Anda di halaman 1dari 6

Majlis hi-tea BADAN DAKWAH DAN ROHANI

(BADAR)

19 november 2017

Anjuran
JAWATANKUASA BADAR iKUPS

1
SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI KUBANG PASU

VISI SEKOLAH MOTO SEKOLAH


Sekolah Berkualiti Mendidik Insan Mencapai Wawasan CEMERLANG, GEMILANG, TERBILANG
Pendidikan
LAGU SEKOLAH
MISI SEKOLAH
Jayakan misi cemerlang SBPI Kubang Pasu
Melestarikan Pengurusan Sekolah Yang Berkualiti Julang wawasan gemilang Gah nama menara ilmu
Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Membina bangsa terbilang Suluh semangat yakin
Merealisasikan Aspirasi Pendidikan Itulah tekad matlamat serta boleh
azam kami Namamu ‘kan terpahat di
OBJEKTIF SEKOLAH Warga SBPIKP seluruhnya mata dunia
 Merealisasikan pencapaian cemerlang dalam Cemerlang Gemilang
akademik dan kokurikulum. Berbudi bahasa sahsiah kami Terbilang.
 Membentuk sahsiah pelajar dengan sifat-sifat Istiqamah mendukung ilmu
mahmudah. Sepadu terdidik rohani jasmani
Lagu : En. Md. Nadzri b
 Mendidik pelajar mengamalkan kepimpinan Kamilah pewaris dunia Ramli, SMSSMJ
cemerlang. Lirik : En. Ariffin b Salleh,
 Membudayakan sikap penyayang dan prihatin SBPIKP
serta cintakan sekolah dalam memperkasakan LENCANA SEKOLAH
slogan ‘CEMERLANG, GEMILANG,
TERBILANG’.
 Melahirkan pelajar yang terdidik dan dapat
memberi sumbangan terhadap agama, bangsa
dan negara.
 Mewujudkan persekitaran sekolah yang
kondusif untuk semua warga sekolah
 Membudayakan etika kerja yang cemerlang,
berhemah, beriltizam dan amanah dalam
suasana mesra dengan semua pihak.

PIAGAM PELANGGAN

Kami warga pendidik

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu


dengan penuh iltizam dan tekad akan
menggembleng tenaga serta usaha kami untuk:

 Mendidik dan melahirkan warga negara seiring


dengan matlamat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan, Falsafah Pendidikan Islam dan
Falsafah Sekolah Berasrama Penuh.
 Menerima dan melaksanakan tugas-tugas
yang dipertanggungjawabkan secara
profesional.
 Merangka dan menjayakan setiap program
yang dapat meningkatkan kecemerlangan
pelajar.
 Membentuk dan mengembangkan potensi
setiap pelajar untuk mencapai kecemerlangan
dunia dan akhirat.
 Mengeratkan hubungan mesra antara warga
SBPIKP dengan Kementerian Pelajaran
Malaysia dan ibu bapa.

1
1
Segi Empat Bentuk Bulat

Kepercayaan kepada Globalisasi dan pemikiran


Tuhan, kesatuan ummah global warga sekolah.
dan kesepaduan matlamat
ke arah melahirkan insan
yang seimbang dan Warna Kuning Keemasan
harmonis.
Melambangkan
Topi Graduan kemakmuran dan
Melambangkan kegemilangan. Ketaatan
kecemerlangan dan terhadap keluhuran
kegemilangan dalam perlembagaan, undang-
semua bidang. undang, raja dan negara.

Buku Yang Terbuka Warna Biru Terang

Ilmu yang bertunjangkan Warna alam. Kasih sayang


rukun iman yang enam. dan keharmonian sejagat.

Segi Tiga Warna Merah Hati

Melambangkan Semangat juang yang tinggi


penggabungjalinan atau membara. Berdaya saing
integrasi tiga aliran yang dan berani menghadapi
wujud di sekolah cabaran.
berasaskan moto sekolah
iaitu Cemerlang,
Gemilang, Terbilang.

