Anda di halaman 1dari 5

TUGAS PENGAWAS

Tugas-Tugas Ketua Pengawas


Memastikan Falsafah Lembaga Pengawas diketahui,difahami,dan dihayati oleh Lembaga
Pengawas
Memastikan objektif-objektif Lembaga Pengawas dijadikan garis panduan oleh semua
pengawas
Mempengerusikan semua mesyauarat Lembaga Pengawas
Mewakili Lembaga Pengawas ke mesyuarat atau perjumpaan di luar sekolah
Membahagikan kumpulan dan mengagihkan tugas AJK
Mengetuai nyanyian lagu-lagu Kebangsaan, sekolah, patriotik dan membaca Rukun Negara
pada perhimpunan mingguan
Tugas-Tugas Penolong Ketua Pengawas
Mempengerusikan mesyuarat sekiranya Ketua Pengawas tiada atau atau ada hal yang lain di
atas arahan Guru Pengawas atau Guru Besar
Mewakili Ketua Pengawas
Membantu Ketua Pengawas menjalankan tugasnya
Tugas-Tugas Setiausaha dan Penolong Setiausaha
Membantu Ketua Pengawas dan Penolongnya bagi setiap pembahagian dan pengagihan tugas
Menyedia dan menyimpan setiap minit mesyuarat
Bertanggungjawab atas surat-menyurat
Menyimpan rekod peribadi pengawas-pengawas
Tugas-Tugas Bendahari dan Penolong Bendahari
Mengutip wang bagi projek kewangan
Membuka akaun
Menyediakan laporan kewangan
Menyimpan rekod yang kemaskini (accurate and up-to-date)
{AJK Eksekutif}
Ahli Jawatan Kuasa Eksekutif (Executive Council)
AJK Eksekutif terdiri daripada Ketua Pengawas, Penolong Ketua Pengawas, Setiausaha,
Penolong Setiausaha, Bendahari, dan Penolong Bendahari.
Tugas-tugas Ahli Jawatankuasa Eksekutif:-
Menjaga disiplin semua pelajar.
Mengawasi kelakuan dan disiplin semua pengawas.
Mesyuarat AJK Eksekutif mesti diadakan sekurang-kurangnya dua minggu sekali atau mengikut
keadaan semasa.
Mesyuarat tersebut dipengerusi oleh Ketua Pengawas atau wakilnya.
Majlis ini berhak mengambil tindakan dan memberi hukuman yang munasabah kepada pelajar
dan pengawas dalam mesyuarat tersebut.
Pelajar-pelajar dan pengawas-pengawas yang menimbulkan masalah harus dibawa ke
mesyuarat yang diadakan dan didakwa.
Pelajar-pelajar dan pengawas pengawas yang disyaki melakukan kesalahan akan diberi
peluang untuk mempertahan diri.
Majlis AJK Eksekutif akan membuat keputusan dalam hal ini.
Keputusan maktamad dibuat oleh Ketua Pengawas dan Guru Pengawas
Jenis Kesalahan dan Tindakan Oleh AJK Eksekutif
Kesalahan-kesalahan pelajar dan pengawas yang akan diambil tindakan oleh AJK Eksekutif
adalah seperti berikut :
Ponteng sekolah/ponteng kelas
Merokok
Pergaduhan
Datang lewat
Tidak memakai stoking,name-tag/lencana
Rambut(panjang,berwarna,berfesyen)
Kurang bersopan dari segi tingkahlaku dan budi bicara
Tidak mematuhi peraturan sekolah ataupun kesalahan umum
Menggunakan kenderaan dalam kawasan sekolah secara bahaya
Jenis-jenis tindakan yang akan diambil terhadap kesalahan pelajar-palajar dan pengawas-
pengawas:
Nasihat dan amaran
Detention Class
Menulis karangan dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris
Denda (wang tunai/buku)
Merotan (merujuk kepada Guru Besar)
Tindakan yang sewajarnya
Sekiranya tindakan yang diambil oleh AJK eksekutif itu tidak berkesan, pelajar dan pengawas
tersebut akan dirujuk kepada Guru Besar

