Anda di halaman 1dari 5

SURAT CINTA

Suasana yang begitu senyap sekali. Sudah lama aku tidak merasa begitu ketika berada di sini. Ada sahaja bunyi-bunyi yang mengganggu konsintrasiku. Ada ketika, aku terdengar suara-suara manusia berbual-bual sesama sendiri, bunyi hentakan kasut tumit tinggi yang kuat mengikut haluan si pemakainya. Papan kekunci yang begitu pantas ditekan-tekan menandakan tuan empunyanya sedang rancak menaip sesuatu tanpa mengiraukan orang sekeliling yang tergangu dengan taipannya yang begitu kuat.

Keadaan sebegitulah sering berlaku di sini. Tetapi hari ini? Hari ini sungguh berbeza dari hari-hari yang sebelumnya. Apakah aku masih belum sedar dari mimpiku ataupun ini adalah imaginasiku semata-mata? Keadaan yang senyap-sunyi menjadikan seribu tanda tanya kepada diriku. Aku tertanya-tanya sendiri, sama ada pihak Universiti telah melakukan peraturan baru terhadap kutubkhanah ini? Aku sendiri tidak mengerti. Apa yang penting bagi aku, suasana sebegini dapat memberi ilham kepadaku untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah selepas kuliah pada pagi tadi.

Aku sering ke sini bagi mencari maklumat tentang segala tugasan yang diberikan. Hari ini aku tidak keseorangan seperti sebelumnya. Suraya menemaniku mencari maklumat. Tugasan yang diberikan perlulah dibuat dalam bentuk berkumpulan. Aku memilih untuk melakukan tugasan tersebut bersama-sama

Suraya. Dia seorang yang rajin dan sering membantuku dalam pelajaran. Merupakan pelajar pintar serta acap kali mendapat pujian daripada pensyarah atas kerja kursusnya yang begitu mantap.

Sewaktu sedang khusyuk menulis isi-isi penting, aku terdengar sayup-sayup suara memanggil namaku. Aku mencari-cari empunya suara itu. Lalu, aku terpandang Suraya yang berada di antara rak-rak buku bahasa sambil tangannya melambai-lambai ke arahku memberi isyarat agar aku segera datang kepadanya. Aku pantas bangun dan bergerak menuju ke arah Suraya. Ketika berjalan, aku sengaja memutar-mutarkan pen yang aku gunakan sewaktu menulis tadi di jarijemariku. Aku selalu berbuat demikian kerana bagiku perbuatan itu mampu memberikan aku ilham dalam membuat tugasan. Sedang aku asyik memutarkan pen tiba-tiba pen itu terjatuh dari peganganku.

Tanpa berlengah aku mengambil semula pen tersebut dengan membelakangi Suraya yang sudah tidak berapa jauh dariku. Aku lebih selesa membongkokkan badan untuk mengutip pen berkenaan. Nampak seperti tidak sopan menonggeng di tempat awam, tetapi itu hanya untuk sekejap sahaja. Setelah mengambil pen, aku mula menyusun langkah untuk meneruskan perjalananku. Boom... satu

perlanggaran yang tidak terduga terjadi di situ. Aku terkesima dengan apa yang berlaku. Aku telah terlanggar seorang lelaki tampan berkemeja berwarna coklat serta memakai bertali leher berbelang-belang kuning hitam. Ops, sorry!. Saya tak sengaja. Awak tak apa-apa ke?

Em its okay. Biasa la tu. Perkara-perkara macam ini memang selalu berlaku. Kata pemuda itu sambil melemparkan senyuman yang manis. Boleh saya cakap sikit? Sambung pemuda tersebut. Apa dia? Cakap jelah. Sebenarnya..... Belum pun sempat pemuda itu menghabiskan kata-katanya, Suraya lebih pantas menyapa kami dari belakang pemuda itu. What is going on? Are you okay Naz? Im Okay. Balasku dengan nada yang agak kecewa kerana Suraya mematikan perbualan antara aku dan pemuda itu.

