Anda di halaman 1dari 18

 

INSTITUT PERGURUAN KAMPUS TUANKU BAINUN

KERTAS KERJA
SUKANEKA DAN SUKAN RAGAM
2012

ANJURAN
PELAJAR-PELAJAR 
DIPLOMA PERGURUAN LEPASAN IJAZAH (DPLI)
AMBILAN DISEMBER 2011
 

1.0 PENGENALAN

 Aktiviti Sukaneka dan Sukan Ragam merupakan salah satu aktiviti bagi
mengeratkan hubungan antara semua pelajar DPLI ambilan Disember 2011
di Institut Perguruan Tuanku Bainun. Ini kerana institut adalah saluran asas
dalam pembentukan sikap, nilai murni, dan integriti seseorang individu,dalam
melahirkan sebuah masyarakat yang harmoni dan dinamik. Penganjuran
Sukaneka dan Sukan Ragam ini juga merupakan salah satu wadah untuk
menyatukan dan meningkatkan kerjasama antara semua pelajar. Aktiviti-
aktiviti yang akan dijalankan semasa Sukaneka dan sukan Ragam ini adalah
dirancang bagi menghasilkan satu platform semangat setiakawan dan
muhibbah antara pelajar. Antara pengisian dalam aktiviti sukan ragam ini
meliputi aspek kebudayaan, kerohanian dan sukan. Adalah menjadi harapan,
sambutan aktiviti sukaneka dan sukan ragam ini akan lebih meriah dan
berjalan lancar serta berjaya mencapai objektifnya.

2.0 TUJUAN

Tujuan utama Sukaneka dan Sukan Ragam ini adalah untuk memenuhi
keperluan kursus Pendidikan Jasmani (PJK2102W) di samping itu
mengetengahkan potensi diri pelajar-pelajar dalam bidang sukan. Ia juga
dapat memberikan pendedahan kepada mereka tentang proses pengelolaan
dan pengendalian aktiviti-aktiviti seperti acara sukaneka atau Hari Sukan di
sekolah nanti. Seterusnya pelatih-pelatih DPLI akan dapat ilmu pengetahuan
tentang jenis-jenis Sukaneka dan Sukan Ragam dan juga TGFU iaitu
‘Teaching Games For Understanding’.

3.0 STRATEGI PELAKSANAAN

3.1 NAMA PROGRAM

SUKANEKA DAN SUKAN RAGAM

3.2 TEMA

Cadangan tema hari sukaneka dan sukan ragam ialah “SANTAI SAMA-
SAMA”

3.3 OBJEKTIF

• Sebagai ruang untuk saling kenal-mengenali dan mengeratkan


hubungan silaturahim di kalangan pelajar-pelajar DPLI IPGKTB.
• Menyemarakkan semangat kerjasama, hormat-menghormati dan
menanam nilai-nilai murni melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
• Mewujudkan persefahaman dan semangat kerja berpasukan
di kalangan pelajar DPLI IPGKTB sekaligus dapat meningkatkan kualiti
dan produktiviti kerja.
• Untuk membudayakan budaya hidup sihat di kalangan warga IPGKTB.
• Mengetahui cara pengelolaan dan mengendalikan Sukaneka dan
Sukan Ragam.
 

3.4 PESERTA

Pelajar-pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (GSTT) Ambilan


Khas Ambilan Disember 2012. Kumpulan yang terlibat adalah :
3.4.1 DPLI Pra Sekolah-Muzik
3.4.2 DPLI Matematik-
3.4.3 DPLI Muzik-KH
3.4.4 DPLI Muzik-PC
Peserta ini dibahagikan kepada 8 kumpulan (rujuk Lampiran A).

