Anda di halaman 1dari 7

Kaedah Pelaksanaan Aktiviti Kembara

1.0 PENGENALAN

Aktiviti kembara hutan adalah sebuah aktiviti yang dijalankan di persekitaran terbuka di
dalam hutan. Aktiviti kembara hutan melibatkan kawasan hutan yang mana pengembara
dapat merasai akan keindahan alam sekitar dan merasai kecintaan terhadap alam
sekeliling. Aktiviti kembara hutan dapat melatih pengembara berdikari, kerjasama antara
kumpulan, berkeyakinan diri serta tabah mengharungi cabaran dan dugaan. Kehidupan
dalam hutan yang serba kekurangan adalah tidak sama dengan kehidupan di luar hutan.
Oleh itu, langkah-langkah pencegahan perlu diambil oleh pengendali aktiviti bagi
mengelakkan sebarang kejadian dan juga perkara yang tidak diingini.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Mengenalpasti langkah-langkah persediaan, keselamatan, dan mengaplikasikan


kemahiran mengembara.

2.2 Menguji ketahanan mental dan fizikal serta keyakinan diri.

2.3 Menghayati dan menikmati keindahan alam semulajadi.

2.4 Menguasai kemahiran mengembara berdasarkan aktiviti yang diberikan.

3.0 SEBELUM AKTIVITI

3.1 Jurulatih

3.1.1 Mengenal pasti tempat atau lokasi aktiviti berkenaan.

3.1.2 Mengenal pasti keadaan cuaca dan musim.

3.1.3 Berhubung dengan penduduk tempatan untuk mendapatkan maklumat aktiviti.

3.1.4 Bertanggungjawab dan mempunyai pengetahuan menyeluruh tentang peserta,


agihan kumpulan dan aktiviti yang ingin dijalankan.

3.1.5 Sijil kelayakan mengajar dari mana-mana badan persatuan kebangsaan yang
diiktiraf.

3.1.6 Kemahiran yang setara dan berpengalaman luas dalam aktiviti navigasi
kembara hutan.

3.1.7 Berpengetahuan asas tentang lokasi atau gunung yang hendak didaki tersebut.
3.1.8 Mengenal pasti bahaya yang wujud di tapak aktiviti dan sekeliling kawasan
serta

kemudiannya ditandakan di peta. Kawasan yang mempunyai potensi bahaya

hendaklah dielakkan apabila merancang aktiviti.

3.1.9 Mengingatkan peserta untuk memberi perhatian kepada keselamatan mereka

sendiri serta rakan sepasukan mereka

3.1.10 Ramalan cuaca perlu diketahui sebelum memulakan aktiviti. Pengumuman

harus dibuat untuk segera membatalkan aktiviti jika amaran ribut petir atau hujan
lebat

dikeluarkan.

3.1.11 Membawa bersama peralatan yang diperlukan seperti peti pertolongan


cemas,

parang, tali dan lain-lain

3.2 Peserta

3.2.1 Diberi latihan yang sesuai sebelum memulakan aktiviti kembara hutan.

3.2.2 Bersedia untuk dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil (4-6 orang).

3.2.3 Menggunakan ‘buddy system’ bagi memastikan keselamatan setiap ahli.

3.2.4 Memakai pakaian yang selesa, kasut yang sesuai dan tidak terlampau besar
serta tidak menyukarkan pergerakan serta bersesuaian mengikut cuaca. (memakai
baju lengan panjang dan seluar untuk membantu mencegah gigitan nyamuk atau
serangga dan mengurangkan risiko calar dan lebam. Kasut bersesuaian dengan
cengkaman yang baik pada cerun dan permukaan licin harus dipakai. Pakaian
tambahan untuk memberi perlindungan yang mencukupi terhadap cuaca sejuk dan
hujan)

3.2.5 Barang kemas, cincin dan jam tidak dibenarkan semasa aktiviti dilakukan.

3.2.6 Memakai strap jika bercermin mata.

3.2.7 Krim perlindungan matahari.


3.2.8 Menyediakan air minuman yang mencukupi, Menyediakan kelengkapan
makanan mengikut keperluan aktiviti.

3.3 Peralatan

3.3.1 Alat kelengkapan seperti kompas, pisau/parang, tali statik, tali dinamik,
khemah, mancis/pemetik api dan sebagainya hendaklah dalam keadaan baik dan
boleh digunakan.

3.3.2 Kadar bilangan peralatan dan peserta hendaklah mengikut kadar yang
ditetapkan. (membuat pemeriksaan 5 hari sebelum digunakan)

3.4 Taklimat

3.4.1 Corak aktiviti

3.4.2 Pakaian

3.4.3 Makanan dan minuman

3.4.4 Waktu solat

3.4.5 Langkah-langkah keselamatan

4.0 SEMASA AKTIVITI

4.1 Aktiviti yang dicadangkan

4.1.1 Kembara Gua Kelam


Tugasan yang perlu diselesaikan sepanjang aktiviti kembara.
Contohnya, ekspedisi meneroka Gua Kelam dengan menghayati
keindahan dan keunikan gua. Peserta diminta mencari maklumat yang
diterokai dalam Gua Kelam bagi pembentangan kumpulan.
4.1.2 Mendaki Gunung Perlis
Peserta memulakan aktiviti mendaki Gunung Perlis melalui trek yang
disediakan. Tugasan yang perlu diselesaikan sepanjang aktiviti kembara
adalah mencari lima jenis daun yang boleh dijadikan ubat. Selain itu,
peserta juga diminta mencari lima jenis daun yang boleh dimakan.
Akhirnya, peserta diminta mencari ranting-ranting kering untuk aktiviti
memasak.
4.1.3 Masakan Rimba
Peserta dibahagikan kepada lima kumpulan dan setiap kumpulan
diberikan menu yang bertemakan rimba dan bahan yang berbeza untuk
memasak. Setiap kumpulan perlu memasak 3 jenis masakan seperti Roti
lilit, Ubi kentang dan Sardin.

