Anda di halaman 1dari 38

BAB 4

ANALISIS DATA

4.1

Pengenalan

Kajian ini merupakan satu rekabentuk kajian kuasi eksperimen (ujian Pra dan Pasca) mengenai hubungan keberkesanan pembelajaran koperatif bagi meningkatkan kemahiran membaca jawi di sebuah sekolah di negeri Kedah yang melibatkan 28 orang murid. Secara umumnya bab ini akan membincangkan dapatan kajian hasil daripada data yang diperolehi melalui kaedah borang soal selidik. Jawapan-jawapan daripada responden ini menyentuh tiga komponen soalan-soalan. Secara umumnya, bahagian A berkisar tentang latar belakang mengenai responden. Bahagian B pula, adalah data mengenai pengetahuan sampel mengenai kemahiran masing-masing terhadap mata pelajaran jawi. Bahagian C pula atau yang terakhir sekali adalah mengenai pandangan responden atau sampel terhadap kaedah koperatif yang telah dijalankan oleh pengkaji. Borang soal selidik tersebut diedarkan kepada semua murid tahun 4 Arif yang mana ke semuanya adalah berjumlah 28 orang murid. Analisis data dilakukan dengan komputer menggunakan perisian program Microsoft Office Excel 2007. Dua jenis statistik digunakan iaitu Statistik Deskriptif dan Statistik Infrensi.

Statistik deskriptif digunakan bagi memerihal sesuatu fenomena manakala statistik infrensi digunakan untuk mengetahui perkaitan variable antara satu sama lain.

4.2

Analisa Statistik Deskriptif

4.2.1

BAHAGIAN A : Profil Responden Profil responden sangat penting dalam sesebuah kajian untuk

memberi gambaran tentang individu yang terlibat sepanjang kajian ini. Bahagian ini menyatakan data-data mengenai latar belakang serta maklumat asas mengenai responden bagi kelas tahun 4 Arif. Data-data tersebut merangkumi aspek-aspek berikut: 1. 2. 3. 4. Jantina Responden. Umur Responden (pada tahun 2011). Tempat tinggal. Pekerjaan ibu bapa.

Jadual 4.1: Jantina Responden Jantina Lelaki Perempuan Jumlah Frekuensi 13 15 28 Peratus (%) 46 54 100

Dari segi jantina, kajian ini mendapati lebih ramai responden terdiri daripada murid perempuan iaitu seramai 15 orang dengan memiliki sebanyak 54 peratus daripada jumlah keseluruhan. 46 peratus pula adalah lelaki. Sekiranya dilihat secara rambang, jumlah ini sebenarnya agak seimbang. Jadual 4.2: Umur Responden Umur 8 tahun 9 tahun 10 tahun Jumlah Frekuensi 0 0 28 28 Peratus (%) 0 0 100 100

Secara tepatnya, responden kajian ini terdiri 100 peratus murid yang berumur 10 tahun. Ini menunjukkan bahawa tiada murid yang lewat menerima pendidikan yang sesuai dengan tahap umur mereka. Dalam erti kata lain, tiada murid yang ketinggalan ataupun tercicir.

Jadual 4.3: Tempat tinggal Responden Negeri Perak Kedah Pulau Pinang Lain-Lain Jumlah Frekuensi 1 26 1 0 28 Peratus (%) 3.6 92.8 3.6 0 100

Mengikut data-data yang diperolehi pengkaji melalui borang kaji selidik, sebanyak 92.8 peratus responden adalah berasal dari negeri Kedah, Perak 3.6 peratus dan Pulau Pinang iaitu 3.6 peratus. Untuk makluman, item penilaian lain-lain adalah mewakili negeri yang lain di semenanjung, Sabah dan Sarawak. Dari sini, kita dapat lihat bahawa murid ini secara keseluruhannya berasal dari negeri Kedah. Hal ini bukanlah sesuatu yang pelik kerana kedudukan institusi sekolah ini yang sememangnya berlokasi di negeri Kedah itu sendiri. Oleh itu ianya menjadi pilihan ibubapa mereka. Murid yang berasal luar negeri Kedah ini pula sebenarnya adalah murid yang berpindah sekolah kerana mengikuti perpindahan ibubapa mereka yang mana bertugas di negeri Kedah.

Jadual 4.4: Pekerjaan Ibu bapa Responden Pekerjaan Guru Petani Bekerja sendiri Lain-lain Jumlah Frekuensi 0 20 6 2 28 Peratus (%) 0 71.4 21.4 7.2 100

Secara keseluruhannya, pekerjaan ibu bapa responden kajian ini terdiri daripada petani yang mana mewakili 71.4 peratus berbanding pekerjaan yang lain. Pada rasional pengkaji, peratusan yang mempengaruhi jumlah murid ini adalah disebabkan oleh majoriti sosioekonomi di negeri Kedah yang mana terkenal dengan jolokan negeri Jelapang Padi.

4.2.2

BAHAGIAN B : Pengetahuan Kemahiran Jawi

Data ini diperolehi oleh pengkaji melalui borang kaji selidik yang menggunakan item yang mudah mengikut skala iaitu : 1 2 Ya Tidak

Hasil dapatan mengenai pengetahuan murid mengenai jawi boleh dilihat melalui paparan jadual 4.5 di bawah ini :

Jadual 4.5: Taburan pengetahuan murid mengenai jawi Bil 1 2 Perkara Adakah kamu pandai membaca jawi? Emak dan ayah saya ajar saya membaca jawi di rumah. 3 4 5 6 Saya tidak tahu membaca tulisan jawi. Saya tidak tahu menulis tulisan jawi. Saya keliru sebutan huruf-huruf jawi. Saya keliru tulisan huruf-huruf jawi. 9 9 9 9 32.1 32.1 32.1 32.1 19 19 19 19 67.9 67.9 67.9 67.9 Ya 20 10 (%) 71.4 35.7 Tidak 8 18 (%) 28.6 64.3

