Anda di halaman 1dari 12

2.

0 IMPAK REVOLUSI INDUSTRI DI EROPAH


2.1 Wujudnya sistem perhubungan yang efisyen
Revolusi perindustrian telah membawa kepada kewujudan sistem perhubungan yang berkesan dan
bernilai komersial berbanding sebelumnya. Sistem perhubungan yang berkesan adalah penting bagi
darjah ketersampaian produk industri untuk sampai ke tempat pemprosesan dan pemasaran. sebelum
zaman revolusi perindustrian, kawasan pedalaman dihubungi dengan menggunakan sungai dan jalan
darat manakala barang-barang yang bermuatan berat dibawa keluar dari kawasan ini melalui pesisir
pantai dengan menggunakan kapal. Landasan keretapi dan laluan gerabak diguna pakai untuk
menggangkut arang batu ke kawasan sungai sebelum di pindahkan ke atas kapal. Pada ketika ini juga,
haiwan masih lagi menjadi simbol kewibawaan pengangkutan di darat dan layar menjadi simbol
kewibawaan pengangkutan di laut. Keadaan ini mula berubah dengan kehadiran jurutera-jurutera yang
berwibawa dan pemodal yang berkesan. Sistem pengangkutan di Britain menjadi lebih baik dengan
tercetusnya revolusi industri terutamanya menjelang abad ke-19.
Menjelang tahun 1830, sistem perhubungan di Eropah mula mendapat sinar baru tetapi masih
menghadapi kesulitan dalam menegendalikan bahan-bahan berkapasiti tinggi seperti arang batu.
Landasan keretapi moden pertama dibina di England adalah pada tahun 1825 yang menghubungkan
lombong arang batu Durham di Stockton dengan Darlington. Isambard Kingdom Brunel (1806-1859)
merupakan jurutera yang bertanggungjawab mengendalikan pembinaan landasan Great Western yang
menghubungkan London-Bristol-South Wales. Pada tahun 1837, Robert Stephenson telah membina
landasan yang menghubungkan London dengan Birmingham. Menjelang tahun 1873, Britain telah
muncul sebagai peneraju dunia dalam pembinaan landasan keretapi dengan memiliki landasan yang
boleh dihubungkan sehingga menjangkau 14,000 batu atau 22, 669 kilometer. Perkembangan tersebut
bukan sahaja merancakkan kegiatan industri malah telah membuka peluang pekerjaan yang luas kepada
rakyat dalam sektor pembinaan landasan keretapi serta perlombongan arang batu dan logam (industri
primer). Di samping itu, kontraktor-kontraktor Britain telah muncul sebagai penyedia perkhidmatan bagi
membina landasan keretapi seperti Thomas Brassey yang mendapat kontrak membina landasan keretapi
di Itali, Canada, Argentina, India dan Australia.
Revolusi industri juga menyaksikan berkembangnya penggunaan kapal stim di Eropah. Teknologi
perkapalan di Eropah berkembang dengan positif bermula dengan penciptaan kapal besi oleh Wilkinson
pada tahun 1787. Kapal dibina dengan menggunakan besi sebagai rangka dan kayu sebagai dinding.
Kapasiti kapal menjadi lebih besar dengan penggunaan besi kerana ia boleh mengangkut lebih banyak
kargo berbanding kapal yang dibuat dengan kayu sepenuhnya. Inovasi dalam sektor perkapalan terus
berkembang dengan adannya individu sepert Wilkinson. Pada tahun-tahun berikutnya kapal yang
dihasikan telah mendapat sentuhan yang lebih mantap dengan penggunaan enjin stim pada kapal laut
pada tahun 1802 dan kemudiannya keluli telah diguna pakai bagi menggantikan besi dalam sektor