Suraya kemudian menarik tanganku agar kembali ke meja tulis kami. Semasa beredar dari situ, aku sempat melemparkan senyuman kepadanya kerana memaafkan kesilapan aku. Suraya ingin penjelasan dariku tentang apa telah berlaku sebentar tadi. Aku menjelaskan kepada Suraya secara singkat apa yang terjadi. Kami kemudian menyambung semula kerja yang tergendala sebantar tadi. Aku tibatiba merasa kelibat seseorang yang aku kenali sedang duduk di meja berhadapan dengan mejaku dan Suraya. Pemuda itu. Kami bertentangan mata dan dia sekali lagi tersenyum kepadaku. Aku membalas senyumannya. Suraya yang berada di sebelahku menyedari akan gelagat kami berdua. Dah jatuh hati la tu? Sindir Suraya dengan nada yang perlahan. Ish, aku ada masa la dengan semua tu. Balasku.

Em yelah tu. Aku tengok budak lelaki tu pandang semacam je kat ko. Entah entah dah jatuh cinta pandang pertama kat ko kot? senyum Suraya mengusikku. Jangan nak memandai Cik Suraya ye. Kalau dia suka kat aku pun, cakap la sendiri tak payah pakai mind translater dari ko. Faham? Balasku sambil memberi satu hadiah cubitan yang berbisa di pehanya. Ouch! sakit la. Suraya mengadu kesakitan.

Aku hanya tersenyum melihat gelagat Suraya yang mengusap-usap pehanya. Aku memandang semula ke arah pemuda itu. Kelihatan dia mengeluarkan sekeping kertas dan mula mencatatkan sesuatu. Aku pun tidak pasti apa yang sedang dicatatkan olehnya. Aku tidak menghiraukan pemuda itu lalu menyambung tugasanku. Tidak lama kemudian, pemuda itu datang menghampiri mejaku dan Suraya. Sekeping kertas lalu diletakkan dihadapanku. Aku terkejut dengan tindakannya. Kertas itu dilipat kemas dan kini betul-betul berada di hadapanku.

Dia kemudian beredar dari situ. Mungkin ada destinasi lain yang ingin ditujui. Dadaku berdebar-debar. Suraya mendesak agar aku segera membaca isi kandungan surat berkenaan. Mesti surat cinta ni. Seloroh Suraya. Aku tidak membalas kata-kata tersebut. Aku masih memerhatikan tulisan di atas kertas itu.

Kepada : Gadis bertudung biru. Bisikku di dalam hati.

Sudah tentu surat itu untuk aku. Cuma aku dan Suraya sahaja yang berada di meja yang kami duduki. Tidak mungkin untuk Suraya kerana dia memakai tudung berwarna hijau. Adakah betul itu ialah surat cinta seperti yang Suraya katakan? Tidak mungkin. Aku segera mencapai surat itu dan membukanya dengan perlahanlahan. Barisan ayat di dalam surat itu disusun dengan teratur sekali. Ayatnya tersusun agar tidak menyinggung mana-mana pihak sama ada aku mahu pun dia. Aku mula mengerti tujuan datangnya surat itu. Di akhir surat itu, dia menceritakan hajatnya menulis surat itu kepadaku.

Aku lantas bangun lalu memandang ke arah tempat yang aku duduki. Benar apa yang dicatatkan dalam surat berkenaan. Pemuda itu memberitahuku bahawa aku telah mengalami haid ataupun datang bulan. Baju, kain dan kerusiku dengan jelas telah berubah warna kepada tompok-tompok kemerahan. Aku betul-betul tidak menyangka perkara sebegini berlaku kepadaku. Suraya juga terkejut setelah membaca surat itu. Hal ini betul-betul memalukan aku sendiri. Aku malu ke dengan diriku dan pemuda itu. Aku berharap agar aku tidak bertemu dengannya lagi. Bukan kerana kejadian itu, tetapi kerana tersalah anggap tentang surat yang diberikan olehnya. Bukan surat cinta yang aku terima tetapi surat pemberitahuan.

Anda mungkin juga menyukai