Anda di halaman 1dari 18

BAB 4 : HASIL ANALISIS

DAN DAPATAN KAJIAN


Demografi
4.2.1 JANTINA
Jadual 4.2.1 menunjukkan analisis frekuensi dan peratusan
responden mengikut jantina di mana terdapat responden wanita
mempunyai angka lebih tinggi iaitu seramai 46 orang responden dengan
peratus sebanyak 54.1% berbanding daripada lelaki yang mempunyai
angka seramai 39 orang responden dengan peratus sebanyak 45.9%.
Perbezaan responden antara lelaki dan perempuan adalah sangat ketara
dengan jumlah sebanyak 7 orang.
 4.2.2 UMUR
Jadual 4.2.2 menunjukkan analisis frekuensi dan peratusan responden
mengikut umur yang dibahagikan kepada empat kelas lingkungan umur.
Hasil analisis seperti dalam jadual 4.2.2, mendapati bahawa bilangan
responden bagi lingkungan umur 25 hingga 30 adalah seramai 42 orang
dengan peratus sebanyak 49.4% diikuti dengan lingkungan umur 31 hingga
35 seramai 9 orang dengan peratus sebanyak 10.6%. Bilangan responden
daripada lingkungan umur 36 hingga 40 tahun adalah seramai 16 orang
dengan peratus sebanyak 18.8% manakala lingkungan umur 41 tahun ke
atas pula adalah seramai 18 orang dengan peratus sebanyak 21.2%. Secara
kesimpulannya, lingkungan umur yang mempunyai responden teramai dan
paling ketara adalah daripada lingkungan umur 25 hingga 30 tahun iaitu
seramai 42 orang dengan peratus sebanyak 49.4% diikuti lingkungan umur
41 tahun ke atas seramai 18 orang dengan peratus sebanyak 21.2%
manakala jumlah responden yang sedikit adalah daripada lingkungan umur
31 hingga 35 iaitu seramai 9 orang dengan peratus sebanyak 10.6%.
 4.2.3 PENGALAMAN MENGAJAR
 Jadual 4.2.3 menunjukkan hasil analisis frekuensi dan peratusan
responden mengikut pengalaman mengajar responden. Seramai 45
orang responden berpengalaman mengajar dalam lingkungan 1 hingga
5 tahun dengan peratus sebanyak 52.9%, 10 orang responden
berpengalaman mengajar dalam lingkungan 6 hingga 10 tahun dengan
peratus sebanyak 11.8%, 13 orang responden berpengalaman mengajar
dalam lingkungan 11 hingga 15 tahun dengan peratus sebanyak 15.3%
dan responden yang mempunyai pengalaman mengajar selama 16
tahun ke atas adalah seramai 17 orang dengan peratus sebanyak
20.0%. Secara kesimpulannya, pengalaman mengajar dalam lingkungan
1 hingga 5 tahun mempunyai jumlah responden yang teramai iaitu 45
orang dengan peratus sebanyak 45 orang diikuti dengan pengalaman
mengajar dalam lingkungan 16 tahun keatas seramai 13 orang dengan
peratus 15.3% manakala responden yang sedikit adalah daripada
lingkungan 6 hingga 10 tahun pengalaman mengajar iaitu seramai 10
orang dengan peratus sebanyak 11.9%.
 4.2.4 KELULUSAN AKADEMIK TERTINGGI
Jadual 4.2.4 menunjukkan analisis frekuensi dan peratusan
responden mengikut kelulusan akademik tertinggi. Seramai 10 orang
responden dengan peratus sebanyak 11.8% memperolehi kelulusan di
peringkat diploma, seramai 67 orang responden dengan peratus
sebanyak 78.8% memperolehi kelulusan di peringkat sarjana muda dan
seramai 8 orang responden dengan peratus sebanyak 9.4%
memperolehi kelulusan di peringkat sarjana. Secara kesimpulannya,
terdapat 67 orang responden yang merupakan angka terbanyak memiliki
kelulusan akademik tertinggi di peringkat sarjana muda diikuti 10 orang
responden mendapat kelulusan diploma dan seterusnya 8 orang
responden mendapat kelulusan sarjana.
4.2.5 BILANGAN JAWATAN PENTING DI SEKOLAH
Jadual 4.2.5 menunjukkan analisis frekuensi dan peratusan
mengikut bilangan jawatan penting di sekolah di mana seramai 38
orang responden menjawat dalam lingkungan 1 hingga 2 jawatan