Merujuk pada dapatan taburan jadual 4.5 di atas, seramai 71.4 peratus responden menyatakan mereka pandai membaca jawi. Bagi pengajaran di rumah pula, hanya 35.7 peratus sahaja murid yang menerima pengajaran jawi di rumah manakala selebihnya tidak sedemikian. Pada penilaian pengkaji, taburan ini mungkin berkait rapat dengan faktor pekerjaan ibu bapa mereka serta pemikiran ibu bapa itu sendiri yang menyerahkan tanggungjawab sepenuhnya kepada pihak sekolah. Tidak mustahil, ibu bapa mereka sendiri yang turut mempunyai masalah dalam jawi. Jesteru, mereka tidak dapat memberikan bimbingan dan menyerahkan 100 peratus kepada pihak sekolah untuk memberi pengajaran jawi kepada anak mereka. Dalam penilaian lain, berkemungkinan juga ibu bapa murid ini sibuk dengan tugasan pekerjaan mereka sehinggakan sedikit terabai dalam memberikan bimbingan pengajaran jawi di rumah. Perkara sebegini seharusnya perlulah dielakkan kerana

murid-murid sememangnya memerlukan bimbingan pengajaran di rumah supaya mereka mendapat pendidikan secara berterusan. Dalam konteks lain pula, terdapat persamaan antara 4 perkara jadual 4.5 di atas iaitu murid yang tidak tahu membaca jawi, tidak tahu menulis jawi, murid yang keliru dengan sebutan huruf-huruf jawi dan murid yang yang keliru dengan tulisan huruf-huruf jawi yang mana masing-masing mencatatkan 32.1 peratus. Jadi, hasil daripada data peratusan tersebut, kita dapat melihat bahawa sejumlah daripada 28 orang murid 4 Arif ini mempunyai masalah dengan jawi.

4.2.3

BAHAGIAN C : Pandangan Terhadap Kaedah Koperatif

Data ini diperolehi oleh pengkaji melalui borang kaji selidik yang menggunakan item yang mudah sepertimana mengikut skala iaitu : 1 2 Ya Tidak

Hasil dapatan mengenai pandangan murid terhadap kaedah koperatif boleh dilihat melalui paparan jadual 4.6 di bawah ini :

Jadual 4.6: Taburan pandangan terhadap kaedah koperatif Bil. 1 Perkara Saya suka pembelajaran berkumpulan. Ya 27 (%) 96.4 Tidak (%) 1 3.6

2 3

Saya seronok pembelajaran berkumpulan. Saya rasa lebih pandai selepas pembelajaran berkumpulan.

27 27

96.4 96.4

1 1

3.6 3.6

Saya harap pembelajaran berkumpulan dapat diteruskan.

28

100

Saya lebih faham isi pelajaran melalui kerja kumpulan.

26

92.9

7.1

6 7 8

Ahli kumpulan saya tidak memberi kerjasama. Ahli kumpulan saya bising. Saya suka membantu kawan dalam kumpulan saya.

10 15 28

35.7 53.6 100

18 13 0

64.3 46.4 0

Kawan saya tidak menolong saya sewaktu aktiviti kumpulan.

10.7

25

89.3

Daripada hasil dapatan soal selidik di atas, sejumlah 96.4 peratus murid menyukai pembelajaran berkumpulan, berasa seronok pembelajaran berkumpulan, dan berasa lebih pandai atau mahir selepas pembelajaran berkumpulan. Ini memberi respon kepada kita bahawa p&p secara kopertif amat positif dalam minat mereka dalam pembelajaran mata pelajaran jawi. Malah, 100 peratus murid menyokong agar pembelajaran berkumpulan dalam mata pelajaran jawi dapat diteruskan pada masa akan datang. Hal ini kerana 92.9 peratus daripada mereka berasa lebih faham isi pelajaran melalui kerja kumpulan. Mereka dapat saling membantu antara satu sama lain.

Namun begitu, terdapat juga masalah dalam aktiviti berkumpulan ini. Misalnya, mengenai ahli kumpulan tidak memberi kerjasama mencatatkan peratusan sebanyak 35.7 peratus. Manakala peratusan bagi soalan ahli kumpulan bising mencatatkan peratusan sebanyak 53.6 peratus. Bagi penilaian pengkaji, masalah ini tidak dapat dielakkan namun begitu ianya boleh dikurangkan dengan pengendalian kelas yang berkesan ke atas mereka semasa aktiviti kumpulan berjalan. Dari segi sikap menolong dalam aktiviti kumpulan, hanyalah terdapat 10.7 peratus ahli kumpulan tidak membantu namun sebahagian besarnya iaitu 89.3 peratus, ahli kumpulan sebenarnya mempunyai sikap menolong antara satu sama lain sewaktu aktiviti kumpulan berjalan. Berdasarkan penelitian pengkaji bagi dapatan maklumat daripada soal selidik yang diberikan kepada responden sepertimana yang dapat dilihat di atas, secara keseluruhannya, menunjukkan bahawa kesemua pelajar bersependapat bahawa p&p secara koperatif atau berkumpulan adalah banyak membantu mereka menjadi lebih positif dalam pembelajaran mata pelajaran jawi.

4.3

Analisa Statistik Inferensi

4.3.1 (A)

Analisis Data Berdasarkan Soalan Kajian Soalan Kajian Pertama Apakah tahap pencapaian ujian pra pelajar sebelum pendekatan kaedah pembelajaran koperatif dilaksanakan ?