3.5 TARIKH, MASA DAN TEMPAT

Tarikh : 26 Mac 2012


Masa : 7.30 pagi – 11.00 pagi
Tempat : Padang Bola Jaring

3.6 TENTATIF PROGRAM

7.45 : Kedatangan Peserta acara


8.00 : Perasmian
8.15 : Acara Shoalin Soccer  
8.25 : Acara Berganding Bahu
8.35 : Acara Ku Tuju Cintamu
8.45 : Acara Hoki
8.55 : Rehat
9.05 : Acara Debu – Debu Cinta
9.15 : Acara Isi Air Dalam Botol
9.25 : Acara Melintas Jalan “Cross the road”
9.35 : Acara Lambung – Lambung Sayang
9.45 : Acara Jemputan
10.00 : Penyampaian Hadiah
10.20 : Penutup

3.7 ACARA YANG DIPERTANDINGKAN

3.7.1 “Shaolin Soccer” (Muzik-KH-Halimah Bt Abdullah)


3.7.2 Berganding bahu (Muzik-PC-Fong Mei yen)
3.7.3 Ku Tuju Cintaku (Pra Sekolah-Siti Nor Dalila Bt Abd.Manap)
3.7.4 Hoki (Matematik-Nur Ilda Bt Kamaruzzaman)
3.7.5 Debu – debu cinta (Pra Sekolah-Saripah Bt Zainol Abidin)
3.7.6 Isi air dalam botol (Matematik-Rohaslinda )
3.7.7 Melintas Jalan (“Cross the road’)(Muzik-PC-Poh Phiak Huang)
3.7.8 Lambung – lambung sayang (Muzik-KH-Nor Asyikin Bt
Mohamad Noh )

Syarat-syarat dan peraturan permainan – Sila rujuk Lampiran B.


 

3.8 JAWATANKUASA PROGRAM

Pengerusi : Mohamad Faizal Bin Zakri


Naib Pengerusi : Mohd Azman Bin Mohd Idros
Setiausaha : Noor Hafiz Fatihah binti Mohaamed
Naib Setiausaha : Abiramee A/P Solamuthoo
Bendahari : Lee Say Ling

Jawatankuasa Kecil

Jawatankuasa Peralatan
- Beh Cheap Pin (Ketua)
- Kong Nee Ping

Jawatankuasa Kepegawaian
- Syahidatul Munawirah Binti Saidin (Ketua)

Hakim – Hakim Bagi Semua Sukaneka dan Sukan Ragam


 Siti Nor Dalila binti Abd. Manab
 Saripah binti Zainol Abidin
 Nur Ilda binti Kamaruzzaman
 Rohaslinda binti Ab.Hamid
 Fong Mei Yen
 Poh Phiak Huang
 Nor Asyikin binti Mohamad Noh
 Halimah binti Abdullah

Penjaga Masa
 Ganeshini Naidu A/P Kanoikaiy
 Siti Erwina binti Tulot
 Syafarina binti Saman
Tugas : meniup wisel untuk semua kumpulan berhenti dan
bermula secara serentak.

Statistik
 Nurul Huda binti Omar 
 Khairunmisa binti Jamil Khir 

Jawatankuasa Persiapan Tempat


- Maizurah
- Mohamad Faizal Bin Zakri
- Syahidatul Munawirah
- Chua Shu Ching

Jawatankuasa Hadiah
-  Asnira binti Kamaludin (Ketua)
- Nora binti Idris
- Sobirah binti Yahya
 

Jawatankuasa Minuman
- Enieza binti Azmani

Jawatankuasa Dokumentasi
- Mohd Auzani (Ketua)
- Maznah

Jawatankuasa Keselamatan
- Rafidah binti Mat Serat

4.0 IMPLIKASI

4.1 SUMBER KEWANGAN

Setiap pelajarh membayar RM5.00. Jumlah semua pelajar adalah 87


orang. Jumlah kutipan adalah RM435.00

4.2 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA HARGA (RM)


1 Makanan 100.00
2 Hadiah 162.50
3 Cenderahati 20.00
4 Minuman 50.00
5 Alatan permainan 55.80
6 Lain - lain 46.70
Jumlah 435.00