4.2 Pengenalan Kompas

4.2.1 Sejarah Kompas

Kompas adalah alat penunjuk arah mata angin. Alat ini menggunakan medan
magnet bumi untuk menentukan arah utara, selatan, timur dan barat. Dalam bidang
maritim, kompas memberikan manfaat dalam menentukan arah untuk menempuh
perjalanan jauh secara aman dan efisien dibanding berpegangan terhadap posisi
bintang. Kompas magnetik pertama kali ditemukan dan digunakan sebagai alat untuk
meramal pada tahun 200 SM atau awal Dinasti Han Tiongkok. Kemudian teknologi
magnetik ini diadopsi oleh Dinasti Song pada abad ke-11. Sedangkan, orang-orang
Eropa tercatat mulai menggunakan kompas berawal di daerah Eropa Barat dan
Persia pada awal abad ke-13. Penemuan jarum magnetik yang selalu mengarah ke
utara dan selatan juga dijelaskan pada buku Loven Heng. Pada abad ke-9, orang
Tiongkok mengembangkan kompas menjadi dua jenis, yaitu jarum yang
mengambang dan jarum yang berputar.

4.2.2 Kegunaan Kompas

Fungsi dan manfaat utama dari kompas adalah untuk menentukan arah mata
angin, terutama arah utara dan selatan yang menjadi tempat medan magnetis bumi.
Selain itu, kompas juga berguna untuk mengukur besar sudut kompas, mengukur
besar sudut peta, menentukan letak orientasi, mempermudah perhitungan dan
pembacaan peta.

4.2.3 Jenis Kompas

Terdapat dua jenis kompas iaitu kompas analog dan kompas digital.
Rajah 1: Kompas Analog

Kompas analog adalah kompas yang umum digunakan dalam kehidupan


sehari-hari, termasuk oleh para anggota pramuka. Penggunaan kompas analog
secara manual, yaitu dengan menyelaraskan jarus kompas yang terdapat di
dalamnya.

Rajah 2: Kompas Digital

Kompas digital adalah kompas yang bekerja secara digital. Jenis ini biasanya
disertakan sebagai sistem navigasi dalam dunia robotika atau dalam gadget-
gadgetelektronik.

4.2.4 Langkah menggunakan kompas

Ambil dan siapkan kompas anda. Tempatkan secara mendatar datar kompas
pada telapak tangan anda, dan letakkan telapak tangan di depan dada anda.
Arahkan titik arah panah perjalanan ke arah yang anda ingin ambil. Putar rumah
kompas sampai panah orientasi (di perumahan kompas) sebaris dengan ujung utara
dari jarum kompas. Baca dari dasar yang ditandai di tepi perumahan kompas dan
sejalan dengan arah panah perjalanan.

5.0 SELEPAS AKTIVITI


5.1 Memastikan semua peserta selamat tiba di tapak perkhemahan.

5.2 Penyenggelaraan alatan

5.2.1 Pastikan bilangan alatan mencukupi.

5.2.2 Membersih dan menyimpan alatan yang digunakan dengan sempurna.

5.2.3 Melapor alatan rosak atau hilang untuk tindakan selanjutnya.

5.3 Sesi refleksi

5.3.1 Soal jawab kelemahan dan kekurangan.

5.3.2 Menerangkan rasional aktiviti yang dijalankan.

5.4 Bacaan doa

6.0 ETIKA AKTIVITI

6.1 Peserta perlu sentiasa berada bersama pasangan ataupun dalam kumpulan
pendakian masing-masing bagi memastikan tidak terpisah dan risiko sesat.

6.2 Peserta perlulah sentiasa berhati-hati dan berwaspada dengan sebarang bahaya
dan risiko sepanjang denai dan di tapak perkhemahan, ini termasuklah kejadian
pokok tumbang ataupun kepala air (bagi yang berkhemah berdekatan dengan
sungai).

6.3 Peserta perlulah memeriksa keselamatan antara satu sama lain termasuklah
peralatan yang digunakan untuk aktiviti yang lebih khusus.

6.4 Tidak merosakkan flora dan fauna (menanda/menakik) yang terdapat di lokasi
aktiviti.

6.5 Memastikan Peserta tidak terkeluar/melebihi had/sempadan aktiviti.

6.6 Tidak mengganggu habitat asal hidupan liar di kawasan aktiviti.

6.7 Tidak memberi makanan kepada hidupan liar di sekitar lokasi aktiviti.

6.8 Adalah digalakkan jumlah saiz kumpulan itu tidak boleh melebihi 15 orang, untuk
mengurangkan kesan alam sekitar.
Rujukan

Ahmad, Fazah. (2016). Pendidikan Abad ke 21: Peranan Bina Insan Guru (BIG) Dalam
Menyediakan Guru Beraras Tinggi. Malaysia: Universiti Sains Malaysia.
Husain, Zairi. (2018). Minat Dan Sikap Guru Pelatih Terhadap Alam Sekitar Melalui Aktiviti
Kembara Program Bina Insan Guru IPGM.
James, Ang. (2013). Pengurusan Aktivit Luar Sekolah: Panduan Pengurusan Aktiviti Di Luar
Sekolah . PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Kementerian Pendidikan Tinggi. (2018). Prosedur Operasi Standard Rekreasi Luar Pelajar.
Salleh, Norhiza. (2014). Pemupukan Kemahiran Insaniah Melalui Kursus Bina Insan Guru
dalam Kalangan Siswa Guru Institut Pendidikan Guru.

Anda mungkin juga menyukai