Anda di halaman 1dari 1

1.

0 DARI MEJA PENGETUA

1.1 SEKAPUR SIRIH DARIPADA PENGETUA

Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan rasa syukur ke hadrat


Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kita bertemu
semula pada tahun baru ini. Saya ingin mengucapkan Selamat
menyambut tahun baru 2019 kepada semua guru di sekolah ini.
Harapan saya agar sempena tahun baru ini akan dapat menyemarakkan semangat dan iltizam
kita untuk sama-sama mengorak langkah untuk terus memacu transformasi pendidikan
ke arah memartabatkan sekolah ini ke tahap yang lebih tinggi.

Saya yakin usaha yang murni ini pasti akan lebih mudah dicapai sekiranya semua warga
sekolah dapat menggemblengkan tenaga bersama-sama bagi merealisasikan hasrat ini seiring
dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025 yang telah
dilancarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Dalam usaha kita untuk mencapai
matlamat tersebut, pelbagai strategi dan program telah kita atur. Kita telah pun menyusun
strategi dan matlamat untuk menjulang kecemerlangan anak-anak didik kita dalam bidang
kurikulum, kokurikulum serta sahsiah secara bersepadu supaya mereka dapat bersaing dalam
arus perubahan persekitaran global yang amat dinamik kini.

Untuk menjayakan wawasan ini, setiap warga SMK Lahat mestilah mempunyai azam dan
iltizam untuk menggemblengkan tenaga dan fikiran bagi merancang, melaksana dan
menghayati hasrat murni kita iaitu bergerak seiring bagi merealisasikan visi ‘Perak Excellent’,
Kinta Utara Sentiasa Unggul dan seterusnya ‘SMK Lahat is THE BEST’. Sekiranya visi dan
misi kecemerlangan ini kita hayati dan dilaksanakan, mudah-mudahan anak-anak didik kita
akan dapat bersaing dan berupaya menjadi modal insan yang terdidik dan bersahsiah tinggi
agar transformasi pendidikan dapat dilestarikan bagi memenuhi aspirasi Negara.

Saya ingin mengajak semua warga SMK Lahat untuk bersama-sama berganding bahu dalam
melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan serta berdoa agar segala usaha
dan perancangan yang dilakukan ini akan diredhai Tuhan.

Akhir kata, selamat tahun baru,selamat kembali ke sekolah dan selamat bertugas. Semoga
segala usaha dan perit jerih kita semua pada hari akan membuahkan hasil yang akan merubah
dan melakarkan landskap baharu sekolah yang lebih gemilang.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

…………………………………..
(HJ. SALLEH B. HJ. YUSUF)
PENGETUA
SMK LAHAT
BANDAR LAHAT BARU
31500 LAHAT, PERAK.

-1-

Anda mungkin juga menyukai