Anda di halaman 1dari 24

Aktiviti Penyerapan

Pemulihan Membaca dan


Menulis dalam Mata
Pelajaran Pendidikan Jasmani
dan Kesihatan
- Aktiviti bermain

dengan
huruf dan
perkataan
secara lokomotor
dan
bukan lokomotor.
MALARVILEE A/P ELAMKHOVAN

KALAIWANI A/P ARUMUGAM


NANTHINEE A/P SUBRAMANIAM
KAILAIESWARY A/P SIVAPRAGASAM

Pendahuluan

Pendidikan Jasmani merupakan suatu


proses yang bertujuan meningkatkan
prestasi manusia melalui aktiviti fizikal
yang berkait rapat dengan:
- pemilikan dan penghalusan
kemahiran-kemahiran motor.

- Pembangunan dan pemeliharaan


kecergasan untuk kesihatan
optimum
dan keadaan baik.
- Memperoleh pengetahuan, dan
pembangunan sikap-sikap positif
terhadap aktiviti fizikal.

konsep
Penyerapan mata pelajaran pendidikan
Jasmani dan Kesihatan dalam Literasi
Bahasa Melayu adalah proses asas
pembelajaran kemahiran menulis dan
membaca melalui aktiviti fizikal yang
diperkukuhkan dengan pengalaman murid
Dengan tujuan memberikan maklumat,
mengubah sikap dan mempengaruhi
tingkah laku.

Kepentingan kepada muridmurid


Membangunkan tahap kecergasan.
Membantu kemahiran asas, kreatif, sukan dan
gimnastik sambil mempelajari literasi bahasa.
Memberikan kefahaman tentang keselamatan
diri dan orang lain, peralatan dan tempat
aktiviti.
Memberikan pendedahan mengenai
kepentingan gaya hidup sihat

Tokoh-tokoh
berpendapat
bahawa :

Jenny (1961) dan Williams (1964)


Berpendapat bahawa Pendidikan
Jasmani memberi pendidikan melalui
aktiviti fizikal dan matlamatnya
mempengaruhi semua perkembangan
fizikal termasuk perkembangan
mental dan sosial.

Lumpkin(1990)berpendapat Pendidikan
Jasmani merupakan suatu proses yang
membolehkan individu mempelajari
kemahiran-kemahiran fizikal, mental dan
sosial serta tahap kecergasan yang tinggi.
Freeman (1997,1992) pula menegaskan
bahasa Pendidikan Jasmani meliputi
pembangunan fizikal dan mental dan
menumpu pada tiga domain pendidikan, iaitu
psikomotor,kognitif dan afektif.

Manakala, Pendidikan Kesihatan


merupakan suatu proses membekalkan
atau menggunakan pengalaman bagi
mempengaruhi secara mendalam
kefahaman, sikap dan amalan
berhubung dengan kesihatan individu,
keluarga dan komuniti.

Pendidikan Kesihatan juga bertujuan


untuk membantu murid menjadi
cergas melalui pembelajaran aktiviti
fizikal dan amalan kecergasan.

Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani


dan Kesihatan menjadi rutin yang
digemari oleh sebahagian besar
murid-murid.
Justeru, aktiviti penyerapan
pemulihan membaca dan menulis boleh
diterapkan melalui mata pelajaran ini.

Aktiviti Bermain Dengan Huruf


dan perkataan
a) Secara lokomotor
b) Bukan lokomotor

Berdasarkan prinsip dari


mudah kepada pergerakan
yang lebih mencabar,
Aktiviti bukan lokomotor perlu
dijalankan sebelum aktiviti
lokomotor.

Contoh Aktiviti Bukan Lokomotor

Aktiviti 1 : Bergerak membentuk


huruf dan perkataan.

Murid-murid berdiri setempat.

Murid dibahagi kepada dua kumpulan.


Murid kumpulan A membentuk hurufhuruf dengan menggunakan anggota
badan mereka seperti kepala, tangan dan
kaki.

Murid kumpulan B meneka huruf-huruf


yang dibuat oleh murid kumpulan A.
Murid yang meneka betul berpeluang
mengambil kad huruf tersebut dan
menyusunnya di tempat yang ditentukan
hingga menjadi suku kata dan perkataan.

Contoh Aktiviti Lokomotor

Aktiviti 1 : Permainan Tingting


Bina gelanggang menggunakan kapur tulis
di atas simen rata (seperti rajah 1).
Setiap petak 1 6 diletakkan kotak
berisi kad-kad suku kata.
Permainan bermula dengan peserta
berdiri di garisan permulaan dengan
membelakangkan gelanggang permainan.

Murid membaling pundi kacang ke belakang


melintasi atas kepala.
Sekiranya pundi kacang itu jatuh di petak
nombor 3, murid akan membuat lompatan
statik melalui kotak 1,2 dan kotak 3, murid
mengambil 4 kad secara rawak dan
berjalan sebelah kaki (ting-ting) melalui
kotak 4, 5 dan 6 .

Ahli kumpulan akan membina perkataan


dan menulisnya di dalam kad yang
disediakan.
Pasukan yang membina perkataan yang
paling banyak dikira menang..

AKTIVITI : permainan
membentuk huruf
Beberapa orang pelajar dipanggil ke
hadapan kelas.
Pelajar berkenaan di kehendaki membentuk
huruf-huruf yang telah di tetapkan dengan
menggunakan anggota badan.
Jika huruf yang ingin dibentuk memerlukan
dua orang pelajar, pelajar dibenarkan untuk
meminta bantuan rakan untuk membentuk
huruf tersebut.

AKTIVITI : permainan
membentuk
perkataan
Pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan.
Beberapa orang pelajar dari setiap kumpulan
ditugaskan untuk membentuk perkataan-perkataan
yang telah dibekalkan oleh pembentang.
Ahli kumpulan yang selebihnya perlu meneka
perkataan yang dibentuk oleh ahli kumpulan mereka.
Masa dimulakan apabila perkataan pertama dibentuk.
Masa diberhentukan apabila kesemua perkataan yang
dibekalkan dapat dijawan oleh ahli kumpulan yang
meneka.

Sekian,
Terima Kasih !

Aktiviti Bukan Lokomotor


Aktiviti yang melibatkan
anggota badan yang dilakukan
setempat (bergerak tanpa
beredar).

Aktiviti Lokomotor
Aktiviti yang melibatkan
pergerakan anggota badan
yang memerlukan murid-murid
beredar (bergerak dan
beredar).

Gelanggang Permainan
4

Garisan mula

Anda mungkin juga menyukai