Jadual 4.7: Pencapaian Ujian Pra Gred A B C D Jumlah Frekuensi 11 13 4 0 28 Peratus (%) 39 47 14 0 100

Rajah 4.1 : Peratusan Ujian Pra


Series1, C, 4, 14% A B C PERATUSAN UJIAN PRA Series1, D, 0, D 0% Series1, A, 11, 39% Series1, B, 13, 47%

Maklumat awal yang diperolehi daripada ujian pra yang dijalankan ke atas kumpulan eksperimen sepertimana yang dapat dilihat pada Jadual 4.7 dan Rajah 4.1 menunjukkan terdapat 4 orang pelajar atau 14% daripada kumpulan eksperimen memperolehi markah gred C. Ini jelas menunjukkan bahawa pelajar-pelajar Tahun 4 Arif ini masih lagi tidak dapat menguasai kemahiran mata pelajaran jawi khususnya membaca jawi. Keputusan yang diperolehi ini menyebabkan pengkaji cukup berminat untuk melaksanakan

10

pendekatan yang dipilih bagi melihat pencapaian prestasi pelajar selepas tindakan dilaksanakan dan ujian yang akan dijalankan seterusnya.

(B)

Soalan Kajian Kedua Adakah pendekatan kaedah pembelajaran koperatif dapat

meningkatkan prestasi pelajar berbanding sebelum melaksanakan pendekatan tersebut ? Hipotesis nol : Tiada perbezaan terhadap pencapaian prestasi pelajar dengan pelaksanaan koperatif. Hipotesis alternatif : Terdapat perbezaan terhadap prestasi pelajar dengan pencapaian pelaksanaan pembelajaran

pembelajaran koperatif.

(C)

Soalan Kajian Ketiga Adakah pembelajaran koperatif berjaya mengukuhkan kemahiran membaca jawi terhadap pelajar?

Maklumat yang diperolehi dalam ujian pra dan ujian pasca kumpulan eksperimen menjelaskan tentang hubungan ini. Berdasarkan kepada analisis yang dilakukan oleh pengkaji jelas menunjukkan bahawa peningkatan prestasi kumpulan eksperimen yang mendapat pendedahan pembelajaran secara koperatif jauh lebih baik berbanding prestasi murid setelah mengikuti

11

kaedah pembelajaran konviosional atau lebih dikenali pembelajaran tradisional atau biasa. Hal ini dapat dilihat daripada keputusan ujian pasca kumpulan eksperimen meningkat dari 11 orang kepada 12 orang yang mendapat markah gred A dan 14 orang kepada 16 orang yang mendapat markah gred B. Situasi ini dapat dilihat pada Jadual 4.8 dan Rajah 4.2 di bawah.

4.3.2

Analisis

Perbandingan

Pencapaian

Ujian

Pra,

Ujian

Konvensional, dan Ujian Koperatif

Jadual 4.8: Perbandingan Pencapaian Ujian Pra, Ujian Konvensional, Ujian Koperatif Gred Frekuensi Ujian Pra (%) Frekuensi Ujian Konvensional (%) Frekuensi (%) Ujian Koperatif Peratus Peningkatan / Penurunan A B C D Jumlah 11 13 4 0 28 39 47 14 0 100 11 14 3 0 28 39 50 11 0 100 12 16 0 0 28 43 57 0 0 100 4 2 -11 0

12

Rajah 4.2 : Perbandingan Pencapaian Ujian Pra, Ujian Konvensional, Ujian Koperatif Perbandingan Peratusan Ketiga-tiga Ujian ( Ujian Pra, Ujian Konvensional, Ujian Koperatif )
Ujian Pra

Ujian Selepas P&P Ujian Selepas P&P Konvensional Ujian Selepas P&P Ujian Pra,Koperatif, B, 57% B, 47% Ujian Selepas P&P Ujian Pra, Selepas P&P Ujian A, 39% Konvensional, B, Koperatif, A, 43%50% Ujian Selepas P&P Selepas P&P Ujian Selepas P&P Ujian Konvensional, A, Ujian Selepas Ujian Konvensional, C, P&P Selepas P&P Konvensional, D, Koperatif 39% Ujian Pra, Koperatif, C,Pra,Koperatif, D, 0% C, 14% 11% Ujian 0% D, 0% 0%

Daripada Jadual 4.8 dan Rajah 4.2 di atas, dapatan kajian menunjukkan peratusan yang tinggi selepas p&p secara koperatif dilaksanakan ke atas kumpulan eksperimen yang mana berlaku peningkatan peratusan sebanyak 4 peratus bagi gred A. Malah, turut berlaku peningkatan peratusan sebanyak 2 peratus bagi perolehan gred B di samping gred C dapat dikurangkan sebanyak -11 peratus. Jesteru, pengkaji berpendapat bahawa kaedah p&p dalam koperatif sememangnya dapat membantu para murid meningkatkan penguasaan mereka dalam mata pelajaran jawi.

4.4 Kesimpulan

Oleh yang demikian dapatlah disimpulkan bahawa di dalam bab ini, pengkaji menganalisa data-data dan dapatan maklumat yang diperolehi daripada borang soal selidik, pemerhatian guru dan markah-markah daripada ujian pra dan ujian pasca.

13

Hasil dapatan ini, pengkaji menganalisa data-data tersebut secara analisa statistik deskriptif dan juga analisa statistik inferensi. Hasil analisa kajian menunjukkan bahawa terdapat anjakan peratusan yang positif setelah p&p secara Koperatif dijalankan. Perkara ini dapat dibuktikan setelah pengkaji menganalisis ujian yang telah dijalankan di samping menganalisis edaran borang soal selidik kepada responden yang terlibat.

14

BAB 5

RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1

Pengenalan

Hasil analisis data dan dapatan-dapatan kajian telah dibentangkan dalam bab keempat. Bab ini pula, sebagai penutup tirai akan memberikan ringkasan kajian, membincangkan dapatan-dapatan kajian, memberi kesimpulan dapatan kajian, membincangkan implikasi dapatan-dapatan kajian dan mencadangkan kajian lanjutan. Oleh itu, lanjutan daripada kajian ini, beberapa cadangan untuk masa depan dikemukakan dan diakhiri dengan rumusan keseluruhan untuk laporan ini. Oleh itu, diharapkan perbincangan di dalam bab ini akan dapat meneliti, mengupas dan memberi input yang berguna ke arah memantapkan dan menambahbaikan lagi proses pengajaran dan pembelajaran jawi di sekolah rendah terutamanya dalam penggunaan kaedah koperatif.

