Anda di halaman 1dari 3

23 April 2017 PESTA PANTUN PERINGKAT NEGERI JOHOR 2017]

KERTAS KERJA PESTA PANTUN


PESTA PANTUN PERINGKAT NEGERI JOHOR 2017

1.0 PENGENALAN
Pantun merupakan suatu medium yang sangat baik untuk menguji bakat
dan prestasi murid dalam aspek kesantunan bahasa dan keluhuran jati diri
murid. Peranan pantun adalah membentuk murid yang berdisiplin, sopan
santun, tinggi adab dan budi bahasa serta menghargai warisan Melayu yang
kian dilupakan ini. Oleh itu, seramai lima orang murid SK (P) Sultan Ibrahim
telah berjaya meneruskan rentak perjuangan pantun sekaligus mewakili
Daerah Johor Bahru ke peringkat negeri Johor yang akan berlangsung pada
2 hingga 4 Mei 2017 (Selasa hingga Khamis) di daerah Muar.

2.0 RASIONAL
2.1 Memupuk jati diri murid berjiwa kental, berdaya saing, berwawasan
dan sayangkan warisan pantun dalam kalangan murid melalui
penglibatan murid dalam pesta pantun.

2.2 Menghantar murid yang akan mewakili Daerah Johor Bahru untuk
menyertai Pesta Pantun Peringkat Negeri Johor.

3.0 MATLAMAT
1. Melatih murid dalam aspek kesiapsiagaan mental dalam aktiviti
pantun.

2. Mencungkil bakat murid dalam aktiviti berpantun.

3. Memberi peluang kepada murid untuk menyertai Pesta Pantun


Peringkat Negeri Johor.

4. Memberi pendedahan sebenar kepada murid pelapis dalam


penyertaan pesta pantun peringkat negeri.
23 April 2017 PESTA PANTUN PERINGKAT NEGERI JOHOR 2017]

4.0 BUTIR-BUTIR PROGRAM


Tarikh Pelaksanaan : 2 hingga 4 Mei 2017

Tempoh Pertandingan : 3 hari (Selasa hingga Khamis)

*sila rujuk Lampiran 1

5.0 KUMPULAN SASARAN


1. Pasukan pemantun SK (P) Sultan Ibrahim, Johor Bahru.

2. Peserta pelapis yang terdiri daripada murid Tahun 4.

6.0 JADUAL LATIHAN

BIL AKTIVITI TARIKH MASA


1 Latihan Intensif 23 – 27 April 2017 2.00 – 4.30 petang
(Ahad – Khamis )
2 Latihan Intensif (Jumaat) 28 April 2017 8.30 – 11.00 pagi
3 Latihan Intensif (Ahad) 30 April 2017 2.00 – 4.30 petang

7.0 PENGANGKUTAN
1. Dua buah kenderaan guru (Proton Saga dan Toyota Vios).

8.0 BAJET

BIL PERKARA HARGA


1 Air mineral (500ml x 24 botol) RM 15.00 x 1 kotak
= RM 15.00
2 Roti RM0.85 x 5 x 3 hari
= RM12.75
3 Makanan : RM 10.00 x 7 orang x 3
1. Sarapan (RM2.00) hari
2. Makan tengah hari (RM4.00) = RM 210.00
3. Makan malam (RM4.00)
4 Penginapan (homestay) RM 200 x 3
=RM600
5 Pengangkutan (minyak) *harga berdasarkan
resit
JUMLAH RM837.75
23 April 2017 PESTA PANTUN PERINGKAT NEGERI JOHOR 2017]

9.0 SENARAI PESERTA


*Sila rujuk Lampiran 2

10.0 PENUTUP
Segala program yang dirancang adalah untuk mencapai objektif yang telah
ditetapkan. Semoga semua perancangan yang diatur mendapat
pertimbangan dan kelulusan daripada pihak tuan.

Sekian, terima kasih.

Disediakan Oleh, Disemak Oleh,

(ANITH NAZIHAH BINTI ABDUL (NORSIAH BINTI ABDUL RAHMAN)


GHANI)
GPK Kokurikulum,
Pengerusi Persatuan Bahasa
Melayu , SK (P) Sultan Ibrahim

SK (P) Sultan Ibrahim

Disahkan dan diluluskan oleh,

(HAJAH FARIDAH BT SUKIRAN)

Guru Besar,

SK (P) Sultan Ibrahim

Anda mungkin juga menyukai