Anda di halaman 1dari 3

Integriti adalah suatu perkataan yang asing bagi sesetengah orang.

Jika
orang tidak faham maknanya maka sudah tentulah penghayatannya juga
tidak akan jelas. Integriti menurut Wikipedia (2007) adalah berasal dari
bahasa Latin iaitu ‘integritas’ dan ‘integra’ yang bermaksud keseluruhan,
lengkap atau satu. Integriti adalah keseimbangan perhubungan antara apa
yang seseorang itu fikirkan atau percaya dan ianya mempunyai nilai yang
baik dengan apa yang ia cakapkan kepada orang lain dan juga apa yang ia
lakukan. ntegriti dari kefahaman kita di Malaysia bermaksud suatu kualiti dan
ciri positif yang wujud secara keseluruhan pada individu dan organisasi. Ianya
berkait rapat dengan pembentukan dan pengukuhan etika yang baik. Kamus
Dewan menyatakan sebagai kejujuran, kesempurnaan dan utuh. Ianya
bermaksud peribadi yang utuh, suci, unggul tidak terjejas oleh sebarang
kecacatan pada bila-bila masa, tempat atau keadaan (Zahrah, 2007).
        Konsep integriti dalam perkhidmatan awam merangkumi sifat
menyeluruh seseorang atau sesebuah organisasi berdasarkan nilai-nilai
sejagat termasuk aspek akauntabiliti. Oleh itu nilai yang baik perlu menjadi
budaya kerja yang diamalkan oleh para pekerja khususnya penjawat awam.
Perlaksanaan amanah dan kuasa yang dipertanggungjawabkan mengikut
kepentingan umum. Antara yang ditekankan ialah integriti bagi mengurangkan
gejala rasuah, penyelewangan dan salahguna kuasa secara berkesan,
meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam
dan mengatasi karenah birokrasi. Organisasi perlu mempunyai matlamat
yang jelas dan realistik yang dikongsi bersama anggota organisasi. Prosedur
yang baik dapat melicinkan perlaksanaan tugas secara cekap, teratur dan
tepat, disamping kawalan kualiti, pemantauan, ganjaran dan penghukuman.
Etika dan integriti yang digariskan perlu dipatuhi kerana akhirnya seseorang
itu bertanggungjawab terhadap Tuhannya.
Di sekolah terdapat empat komponen penting yang mana keempat-empat
ini perlu ada integriti bagi memastikan sistem pendidikan berada dalam
keadaan baik. Pertama pengurusan dan pentadbiran sekolah yang
mempunyai integriti yang mementingkan nilai murni. Yang kedua ibu bapa
yang merupakan ‘role model’ terdekat yang sentiasa dirujuk oleh anak-anak
agar dapat dicontohi anak-anak. Yang ketiga ialah murid itu sendiri yang
keempat ialah komuniti sekolah. Berbeza dengan penjawat awam yang lain,

1
berlaku kerosakan jika tidak berintegriti melibatkan material yang dinilai dalam
wang ringgit tetapi jika seorang guru, jika tidak berintegriti dia akan
merosakkan generasi dan kerosakan itu lebih lama kerana generasi itu tidak
mendapat pengajaran yang berkualiti daripada guru. Jika tiada integriti guru
dalam bilik darjah kesannya lebih lama dan mengancam masa depan negara.
Antaranya generasi akan datang tidak dapat berfikir dan tidak boleh membuat
justifikasi terhadap tindakan selain tidak boleh merasionalkan maklumat
kerana perkara ini tidak dilatih di bilik darjah. Oleh itu guru perlu
memartabatkan profesion keguruan sama ada dari pihak pentadbir atau
kerajaan supaya integriti dan autoritinya sentiasa diyakini dan dipelihara. Oleh
itu seluruh warga pendidik perlu meletakkan nilai integriti dan tanggungjawab
sebagai tonggak utama dalam mendidik anak bangsa.
Pengurusan dan pentadbiran  perlu memainkan peranan utama kerana
semua aktiviti dan perlakuan pentadbir yang mencerminkan kebolehannya
mempengaruhi individu atau kumpulan ke arah mencapai objektif organisasi.
Kualiti kepimpinan yang berintegriti seperti jujur, berwawasan, kompeten dan
berupaya membangkitkan inspirasi merupakan kualiti kepimpinan terbaik
untuk mencapai kecemerlangan. Pembabitan Ibu bapa dalam gerakan
pemantapan akan menjamin kejayaan agenda menjadikan integriti sebagai
budaya masyarakat dalam jangka panjang. Ia selaras dengan hakikat bahawa
masyarakat Malaysia merupakan masyarakat berorientasikan keluarga dan
komuniti. Ibu bapa mempunyai tanggungjawab mendidik anak-anak supaya
dapat mengamalkan tingkah laku yang baik dalam kalangan ahli keluarga,
jiran-jiran, rakan sekolah dan sebagainya. Peranan ini seterusnya dapat
memantapkan institusi keluarga yang mencerminkan daya tahan institusi
keluarga dan kehidupan keluarga bahagia melalui pengurangan kadar konflik
keluarga, pengurangan kadar penderaan dan pengurangan kes pengabaian
warga tua sebagai petunjuk yang membawa kepada peningkatan kualiti hidup
dan kesejahteraan masyarakat.
Semua perkara-perkara yang dibincangkan di atas menggambarkan
betapa pentingnya integriti kepada individu, keluarga, organisasi dan
komuniti. Melalui pembudayaan etika dan integriti  yang harus dilalui sebagai
satu proses seumur hidup untuk meningkatkan Malaysia menjadi sebuah
negara maju dari segi perindustrian perpaduan nasional serta sosial.

2
3

Anda mungkin juga menyukai