pembuatan kapal pada sekitar tahun 1880-an dan hal ini telah meningkatkan lagi kapasiti kapal untuk
mengangkut kargo.
Sistem perhubungan bukan sahaja merujuk kepada pengangkutan semata-mata tetapai juga merangkumi
sistem telekomunikasi seperti telefon, telegraf dan pos. Perkhidmatan telegraf mula diguna pakai dengan
meluas apabila kabel elektrik transatlantik siap dibina.pada tahun 1866 yang menghubungkan Amerika
Utara dengan Britain. Perkhidmatan pos menjadi lebih efisyen menjelang tahun 1869. Telefon pula
muncul sebagai medium telekomunikasi yang penting bermula dengan wujudnya ibu sawat telefon yang
menghubungkan Manchester, Liverpool dan London. Perkhidmatan telefon merupakan impak yang
signifikan dengan revolusi perindustrian kerana kepentingannya untuk mengatasi persoalan jarak dan
kecepatan perhubungan terutamanya kepada para pedagang dengan wakil mereka di kawasan lain.
Keadaan perhubungan yang bertambah baik memungkinkan akses yang lebih luas ke kawasan-kawasan
yang mempunyai darjah ketersampaian yang jauh dan mempunyai bentuk muka bumi yang mencabar.
2.2 Pertambahan jumlah penduduk
Revolusi industri telah memberi impak yang cukup besar terhadap pertumbuhan penduduk di Eropah
terutamanya England. Populasi penduduk Eropah berkembang pada kadar yang perlahan pada awal
kurun ke-18 tetapi mula menunjukkan pertumbuhan yang agak pesat pada tahun 1780. Menjelang kurun
ke-18, populasi penduduk Eropah telah meningkat pada kadar tertinggi. England merupakan contoh
terbaik bagi melihat pertumbuhan positif penduduk ini kerana pada tahun 1688, jumlah penduduk di
England hanyalah 5.5 juta orang tetapi menjelang tahun 1801, populasi penduduk di England bertambah
menjadi 9 juta orang dan pada tahun 1851, jumlah ini meningkat lagi menjadi 18 juta orang iaitu
peningkatan sekali ganda berbanding 50 tahun sebelumnya.
Industrilisasi dan pertumbuhan penduduk saling memperkukuhkan antara satu sama lain. Bekalan
makanan dan peluang pekerjaan yang lebih baik menggalakkan orang untuk berkahwin pada usia yang
lebih muda dan memperolehi anak yang ramai. Kadar kelahiran yang tinggi bermakna jumlah kanakkanak juga ramai dan seterusnya menyumbang kepada bekalan buruh kanak-kanak yang menjadi tenaga
penting di lombong-lombong arang batu. Pada kurun ke-19, kanak-kanak yang berusia kurang daripada
15 tahun adalah seramai 40 peratus daripada penduduk seluruh Britain. Pertumbuhan penduduk yang
pesat di kawasan-kawasan industri Eropah juga disebabkan oleh proses migrasi yang berlaku. Berjutajuta orang melakukan migrasi atau perpindahan semasa berkembangnya revolusi industri dengan ada di
antara mereka yang berpindah dari kampung ke bandar dengan harapan mencari pekerjaan ataupun
mencari kehidupan yang lebih baik.
Pengaruh yang besar akibat revolusi perindustrian telah menyebabkan undang-undang penempatan di
bawah sistem merkantilisme yang tidak membenarkan pekerja meninggalkan kawasan tertentu di bawah
kelolaan Parish tanpa memenuhi syarat-syarat tertentu diketepikan dan seterusnya menamatkan sistem
feudalisme yang sekian lama menggongkong masyarakat Eropah. Hal ini telah mendorong

perkembangan migrasi di Eropah. Penghijaran penduduk dari kawasan luar bandar telah menyebabkan
peningkatan jumlah penduduk di beberapa bandar utama secara mendadak seperti di kawasan
Lancshire, West Riding, di Yorkshire, Warwickshire, Nottinghamshire, dan Staffordshire. Selain daripada
London, beberapa kawasan di Eropah telah berubah taraf menjadi megalopolis seperti di kawasan
tengah Belgium dan Ruhr di Jerman.
Kebanjiran penduduk akibat imigrasi dan kadar kelahiran yang tinggi di kawasan industri akhirnya
membawa kepada masalah persaingan untuk mendapatkan pekerjaan yang seterusnya meningkatkan
jumlah pengangguran. Kadar pengangguran yang tinggi akhirnya membawa kepada idea untuk
mengemigrasikan penduduk yang berlebihan ke luar Eropah terutamananya ke wilayah taklukan dan
naungan Britain. Percubaan pertama dilakukan pada awal kurun ke-19 apabila. Tiga orang yang
berpendirian radikal menyahut cabaran untuk mengetuai proses emigrasi ke luar dari Eropah iaitu ke
kawasan yang dinaungi British. Mereka ialah Edward Gibbon of Wakefield, Earl of Durham dan Charles
Buller. Di samping itu, para banduan yang membebankan kerajaan telah dihantar keluar negara
terutamanya Australia dan tindakan tersebut penting bagi mengatasi masalah pertambahan golongan
tersebut di Britain. Revolusi industri yang meletus di Eropah telah mempercepatkan proses pertumbuhan
penduduk di benua berkenaan. Kapasiti penduduk yang besar menjadi penjana kekuatan ekonomi dan
politik negara-negara yang terlibat dalam revolusi industri.
2.3 Perluasan perdagangan antarabangsa dan persaingan ekonomi
Penggunaan mesin dalam skala besar bagi sektor perkilangan di Britain telah mnyebabkan limpahan
kuantiti barangan industri. Hal ini menyebabkan Britain terpaksa menggunakan negara-negara koloni bagi
mencari pasaran antarabangsa yang lebih besar berdasarkan kemampuan pengeluaran sektor
industrinya. Produk berasakan kapas merupakan antara produk yang menjadi produk eksport utama
Britain pada pertengahan abad ke-18 dan awal abad ke-19. Revolusi perindustrian telah memberi
ransangan kepada Britain untuk bersikap lebih liberal dalam menjalankan urusan perdagangannya
terutamanya dalam melonggarkan duti kastam dalam sebarang urusan perdagangan antarabangsa.
Adam Smith merupakan individu yang bertanggungjawab dalam mempopularkan idea mengenai
librelisme ekonomi atau lebih dikenali sebagai laissez faire di dalam bukunya yang bertajuk The Wealth of
Nation. Salah satu tema yang terkandung dalam buku beliau ialah mengenai usaha mengekalkan
kekayaan negara pada tahap maksimum dengan menghapuskan perlindungan duti kastam. Idea ini
kemudiannya diangkat oleh William Huskinsson yang kemudiannya menjadi Presiden Lembaga
Perdagangan pada tahun 1823. Pelaksanaan sistem ini di kawasan koloni Britain telah melipatgandakan
kekayaan Britain. Selain negara-negara koloni, Britain juga menjalankan hubungan perdagangan yang
positif dengan negara-negara di Barat seperti Rusia terutamanya di zaman Catherine II.
Barangan kapas merupakan barangan yang mendapat perhatian khusus di Timur dengan kadar eksport
oleh Syarikat Hindia Timur mencatatkan angka yang cukup memberangsangkan. Kain kapas yang

