Anda di halaman 1dari 33

KEYAKINAN DI AIR

KEYAKINAN DIRI

 Adalah aktiviti yang perlu dipelajari sebelum peserta dibenarkan memasuki


kawasan laut, tasik dan sebagainya.
 Sebelum aktiviti dimulakan, semua peserta berkumpul untuk mendengar
taklimat tentang aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan serta taklimat
keselamatan dan bersiap sedia dengan pakaian mandi yang lengkap
 Semasa aktiviti dijalankan para peserta perlu memakai Buoyancy Aid (Alat
Apungan) yang mempunyai cop sirim, tahan 6 jam dalam air atau lebih dikenali
sebagai jaket keselamatan.
 Penting bagi setiap para peserta untuk mempunyai keyakinan ketika berada
di dalam air agar peserta tidak panik dan tahu cara-cara untuk mengapungkan
badan dan menyelamatkan diri
Keyakinan di air adalah aktiviti wajib yang perlu dipelajari sebelum
peserta dibenarkan masuk ke tasik, laut atau yang lain-lain yang
melibatkan aktiviti air seperti kayak dan snorkeling. Semasa aktiviti
ini dijalankan, para peserta perlu memakai Buoyancy Aid (Alat
apungan) yang mempunyai Cop Sirim, tahan 6 jam dalam air atau
lebih dikenali sebagai jaket keselamatan. Para peserta akan diajar
cara yang betul untuk memakai BA agar tahap keselamatan para
peserta terjamin. Terdapat juga wisel di dalam poket kecil BA
bertujuan untuk penggunaan ketika terdapat sebarang kecemasan.
Adalah penting bagi setiap para peserta untuk mempunyai keyakinan
ketika berada di dalam air agar para peserta tidak panik dan tahu
cara-cara untuk mengapungkan badan dan menyelamatkan diri
ketika berlakunya sebarang kecemasan.
Alatan keyakinan di air
Buoyancy air Rescue Ring

Bot
Penyelamat
Jenis aktiviti yang membina asas keyakinan
dalam air
1 Memakai baju keselamatan [ life jacket ]
· Ikatkan tali yang disediakan pada baju keselamatan
· Pastikan terdapat wisel pada setiap baju yang dipakai
· Baju keselamatan perlu dipakai dengan kemas dengan memastikanianya tidak tertolak ke
atas apabila terapung.

2 Apungan dengan menggunakan life jacket.


a) Latihan bernafas
· Berdiri di dalam air, tarik nafas melalui mulut sahaja
· Tahan nafas dan selamkan muka
· Apabila nafas tak dapat ditahan lagi, dengan perlahan-lahan hembuskan
melalui hidung
· Selepas semua udara dikeluarkan, angkat muka daripada air dan tarik nafas
b) Aktiviti apungan
· Asingkan peserta yang boleh berenang dengan tidak boleh berenang
· Berjalan berpegangan tangan menuju ke air sambil mendengar arahan

i) -Apungan berdiri
Depa tangan – bernafas dengan tenang masih berpegangan tangan.
buat bulatan 5-6 orang dengan berpegangan tangan

ii) · Apungan terlentang


Peserta berbaring dengan meluruskan kaki ke hadapan
Depa tangan – bernafas dengan tenang
Terlentang sambil berpegangan tangan
iii) · Apungan meniarap
Rebahkan badan ke hadapan
Luruskan kaki
Masih berpegangan tangan

iv) · Semua di atas


Dilakukan secara individu
Apungan meniarap dan bergerak jarak 3 meter
Berenang berdua ke hadapan
Keselamatan di air
 Keluar dari air jika berasa sejuk
- Air sejuk boleh membahayakan walaupun anda seorang perenang yang
mahir

 Perhatikan bendera kuning di kawasan berenang


- Kawasan di belakang bendera kuning adalah kawasan yang
merbahaya untuk berenang

 Berhati-hati dengan pasang dan surut air laut


- Air pasang boleh membahayakan perenang
 Jauhi mereka yang bermain surf board
- Juga jauhi bot dan jet ski
- Sukar bagi mereka untuk mengelak daripada belanggar dengan
perenang

 Mendengar nasihat daripada pegawai keselamatan yang bertugas


- Tugas mereka adalah untuk mengelakkan sebarang kecelakaan

 Perhatikan papan2 tanda amaran


- Patuhi papan2 tanda tersebut untuk keselamatan semua pihak
Teknik apungan
Maksud apungan

 Apungan adalah asas berenang.


 Keapungan adalah sifat semulajadi tubuh sebab ianya dibantu
oleh kandungan lemak dan kandungan udara dalam paru-
paru.
 Unsur yang mengawal keapungan
o Kawalan nafas
o Posisi tubuh
o Kesantaian
Peralatan apungan

• Pull Buoys / Pull Board


• Peralatan ini boleh membantu bagi
permulaan untuk menguasai teknik
apungan.

