Anda di halaman 1dari 4

SK SERI SEKAMAT, BATU 12 ½ ,

JALAN CHERAS, KAJANG,


SELANGOR

KERTAS KERJA

SUMBANGAN AIDILFITRI UNTUK


MURID ANAK YATIM / ASNAF

ANJURAN

PIBG SEKOLAH & UNIT KEBAJIKAN SK SERI SEKAMAT


PENGENALAN

Hari raya merupakan satu sambutan yang sangat bermakna bagi umat Islam terutama bagi
golongan kanak-kanak. Bagi mereka hari raya memberi peluang kepada mereka untuk
bergembira, berkunjung ke rumah saudara mara,rakan-rakan dan peluang ini juga digunakan
untuk mengeratkan siraturahim antara mereka. Walaubagaimanapun, tidak semua golongan
masyarakat dapat mengambut hari bermakna tersebut dengan persiapan yang sempurna. Ini
kerana tidak semua dikalangan masyarakat memiliki kemampuan untuk mengediakan
persiapan yang lengkap dan serba mewah. Walaubagaimanapun, kemeriahan Hari Raya
adalah milik semua tidak mengira darjat dan pangkat.

Berdasarkan falsafah” kegembiraan Raya Milik Semua”, Unit Kebajikan SK Seri Sekamat
dengan kerjasama PIBG sekolah ingin mengambil inisiatif untuk membuat kutipan sumbangan
bagi menambah kemeriahan sambutan hari mulia ini. Sumbangan bertujuan untuk meraikan
murid-murid kurang berkemampuan yang terdiri daripada anak –anak yatim dan miskin di
SKSS. Sumbangan akan diagihkan kepada murid-murid anak yatim / asnaf. Semoga dengan
usaha kecil ini, dapat menambahkan lagi keceriaan dan keseronokan murid-murid ini dalam
menyambut kehadiran Syawal yang dinanti.

OBJEKTIF PROGRAM

a) Memberi peluang kepada golongan sasaran iaitu murid-murid anak yatim / asnaf untuk
merasai kemeriahan Hari Raya bersama-sama.
b) Menerapkan nilai-nilai murni ke dalam jiwa murid-murid dan warga pendidik serta staf
sokongan.
c) Mendekatkan diri kepada Allah dan menambah amalan kebajikan.
d) Mewujudkan suasana saling membantu dan mengambil berat terhadap orang lain dalam
kehidupan seharian.

GOLONGAN SASARAN UNTUK HASIL SUMBANGAN

Murid-murid yatim / asnaf yang terpilih terdiri daripada tahun 1 hingga 6 serta Pra sekolah
dan Pendidikan Khas.
GOLONGAN SASARAN UNTUK KUTIPAN

Ibubapa dan warga SKSS termasuk Guru dan Staf sokongan.

AKTIVITI DAN TARIKH

TARIKH AKTIVITI
14 APRIL 2022 – 22 APRIL 2022 Kutipan Sumbangan
27 MEI 2022 - 28 MEI 2022 Agihan Sumbangan

BENTUK SUMBANGAN

Sumbangan boleh diberikan dalam bentuk wang tunai.

JAWATANKUASA INDUK

Penasihat : Puan Sarifah Rafeah Binti Ya’acob (Guru Besar )


Pengerusi : (GPK HEM)
Naib Pengerusi 1 : Puan Zalina Binti Abdullah (GPK Kurikulum)
Naib Pengerusi 2 : Puan Nur Reena Binti Abdullah (GPK Ko-Kurikulum)
Naib Pengerusi 3 : Pn Akmalul Husna Binti Mohamed Zauti (GPK Petang)
Naib Pengerusi 4 : Pn Elissa bt Abdul Rahim (GPK Pendidikan Khas)

Penyelaras : Pn Ruhana Hidayah Bt Abdul Halim


Setiausaha : Cik Lee Pei Cui
AJK : Pn. Siti Azilah bt Mat Lazin ( Thn 1 )
: Pn. Nik Zubaidah bt Nik Husain ( Thn 2 )
: Pn. Saliana bt Saniri @ Sahari ( Thn 3 )
: Pn. Norazlina bt Ab Rahman ( Thn 4 )
: Pn. Norasidah bt Ali Hassan ( Thn 5 )
: Pn. Noor Aini bt Ismail ( Thn 6 )
: En. Ahmad Arrifaee bin Atiqullah ( PPKI )
: Pn. Nur Hazwani bt Abdul Hadi ( Pra Sekolah )
PENUTUP

Semoga usaha dan cita-cita murni untuk program ini dapat dicapai dengan jayanya. Selain itu
semoga program ini mendapat sambutan yang menggalakkan bagi mencapai objektif yang
disasarkan oleh pihak sekolah. Sesungguhnya sesuatu perkara yang dilaksanakan untuk tujuan
yang positif dan mempunyai nilai-nilai murni amatlah digalakkan dalam semua agama kerana
dengan prinsip inilah maka akan wujud satu masyarakat yang harmoni dan memiliki ciri –ciri
Negara yang aman dan makmur.

Mudah-mudahan mendapat keredhaan Allah s.w.t. Semoga ukhuwah di kalangan warna SK


Seri Sekamat dan pihak ibu bapa bertambah erat. Insyallah.

DISEDIAKAN OLEH,

………………………………
(LEE PEI CUI)
SETIAUSAHA KEBAJIKAN MURID,
SK SERI SEKAMAT.

DISEMAK OLEH,

……………………………………
(AKMALUL HUSNA BINTI MOHAMED ZAUTI)
GPK PETANG,
SK SERI SEKAMAT.

DISAHKAN OLEH,

…………………………………….
(SARIFAH RAFEAH BT YA’ACOB)
GURU BESAR,
SK SERI SEKAMAT

Anda mungkin juga menyukai