5.2

Rumusan Hasil Kajian

Kajian ini dilaksanakan untuk melihat keberkesanan pembelajaran koperatif bagi meningkat dan mengukuhkan kemahiran pembacaan jawi kepada pelajar Tahun Empat melalui rekabentuk kajian tindakan. Bagi mencapai tujuan dan objektif

tersebut, pengkaji cuba mendapatkan jawapan kepada soalan-soalan kajian berikut:

15

1. Apakah tahap pencapaian ujian pra pelajar sebelum pendekatan kaedah pembelajaran koperatif dilaksanakan ? 2. Adakah pendekatan kaedah pembelajaran koperatif dapat meningkatkan prestasi pelajar berbanding sebelum melaksanakan pendekatan tersebut ? 3. Adakah pembelajaran koperatif berjaya mengukuhkan kemahiran membaca jawi terhadap pelajar ?

Dapatan kajian ini diharap dapat memberikan maklumat yang berguna kepada para guru tentang kepentingan pendekatan kaedah pembelajaran koperatif terhadap peningkatan prestasi dan pengukuhan kemahiran membaca jawi di kalangan murid khususnya murid di sekolah rendah. Sampel kajian terdiri daripada 28 orang pelajar tahun 4 Arif dari sebuah sekolah rendah di Kedah iaitu S.K.Alor Melintang,Jalan Datuk Kumbar. Instrumen kajian yang digunakan ialah borang soal selidik maklumat pelajar, kertas ujian pra dan ujian pasca mata pelajaran jawi yang melibatkan beberapa kemahiran. Soalansoalan ujian pra dan pasca yang disediakan oleh pengkaji terlebih dahulu disemak oleh guru pembimbing sebelum dilaksanakan di dalam kelas. Kajian ini memerlukan perancangan yang teratur sebelum dilaksanakan. Ini bertujuan untuk memastikan kajian yang dilaksanakan berjalan dengan lancar. Kesimpulannya ialah kajian yang dilaksanakan ini dimulakan dengan proses memohon kebenaran dari pihak pengetua sekolah kajian, perlantikan guru pembimbing oleh pengetua, pengagihan kelas (sampel kajian), penulisan RPH, menjalankan soal selidik maklumat pelajar, ujian pra, kaedah pengajaran secara

16

pembelajaran koperatif, ujian pasca seterusnya membuat analisis daripada data yang diperolehi. Analisis data dilakukan dengan komputer menggunakan program Microsoft Office Excell 2007. Dua jenis statistik digunakan iaitu Statistik Deskriptif dan Statistik Infrensi. Pengkaji juga telah memindahkan data yang diperolehi ke dalam bentuk jadual untuk melihat dengan jelas perbandingannya.

5.3

Perbincangan Dapatan Kajian

Bahagian ini akan menghuraikan tentang hasil dapatan kajian, sampel dan instrumen kajian yang telah digunakan untuk melaksanakan kajian tersebut.

Berikut adalah dapatan kajian berdasarkan soalan kajian. i) Sebelum didedahkan dengan kaedah pembelajaran koperatif dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kelas 4 Arif, 28 orang pelajar menunjukkan prestasi yang rendah dengan pencapaian 11 A, 14 B, dan 3 C yang mana hanya sedikit sahaja berlaku anjakan daripada prestasi sebelumnya iaitu 11 A, 13 B, dan 4 C. (Rujuk Jadual 4.8 dan Rajah 4.2) ii) Selepas kaedah pembelajaran koperatif dilaksanakan, terdapat kesan yang ketara bagi pelajar dalam kumpulan eksperimen iaitu mereka dapat mencatatkan 12 A, 16 B malah dapat menyusutkan gred C. (Rujuk Jadual 4.8 dan Rajah 4.2)

17

iii)

Perbandingan yang dilakukan oleh pengkaji terhadap kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan berdasarkan min ujian pra dan min ujian pasca mendapati kumpulan kajian meningkat sebanyak 4% bagi gred A, 2% bagi gred B, dan -11 bagi gred C (Rujuk Jadual 4.8 dan Rajah 4.2). Ini menjelaskan bahawa adanya hubungan kaedah pengajaran dan pembelajaran koperatif dengan peningkatan prestasi pelajar.

Seterusnya adalah berkaitan pencapaian prestasi menerusi perbandangan min skor markah ujian pra dan ujian pasca. Ini ditafsirkan dengan menggunakan hipotesis nol dan hipotesis alternatif diterima. Keputusan ini menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik terhadap bahan yang dianalisis. Data daripada analisa statistik inferensi ini diperolehi dengan cara penganalisaan menggunakan program Microsoft Office Excell 2007 yang menghasilkan maklumat yang terperinci dan lebih spesifik serta mudah tentang hasil kajian. Terdapat beberapa objektif utama yang difokuskan dalam penganalisaan tersebut iaitu menganalisa hubungan tentang min ujian pra dan ujian pasca menggunakan program Microsoft Excell 2007. Penganalisaan dilakukan dengan menggunakan kaedah analisa secara inferensi. Jadual-jadual skor ini kemudiannya ditafsirkan dan diinterpretasikan dengan menggunakan Hipotesis Nol dan Hipotesis Alternatif. Nilai aras keertian yang diperolehi digunakan untuk menolak atau menerima Hipotesis Nol serta menyatakan samada terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik. Maka dengan ini telah menunjukkan terdapat peningkatan melalui ujian pos dan pasca setelah menggunakan kaedah pembelajaran koperatif

18

berbanding kaedah pembelajaran konvensional yang semata-mata hanya chalk and talk sahaja.