• Cara:
o Kepitkan di antara kedua-dua
belah kaki (peha/celah
kangkang) supaya kaki anda
sentiasa terapung
Teknik asas apungan
 Back Star Float
 Teknik ini merupakan teknik apungan
yang mana badan akan melentang diatas
permukaan air.
 Kaki dibuka membentuk ‘V’ dan tangan
dibuka membentuk ‘T’ untuk membentuk
bintang.
 Kedudukan badan adalah selari dengan
permukaan air.
 Muka memandang langit dan perut
diangkat keatas.
 Tenangkan pemikiran dan kawal
pernafasan.
 Front Star Float
 Teknik yang sama dengan
teknik apungan Back Star
Float namun muka
dimasukkan ke dalam air.
 Jangan lupa untuk bernafas
 Peralatan pernafasan biasa
boleh digunakan dalam
teknik ini.
 Keadaan tangan dan kaki
adalah sama dengan teknik
apungan belakang.
 Teknik Apungan Cendawan
 Kaedah melakukan teknik
cendawan ialah kaki
dibengkokkan dan tangan
memeluk kaki, kepala
ditundukkan sehingga badan
kelihatan seperti bola ( berbentuk
bulat ).
 Jangan bergerak dan anda akan
terapung
Teknik Apungan Water Treading

 Satu aspek renang yang memerlukan


perenang berada dalam kedudukan
tegak di dalam air dengan kedalaman air
yang tidak dapat dipijak dengan kaki
dalam jangka masa tertentu (bergantung
kepada tujuan ).
 Kedudukan kepala berada di atas
permukaan air. Water treading ini
menyediakan peluang kepada perenang
menjaga kepala mereka daripada
tenggelam.
 Dengan ini mereka boleh boleh
berkomunikasi dengan sesiapa sahaja
semasa melakukan latihan ini.
 Kebolehan ini merupkan perkara wajib
yang mesti dikuasai oleh seorang
perenang.
Teknik Dayungan
Berdayung
 Berdayung (paddling) adalah satu gerak
yang dilakukan oleh anggota kayak
(canoeist) bagi menggerakan kayak sama
ada dari satu tempat ke tempat yang lain
atau dari suatu posisi ke satu posisi yang
lain.

 Berdayung adalah satu kemahiran asas


yang wajib kepada setiap individu yang
ingin melibatkan diri dengan kegiatan
kayak.
CARA MEMEGANG DAYUNG (PADDLE) DENGAN BETUL..

 Ketika memegang Shaft/bar (batang paddle) hendaklah dengan kedua belah tangan.
Pegangan ini jangan lah terlalu ketat kerana ini akan menyukarkan batang dayung untuk
mengerak-gerakkan ketika berdayung.
 Posisi kedua belah tangan yang memegang dayung hendaklah sedikit keluar dari bahagian
bahu.
 Posisi badan hendaklah dibawa ke belakang seberapa mungkin supaya bahagian belakang
anda dapat bersandar pada kayak. Sementara itu, bahu anda mestilah berada dalam keadaan
yang selesa.
 Apabila berdayung kedudukan bilah dayung (blade) mestilah keseluruhannya berada dalam
air. Dayungan (stroke) mestilah seberapa panjang yang boleh supaya kelajuan maksima
kayak dapat diperolehi. kadar dayungan ialah antara 45-50 dayungan bagi seminit.
 Berdayung akan menyebabkan otot-otot berasa letih dan sakit-sakit. Oleh itu janganlah
berkali-kali memaksa otot anda bekerja lebih dari kemampuannya. kerana ini boleh
mengakibatkan kecederaan jangka panjang. beberapa pegangan pada batang dayung
hendaklah dicuba dan diubah dari satu pegangan ke pegangan yang lain supaya otot boleh
direhatkan
TEKNIK MENDAYUNG..
THE SWEEP
Membantu untuk melakukan manuver rakit ketika angin kencang.
 Memegang dayung padaa sudut 45 derajat ke perahu.
 Menyapu air beberapa kali dengan cepat untuk mengubah arah rakit.

J-STROKE
Untuk memindahkan rakit maju dan kebelakang.
 Menyelaraskan dayung vertikal ke air.
 Pegangan tepat di atas dayung dengan tangan terdekat anda, dan pegangan atas
dengan tangan jauh anda.
 Buat halus, sapuan dari depan ke belakang.
BACKSTROKE
Cara mendayung ini akan membuat rakit mundur.
 Tancapkan bilahan dayung di air ke belakang anda.
 Regangkan lengan anda ke depan daripada menarik tangan anda ke arah anda.
 Jadikan bilahan dayung bergerak ke depan anda, lalu rakit akan bergerak mundur.

PUSH STROKE/ PORTEGEE


Cara mendayung ini akan membuat rakit maju
 Tancapkan bilahan dayung di air ke depan anda.
 Posisikan tangan anda dekat dengan dada anda, lalu regangkan lengan kamu ke
depan.
TURNING
Cara mendayung ini akan membuat rakit memutar.
 Dengan mempersiapkan dua bilahan dayung di dalam air, lalu dorong satu dayung
sebelah kanan dan tarik dayung yang kiri jika ingin memutar ke kanan.
 Jika ingin memutar ke kiri, kayuh dayung sebelah kanan dan tahan dayung yang
kiri.