dieksport ke Timur mencatatkan peningkatan daripada hanya satu juta ela pada tahun 1814 kepada 56
juta ela pada tahun 1832. Pertambahan penduduk dunia sehingga dua kali ganda telah membuka
peluang dagangan kepada Britain pada suku pertama abad ke-19 dengan mencatatkan keuntungan yang
menjangkau 20 kali ganda dari segi nilainya. Amalan dasar laissez faire memberi kelebihan kepada
Britain untuk mendahului negara-negara Eropah lain dari segi kekuatan perdagangan.
Perkembangan ekonomi Britain yang begitu pesat sehingga tahun 1850 bukanlah bermakna hanya
Britain yang berkeupayaan meraih input positif daripada revolusi industri yang melanda Eropah. Britain
mula mengalami kemerosotan dari segi penguasaan terhadap pengeluaran produk-produk industrinya
setelah berkembangnya revolusi industri ke seluruh Eropah. Perancis, Jerman dan Belgium muncul
sebagai pencabar ekonomi bagi Britain antara tahun 1850 hingga tahun 1870. Walaupun Britain kekal
sebagai negara pengeluar jongkong besi utama dunia tetapi perkembangannya adalah lebih perlahan
berbanding Perancis dan Jerman. Arang batu yang menjadi produk industri kedua Britain mula mendapat
saingan daripada Jerman. Pada tahun 1871, Britain mendominasi pengeluaran arang batu dengan jumlah
pengeluaran pada tahun tersebut mencecah 118 juta tan sedangkan Jerman hanya mampu
mengeluarkan 38 juta tan. Namun demikian, pada tahun 1910, Britain mula disaingi secara jelas oleh
Jerman dalam usaha pengeluaran arang batu apabila Jerman berupaya mengeluarkan 279 juta tan yang
hanya kurang sedikit sahaja berbanding Britain yang mengeluarkan 287 juta tan. Hal yang hampir sama
juga turut berlaku dalam pengeluaran keluli dengan Jerman mengatasi pengeluaran keluli Britain pada
tahun 1900 apabila Jerman berjaya mengeluarkan 7.3 juta tan keluli berbanding Britain yang hanya
mampu mengeluarkan 4.9 juta tan pada tahun berkenaan. Perkembangan ekonomi ini menjadi asas
penting kepada penguasaan ekonomi dunia oleh Barat.
2.4 Perubahan gaya hidup dan keadaan persekitaran masyarakat Eropah
Sebelum zaman revolusi, masyarakat Eropah merupakan masyarakat yang sangat terikat dengan tradisi
kekeluargaan yang kuat dan kebanyakkan mereka tinggal di kawasan luar bandar. Mereka hidup secara
ringkas dan seadanya dan tidak ada usaha untuk melakukan mobiliti sosial dan cara hidup mereka yang
mudah. Ibu bapa memainkan peranan yang cukup jelas dalam keluarga dan mereka juga mempunyai hak
mutlak dalam menentukan jodoh anak mereka. Setelah tercetusnya revolusi industri, keadaan tersebut
mula berubah dan golongan muda mula beremigrasi menuju ke kawasan yang giat dengan kegiatan
industri atau kawasan bandar. Ikatan kekeluargaan yang sebelum ini erat mula menjadi longgar. Keadaan
di kawasan bandar melahirkan gaya hidup yang sangat mencabar. Keadaan ini menyebabkan golongan
yang berada di bandar lebih berdikari dan cekal dalam menghadapi cabaran. Bakat dan kekayaan
menjadi kayu ukur kepada standard sosial seseorang manakala skala kehidupan feudal yang bergantung
kepada status keturunan untuk sampai ke satu tahap sosial sudah semakin lemah. Dalam pada itu,
kehidupan yang bebas di bandar mendedahkan penduduknya dengan pelbagai permasalahan sosial
yang kritikal seperti masalah pelacuran dan jenayah berat.