{Mesyuarat-mesyuarat}
Mesyuarat Agung Tahunan
Ia merupakan mesyuarat yang wajib dijalankan pada awal tahun.
Dipengerusi oleh Ketua Pengawas dengan adanya kehadiran Tuan Pengetua ataupun wakilnya
serta guru-guru pengawas.
Mesti dihadiri oleh semua pengawas.
Urusan Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah:-
Menerima dan mengesahkan laporan tahunan.
Menerima dan mengesahkan penyata kira-kira tahun lepas yang telah diaudit oleh guru yang
telah dilantik untuk menjalankan tugas tersebut.
Melantik dua orang juruaudit daripada kalangan guru bagi tahun akan datang.
Mempertimbangkan sebarang perkara berdasarkan notis secara bertulis yang telah dibuat
kepada setiausaha sekurang-kurangnya seminggu sebelum mesyuarat tersebut.
Mengemukakan dan mempertimbangkan sebarang isu lain yang telah diputuskan oleh
Jawatankuasa Lembaga Pengawas.
Perjalanan Mesyuarat Agung Tahunan
Setiausaha mesti memberitahu semua ahli mengenai tarikh, masa, dan tempat Meyuarat Agung
Tahunan sekurang-kurangnya 14 hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan.
Agenda Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah disediakan oleh Setiausaha dengan persetujuan
Ketua Pengawas dan dihantar kepada semua pihak yang terlibat dalam mesyuarat tersebut
sekurang-kurangnya tujuh hari sebelumnya.
Quorum di Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah melebihi 50% daripada keahlian Lembaga.
Apabila berlakunya tidak cukup quorum,mesyuarat tersebut akan ditangguhkan dan mesti
diadakan semula dalam masa tujuh hari di tempat dan pada masa yang telah ditetapkan
dengan agenda yang sama.
Andainya, berlaku tidak cukup quorum untuk kali kedua,ahli-ahli yang hadir berhak untuk
meneruskan mesyuarat tetapi tidak boleh memutuskan perkara yang melibatkan semua ahli.
Ahli Jawatankuasa Lembaga Pengawas diwajibkan untuk membuat laporan mengenai perkara
tersebut kepada guru-guru pengawas.
Mesyuarat Umum
Diadakan sebulan sekali.
Diwajibkan hadir oleh semua ahli Lemabga Pengawas.
Agenda, tempat, masa dan guru-guru pengawas yang akan hadir hendaklah diumumkan
kepada semua pengawas bertulis sekurang-kurangnya seminggu sebelumnya.
Laporan minit mesyuarat yang lalu daripada Setiausaha atau Penolongnya mesti disahkan
dalam mesyuarat tersebut.
Tanpa pengesahan oleh majoriti, laporan-laporan tersebut tidak akan diterima.
Pengawas-pengawas yang tidak bersetuju dengan laporan-laporan tersebut dikehendaki
memberi sebab-sebabnya menolak laporan tersebut.
Laporan aktiviti daripada pengawas yang telah dipertanggungjawabkan serta perancangan
aktiviti yang akan dilakukan hendaklah dipertimbangkan dalam mesyuarat.
Sebarang cadangan yang tidak menerima sokongan mejoriti tadak akan diterima kecuali
adanya undi pemutus daripada Ketua Pengawas atau guru-guru pengawas.
Laporan mengenai segala projek yang berkaitan dengan pihak pentadbiran sekolah mesti
dibuat dan diserahkan kepada Tuan Pengetua.Tanpa kebenaran Tuan Pengetua, projek
tersebut akan dibatalkan.
Agenda-agenda mesyuarat:
Ucapan Ketua Pengawas
Pengesahan minit mesyuarat yang lalu
Pengesahan dan pembentangan laporan kewangan
Perkara-perkara berbangkit dan tindakannya
Perkara-perkara khas
Hal-hal lain
Agenda ini boleh diubahsuai mengikut kehendak dan keadaan semasa.
Mesyuarat Ahli Jawatankuasa
Diadakan atas permintaan Ketua Pengawas atau Guru Pengawas.
Dipengerusikan oleh Ketua Pengawas.
Semua AJK dan Guru-guru Pengawas mesti diberitahu sebelum mesyuarat diadakan.
Matlamat mesyuarat tersebut ialah untuk membincangkan dan mempertingkatkan lagi
organisasi Lembaga Pengawas.
Mesyuarat mesti diminitkan.
{Tugas Pengawas}

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGAWAS SEKOLAH


Mengawal disiplin pelajar.
Mementingkan imej diri dan menunjukkan teladan yang baik kepada pelajar dan pengawas
junior.
Menjaga imej dan nama baik sekolah.
Membantu guru, pembantu kepada para guru dari segi penyampaian arahan atau maklumat
kepada rakan-rakan pelajar.
Memastikan keceriaan sekolah dijaga.
Mematuhi peraturan sekolah sambil menguatkuasakannya.
Memimpin rakan-rakan pelajar.
Mencegah kes jenayah di sekolah.
Menghormati guru dan kakitangan sekolah.
Tidak memberat sebelah dalam tugas harian.
Serius dan bersikap positif semasa menjalankan setiap tugas, sentiasa menjalankan tugas
dengan penuh dedikasi.
Mendisiplinkan diri sebelum mendisiplinkan pelajar lain.
Memastikan diri sendiri mencapai prestasi yang cemerlang dalam bidang akademik,
kokurikulum, sahsiah dan disiplin.
Sentiasa peka terhadap apa yang berlaku dan memberikan cadangan dan pendapat kepada
Lembaga Pengawas untuk memperbaiki keadaan.
Mengenalpasti pelajar-pelajar yang bermasalah disiplin dan cuba sedaya upaya untuk
mengubah sikap mereka.
Mempengaruhi para pelajar untuk berdisiplin dan memberikan teguran kepada mereka yang
bersalah.
Menyimpan rekod atau maklumat pelajar yang bersalah sebagai panduan masa hadapan.
Patuh kepada ketepatan masa. Para pengawas harus sampai ke tempat tugas lebih awal
daripada masa yang ditetapkan.
Memastikan para pelajar beratur semasa membeli makanan di kantin, pergi ke makmal sains
atau bengkel dan di luar kelas sebelum nyanyian lagu Negaraku pada setiap pagi dan selepas
waktu rehat.
Arahan dari pihak sekolah dari semasa ke semasa.

Anda mungkin juga menyukai