Anda di halaman 1dari 1

UCAPAN PENGETUA

SMK PESISIRAN PERDANA.

Asalamulaikum dan selamat sejehtera


Terlebih dahulu marilah kita panjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana limpah
innayahNya kita dapat kembali bertugas pada tahun 2015.Pada tahun ini merupakan tahun
yang sangat mencabar iaitu melaksanakan Pelan Pembangunan Pendidikan (PPPM) dalam
gelombang ke-2 ,2015-2020 iaitu dalam fasa “Memacu Peningkatan Sistem”.Cabaran ini
tentunya lebih hebat memerlukan pengorbanan,komitmen dan iltizam yang bersunggu-
sungguh seluruh warga sekolah untuk mencapai objektif PPPM.Yang penting sekali sikap warga
sekolah sentiasa positif dan ‘mahu buat’ pelaksanaan tersebut .Tiada lagi isu tidak tahu dan
tidak faham.Bagi menjayakan hasrat ini kualiti guru hendaklah sentiasa ditingkatkan.

Dalam Pembelajaran abad ke-21 guru berperanan berubah menjadi pemudah cara dimana
pelajar belajar secra berkumpulan ,pembelajaran berpusatkan murid yang keutamaan proses
pembelajaran.Jestru itu guru-guru perlu mempunyai kemahiran menyampai ,kemahiran
berkomunakasi,kemahiran transfomasi bilik darjah ,kemahiran pedagogi dan kemahiran ICT
yang baik.Mempunyai visi serta sedia mengambil risiko .Untuk itu pendidik SMK Pesisiran
Perdana (SMKPP) hendaklah bersedia menghadapi perubahan tersebut.

Marilah kita usahakan sekolah ini menjadi sekolah contoh yang berkualiti menjadi rebutan
masyarakat mempunyai tempat belajar yang menyeronokkan dan kondusif , cemerlang
akademik ,cemerlang kokurikulum,cemerlang sahsiah dan cemerlang dalam pentadbiran
.Sama-samalah kita amalkan budaya kerja kelas pertama dengan mengusahakan peningkatkan
prestasi akademik,peningkatan prestasi kokurikulum yang tinggi,peningkatan kemahiran
insaniah yang tinggi dan pengurusan organisasi cemerlang.

Saya mengharapkan semua warga sekolah dapat menerima semua tugas yang diamanahkan
pada tahun ini dengan hati terbuka dan positif.Fokus terhadap tugas dan amanah yang
diberikan dengan bersungguh-sungguh,ikhlas dan penuh iltizam.Jadikan moto “Amanah Usaha
Jaya’’ sebagai sumber inspirasi warga SMKPP.

Buku panduan ini hanyalah sebagai panduan untuk kita menjalankan tugas dengan lebih mudah
dan lebih sistematik.Akhir kata saya menyeru semua warga SMKPP dapat bekerja dalam satu
pasukan menghadapi semua cabaran mendatang dengan positif demi mencapai visi SMKPP.

“GURU BERKUALITI MENGHASILKAN SEKOLAH BERKUALITI”

ABD SUKOR BIN SALIKIN


Pengetua,
SMK Pesisiran Perdana.

Anda mungkin juga menyukai