5.4

Kesimpulan Dapatan Kajian

Bahagian ini menyenaraikan semua dapatan kajian sebagai kesimpulan kepada hasil kajian. Kajian ini mendapati :

a) Terdapat hubungan di antara prestasi pelajar dengan kaedah pengajaran yang dilaksanakan. b) Penggunaan kaedah pembelajaran koperatif yang memerlukan pelajar dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil mampu mencapai tahap pembelajaran yang maksimum. c) Kaedah pembelajaran koperatif membolehkan murid berinteraksi secara aktif dan positif dalam kumpulan, telah meningkatkan prestasi murid dan juga pemahaman dalam pengecaman huruf-huruf jawi. d) Guru perlu lebih mendisiplinkan para murid semasa p&p koperatif dijalankan agar tidak mencetuskan kebisingan yang keterlaluan sehingga boleh memungkinkan mengganggu proses p&p kelas lain.

19

5.5

Implikasi Dapatan Kajian

Sesuatu usaha dalam meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran serta prestasi akademik pelajar, hasil kajian ini didapati selaras dengan kenyataankenyataan tentang pentingnya maklumat bentuk pendekatan pembelajaran pelajar kepada guru khususnya menerusi kaedah pembelajaran koperatif. Pengetahuan jenis pendekatan pembelajaran pelajar penting kepada guru. Ini adalah kerana guru boleh memberi motivasi ( cadangan ) supaya pelajar mengamalkan kaedah pembelajaran koperatif agar pembelajaran lebih bermakna. Dengan demikian mereka akan dapat mengaplikasikan pengetahuan mereka untuk menyelesaikan masalah apabila mereka keluar bekerja nanti. Berdasarkan dapatan kajian, pencapaian pelajar yang didedahkan dengan kaedah pembelajaran koperatif menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan berbanding dengan sebelumnya. Implikasinya di sini menunjukkan bahawa penggunaan kaedah pembelajaran koperatif boleh dijadikan sebagai salah satu alternatif kepada strategi pengajaran yang sedia ada yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran topik pengukuran yang melibatkan kemahiran mengukur dan penukaran unit. Justeru itu, tidak mustahil sekiranya penggunaan kaedah ini dalam matapelajaran yang lain turut sama akan menunjukkan keberkesanannya. Para pendidik boleh menggunakan kaedah ini dengan menggunakan pendekatan mereka sendiri untuk menarik minat pelajar, kerana kepentingannya ialah dapat memberi manfaat kepada Dasar Pendidikan Negara.

20

Impikasi daripada dapatan-dapatan tersebut, pendidik

khususnya guru

pendidikan Islam perlu bijak mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran yang digunakan di dalam kelas. Strategi yang dilaksanakan tidak seharusnya terhad kepada penyampaian isi pelajaran secara kuliah atau Talk and Chalk semata-mata kerana ingin menghabiskan sukatan pelajaran tanpa mengambil kira tahap kefahaman pelajar dan lebih tertumpu kepada pengajaran secara tradisional sahaja. Oleh itu, guru boleh menggunakan kaedah pembelajaran koperatif dengan mengenalpasti kelemahan pelajar dan sesuatu topik dan bagaimana kaedah pembelajaran koperatif yang berkesan boleh dilaksanakan. Guru juga boleh mengubah amalan pendekatan pengajaran. Tugasan berbentuk kefahaman di samping latih tubi perlu diterapkan supaya mereka memahami sesuatu topik atau kemahiran hingga ke akar umbi, tidak hanya sekadar teori sahaja. Walau bagaimanapun, tidak dapat dinafikan kaedah pembelajaran koperatif sememangnya memerlukan pengorbanan dari pihak guru, usaha yang lebih bagi membuat persiapan awal. Mengamal pembelajaran koperatif memerlukan seseorang guru mereka cipta pelajaran-pelajaran yang selaras dengan prinsipnya. Ianya memerlukan para pendidik memproses ilmu secara aktif bagi memberi penyampaian berkesan yang lebih mendalam. Selain pemprosesan secara aktif, amalan dalam kelas juga meletakkan kaedah pembelajaran koperatif dalam konteks sebenar. Pembelajaran koperatif berupaya meningkatkan pencapaian pelajar kerana ada dengan adanya interaksi sesama mereka menyebabkan berlakunya perubahan dalam kognitif pelajar. Merujuk kepada teori

21

perkembangan kognitif, Slavin (1995) berpendapat melalui perbincangan dan bertukar-tukar pendapat di dalam kumpulan pelajar dapat membantu mereka untuk menguasai konsep-konsep penting. Di dalam membincangkan teori perkembangan kognitif juga Woolfolk (1995) mencadangkan situasi interaksi sesama pelajar adalah perlu untuk membantu proses berfikir pelajar. Pandangan Slavin dan Woolfolk tersebut selari dengan pernyataanpernyataan yang diberikan oleh pelajar setelah mengikuti pembelajaran koperatif di dalam kajian ini. Pelajar mengakui mereka lebih faham melalui perbincangan dan dapat bertanya rakan apabila berada di dalam kebuntuan. Pihak Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah, pihak pentadbiran sekolah serta warga pendidik perlulah mengambil inisiatif agar kaedah pembelajaran koperatif dapat dikuasai oleh para pendidik dan diamalkan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas supaya pelajar dapat merasa lebih seronok untuk belajar terutamanya bagi Mata Pelajaran Jawi. Ini diharap dapat mempertingkatkan prestasi pelajar dalam semua mata pelajaran dan seterusnya melahirkan seorang individu yang berkeyakinan, cemerlang, gemilang dan terbilang.

