Anda di halaman 1dari 14

KEJURULATIHAN

SUKAN
TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM
SUKAN
Bagaimanakah perkembangan
sains dan teknologi dapat
meningkatkan mutu sukan negara?
Pendahuluan:
 Kejayaan sukan tidak semestinya bergantung
kepada kekuatan seseorang atlet semata-mata
tetapi juga pada faktor lain.

 Pengetahuan sains dan teknologi membolehkan


ahli-ahli sukan menggunakan tenaga secara
optimum untuk kecemerlangan dalam bidang
sukan.
Idea-idea:
Teknik latihan sukan yang saintifik dan
sistematik.
 Pakar sukan boleh memanfaatkan hukum dan

konsep sains dalam penyelidikan untuk memajukan


kaedah-kaedah sukan dengan lebih berkesan.

 Teknologi komputer telah digunakan untuk


menentukan cara lompatan terbaik dalam acara
lompat jauh atau lompat tinggi.
 Pengetahuan dalam biomekanik, iaitu kajian
tentang struktur dan sistem biologi serta
daya dan gerakan tubuh badan akan
membantu ahli sukan melakukan sesuatu
gerakan dengan cekap.

 Penggunaan prinsip-prinsip mekanik secara


langsung akan membantu ahli sukan
melakukan gerakan tertentu misalnya
imbangan dalam gimnastik, luncuran dengan
optimum.
 Peralatan sukan yang sesuai
meningkatkan prestasi ahli sukan
Dengan sains dan teknologi peralatan
sukan yang lebih jitu dan sesuai dengan
peringkat umur dan jantina ahli sukan
dapat dihasilkan.
 Teknologi komputer telah digunakan untuk
mereka bentuk peralatan sukan berpandukan
hukum-hukum fizik dan matematik,
umpamanya, lembing yang bersifat
aerodinamik.

 Penggunaan bahan atau fabrik pakaian yang


sesuai membolehkan ahli sukan berasa selesa
dan sejuk ketika bersukan atau berlatih.
 Sains
pemakanan membantu
meningkatkan pencapaian ahli sukan

Prestasi fizikal atlet adalah berkait rapat


dengan corak pemakanannya.

Pengambilan diet yang betul atau seimbang


akan menghasilkan tenaga yang berterusan
dan membantu pemulihan segera.
 Sains permakanan banyak digunakan
untuk menentukan kuantiti zat makanan
seperti protein, kabohidrat atau vitamin
tertentu yang optimum untuk ahli sukan.

 Analisis
komposisi zat dalam makanan
membolehkan pakar-pakar diet
mencadangkan sarapan terbaik untuk
meningkatkan prestasi ahli sukan.
Sains perubatan meningkatkan
pencapaian sukan

Kecanggihan dalam bidang perubatan telah


membantu dalam mengesan sebarang
kecederaan atau penyakit ahli sukan dan
merawatnya.
 Ujianelektrokardiogram dan ujian kecergasan
kardiovaskular sebelum aktiviti sukan cergas
boleh menghindarkan ahli sukan daripada
cedera atau mati kerana aktiviti sukan cergas
itu.

 Pencerakinan perubatan dapat mencegah para


atlet daripada mengambil pelbagai dadah
seperti steroid anabolik untuk memenangi
sesuatu acara sukan secara tidak jujur .
Teknologi maklumat dan telekomunikasi
meningkatkan kecemerlangan sukan

Teknologi ICT seperti video, televisyen dan


kamera video serta satelit komunikasi
membolehkan teknik-teknik sukan yang
baik dikesan untuk dipelajari.
 Rancangan siaran langsung sesuatu acara
sukan ke seluruh pelusuk dunia boleh
meningkatkan kepopularan sukan.

 Kutipan
besar daripada yuran iklan boleh
membiayai ahli-ahli sukan yang berjaya.

 Keadaan ini mendorong ahli-ahli sukan


berusaha gigih untuk meningkatkan prestasi
mereka seperti menjadi ahli sukan profesional.
Penutup:
 Sains
dan teknologi tetap penting untuk
kemajuan bidang sukan.

 Teknologisukan membolehkan para atlet


menjadi sempurna dari segi fizikal dan mental
dan meningkatkan kecemerlangan dunia sukan.

Anda mungkin juga menyukai