THE DRAW
Membantu rakit untuk melakukan manuver ke kiri dan ke kanan.
 Jaga posisi tangan anda seperti saat melakukan posisi J-Stroke.
 Tarik dayung ke arah anda, lalu kayuh air ke arah sisi perahu.
 mendorong dayung kembali ke buritan rakit.
 Lakukan seterusnya sampai rakit selaras dengan arah yang anda inginkan.
Teknik berenang
Maksud Berenang
 Berenang adalah salah satu sukan akuatik. Ianya
membolehkan kita untuk bergerak (terapung atau
mengangkat) semua bahagian badan di atas
permukaan air. Berenang biasanya dilakukan tanpa
peralatan bantuan. Berenang adalah sukan yang
menggunakan anggota badan, terutama bahagian
tangan dan kaki untuk bergerak di dalam air.
Peralatan Berenang
Baju Renang
 Sebelum untuk belajar berenang, kita
mestilah memakai pakaian mandi yang
bersesuaian. Baju pakaian mandi lebih ringan
dan mudah untuk berenang.

Kaca Mata Renang


 Anda disarankan menggunakan kaca mata
atau spek mata khas untuk perenang kerana
untuk melindungi mata dari air yang terdapat
di dalam kolam atau sungai supaya mata anda
dilindungi dari sebarang perkara yang tidak
diingini berlaku.
Asas berenang
Pelaksanaan
 Berpasangan
 Melunjur
 Kayuhan kaki
 Kayuhan tangan
 Teknik pernafasan semasa berenang dan
 Berenang di dalam air / menyelam
 Pada permulaan belajar berenang,
untuk membina keyakinan diri dan
menimbulkan rasa seronok berada
di dalam air .Floating board ini
sangat digunakan.
 Cara menggunakannya: Tangan
haruslah kedua-duanya lurus ke
depan dan memegang board pada
dua lubang yang
disediakan.Kemudian cuba untuk
belajar kayuh perlahan-lahan.
1. Memanaskan Badan
 Aktiviti meningkatkan kadar denyut jantung
 Aktiviti regangan
2. Latihan Asas
 Mesra di air iaitu dengan berjalan di dalam air sambil membina
kumpulan atau yang sendirian dan duduk secara melutut di dalam
air.
3. Pernafasan
 Ketika melutut di dalam air, masukkan bahagian muka ke dalam air,
tahan nafas selama 2 – 3 saat dan kemudian angkat muka ke
permukaan. Ulang aktiviti ini sebanyak lima kali.
 Semasa aktivti memasukkan muka ke dalam air, pelajar diminta
mengeluarkan udara dari mulut sehingga udara habis, baru muka
diangkat semula. Ulang aktiviti ini sebanyak lima kali.
4. Lungsuran
 Kedudukan kaki dibuka selebar bahu, kedua-dua tangan diluruskan ke hadapan.
 Tolak kaki untuk melungsur dengan badan berada di paras permukaan air.
Sebahagian daripada kepala berada di dalam air dan “bobbing” ketika badan
dalam pergerakan lungsuran.Tambah jarak secara ansur ke depan.
 Ketika lungsuran berlaku, posisi badan hendaklah dalam keadaan lurus. Tiada
pergerakan tangan dan kaki.
 Ketika lungsuran semakin perlahan, bengkokkan kedua- dua kaki, sentuh dasar
sungai atau laut dan cuba berdiri. Ulang 3- 5 kali.
5. Kayuhan kaki
 Buat pergerakan lungsuran, tetapi kali ini ditambah dengan pergerakan kaki
secara kayuhan.
 Kedua-dua tangan masih lurus ke hadapan lakukan berulang kali dalam jarak yang
sesuai.
Teknik berenang asas
1.Gaya bebas ( Free Style)
 Perenang boleh berenang menggunakan
pelbagai strok. Strok yang sering diguna
ialah merangkak (craw), yang dikenali
melalui kayuhan lengan atas permukaan air
yang di selangseli dengan tendangan
(flutter kick) secara atas dan bawah(up and
down)

2. Kuak Dada
 Berenang dengan melakukan pergerakan
lengan secara serentak secara
horizontal.Tangan ditekan keluar ke
hadapan dada dan dikeluarkan di bawah
atau ke permukaan air. Kuakan kaki juga
secara serentak sama seperti katak
melompat.
3. Kayuhan ke Belakang ( Backstroke)
 Menggunakan pergerakan lengan yang
diselangseli dengan tendangan (flutter kick)
semasa menelentang. Boleh juga menterbalikkan
diri atas perut.

4. Gaya Kupu-kupu
 Gaya berenang yang tercantik ialah gaya kupu-
kupu. Dalam gaya berenang rama-rama, terapung
badan menghadap hampir sejajar dengan
permukaan air. Kedudukan ini dikekalkan
bermula dari kepala, bahu, pinggang, hingga kaki.
Kedua-dua tangan berada di atas kepala dan garis
air berada di atas dahi. Kedudukan badan harus
disusun sebagai rata mungkin dengan air untuk
meminimumkan halangan.
Thank You

Anda mungkin juga menyukai