Anda di halaman 1dari 1

TEMA SAJAK : WIRA ANTI RASUAH

TAJUK SAJAK : RASUAH KE PAGAR BESI

Elok-elok bebas di luar , memilih terkurung di pagar besi ,

Angkara rasuah durjana , hidupmu merana.

Waspada wahai wira-wira negara , tersilap langkah hancur karier .

Jangan sesekali alfa dengan tugas murnimu ,

Katakan tidak untuk memberi dan menerima ,

Ku tidak sanggup melihat benteng negara rapuh dibuai godaan dunia.

Banteras rasuah musuh negara,

Elakkan jadikan kawan selesa ,

Datangnya ia tanpa diundang ,

Manusia haloba fikir tak matang

Kerana nafsu iman kecundang,

Gilakan harta maruah kecundang.

Gejala rasuah mesti ditegah,

Jgn dibiar nantikan parah,

Jika rasuah dibiar menjalar,

Binasa diri semakin parah.

Kejarkan dunia nafsu serakah,

Hilang pedoman tiada arah,

Andainya kita lalai dan alpa,

Tanpa fikirkan kesan menimpa.

Anda mungkin juga menyukai