Anda di halaman 1dari 40

SALAM KEMERDEKAAN UNTUK

NEGARAKU TERCINTA!

Salam Kemerdekaan Untuk


Negaraku Tercinta,
Kibaran Jalur Gemilangmu tak
jemu berkibar;
Tersenyum megah penuh bangga,
Kukagumi semangatmu
sentiasa

berkobar-kobar.
Kau tak pernah erti kalah,
Apa pun dugaan kau hadapi
dengan tabah;
Di mana pun berada kau berkibar
megah,
Demi mengekalkan kibaranmu

rakyat harus berubah.


Berubah untuk memikirkan
kepentingan negara,
Keamanan dan keharmonian
matlamat utama;
Semangat rakyatnya terus
membara-bara,

Menjadikan realiti impian


1Malaysia.
Salam 1Malaysia untuk Datuk
Seri,
Semoga perjuangan membawa
keberkatan;
Jasamu sentiasa mewangi di hati,
Perjuangan terdahulu masih

diteruskan.

Justeru rakyat Malaysia patut


berbangga,
Mempunyai pemimpin yang tak
pernah jemu,
Membela nasib rakyat di mana
saja berada,
1Malaysia menjadi kenyataan
itu yang dimahu.

1Malaysia menjadi kenyataan itu


yang dimahu,
Rakyat Malaysia bersatu aman
damai;
Negara aman rakyatnya pelbagai
kaum bersatu,
Bersatu hati mengharmoniskan
Malaysiaku ini.

Bersatu hati mengharmoniskan


Malaysiaku ini,
Antara pemimpin dan rakyat
sentiasa menghormati;
Sehati sejiwa saling memahami,
Akan terpancarlah

kegembiraan di hati Datuk


Seri.
Akan terpancarlah kegembiraan
di hati Datuk Seri,
Rakyat Malaysia sentiasa
bersatu hati;
Berkorban apa saja demi

Malaysiaku ini,
Bahagia rakyat Malaysia
aman dan damai.
Bahagia rakyat Malaysia aman
dan damai,
Tiada berburuk sangka
sesama

sendiri;
Yang difikirkan keamanan
negara ini,
Kemerdekaan Malaysia akan
sentiasa dikecapi.
Kemendekaan Malaysia akan
sentiasa dikecapi,
Andai rakyatnya saling

sanggup berkorban;
Mempertahankan Negara biarpun
tsunami datang membadai,
Makanya Malaysiaku merdeka
sentiasa berkekalan.

Malaysiaku kekal merdeka


selamanya,
Barulah tenang roh Bapa

Kemerdekaanku;
Bersyukur pemimpin dan
rakyatnya,
Kemuliaan Jalur Gemilang
Sentiasa di hatiku.
Kemuliaan Jalur Gemilang
sentiasa di hatiku,
Ingin kuajak rakyat Malaysia

menghargainya;
Teringat dengan keperitan
perjuangan Tunku,
Mendapatkan Kemerdekaan
negaraku yang tercinta.
Selamat Menyambut Hari
Kelahiran,
Buat Negaraku Malaysia

tercinta;
Kumengerti keperitanmu
mengharungi perjuangan,
Sabarlah kesetiaanmu kami
hargai sentiasa.
Sambutan Kelahiranmu Yang Ke58 ini kuberjanji,

Bersumpah setia
mengekalkan
Keharmonianmu;
Moga kau tidak akan disakiti
lagi,
Oleh musuh durjana ingin
menjatuhkanmu.

Salam Kemerdekaan Buat


Negaraku yang dicintai,
Moga kau sentiasa gembira
selalu;
Kesetiaanmu sentiasa kami
sanjungi,
Berkibarlah dengan megah
serta bangga tanpa jemu.

Karya Ratu Rimba Niagara


31 Julai 2015
(Diilhamkan Bersempena
Menyambut Ulang Tahun
Kemerdekaan
Malaysia Ke-58 Bermula 31 Ogos
1957 - 31 Ogos 2015)

PANTUN MERDEKA
BERSEMPENA MEMPERINGATI
HARI PAHLAWAN 31 Julai 2015)

Sambut merdeka sekali setahun,


Keringat tercurah pejuang
berjasa;
Malaysiaku merdeka 58 tahun,
Itulah sejarah perjuangan
bangsa.

Meniti kejayaan bersama rakan,


Berliku jalan penuh kesukaran;
Semangat Kebangsaan perlu
disuburkan,
Prinsip keadilan kita tegakkan.

Tulisan rumi bacaan dewasa,


Memenuhi laman setiap
terbitan;
Berjuanglah demi memartabatkan
bangsa,
Diskriminasi perkauman cuba
elakkan.

Asap jerami berkepul di titi,


Di hujung paya mengail toman;
Kestabilan ekonomi menjadi bukti,
Malaysia berjaya melangkaui
zaman.

Bunga raya bunga kebanggaanku,


Jatuh terjemur kelopak merata;
Majulah Malaysia tanahairku,
Semoga makmur dari sengketa.

PANTUN MERDEKA

Bendera berkibar di rumah Pak


Agos,
Di halaman rumah pasang
pelita;
Menjelang tiba Tiga Puluh Satu
Ogos,

Tarikh kemerdekaan negara kita.


Bersyukur menjadi rakyat
Malaysia,
Bumi bertuah indah permai;
Lima Puluh Lapan tahun kita
merdeka ,

Rakyat hidup aman damai.

Setiap tahun menyambut


merdeka,
Jalur gemilang berkibar megah;
Sejarah negara jangan dilupa,
Beratus tahun kita dijajah.

Kaum melayu, Cina dan India,


Hidup sejahtera bersatu padu;
Jasa pemimpin jangan dilupa,
Rakyat terbilang negara maju.

Para pemimpin silih berganti,


Kini Dato Seri Najib di tampuk
kuasa;
Kita isi kemerdekaan ini,
Membina peradaban negara
tercinta.

Tiga Puluh Satu Ogos tarikh


keramat,
Bersama kita menyambut
merdeka;
Bersatu berazam penuh
semangat,
Mari pertahankan kemerdekaan
kita.

Ayah ke hutan memotong buluh,


Sakit sungguh tangan terluka;
Bulan Ogos Lima Puluh Tujuh,
Kita menjadi rakyat merdeka.

Pohon kayu dipanah petir,


Hujan renyai penuhlah kali;
Rahman, Razak, Hussein,
Mahathir,
Pak Lah dan Najib Perdana
Menteri.

Buah petai bermata-mata,


Pokoknya tumbuh di tepi kolam;
Jalur Gemilang bendera kita,
Megah berkibar di puncak alam.

Ibu memasak ikan Toman,


Rasa enak tidak terkata;
Rukun Negara jadi pedoman.
Hidup dalam berbilang bangsa.

Budak-budak menyusun bata,


Orang di pecan menjual lokan;
Negara kita acuan kita,
Sama-sama kita bangunkan.

Orang mengail di Sungai Melaka,


Dapat seekor ikan tenggiri;
Demikianlah pantun Hari
Merdeka,
Saya memohon mengundur diri.

Anda mungkin juga menyukai