B. MAKLUMAT PROGRAM

1.0 NAMA PROGRAM


 MAJLIS ‘HI-TEA’ AKHIR TAHUN BADAR 2017

2.0 PENGENALAN & RASIONAL


Sebagai sebuah organisasi kepimpinan, ahli-ahli Badan Dakwah dan Rohani
(BADAR) telah menjalankan tugas dengan penuh komitmen dan tanggungjawab.
Tugas dan tanggungjawab yang telah dijalankan oleh mereka sedikit sebanyak
meringankan tugas para guru SBPI Kubang Pasu dalam membentuk bi’ah Islamiyah
dalam kalangan warga iKUPS. Menyedari bahawa kerja – kerja yang dilakukan oleh
mereka adalah secara sukarela, maka AJK BADAR berasa bertanggungjawab untuk
memberi sedikit penghargaan kepada mereka. Sehubungan dengan itu, Majlis Hi-Tea
Akhir Tahun BADAR dicadangkan diadakan bagi tujuan tersebut.

3.0 MATLAMAT & OBJEKTIF


3.1 Sebagai penghargaan terhadap semua ahli BADAR atas usaha dan kerja – kerja
yang telah dilakukan oleh mereka sepanjang tahun 2017;
3.2 Untuk mengeratkan silaturahim antara ahli BADAR, khususnya dalam
menjalankan tugas – tugas yang diamanahkan;
3.3 Bagi mengurangkan stres dalam menjalankan tugas – tugas mereka.

1
4.0 KUMPULAN SASARAN
 52 orang, yang meliputi:
4.1.1 Semua ahli BADAR iKUPS: 36 orang
4.1.2 Guru-guru Penasihat & Pentadbir : 16 orang

5.0 TARIKH & TEMPOH PELAKSANAAN


Tarikh : 19 November 2017 (Ahad)
Masa : 3.00 petang - 6.00 petang

6.0 TEMPAT PELAKSANAAN


Darulaman Golf & Country Club (DGCC), Jitra, Kedah.

7.0 AKTIVITI DICADANGKAN


 Ucapan Pengetua, Guru Penasihat & wakil BADAR
 Jamuan makan

8.0 JAWATANKUASA PROGRAM


Penaung : NAMA (Pengetua)
Pengerusi : NAMA ( Penolong Kanan Hal Ehwal Murid )
Naib Pengerusi 1 :NAMA (Penolong Kanan)
Naib Pengerusi 2 : NAMA (Pen. Kanan Kokurikulum)
Guru Penasihat : NAMA
Pengarah Program: NAMA
Setiausaha : NAMA
Bendahari : NAMA
AJK :NAMA
:NAMA
:NAMA

9.0 BELANJAWAN

SUMBER :

BIL PERKARA AMAUN (RM)


Bayaran Pelajar
1 1,080.00
RM 30.00 x 36 org
2 Tabung BADAR 220.00
JUMLAH 1,300.00

1
PERBELANJAAN :

BIL. PERKARA / ITEM KOS (RM) JUMLAH (RM)


1 Pakej Hi-Tea RM25.00 x 52 orang 1,300.00
JUMLAH KESELURUHAN 1,300.00

10.0 PENUTUP
Penganjuran Majlis ‘Hi-Tea’ Akhir Tahun ini diharapkan dapat menjadikan para ahli
BADAR berasa lebih dihargai dan seterusnya membantu menambahkan dan
membugarkan semangat mereka untuk bertugas dengan penuh ikhlas, dedikasi dan
komitmen bagi membantu guru – guru dan sekolah. Semoga dengan itu, bi’ah Islamiyah
yang diusahakan kewujudannya di iKUPS akan terus menyerlah.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

(NAMA) (NAMA
Setiausaha BADAR 2017, Ketua Guru Penasihat,
SEKOLAH Badan Dakwah Dan Rohani (BADAR)
SEKOLAH.

Disokong oleh: Diluluskan oleh:

(NAMA) (NAMA)
Penolong Kanan HEM Pengetua,
SEKOLAH SEKOLAH.

Anda mungkin juga menyukai