Pelacuran menjadi penyakit sosial di Eropah menjelang abad ke-19 dan di Vienna sahaja terdapat lebih
15,000 orang pelacur manakala di Perancis pula, pelacur memiliki lesen perniagaan dengan jumalah
pelacur menjangkau 50,000 orang pelacur; dan London 80,000 orang pelacur. Golongan wanita menjadi
golongan yang begitu rendah kedudukannya dalam carta sosial di zaman revolusi industri. Sebelum
revolusi industri isteri para pegadang boleh bergiat aktif dalam perniagaan tetapi setelah revolusi industri
mereka adalah ditegah daripada terlibat dengan sebarang aktiviti perniagaan dan mereka hanya perlu
bertanggungjawab terhadap rumah tangga, hamba-hamba, pendidikan anak-anak dan kehidupan sosial
keluarga. Golongan pelabur menjadi golongan penting dalam zaman revolusi industri kerana mereka
berperanan sebagai penjana ekonomi kerajaan. Golongan ini juga menjadi pendukung aktiviti
penjelajahan dan penerokaan ke Timur dengan menyediakan modal untuk tujuan ekonomi.
Proses perindustrian yang berlaku di Eropah telah menyumbang kepada masalah pencemaran dan
kesihatan. Penggunaan bahan bakar arang batu secara meluas telah mengakibatkan pencemaran udara
yang teruk di Britain. Kilang dan rumah pekerja berada di lokasi yang sama menyebabkan mereka
terdedah secara langsung dengan pencemaran udara dari kilang industri. Penduduk juga terpaksa
menggunakan sumber air yang tercemar akibat pengaliran terus sisa industri ke sungai atau punca air
penduduk menyebabkan pelbagai jenis penyakit menghinggapi golongan ini. Sampah-sarap tidak
dikendalikan dengan sewajarnya menyebabkan kawasan bandar menjadi kotor. Golongan miskin
menternak binatang seperti babi dan ayam manakala golongan berada memelihara kuda. Binatangbinatang tersebut dibiarkan berada di jalan dan hal ini memberi risiko penyakit kepada pejalan kaki yang
menggunakan jalan tersebut. Chadwick membuat laporan berkenaan keadaan sanitari dan kualiti
kesihatan penduduk miskin di bandar pada tahun 1842 dan menghasilkan satu kesimpulan yang
menjelaskan bahawa kadar kematian golongan miskin jauh lebih tinggi berbandin golongan kaya. Beliau
menyatakan bahawa kolera dan penyakit endemik yang lain berpunca daripada keadaan hidup yang tidak
bersih. Akta Kesihatan Awam 1875 merupakan sebuah akta yang digunakan untuk memperbaiki keadaan
yang tidak sihat ini.
2.5 Kemunculan golongan kelas baru
Revolusi Perindustrian di Eropah juga menyaksikan kemunculan golongan baru dalam hierarki
masyarakat Eropah. Sebelum Revolusi Perindustrian, masyarakat di Eropah terdiri daripada masyarkat
petani tradisional yang meliputi golongan bangsawan dan pemilik tanah, sekumpulan kecil pedagang dan
tukang, dan sekumpulan besar golongan petani. Golongan kelas pertengahan baru merupakan kelompok
penting dalam strata sosial di Eropah menjelang abad ke-18 dan kemunculan mereka adalah disebabkan
oleh perkembangan revolusi industri pada abad berkenaan. Golongan kelas pertengahan baru ini
termasuklah pemilik kilang, peniaga, ahli-ahli bank, peguam dan jurutera. Kewujudan mereka ini telah
membawa perubahan yang amat besar dalam sistem hierarki di Eropah. Mereka bukan sahaja
menyebabkan perubahan dalam masyarakat Eropah tetapi golongan ini juga banyak menyumbang
kepada pendapatan ekonomi negara-negara Eropah. Golongan pertengahan ini berkeinginan mencuba

idea baru dan bersedia menerima risiko dalam urusan perniagaan baru yang diceburi. Semangat dan
keberanian golongan pertengahan ini menjadi salah satu faktor yang menyebabkan bidang industri di
Eropah berkembang dengan pesat.
Menjelang abad ke-17 dan ke-18, kemunculan golongan pertengahan atau lebih dikenali sebagai
golongan borjuis telah mula mencabar kedudukan golongan aristokrat di Eropah. Golongan borjuis atau
menengah pada asalnya terdiri daripada kalangan orang bandar yang bergiat dalam berbagai-bagai
kegiatan ekonomi seperti perdagangan, perniagaan bank, pembuatan, guaman, kedoktoran dan
sebagainya. Lamakelamaan hasil daripada penglibatan dalam pelbagai bidang golongan ini
menyebabkan mereka dapat mengumpul kekayaan. Dari segi ekonomi golongan kelas pertengahan ini
mula menyaingi kekayaan golongan bangsawan di Eropah. Daripada kekayaan yang mereka perolehi
golongan ini telah membeli banyak tanah di kawasan luar bandar. Keadaan ini bukan sahaja memberi
saingan ekonomi kepada golongan aristokrat tetapi juga telah mula mencabar kedudukan golongan
aristokrat dari segi kuasa politik.
Pada peringkat awal, golongan pertengahan di Eropah tidak mempunyai kuasa dalam bidang politik,
tetapi apabila kegiatan perdangangan semakin berkembang, peranan golongan ini menjadi semakin
penting. Dasar merkantlisme yang diamalkan oleh kebanyakan negara Eropah selepas abad ke-16 juga
menyebabkan peranan dan pengaruh golongan ini semakin berkembang. Pada ketika itu raja-raja di
Eropah mula memberi kerjasama kepada golongan borjuis kerana melalui aktiviti yang dijalankan oleh
golongan

tersebut,

raja-raja

dapat

mengukuhkan

dan

memperkembangkan

ekonomi

negara.