5.6

Cadangan Kajian Lanjutan

Sampel kajian ini terhad kepada satu kelas sahaja iaitu Tahun Empat Arif S.K.Alor Melintang,Jalan Datuk Kumbar, Alor Setar Kedah dan menggunakan kaedah kuasi eksperimen. Kajian ini juga mempunyai batasannya iaitu hanya banyak tertumpu kepada topik kemahiran pembacaan jawi sahaja. Maka kajian lanjutan

22

perlulah dilakukan di tempat lain dengan melibatkan beberapa buah sekolah sama ada di bandar atau di luar bandar dengan menggunakan alat kajian yang lain untuk mencari kesan yang lain di samping memfokuskan pula kepada kemahiran jawi yang lain seperti kemahiran menulis jawi dan sebagainya. Kajian ini juga boleh dilanjutkan ke daerah-daerah lain bagi membolehkan perbandingan tentang hasil kajian dapat dilakukan. Selain itu, dicadangkan agar mata pelajaran lain turut memurnikan hasil dapatan kajian ini supaya dapat bersifat lebih menyeluruh dan lengkap. Penekanan yang lebih terutamanya dalam aspek sistem pengurusan panitia, kualiti perkhidmatan panitia, elemen penyeliaan bagi mata pelajaran, kepuasan kerja di kalangan guru terhadap tugas harian dirasakan adalah lebih hampir dan berupaya melengkapkan dapatan kajian, terutama di dalam meramalkan hubungannya dengan pencapaian mata pelajaran. Demikian akhirnya, hasil dapatan daripada kajian ini adalah memberi kesan mendalam dalam meningkatkan minat pelajar dan ini boleh dijadikan isu utama untuk terus dikaji dan diselidiki secara lebih mendalam.

5.7

Penutup

Berdasarkan kepada dapatan kajian, kita dapat melihat bahawa kaedah pembelajaran koperatif dalam pengajaran dan pembelajaran dapat mencapai matlamat yang diharapkan. Pembelajaran koperatif merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan pelajar dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama ( Slavin, 1982 ). Sasaran

23

adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain. Lima unsur asas dalam pembelajaran koperatif iaitu saling bergantung antara satu sama lain secara positif, saling berinteraksi secara bersemuka, akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri, kemahiran koperatif dan pemprosesan kumpulan. Hasil daripada kaedah pembelajaran koperatif menggalakkan pelajar berinteraksi secara aktif dan positif dalam kumpulan. Ini membolehkan perkongsian idea dan pemeriksaan idea sendiri dalam suasana yang tidak terancam menambahkan lagi keyakinan seseorang pelajar di mana ia membantu kefahaman konsep sekaligus mengekalkan kemahiran yang mampu meningkatkan prestasi seseorang individu. Bagi menjayakan kaedah pembelajaran koperatif, sokongan padu dari pelbagai pihak terutamanya pihak pentadbiran sekolah amatlah diperlukan. Pihak pentadbiran harus menyediakan kemudahan dan ruang yang selesa untuk para guru berkreatif dengan penggunaan kaedah koperatif ini, bekerjasama dan peka dengan kehendak semasa bagi meningkatkan taraf pendidikan amnya samada di kalangan guru mahupun para pelajar. Berdasarkan hakikat ini adalah wajar para guru diberikan pendedahan sepenuhnya dalam menentukan hala tuju pendidikan terutamanya dalam memartabatkan tahap pendidikan di persada antarabangsa. Akhir kata, penulis mengharapkan agar kajian yang dibuat ini mencapai objektif yang telah digariskan dan semoga mendapat keredhaan dari Allah s.w.t. Mudah-mudahan kajian yang dihasilkan ini dapat memberi suatu input ataupun manfaat yang positif kepada para pembaca. Wallahua'lam.

24

RUJUKAN Rujukan Buku Che Siah Che Man (2006), Pendekatan Pengajaran Jawi, Kuala Lumpur: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka. Dewan Bahasa dan Pustaka (1992), Asas KBSR II, Kuala Lumpur: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka. Dewan Bahasa dan Pustaka (1992), Pengurusan Bilik Darjah, Kuala Lumpur: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka. Haji Abdul Razak Abdul Hamid, Haji Mokhtar Mohd. Dom (1985), Belajar Tulisan Jawi, Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Kamarudin Hj. Husin (1990), Pedagogi 4, Selangor: Longman Sdn. Bhd. Mansor Fadzil, Abd. Razak Habib (2006), HBET 2103 Psikologi Pendidikan, Kuala Lumpur : UNITEM Sdn. Bhd. Muhamed Awang (1999), Psikologi Kognitif, Kuala Lumpur: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka. Rohani Abdullah, Nani Menon dan Mohd Sharani Ahmad (2003), Panduan Pra Sekolah, Pahang: PTS Publications dan Distributor Sdn. Bhd. Sofiah Hamid (1983), Pendekatan Mengajar Bacaan Bahasa Melaysia Di Peringkat Sekolah Rendah, Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distrubutors Sdn. Bhd.

Rujukan Latihan Ilmiah Ahmad Lotfi Hj. Tarmiji & Irfan Naufal Umar (2005), Kesan Pendekatan Koperatif Terhadap Pencapaian Pelajar Berbeza Prestasi Dalam Persekitaran Pembelajaran Berasaskan Web, Terengganu : Konvensyen Teknologi Pendidikan ke-18 Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia. Hariati Binti Mukhtar (2001), Penggunaan Kaedah Pembelajaran Koperatif Dalam Pembentukan Sikap, Minat dan Keyakinan Diri dengan Pencapaian Matematik Pelajar-Pelajar Kelas Dua Cergas, Pahang : Jurnal Teknopen Pusat Sumber Pendidikan Negeri Pahang. Lee Kim Yoon (2004), Meningkatkan Prestasi Pelajar Dalam Topik Angka Bererti dan Bentuk Piawai Melalui Pembelajaran Koperatif STAD, Perak : Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.