5.0 PENUTUP

Dengan adanya acara Sukaneka dan Sukan Ragam, pelajar-pelajar akan dapat
gambaran yang jelas tentang cara pengelolaan dan pengendalian sukaneka dan
sukan ragam. Di samping itu, Hari Sukaneka ini juga akan dapat merapatkan lagi
hubungan di antara pelajar-pelajar IPGKTB dengan pensyarah-pensyarah
Pendidikan Jasmani. Seterusnya pelajarpelajar DPLI akan dapat ilmu pengetahuan
tentang jenis-jenis Sukaneka dan Sukan Ragam dan juga TGFU iaitu ‘Teaching
Games For Understanding’. Ilmu ini sangat berguna dan semua pelatih akan
menggunakan sebagai rujukan di masa hadapan.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

 ____________________ __________________________ 
(NOOR HAFIZ FATIHAH) MOHAMAD FAIZAL BIN ZAKRI
Setiausaha Sukaneka dan Pengerusi Sukaneka dan
Sukan Ragam Sukan Ragam
 

LAMPIRAN A
SENARAI PESERTA

Lorong 1 : Kump. Solfa Lorong 2 : Kump. Keyboard


1. Noor Mumtaziah Bt Sarif  1. Chin Lee Mei
2. Fahimah Bt Zainon 2. Lim Cheng Hui
3. Norfazlina Bt Yusof  3. Lee Phooi San
4. Siti Fazilah Bt Daud 4. Kong Nee Ping
5. Hasmidar Bt Sawi 5. Kuan Chee Fong
6. Nor Fadzilah Denial 6. Beh Cheap Pin
7. Yuzinani Mohd Yusof  7. Gan Geok Hiong
8. Khairiah Ibrahim 8. Ng Ee Tieng

Lorong 3 : Kump.Boiboi boy Lorong 4 : Kump.Alpha Betha


Lorong
Lorong
1. Siti 5 : Kump.
Salina Upin
6 :BtKump. Ipin
Charlie
Husrani 1. Lizawati binti Rosli
1. Chong
1. AneezaSiew Chin
Bt Baharum Shah 2. Fardynani binti Mohd Yusuff 
2. Goi Seok Khim
2. Nik Ruslawati
2. Nurul Ain BtBtAhmad
Arifin Nazri 3. Marniyati binti Mamat Noor 
3. NoraBt Idris
3. Rozita Bt MohdBtZakir 
3. Roddiahtul Awang 4. Uma Mageswari A/P Vijayakumar 
4. Rafidah Bt Mat Serat
4. Elaini Bt
4. Junaidah
5. Sobirah Tajudin
Bt Abdul Jalel
Bt Yahaya 5. Loges A/P Subramaniam
5. Norhafizah
5. Nurhumairah Bt Mokhtar 
Bt Fakir  6. Sebestiammal A/P Selvam
6. Mageswari A/P Subramanian
6. Cheong
6. Ifa Bt Saw
Che Lin
Seliman 7. Halimah binti Othman
7. Goh Pei I
7.Asnira
7.NorBt Kamaluddin
Farisha
8. Balamanie A/P Bt Nasir 
Chanderan 8. Azizul bin Abd Aziz
8.Lee Shin Lok
8.Nor Hazlila Bt Basiran

Lorong 7 : Kump. Vokal Lorong 8 : Kump. Faseto


1. Tan Chai Jo 1. Sharifah Nur Diyana Wafa bt Syed
2. Tang Chai Sia  Abdul Hamid
3. Yiu Tai Ga 2. Najihah Bt Hussin
4.Lim Siew Mooi 3. Wan Asmanira Bt Abdullah
5. Salini A/P Neelamagam 4.Sophia Mathew
6. Suresh A/L Vadivaloo 5. Nor Hayati Bt Kassim
7.Ling Hang Nee 6. Halimatussaadiah Bt Abd Wahab
8.Lee Say Ling 7.Nor Farha Bt Mohd Aziz
8.Zulaina