Perkembangan ini agak ketara di England, tetapi di negara lain seperti Jerman dan Perancis kedudukan
golongan pertengahan masih lagi lemah pada abad ke-16. Di perancis walaupun pengaruh politik
golongan pertengahan masih lemah pada abad ke-16, tetapi dari segi ekonomi pengaruh golongan ini
semakin kuat.
Oleh kerana golongan pertengahan di Eropah semakin ramai dan mempunyai status ekonomi yang
setanding dengan golongan bangsawan pada ketika itu, golongan ini mula memperjuangkan
keperntingan politik mereka khususnya di England. Keadaan ekonomi yang didominasi oleh golongan
pertengahan menyebabkan mereka berpeluang untuk membabitkan diri dalam bidang politik di Eropah.
Hasilnya pada abad ke-18 di England golongan ini berjaya mendapatkan kuasa dalam politik. Pada abad
ke-18, Parlimen England mempunyai 61 orang ahli Parlimen yang terdiri daripada kelas menengah.
Dalam hal ini, golongan pertengahan telah berjaya memperjuangkan dan meluluskan akta-akta
perdangangan yang memihak kepada mereka. Antaranya termasuklah pemansuhan monopoli Syarikat
Hindia Timur Inggeris pada 1813, pemansuhan Akta Perantis pada 1814 serta akta yang mensyaratkan
penggunaan kulit binatang dalam pembuatan kasut pada tahun 1824.
Manakala di Perancis dan juga kebanyakan negara Eropah walaupun perkembangan pengaruh golongan
poltik agak lambat berbanding di Englad, namun menjelang abad ke-18 golongan pertengahan ini

akhirnya berjaya muncul sebagai satu kuasa politik yang menyaingi golongan aristokrat. Golongan
pertengahan ini juga mula berani mempersoalkan kedudukan dan kekuasaan raja dalam pemerintahan.
Pengaruh golongan pertengahan yang semakin kukuh ini juga didorong oleh sokongan para pekerja.
Pada zaman revolusi perindustrian terdapat beberapa orang penulis yang menyeru supaya golongan
pekerja memberi sokongan terhadap ahli politik golongan pertengahan. Salah seorang daripad penulis
yang menyeru pekerja supaya memberi sokongan terhadap golongan politik pertengahan adalah Karl
Marx.
Selain daripada kemunculan kelas pertengahan, Revolusi Perindustrian di Eropah juga telah melahirkan
golongan kelas pekerja kilang dan lombong yang dikenali sebagai proletariat. Golongan proletariat ini
terdiri daripada penganggur, pemintal dan penenun. Pada zaman Revolusi Perindustrian mesin yang
pada asalnya dikerjakan oleh golongan proletariat dengan menggunakan tenaga mereka tidak lagi
diperlukan. Sebaliknya mesin pada zaman Revolusi Perindustrian yang menggunakan kuasa wap telah
mengambil alih peranan sebahagian besar golongan ini. Oleh itu, golongan tersebut hanya mampu
menawarkan tenaga buruh. Akibatnya, menjelang penghujung abad ke-18 dan ke-19 golongan proletariat
tadi dibayar gaji yang amat rendah kerana mesin telah menggantikan kerja-kerja yang dijalankan oleh
golongan tersebut sebelum ini. Di Britain dan negara-negara Eropah yang lain walaupun golongan ini
berkerja lebih masa dari yang sepatutnya mereka tetap tidak dapat mengatasi masalah kemiskinan.
Keadaan ini menyebabkan golongan para pekerja ataupun golongan proletariat berada dalam kemiskinan
walaupun pada ketika itu Eropah berada pada zaman Revolusi Industri.

2.6 Pekerja dan keadaan kerja di kilang


Revolusi Perindustrian yang bermula di Britain juga telah menyebabkan perubahan pekerja dan keadaan
kerja di kilang-kilang di Eropah. Sebelum Revolusi Perindustrian di Eropah kebanyakan golongan
bawahan masyarakat Eropah berkerja sebagai petani dan mereka dikongkong oleh tuan tanah.
Menjelang Revolusi Perindustrian keadaan ini berubah kerana pada masa itu golongan bawahan yang
tertindas kebanyakan bukan berkerja sebagai petani tetapi mereka yang berkerja di kilang-kilang yang
pesat dibangunkan ketika itu. Pada kebiasaanya, seorang pekerja kilang berkerja selama 12 jam sehari
dan enam jam tiga puluh minit pada setiap hari minggu. Manakala upah yang dibayar kepada pekerjapekerja ini hanya mencukupi untuk mengisi perut. Keadaan ini membawa kesan yang buruk kepada
masyarakat bawahan di Eropah kerana mereka bukan sahaja tidak berpeluang untuk memperbaiki hidup
tetapi terus berada dalam keadaan terhimpit dan dibelenggu kemiskinan.
Pada zaman Revolusi Industri di Eropah juga, para buruh yang terlibat dalam pekerjaan di kilang-kilang
bukan hanya terdiri daripada golongan dewasa tetapi turut melibatkan kanak-kanak dan wanita. Keadaan