25

Mohd Arif Hj. Ismail & Rosnaini Hj. Mahmud (2001), Penggunaan Teknik Video bagi Model Pembelajaran Koperatif:Teknik Tayangan Bersilang dengan Komputer, Malaysia : Malaysian Educational Technology Association. Normadiah Binti Yusof (2006), Meningkatkan Kecapan Murid-Murid Tahun Satu Mengenal dan Menyebut Huruf-Huruf Jawi Tunggal, Langkawi : Pusat Sumber Pendidikan Negeri Kedah Darul Aman. Siti Ramlah Binti Bakar (2004), Meningkatkan Kemahiran Literasi Jawi Pelajar Tingkatan 1 Dengan Menggunakan Teknik Sebut Dan Tunjuk, Kedah : Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Rujukan Laman Web http://www.callidesign.blogspot.com/, Pada 10 Ogos 2009. http://www.geocities.com/sk-tpmy/SKTP.html, Pada 10 Ogos 2009.

26

LAMPIRAN A SURAT KEBENARAN GURU KELUAR UNTUK MENJALANKAN KAJIAN

27

LAMPIRAN B

SURAT KEBENARAN UNTUK MEMBENARKAN PELAJAR OUM MENJALANKAN KAJIAN TINDAKAN BERASASKAN SEKOLAH

28

LAMPIRAN C SUSUNAN KELAS 1 BULAN PERTAMA (P&P TRADISIONAL) Jadual Tugas Rutin Papan Hitam Papan Carta

Meja Guru RUANG PEMBELAJARAN Pintu Meja Murid

Pintu

SUDUT BACAAN Almari Pameran Alat / Papan Carta / Kerja Murid

29

LAMPIRAN D SUSUNAN KELAS 1 BULAN KEDUA (P&P KOPERATIF) Jadual Tugas Rutin Papan Hitam Papan Carta

RUANG PEMBELAJARAN Meja Guru Pintu Meja Murid A B B A C B B B B C A C B A

B C B A

A B C

A B B A

B B C

Pintu SUDUT BACAAN Almari Pameran Alat / Papan Carta / Kerja Murid Petunjuk : A : Cerdas B : Sederhana C : Lemah

30

LAMPIRAN E SENARAI NAMA MURID 4 ARIF

BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28

NAMA MURID AHMAD SOLEH MAHAYUDIN AKMAL HAIQALIZAD MOHD HANIFF MEOR SHAZA ASHRAN MEOR ARSHAD MUHAMMAD AFANDI ROSLI MUHAMMAD AFIF HAFIZIE JASMEE MUHAMMAD AKMAL HAKIM ABDUL KARIM MUHAMMAD AZRUL NAIM AZIZAN MUHAMMAD NAZMI MUKTI MUHAMMAD NIZAM ROSLI MUHAMMAD RIDZUAN NASHARUDDIN MUHD KHAIRIL IZHAM ABDULLAH MUHD NUR HIDAYAT ROSIDI MOHD SHAFIIN BIN PORDI NABILA SUHANA MUHD SUID NUR AINA BALQIS BINTI MOHD FITRI NUHA FAQIAH MOHD FISOL \NUR ATIKAH NASUHA MOHD RIDZUAN NUR FARAH AMIRAH MAZLAN NUR HAZWANI ABDUL RAHMAN NUR HAZWANI MARZUKI NUR IDAYU AZIB NUR IZZATI ROZALI NUR SYAFINAZ CHE ISMAIL NUR SYAZRINA ILIAS NURUL SYAFIQAH MOHD RAMLAN SITI FARHANA MOHD TAJUDDIN SYAFINAZ MOHD NOR WAN NUR SYAFIQAH WAN SHARIFF

31

LAMPIRAN F SAMPEL BORANG SOAL SELIDIK

KEBERKESANAN KAEDAH KOPERATIF DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA JAWI PELAJAR TAHUN EMPAT

Bahagian A: Latar Belakang Responden (Sila isikan tempat kosong dengan tepat atau ( / ) pada maklumat berkaitan)

1)

Nama : _____________

2)

Jantina : a. ( b. ( ) Lelaki ) Perempuan

3)

Umur: _____________

4)

Tempat Tinggal : _____________

5)

Pekerjaan Ibu bapa : a. Bapa : _____________ b. Ibu : _____________

32

Bahagian B: Pengetahuan Kemahiran Jawi Sila tanda ( / ) pada jawapan berdasarkan skala berikut : 1 = Ya 2 = Tidak

Bil. 1 2 3 4 5 6

Perkara Adakah kamu pandai membaca jawi? Emak dan ayah saya ajar saya membaca jawi di rumah Saya tidak tahu membaca tulisan jawi Saya tidak tahu menulis tulisan jawi Saya keliru sebutan huruf-huruf jawi Saya keliru tulisan huruf-huruf jawi

Ya

Tidak

Bahagian C: Pandangan Terhadap Kaedah Koperatif

Sila tanda ( / ) pada jawapan anda berdasarkan skala berikut : 1 = Ya 2 = Tidak Bil. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 Perkara Saya suka pembelajaran berkumpulan Saya seronok pembelajaran berkumpulan Saya rasa lebih pandai selepas pembelajaran berkumpulan Saya harap pembelajaran berkumpulan dapat diteruskan Saya lebih faham isi pelajaran melalui kerja kumpulan Ahli kumpulan saya tidak memberi kerjasama Ahli kumpulan saya bising Saya suka membantu kawan dalam kumpulan saya Kawan saya tidak menolong saya sewaktu aktiviti kumpulan Ya Tidak

- Soalan Tamat -

33

LAMPIRAN G KEPUTUSAN UJIAN PRA 4 ARIF


BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28

NAMA MURID
AHMAD SOLEH MAHAYUDIN AKMAL HAIQALIZAD MOHD HANIFF MEOR SHAZA ASHRAN MEOR ARSHAD MUHAMMAD AFANDI ROSLI MUHAMMAD AFIF HAFIZIE JASMEE MUHAMMAD AKMAL HAKIM ABDUL KARIM MUHAMMAD AZRUL NAIM AZIZAN MUHAMMAD NAZMI MUKTI MUHAMMAD NIZAM ROSLI MUHAMMAD RIDZUAN NASHARUDDIN MUHD KHAIRIL IZHAM ABDULLAH MUHD NUR HIDAYAT ROSIDI MOHD SHAFIIN BIN PORDI NABILA SUHANA MUHD SUID NUR AINA BALQIS BINTI MOHD FITRI NUHA FAQIAH MOHD FISOL \NUR ATIKAH NASUHA MOHD RIDZUAN NUR FARAH AMIRAH MAZLAN NUR HAZWANI ABDUL RAHMAN NUR HAZWANI MARZUKI NUR IDAYU AZIB NUR IZZATI ROZALI NUR SYAFINAZ CHE ISMAIL NUR SYAZRINA ILIAS NURUL SYAFIQAH MOHD RAMLAN SITI FARHANA MOHD TAJUDDIN SYAFINAZ MOHD NOR WAN NUR SYAFIQAH WAN SHARIFF