dengan peratus sebanyak 44.7%, seramai 28 orang responden
menjawat lingkungan 3 hingga 4 jawatan dengan peratus sebanyak
32.9%, seramai 15 orang responden menjawat lingkungan 5 hingga 6
jawatan dengan peratus sebanyak 17.6% dan seramai 4 orang
menjawat 7 jawatan ke atas dengan peratus sebanyak 4.7%. Secara
kesimpulannya, lingkungan 1 hingga 2 bilangan jawatan mempunyai
responden teramai iaitu seramai 38 orang dengan peratus sebanyak
44.7% diikuti dengan lingkungan 3 hingga 4 jawatan seramai 28 orang
dengan peratus sebanyak 32.9%, manakala 7 jawatan ke atas
mempunyai responden paling sedikit iaitu seramai 4 orang dengan
peratus sebanyak 4.7%.
4.3 PENGGUNAAN DIGITAL TOOL DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PENDIDIKAN KESIHATAN DI SEKOLAH
RENDAH BAHAGIAN KUCHING DAN
SAMARAHAN
Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dijadikan sebagai
medium, pendekatan dan kaedah pengajaran dan pembelajaran oleh guru-
guru sekolah rendah pada masa kini selaras dengan transformasi pendidikan
bermula daripada KBSR sehingga KSSR terutamanya dalam mata pelajaran
Pendidikan Kesihatan. Pengintergrasian teknologi dalam proses pengajaran
dan pembelajaran memberikan satu pembaharuan kepada sistem pendidikan
bagi membantu guru mencapai tahap keberhasilan murid yang tinggi.
Pelbagai kajian dan penyelidikan telah dilakukan bagi meningkat serta
memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran dengan memanfaatkan
potensi teknologi yang ada pada zaman sekarang. Oleh itu, kajian ini
dilaksanakan bagi mengenal pasti penggunaan Digital Tool dalam pengajaran
dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan di sekolah rendah bahagian Kuching
dan Samarahan berdasarkan analisis data daripada instrumen soal selidik.
Analisis item soal selidik juga menggunakan skala
pemeringkatan min dari soalan B5 hingga C14 berdasarkan formula
(5-1/5) daripada Sekaran (2002) seperti dalam jadual 4.3.1 manakala
soalan B1 hingga B4 menggunakan pilihan jawapan secara nominal.
Skala pemeringkatan min digunakan bagi mengenalpasti dan
memberi interpretasi nilai min bagi setiap item di dalam soal selidik.
Interpretasi bagi setiap item adalah seperti yang dinyatakan di dalam
jadual 4.3.2.
4.4 APAKAH JENIS DIGITAL TOOL YANG
DOMINAN DIGUNAKAN OLEH GURU DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PENDIDIKAN KESIHATAN?
4.5 APAKAH TOPIK PENDIDIKAN
KESIHATAN PALING DOMINAN YANG
MENGGUNAKAN DIGITAL TOOL DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN?
APAKAH TAHAP PENGGUNAAN DIGITAL TOOL
DALAM KALANGAN GURU MATA PELAJARAN
PENDIDIKAN KESIHATAN?

Jadual 4.6.1 menunjukkan analisis tahap penggunaan Digital Tool dalam


kalangan guru mata pelajaran Pendidikan Kesihatan. Seramai 85 guru
Pendidikan Kesihatan telah menjawab soal selidik tahap penggunaan
Digital dengan nilai purata skor min sebanyak 3.37 dan sisihawan piawai
(SP = 1.06). Nilai min tertinggi bagi item di dalam soal selidik bahagian C
Penggunaan adalah 4.86 manakala nilai min terendah adalah .71.

Jadual 4.6.2 pula menunjukkan Skala Pengukuran Skor Min (Pallant, 2007)
yang digunakan untuk menginterpretasikan tahap penggunaan Digital Tool
dalam kalangan guru Pendidikan Kesihatan berdasarkan skor purata min.
Berdasarkan jadual 4.6.2, tahap penggunaan Digital Tool dalam kalangan
guru Pendidikan Kesihatan di sekolah rendah bahagian Kuching dan
Samarahan adalah pada tahap sederhana dengan nilai min sebanyak 3.37.
Rumusan

Anda mungkin juga menyukai