ini amat berbeza dengan situasi sebelum zaman Revolusi Perindustrian di Eropah. Ini kerana para
pengusaha kilang ketika itu lebih suka menggajikan pekerja wanita dan kanak-kanak kerana mereka
boleh diberi upah yang rendah. Akibatnya ahli keluarga golongan bawahan di Eropah pada ketika itu
terpaksa berkerja. Mereka terpaksa berkerja setiap hari dan berkerja dalam jangka masa yang panjang
bagi meneruskan hidup. Keadaan kilang dan lombong juga tercemar dan beberapa pekerja terpaksa
berkerja mngikut kelancaran mesin. Jika para pekerja ini berehat ataupun ke tandas mereka akan
dikenakan denda yang sangat tinggi. Revolusi Perindustrian ini memperlihatkan penindasan yang amat
teruk kepada golongan bawahan. Jika sebelumnya golongan bawahan ini ditindas oleh tuan tanah,
menjelang zaman Revolusi Perindustrian golongan ini banyak ditindas oleh pemilik-pemilik kilang dan
lombong yang hanya mementingkan untung.
Penindasan terhadap golongan bawahan pada ketika itu adalah amat teruk. Masa berkerja yang terlalu
lama dan masa rehat yang singkat menyebabkan kebanyakan pekerja, khususnya kanak-kanak berasa
amat letih dan ada yang terjatuh ke dalam mesin lalu terbunuh. Kanak-kanak yang menjadi buruh juga
berkerja dalam suasana yang gelap dan berbahaya di dalam lombong arang batu. Tempat tinggal yang
disediakan oleh pengusaha kilang kepada pekerja mereka juga adalah amat teruk. Pengusaha kilang
kebiasaanya membina sederet rumah yang tidak mempunyai bekalan air dan tandas serta mengenakan
sewa yang tinggi terhadap pekerja kilang. Kawasan penempatan tersebut juga adalah kotor, padat
dengan penduduk dan penuh dengan pelbagai penyakit seperti taun dan batuk kering. Oleh kerana ramai
pekerja yang berkerja lebih masa, lapar dan hidup dalam keadaan menderita ramai golongan ini yang
mati dalam usia yang muda.Separuh daripada bayi-bayi yang dilahirkan pada ketika itu juga meninggal
dunia sebelum berusia satu tahun.
Nasib golongan para pekerja kilang ini hanya terbela pada awal tahun 1790. Pada ketika itu kadar
penindasan terhadap golongan bawahan mula bekurangan dan pada 1802 Parlimen telah melarang dan
mengharamkan penindasan terhadap golongan bawahan. Pada ketika itu juga, mula muncul beberapa
majikan dan golongan sosial reformis yang memperjuangkan nasib para kanak-kanak dan buruh-buruh
yang ditindas oleh majikan mereka. Mereka mula mempersoalkan tentang nasib golongan yang tertindas
dan menuntut piawaian kemanusiaan diwujudkan.Dalam memperjuangkan nasib pekerja-pekerja kilang
golongan ini juga menggunakaan risalah-risalah kepada masyarkat umum di Eropah bagi menyedarkan
mereka tentang penindasan yang berlaku terhadap golongan bawahan. Di samping itu, golongan reformis
sosial juga mendesak Parlimen di Eropah agar dapat mewujudkan satu sistem perundangan yang
melindungi golongan tertindas khususnya kanak-kanak. Hasil daripada usaha golongan ini, akhirnya
mereka berjaya memperbaiki nasib golongan bawahan dan pekerja kilang yang ditindas oleh para
pengusaha kilang dan lombong.
Pencapaian terbesar golongan reformis adalah dengan terbentuknya akta kilang 1833. Akta ini telah
menetapkan masa berkerja kanak-kanak yang berusia 9 hingga 13 tahun adalah 8 jam sehari. Dalam
pada itu, golongan remaja yang sebelumnya bekerja 14 hingga 18 jam sehari telah dilonggarkan waktu

bekerjanya menjadi 13 jam sehari. Peraturan tersebut juga melarang semua kilang-kilang mengambil
kanak-kanak yang berusia kurang daripada 9 tahun untuk berkerja. Kanak-kanak dalam lingkungan usia
ini akan didaftarkan di sekolah-sekolah rendah yang ditubuhkan oleh pengusaha-pengusaha kilang.
Akhirnya usaha perjuangan untuk membela nasib golongan pekerja kilang mula terbela dan secara
perahan-lahan penindasan terhadap golongan tersebut mula berkurangan.