LAMPIRAN B
ACARA-ACARA SUKANEKA DAN SUKAN RAGAM

ACARA 1
Nama permainan :Shoulin Soccer 

 Aktiviti : Tendangan bola ke dalam gelung


Markah : Mengikut jaringan gol
 Alatan : Bola sepak - 8 biji
Gelung -8
 

Kayu pancang - 16 batang


Pengadil : 2 orang

Cara Permainan
1. Setiap pemain harus menendang bola masuk melepasi lubang gelung yang
dipasang pada kayu pancang.
2. Setiap pemain bebas menendang dengan gaya tersendiri.
3. Tendangan harus dilakukan dibelakang garisan yang disediakan.
4.
Peraturan Permainan
1. Satu kumpulan mestilah mempunyai 8 orang peserta.
2. Setiap peserta diberi 2 kali percubaan.
3. Markah diberi mengikut jaringan gol.
4. Jika tendangan melepasi garisan permulaan, jaringan terbatal.

Gambarajah permainan :
 

ACARA 2
Nama Permainan : Berganding bahu

Cara bermain:
- Satu pasukan terdapat dua pemain, kedua-dua pemain perlu menyepit bola
dengan belakang badan (bola tidak boleh jatuh).
- Kedua-dua pemain mesti jalan bersama (sambil menyepit bola di belakang
badan) dengan merentasi pelbagai halangan (kon-kon kecil yang diletakkan di
atas lantai) berjalan berbentuk “s”.
- Selepas itu, kedua-dua pemain teruskan lagi dengan melangkah kayu pendek
(dua kali).
- Selepas melalui dua halangan, pemain akan memasukkan bola yang dikepit
ke dalam bakul.

Masa maksimum : 3 minit sepasukan

Bilangan ahli pemain : 8 orang dijadikan 4 kumpulan (sepasang)

Tempat: gelanggang

Peralatan: kon, bakul, bola, kayu pendek

Peraturan :
- sepanjang perjalaan sekiranya bola/kon/kayu jatuh, dikirakan batal maka
peserta perlu beratur semula di belakang baris
- markah : 1 bola = 1 markah

Kon
mini

 
 

ACARA 3
Nama permainan : Ku Tuju Cintaku

Cara permainan dijalankan :


Setiap pemain perlu menjatuhkan botol-botol yang disediakan dengan membaling
susunan botol-botol tersebut. Sebiji bola akan disediakan untuk membaling. Dalam
permainan ini akan disediakan 6 botol mineral bersaiz kecil. Setiap botol diisi 20ml.
Botol-botol itu perlu dijatuhkan untuk mendapatkan markah.

Peraturan permainan :
Balingan bola dilakukan dengan cara menggolekkan bola atau membaling bola.
Pemain tidak boleh melepasi jarak yang disediakan di antara tempat balingan bola
dengan tempat susunan botol-botol. Sekiranya melepasi gelung yang diletakkan
sebagai tanda tempat balingan, peserta dikira batal dan tidak boleh membuat
sebarang balingan. Setiap peserta diberi peluang membuat 3 kali balingan, namun
sekiranya balingan pertama sudah berjaya menumbangkan 1 atau lebih botol,
pemain tidak perlu meneruskan balingan kedua dan ketiga. Teruskan kepada
pemain yang seterusnya untuk membuat balingan pula. Terdapat 6 botol yang akan
diletakkan. Dalam permainan ini masa untuk menghabiskan giliran setiap pemain
tidak ditentukan. Permainan tamat apabila kelapan-lapan pemain selesai membuat
balingan.

Cara permarkahan diberi:


Markah diberi melalui jumlah kejatuhan botol.

Bilangan pemain :
8 orang pemain bagi setiap kumpulan.

