Anda di halaman 1dari 1

1

ALBUM IMBUHAN
ARAHAN PERMAINAN
1. Bina 2 / 3 / 4 / 5 kumpulan
2. Setiap kumpulan dibekalkan dengan 2 set kad pintar dan dua kad imbuhan be-
dan ber-
3. Setiap ahli diberikan 7 keping kad. (selebihnya berada ditengah)
4. Kad imbuhan pula akan diletakkan di setiap penjuru kad yang selebihnya tadi.
5. Pemain perlu membina perkataan berimbuhan berdasarkan kad-kad yang
mengandungi huruf-huruf abjad dan disepadankan dengan kad-kad imbuhan
ber- dan be- di tengah-tengah kawasan permainan.
6. Pemain dibenarkan berbincang tetapi tidak boleh menunjukkan kad-kad yang
ada padanya kepada pemain-pemain lain.
7. Permainan dimulakan dengan pemain pertama cuba memilih kad dari
tangannya untuk membina perkataan berimbuhan dan sekiranya tiada, pemain
boleh menarik kad dari rakan di sebelah.
8. Pemain kedua pula, akan menarik kad di tengah-tengah gelanggang dan cuba
memilih dan membina perkataan dengan imbuhan yang disediakan dengan kad
yang ada ditangannya dan sekiranya tiada perkataan boleh dibina, pemain
boleh menarik satu kad dari rakan di sebelahnya begitu juga pemain yang
seterusnya.
9. Bagi pemain yang dapat membina perkataan berimbuhan yang boleh
disepadankan dengan kata imbuhan yang disediakan boleh menyatakan snap
dan meletakkan perkataan yang diperoleh pada imbuhan yang bersesuaian di
hadapan gelanggang kepada pemain-pemain lain dan pemain tersebut
dibenarkan menarik satu kad di tengah-tengah gelanggang untuk meneruskan
permainan.
10. Pemain dikira sebagai pemenang sekiranya banyak perkataan berimbuhan
dapat dibina dan kad-kad abjad yang ada di tangannya paling sikit ataupun
habis.

Anda mungkin juga menyukai