2.7 Perkembangan idea ekonomi baru


Revolusi Perindustrian di Eropah turut menyebabkan berlakunya perkembangan idea ekonomi baru
dalam kalangan masyarakat Eropah. Perkembangan ekonomi yang berlaku dengan pesat akhirnya
menyebabkan wujud pelbagai bentuk idea ekonomi di Eropah. Pada zaman sebelum Revolusi
Perindustrian, khususnya pada abad ke-16 dan ke-17, ukuran kekayaan bergantung kepada jumlah emas
dan perak yang dimiliki oleh sesebuah negara. Namun pada abad ke-18 para pemikir ekonomi mula
menyedari kekayaan tidak lagi bergantung kepada jumlah emas dan perak, sebaliknya kekayaan pada
ketika itu bergantung kepada jumlah barangan dan perkhidmatan yang dapat disediakan.
Pada ketika itu juga kerajaan tidak dapat campur tangan dalam perdagangan dan industri, kerana pada
masa itu sektor ekonomi di Eropah bergantung kepada permintaan dan penawaran. Keadaan ini amat
berbeza dengan era sebelum zaman Revolusi Perindustrian. Sebelum zaman Revolusi Perindustrian dan
kemunculan golongan pertengahan, kerajaan atau pemerintah memegang kuasa kepada sektor ekonomi
yang dijalankan oleh rakyat. Namun pada era Zaman Revolusi Perindustrian telah muncul idea pemikiran
ekonomi liberalisme atau idea ekonomi klasik yang dipelopori oleh Adam Smith melalui bukunya The
Wealth of Nation yang diterbitkan pada tahun 1776. Dalam hal ini Adam Smith telah mengkritik sistem
ekonomi Merkantilisme yang diamalkan di Eropah. Menurut Adam Smith koloni hanya akan berkembang
pesat jika diberi kebebasan untuk menjalankan aktviti mengikut pilihan sendiri. Tindakan mengawal koloni
secara politik hanya akan membebankan negara induk dari segi kewangan. Bagi Adam Smith campur
tangan kerajaan koloni perniagaan hanya akan membantutkan koloni perniagaan daripada terus
berkembang.
Bagi Smith, perdagangan bebas menambahkan pendapatan dan mengurangkan kos pengeluaran serta
membolehkan modal mengalir ke sektor pengeluaran yang akan meningkatkan permintaan untuk tenaga
buruh. Idea ini menjadi realiti apabila lebihan barangan kapas Manchester dipasarkan ke India menjelang
abad ke-19. Sebelum produk kapas dipasarkan ke India, Manchester telah mewujudkan kuasa beli di

India dengan mengimport kapas mentah dari negara tersebut. Dengan cara ini wujud perdagangan bebas
yang memberi faedah kepada kedua-dua negara yang terlibat dalam perdagangan dan tidak menindas
seperti sistem Merkantlisme. Dalam hal ini Smith menyatakan penerokaan ke atas India merupakan
peristiwa penting dalam sejarah manusia.
Idea ekonomi perdagangan bebas ini telah mencapai banyak kejayaan dan menyumbang kepada
pertumbuhan ekonomi England. Kejayaan dasar dasar perdagangan bebas ini dapat diperhatikan di
England pada tahun-tahun 1820 dan 1830an apabila Parlimen England meluluskan beberapa akta yang
menghapuskan dasar-dasar ekonomi yang menyekat kebebasan. Antaranya termasuklah pemansuhan
monopoli perdagangan Syarikat Hindia Timur Inggeris dengan negara China, pengurangan senarai
barangan yang dikenakan duti import dan eksport, kelonggaran Undang-undang jagung (Corn Law) pada
tahun 1822 serta akta perkapalan yang dipinda ada tahun 1825. Penghapusan akta-akta tersebut telah
memberi peluang kepada idea ekonomi liberalisme berkembang, manakala sistem ekonomi Merkantlisme
yang pada asalnya diamalkan di Eropah sebelum era Revolusi Perindustrian semakin terhapus.
Perkembangan sistem ekonomi yang bebas ini bukan sahahja telah merancakkan aktiviti import dan
eksport di Eropah tetapi telah memperlihatkan perkembangan ekonomi negara Eropah.
Perkembangan ini akhirnya mendorong ramai pengusaha-pengusaha meluaskan perniagaan mereka ke
laur negara yang mempunyai ruang pasaran yang luas bagi memasarkan produk meraka khususnya
negara China dan India. Kepesatan Revolusi Perindustrian juga akhirnya menyebabkan negara-negara
Eropah khususnya England, Perancis, Jerman, Belanda, dan Rusia mula menjajah negara-negara lain
bagi memenuhi keperluan bahan mentah untuk sektor perindustrian di samping mendapatkan pasaran
bagi memasarkan produk-produk keluaran mereka. Penjajahan negara-negara Eropah ini berlaku melalui
penjajahan secara langsung iaitu dengan menggunakan ketenteraan dan secara tidak langsung iaitu
dengan menguasai ekonomi sesebuah negara. Perkembangan Revolusi Perindustrian di Eropah bukan
sahaja telah menyebabkan munculnya idea ekonomi yang liberal tetapi secara tidak langsung telah
membawa kepada penjajahan Eropah ke atas negara-negara lain.
2.8 Perubahan dalam pemikiran politik
Akibat daripada kemunculan beberapa golongan baru iaitu golongan pertengahan atau borjuis dan
golongan pekerja atau proletariat pada zaman industri maka pemikiran politik masyarakat Eropah menjadi
lebih terbuka yang akhirnya mencambahkan idea-idea politik yang baru. Golongan pertama atau kelas
pertengahan merupakan golongan yang sentiasa menambahkan kekayaan dan kekuasaan. Manakala
golongan pekerja atau proletariat adalah tidak terurus dan berada dalam kemiskinan. Akibat kemiskinan
dalam kalangan golongan pekerja mula terdapat golongan yang mempercayai bahawa golongan kaya
mengeksploit golongan miskin dan golongan ini merupakan golongan yang memiliki sebahagian besar
daripada sumber kekayaan dalam masyarakat. Golongan ini telah mendesak kerajaan di Eropah supaya
campur tangan dalam perdagangan dan industri bagi membendung penindasan yang berlaku terhadap