Gambarajah permainan :

Jarak antara tempat balingan


dengan tempat peletakan botol
adalah lebih kurang 25meter 

Tempat
 balinga
n
 

ACARA 4
Nama Permainan : Hoki
Aktiviti : Gelecek bola .
Cara permainan :
Memerlukan lapan peserta setiap kumpulan.
Meminta setiap peserta membawa bola getah dengan menggunakan kayu hoki.
Mereka perlu membawa bola tersebut dalam bentuk ‘S’ dimana perlu mengelilingi
empat kon yang disediakan.
 Apabila peserta pertama berjaya mengelilingi kon tersebut, mereka perlu berpatah
balik dan membawa bola dengan menggunakan kayu hoki tersebut dalam bentuk
‘S’.
Setelah kembali, peserta tersebut perlu menyentuh tangan peserta seterusnya untuk
meneruskan permainan tersebut sehinggalah peserta yang terakhir .
Kumpulan yang berjaya menghabiskan permainan tersebut akan dikira sebagai
pemenang.

Masa : masa tidak ditetapkan dimana kumpulan yang berjaya


menghabiskan permainan tersebut dikira sebagai
pemenang.

Markah : Pemenang pertama : 5 mata


Pemenang kedua : 3 mata
Pemenang ketiga : 2 mata

Alatan :bola getah - 8.


Kayu hoki – 8 batang
Kon – 32
 

Gambar rajah :
 

ACARA 5
Nama permainan : Debu-debu Cinta

Cara permainan dijalankan :


Peserta perlu bersedia di tempat permulaan, apabila wisel ditiup peserta perlu berlari
ke kawasan tepat letak piring. Sebelum tiba di kawasan piring, peserta perlu melalui
cabaran pusing 3 kon yang telah disediakan. Diikuti dengan cabaran pusing tempat
letak piring senyak 3 kali kemudian baru boleh meniup piring yang berisi tepung
tesebut. .Ada beberapa biji gula-gula yang disembunyikan di dalam tepung yang di
letakkan di dalam piring . Peserta perlu meniup tepung tersebut sehingga menjumpai
1 biji gula-gula. Gula-gula tersebut perlu diambil menggunakan lidi. Kemudian
peserta perlu berjalan ke hadapan sampai ke kotak yang disediakan untuk
meletakkan gula-gula tersebut.

Peraturan permainan :
Peserta perlu melalui cabaran yang telah ditetapkan. Peserta tidak boleh mengambil
gula-gula menggunakan tangan. Sekiranya itu berlaku, peserta itu akan didenda
mengulangi permainan daripada kawasan permulaan.
 
Cara pemarkahan diberi :
Kumpulan yang paling pantas dapat menghabiskan permainan dengan mengikut
peraturan akan dikira sebagai pemenang.

Bilangan pemain :
Satu kumpulan mempunyai 8 orang peserta.

Gambarajah permainan :

Kotak tempat Pusing kawasan piring 3 kali Kawasan mula


 baru boleh tiup tepung Berlari mengelilingi kon - kon
letak gula-gula
 

 
ACARA 6
Nama Permainan : Isi air dalam botol

Cara permainan :
Memerlukan lapan peserta setiap kumpulan.
Peserta pertama perlu berlari dengan jarak 10 meter ke baldi untuk mengambil air 
dengan menggunakan tangan dan perlu berlari ke botol dengan jarak 10 meter untuk
mengisi air dalam botol yang disediakan.
Setelah selesai, peserta pertama perlu berlari ke peserta seterusnya dan perlu
menyentuh tangan untuk meneruskan permainan tersebut sehinggalah peserta
terakhir.
Pemenang akan dikira bedasarkan kumpulan yang berjaya mengisi air paling
banyak.

Masa : 5 minit

Markah : pemenang pertama : 5 mata


Pemenang kedua : 3 mata
Pemenang ketiga : 2 mata
mengikut jumlah isipadu air kumpulan yang paling tinggi.