A 26 18 26 24 24 30 26 22 26 28 24 26 18 26 20 28 24 26 28 24 30 24 18 26 30 24 16 24

B 24 18 22 26 24 28 26 18 26 22 18 20 12 26 20 26 22 26 26 22 24 24 16 24 28 28 16 22

C 28 32 28 38 32 34 30 16 34 32 22 18 22 24 26 30 24 24 36 30 36 32 24 24 32 22 24 30

JUMLAH 78 68 76 88 80 92 82 56 86 82 64 64 52 76 66 84 70 76 90 76 90 80 58 74 90 74 56 76

GRED B B B A A A A C A A B B C B B A B B A B A A C B A B C B

34

LAMPIRAN H KEPUTUSAN UJIAN SELEPAS P&P KONVENSIONAL 4 ARIF


BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 NAMA MURID AHMAD SOLEH MAHAYUDIN AKMAL HAIQALIZAD MOHD HANIFF MEOR SHAZA ASHRAN MEOR ARSHAD MUHAMMAD AFANDI ROSLI MUHAMMAD AFIF HAFIZIE JASMEE MUHAMMAD AKMAL HAKIM ABDUL KARIM MUHAMMAD AZRUL NAIM AZIZAN MUHAMMAD NAZMI MUKTI MUHAMMAD NIZAM ROSLI MUHAMMAD RIDZUAN NASHARUDDIN MUHD KHAIRIL IZHAM ABDULLAH MUHD NUR HIDAYAT ROSIDI MOHD SHAFIIN BIN PORDI NABILA SUHANA MUHD SUID NUR AINA BALQIS BINTI MOHD FITRI NUHA FAQIAH MOHD FISOL \NUR ATIKAH NASUHA MOHD RIDZUAN NUR FARAH AMIRAH MAZLAN NUR HAZWANI ABDUL RAHMAN NUR HAZWANI MARZUKI NUR IDAYU AZIB NUR IZZATI ROZALI NUR SYAFINAZ CHE ISMAIL NUR SYAZRINA ILIAS NURUL SYAFIQAH MOHD RAMLAN SITI FARHANA MOHD TAJUDDIN SYAFINAZ MOHD NOR WAN NUR SYAFIQAH WAN SHARIFF A 23 21 30 24 21 24 24 20 20 3 18 20 21 23 22 22 21 21 30 21 21 24 18 26 23 24 21 21 B 24 10 26 28 24 26 18 18 24 20 14 22 24 26 22 22 28 24 30 24 26 26 16 28 20 24 16 22 C 18 30 40 40 38 34 32 29 24 30 26 20 22 32 24 24 38 22 40 38 32 34 22 36 30 36 28 20 JUMLAH 65 61 96 92 83 84 74 67 68 53 58 62 67 81 68 68 87 67 100 83 79 84 56 90 73 84 65 63 GRED B B A A A A B B B C C B B A B B A B A A B A C A B A B B

35

LAMPIRAN I KEPUTUSAN UJIAN SELEPAS P&P KOPERATIF 4 ARIF


BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 NAMA MURID AHMAD SOLEH MAHAYUDIN AKMAL HAIQALIZAD MOHD HANIFF MEOR SHAZA ASHRAN MEOR ARSHAD MUHAMMAD AFANDI ROSLI MUHAMMAD AFIF HAFIZIE JASMEE MUHAMMAD AKMAL HAKIM ABDUL KARIM MUHAMMAD AZRUL NAIM AZIZAN MUHAMMAD NAZMI MUKTI MUHAMMAD NIZAM ROSLI MUHAMMAD RIDZUAN NASHARUDDIN MUHD KHAIRIL IZHAM ABDULLAH MUHD NUR HIDAYAT ROSIDI MOHD SHAFIIN BIN PORDI NABILA SUHANA MUHD SUID NUR AINA BALQIS BINTI MOHD FITRI NUHA FAQIAH MOHD FISOL \NUR ATIKAH NASUHA MOHD RIDZUAN NUR FARAH AMIRAH MAZLAN NUR HAZWANI ABDUL RAHMAN NUR HAZWANI MARZUKI NUR IDAYU AZIB NUR IZZATI ROZALI NUR SYAFINAZ CHE ISMAIL NUR SYAZRINA ILIAS NURUL SYAFIQAH MOHD RAMLAN SITI FARHANA MOHD TAJUDDIN SYAFINAZ MOHD NOR WAN NUR SYAFIQAH WAN SHARIFF A 26 20 24 24 26 30 26 22 24 28 26 24 24 26 18 28 24 25 28 24 30 26 22 26 28 24 18 25 B 24 18 22 26 24 30 26 18 26 24 18 22 24 26 20 26 22 26 26 22 26 24 18 24 24 28 16 25 C 30 32 28 36 32 34 30 20 34 32 24 18 26 24 24 34 28 22 34 32 34 32 26 28 32 24 26 30 JUMLAH 80 70 74 86 82 94 82 60 84 84 68 64 74 76 62 88 74 73 88 78 90 82 66 78 84 76 60 80 GRED A B B A A A A B A A B B B B B A B B A B A A B B A B B A

36

LAMPIRAN J ANTARA FOTO P&P 1.

2.

37

3.

4.

38

Anda mungkin juga menyukai