapi juda
melaksanakan kerja penkeranian dan pentadbiran,
menjalankan aktiviti kokurikulum dan juga kerja-kerja
persatuan ibubapa dan guru (PIBG).
Mereka bukan sahaja menjadi guru tetapi juga
bertugas sebagai kerani dalam mengendalikan urusan
sampingan seperti urusan buku teks murid, hal ehwal
kebajikan murid, disiplin murid, akaun persatuan dan
kelab murid, kegiatan sukan dan ko-kurikulum murid
dan berbagai lagi.
Guru Pemulihan telah dibebankan dengan terlalu banyak
kerja yang tiada kaitan dengan tugas mereka.
Guru Pemulihan diberi peranan lain sebagai setiausaha
sukan sekolah, ditugaskan mengajar subjek PJK, Muzik,
Matematik, Bahasa Melayu, menggantikan guru pra-
sekolah yang cuti bersalin dan sebagainya.
Akibat daripada tugas-tugas yang terlalu banyak ini, maka
kadang-kala tugas guru Pemulihan banyak yang
tergendala.
Bilangan Waktu
Zubaidah Aman (1999):
bebanan waktu mengajar, jumlah mata pelajaran dan
bebanan tugas di sekolah mempengaruhi keletihan emosi
guru.
Abdul Malik,(2000):
ketegangan yang berpanjangan boleh mempengaruhi
psikologi seseorang seperti hilang keyakinan, cepat
meradang, agresif dan hilang daya konsentrasi.Ini
menyebabkan seseorang guru itu kurang bersemangat dan
tidak bermotivasi di dalam menjalankan tugasnya
Guru Pemulihan dikehendaki mengajar sebanyak 990

minit seminggu tidak termasuk 120 minit yang


diperuntukkan untuk persediaan dan panduan.

(Buku Panduan Program Pemulihan Khas: m/s 5)


Namun begitu, guru Pemulihan lebih kerap diberikan

kelas ganti kerana ada guru yang tidak hadir.


Ini menyebabkan bilangan waktu guru pemulihan
mengajar adalah lebih daripada guru biasa.
Akibatnya, guru pemulihan tidak mempunyai masa yang

mencukupi untuk menyediakan strategi pengajaran dan


pembelajaran serta membina bahan bantu belajar bagi
murid pemulihan.
Pengkhususan Mata Pelajaran
Kekurangan guru di sekolah menyebabkan GPK tidak dapat
dilantik.
Oleh itu, guru yang tidak mempunyai kemahiran atau tiada
latihan khusus disuruh mengajar.
Pengkhususan mata pelajaran yang berlainan dengan bidang
yang mereka pelajari menyebabkan guru pemulihan tersebut
tidak dapat menyampaikan pengajaran mereka dengan baik.
Mereka terpaksa mencari inisiatif sendiri untuk mempelajari
kemahiran dan pengetahuan tersebut dan dalam pada masa
yang sama mereka perlu melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran.
Ini menyebabkan mereka tidak dapat melaksanakan tugas
mereka dengan baik.
Aktiviti Kokurikulum
Para guru masa kini terpaksa menghadapi masalah dalam
menguruskan aktiviti- aktiviti kokurikulum di sekolah yang
semakin hari semakin bertambah.
Guru-guru dikehendaki menjalankan kegiatan kokurikulum di
sekolah tanpa mengikut ketetapan masa tidak kira pada waktu
persekolahan mahupun di luar waktu persekolahan.
Akibatnya, guru-guru terpaksa meninggalkan tugas utama mereka
iaitu mengajar di bilik darjah.
Mengikut kajian yang dilakukan pleh Shahbudin (1986):
masa sebenar guru bekerja adalah 44.28 jam seminggu manakala masa
rasmi di sekolah ialah 28.35 jam sahaja seminggu (jumlah masa kerja
rasmi bagi 1 hari adalah 5.67 jam.) Justeru itu, guru-guru masih
memerlukan sebanyak 15.93 jam lagi bagi menyempurnakan kerja-
kerja mereka seperti mengajar dan menyemak latihan buku pelajar
KERATAN AKHBAR ISU
BEBANAN TUGAS GURU
Pendekatan
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, satu
jawatankuasa khas akan ditubuhkan bagi mengkaji beban tugas
berlebihan yang ditanggung oleh guru sekolah di seluruh negara.
Jawatankuasa tersebut ditugaskan mengenalpasti bagaimana
masalah bebanan tugas guru itu boleh berlaku dan mencari penanda
aras yang boleh kementerian guna pakai, sama ada dengan
mengambil contoh piawaian antarabangsa atau dari negara jiran
yang tahap pendidikannya lebih tinggi dari negara kita untuk
dicontohi.
Dipengerusi oleh Alimuddin dan keanggotaannya yang turut
membabitkan beberapa pegawai pelajaran serta wakil NUTP dan
diberi masa selama dua bulan bagi mencari jalan penyelesaian
terhadap isu berkenaan.
Dasar baru kementerian yang menekankan aspek
kokurikulum di sekolah turut mendapat maklum balas
positif dari pihak NUTP yang menyatakan sokongan penuh
terhadap usaha berkenaan.
Kementerian akan memastikan penekanan terhadap
kokurikulum tidak akan sesekali membebankan guru.
Kementerian menubuhkan jawatankuasa ini tidak lain tidak
bukan untuk mencari penyelesaian terbaik menyelesaikan
bebanan guru.
PEKELILING

Anda mungkin juga menyukai