Alatan :botol air – 8 biji


Baldi – 8 biji
 

Gambar rajah :
 

ACARA 7
Nama Permainan: Cross the Road (Melintas Jalan)

Tempat: gelanggang

Peralatan: beg pasir,kon mini, meja, bakul

Masa maksimum : 3 minit untuk sekumpulan

Bilangan ahli pemain : sekumpulan 8 orang

Cara bermain:
-murid mula berjalan dan mengambil beg pasir(1), diikuti beg pasir (2).
-murid teruskan perjalanan lalu mengambil kedua-dua beg pasir di atas kepala.
- murid perlu mengelak halangan dan terus berjalan ke tempat tamat.
- murid meletak balik beg pasir ke dalam bakul yang disediakan (di tempat tamat).

Peraturan :
- jika beg pasir jatuh, kira batal dan beratur semula
- jika terpijak kon dan kon terjatuh dari bangku
- beg pasir yang paling banyak di dalam bakul kira menang dalam 3 minit
- markah : 1 beg pasir = 1 markah

bakul Kon mini

Beg pasir

meja
 

ACARA 8
Nama Permainan : Lambung – lambung

Cara bermain
Setiap kumpulan menghantar 8 orang pemain. Kedudukan pemain ditempatkan di
dua bahagian dengan jarak 5 meter dari penanda A dan penanda B. 6 orang
ditempatkan di penanda A dan 2 orang di penanda B. Pemain di penanda A dan
penanda B akan menggunakan kain untuk membaling dan menyambut belon berisi
air. Pemain di penanda B akan bergerak ke barisan belakang penanda A, manakala
pemain di penanda A yang telah membuat balingan akan bergerak ke penanda B.
Prosedur ini akan berulang sehingga masa tamat.

Peraturan Permaian
Masa permainan ditetapkan selama 5 minit. Jarak 5 meter. Membaling dan
menyambut belon yang berisi air dengan menggunakan kain (batal jika
menggunakan tangan). Membaling dan menyambut belon berisi air dalam kawasan
yang ditetapkan. Pemarkahan dikira berdasarkan jumlah belon yang tidak pecah. 1
belon dikira 1 markah.

Bilangan Peserta
a) Lapan orang mewakili setiap kumpulan.
b) Empat orang pemain dalam satu-satu masa.

Peralatan
1. Kon berwarna sebanyak 16 unit
2. Belon berisi air 120 biji
3. Kain batik sarung 16 pasang
4. Baldi 16 biji
5. Wisel 1 biji
6. Jam randik 1 biji

Gambar rajah permain


 

LAMPIRAN C
BORANG PEMARKAHAN

 Acara 1 keputusan permainan adalah merujuk kepada jumlah tendangan setiap


peserta dalam satu kumpulan. Begitu juga bagi acara 3 keputusan permainan
merujuk kepada jumlah kejatuhan botol bagi setiap peserta. Manakala acara 6
keputusan permainan merujuk kepada isipadu ar. Bagi acara 2, 4, 5, 7 dan 8 pula
keputusan permainan merujuk kepada siapa yang paling cepat selesai.

Nama Kump :

Peserta/Acara 1 2 3 4 5 6 7 8
1
2
3
4
5
6
7
8
Jumlah
Kedudukan

PETUNJUK Kedudukan-Mata Acara

KEDUDUKAN MATA ACARA


1 5 MATA
2 3 MATA
3 2 MATA
4-8 1 MATA

Tandatangan Hakim

 __________________ 

Nama Hakim :
 

BORANG STATISTIK

KUMP SOLFA KEYBOARD BOIBOI ALPHA UPIN CHARLIE VOKAL FASETO


BOY BETHA IPIN
ACARA
1
2
3
4
5
6
7
8
Jumlah
Mata
Kedudukan

Tandatangan

 ______________ 

Nama :

Anda mungkin juga menyukai