Anda di halaman 1dari 1

PERUTUSAN 2020

Cikgu Hj. Mohd Bakri Bin Mat Diah


Pengetua SMK Kangkar Pulai
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
“SMKKP Striving for The Best”
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-Nya kita selamat
menempuh tahun 2019 dengan usaha bersungguh-sungguh untuk mencapai yang terbaik ( Striving for
the Best). Mudah-mudahan dengan izin-Nya kejayaan 2019 dapat kita kecapi dan dapat mendorong
kejayaan yang lebih besar pada tahun 2020. Jutaan terima kasih kepada semua guru, Anggota Kumpulan
Pelaksana, PIBG, pekerja swasta , murid-murid dan pihak PPD Kulai serta JPN Johor yang telah banyak
membantu SMK Kangkar Pulai dalam usaha ke arah sebagai sekolah berkualiti.
Sekolah adalah sebuah institusi yang dihasratkan dapat memproses keberhasilan kemenjadian murid.
Pengetua, Guru, AKP, PIBG dan komuniti adalah saling berperanan penting dalam memproses setiap
individu kemenjadian murid. Oleh itu, saya mengajak rakan-rakan guru, PIBG dan seluruh warga sekolah
untuk bersama-sama berazam pada tahun 2020 agar dapat melaksanakan perubahan ketara dalam tiga
aspek utama iaitu pertama: semua guru SMK Kangkar Pulai mengaplikasikan konsep dan amalan PdPC
terbaik, kedua; Pengetua dan barisan kepimpinan sekolah melaksanakan pembangunan kepakaran
dalaman melalui latihan yang komprehensif dan berstruktur kepada pembimbing pedagogi serta
pembimbing kepimpinan. Ketiga; Seluruh warga SMK Kangkar Pulai berazam membangunkan
persekitaran pembelajaran yang berkesan dengan mengutamakan kemenjadian murid.
Sehubungan itu, warga SMK Kangkar Pulai perlu bersedia dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek
untuk memenuhi perubahan tersebut. Slogan “SMKKP Striving for The Best” mencerminkan komitmen
SMK Kangkar Pulai untuk melaksanakan yang terbaik bagi merealisasikan Kemenjadian Murid dan
Sekolah Berkualiti dengan berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Jawatankuasa Pengurusan Sekolah yang telah berjaya
menyediakan Buku Pengurusan Sekolah 2020. Ya Allah, permudahkan usaha kami dan kurniakan
kekuatan kepada kami menempuh Tahun Baru 2020. Selamat bertugas.
Sekian.
”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang menjalankan amanah

HJ MOHD BAKRI BIN HJ MAT DIAH


Pengetua SMK Kangkar Pulai.

Anda mungkin juga menyukai