golongan proletariat dan seterusnya melahirkan masyarakat yang adil. Perjuangan golongan ini akhirnya
membawa kepada kemunculan fahaman sosialisme.
Fahaman sosialis ini berpendapat persamaan dari segi sivil dan politik tidak bermakna tanpa persamaan
dalam bidang ekonomi. Pada peringkat awal terdapat penganut sosialisme ini terbahagi kepada dua.
Perbezaan kedua-dua penganut ini bukanlah dari segi matlamat akhir tetapi berbeza dari segi teknik bagi
mencapai matlamat. Kumpulan pertama lebih mementingkan cara damai bagi mencapai matlamat
mereka. Golongan ini menetang pemusatan kuasa di dalam pemerintahan dan menaruh kepercayaan
kuat kepada manusia untuk menguruskan kemasyarakatan. Golongan ini juga percaya bahawa revolusi
industri boleh membawa kepada zaman kemakmuran. Berpandukan keyakinan ini, maka mereka
mengagungkan pekerjaan dan pekerja, serta memandang rendah terhadap golongan yang menyara
hidup tanpa berkerja dengan tulang empat kerat. Kumpulan ini diwakili oleh pemikir seperti Saint Simon,
Cabet dan Fourier.
Kumpulan kedua merupakan kumpulan yang menggunakan rampasan kuasa sebagai suatu taktik politik
yang sah bagi mempraktikkan kepercayaan mereka. Golongan ini juga menyokong campur tangan
kerajaan dalam urusan ekonomi bagi menjamin hak dan keselesaan hidup kaum pekerja yang selama ini
ditindas oleh pengusaha kilang dan lombong. Para pemimpin utama kumpulan ini terdiri daripada Babeuf
(1760-1797), Bounarotti (1761-1837), Louis Augute Blanqui (1805-1881) dan Louis Blanc (1811-1822).
Golongan ini merupakan golongan yang betul-betul berazam untuk mengubah peraturan sosioekonomi
dan politik di Eropah pada masa revolusi-revolusi 1848.
Lanjutan daripada tradisi sosialis akhirnya membawa kepada kemunculan fahaman Marxisme atau
Komunis. Marx adalah ahli sosialis pertama yang menerangkan politik dan sejarah dalam konteks
ekonomi. Menurut Marx semua masyarkat manusia melalui tahap yang sama dalam perkembangan
sejarah. Setiap tahap tersebut ditandakan oleh perubahan dalam kaedah pengeluaran dan pergelutan
antara kelas masyarakat iaitu antara pemerintah dan yang diperintah. Idea utama yang didukung oleh
Marx ialah teori materialisme. Teori tersebut menyatakan keadaan ekonomi sesebuah masyarakat akan
menentukan bentuk institusi yang terbaik, negara, undang-undang, dan agama dalam masyarakat. Oleh
itu, sebarang perubahan dalam bidang ekonomi akan turut mempengaruhi sesuatu institusi. Dalam hal ini
perjuangan kelas untuk mengawal punca-punca pengeluaran akan membawa masyarakat kepada
kedudukan yang lebih tinggi dan keadaan ini akan menyebabkan berlakunya revolusi.
Selain itu, Marx turut menyatakan bahawa pertentangan antara kelas masyarakat adalah sesuatu yang
tidak dapat dielakkan dalam golongan pertengahan kerana golongan tersebut sentiasa memburu
keuntungan. Bagi mendapatkan keuntungan golongan pertengahan akan menindas golongan proletariat.
Manakala puak proletariat pula akan bersatu untuk mempertahakan diri dan kemudianya akan mampu
membentuk sebuah masyarakat tanpa kelas ataupun masyarakat komunis. Kemunculan fahaman baru
dalam pemikiran politik ini telah menyebabkan berlaku berlaku pertelingkahan antara masyarakat Eropah.

Keadaan ini berpunca daripada fahaman antara beberapa pihak yang cuba untuk memperbaiki beberapa
golongan khususnya golongan pekerja di Eropah. Dalam hal ini, Revolusi Perindustrian yang berlaku di
Eropah bukan sahaja membawa impak yang menyebabkan perubahan dalam pemikiran politik di Eropah
tetapi turut membawa kepada perjuangan golongan pekerja dalam politik untuk memperbaiki kehidupan
mereka.

Anda mungkin juga menyukai