Anda di halaman 1dari 1

SEKAPUR SIREH

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Syukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita dapat lagi meneruskan
perjuangan yang diamanahkan kepada kita sebagai pendidik dan pembentuk anak bangsa. Ucapan
setinggi-tinggi tahniah dan jutaan terima kasih kepada Jawatankuasa Manual Pengurusan Sekolah SK
(FELDA) Jengka Sebelas yang telah bertungkus lumus untuk menyiapkan buku ini. Buku pengurusan ini
penting sebagai dokumen awal dan sebagal pelan perancangan serta rujukan kepada guru-guru untuk
bertindak dan melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan lebih terarah dan berkesan.

In Sha Allah, kita yang berkhidmat sebagai warga pendidik perlu berpegang kepada prinsip kerja
berpasukan (teamwork) dan berkolaboratif antara satu sama lain sama ada di peringkat panitia,
sekolah, daerah mahupun di peringkat kebangsaan. Mulai tahun ini kita akan menggunakan Moto
SKJ11-NNF ( Now, Next and Future ) yang perlu direalisasikan dan diterjemahkan melalui tindakan
masakini untuk hari seterusnya demi menentukan hala tujuan pencapaian sekolah ini pada masa
hadapan. Tidak ada kepuasan yang terulung selain melihat anak-anak didikan kita berjaya dalam semua
aspek.

Sukacita ingin saya katakan di sini bahawa dalam melaksanakan kerja buat kita, kita akan
mengamalkan Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti yang mampu meningkatkan lagi pengurusan dan
pencapaian kemenjadian murid dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan sahsiah murid. Oleh itu,
marilah kita bekerja dengan seikhlas hati tanpa mengharapkan apa-apa balasan kerana segala
keikhlasan dan pengorbanan kita dilihat dan dinilai oleh Allah S.W.T.

Sesungguhnya, guru-guru dan kakitangan SK (FELDA) Jengka 11 berupaya dan boleh


membuktikan bahawa kita mampu membangun dan melahirkan modal insan yang diingini oleh bangsa
dan Negara. Marilah sama-sama kita berazam dan mengaplikasikan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia dan wawasan negara sepenuhnya.

Sekian, terima kasih.

NORIZAN BT. YUSOFF


GURU BESAR
SK (FELDA) JENGKA 11

Anda mungkin juga menyukai