Anda di halaman 1dari 15

KURSUS

GGGE 2123 TEKNOLOGI & INOVASI DALAM PENDIDIKAN

SEMESTER 1 2021/2022

TAJUK

PEMBELAJARAN SECARA ATAS TALIAN (ARTIKEL)

PENSYARAH

LT .KOL. MOHD JASMY BIN ABD RAHMAN

NAMA AHLI KUMPULAN

NAMA NO MATRIK

NUR AIMUNI BINTI MOHD ADHAM A187695

JASSLINA BINTI HASHIM A187355

VINOSAA A/P TAMILSELVAN A188206

SAFWATUL ‘ATHIRAH BINTI MUHAMAD AZMI A187686

HARITH HIZAMIN BIN MOHD DUSUKI A187034


ABSTRAK

Pandemik COVID-19 telah mencipta kehidupan baru atau pun the new normal yang mana
teknologi dan internet bukan lagi pilihan tetapi keperluan. Dalam bidang pendidikan,
terutamanya di peringkat pengajian tinggi, hampir semua hal yang berkaitan dengan pengajaran
dan pengurusan kelas dilakukan secara atas talian sepenuhnya. Walaupun pembelajaran atas
talian mempunyai pelbagai kelebihan, kaedah pembelajaran ini merupakan sesuatu yang baru
bagi program pengajian di kebanyakan institusi pengajian tinggi. Oleh itu, kajian awal ini
dijalankan terhadap para pelajar peringkat rendah mahupun peringkat tinggi tentang pelaksanaan
pembelajaran atas talian. Kajian ini berbentuk kuantitatif yang akan meninjau pandangan
responden dengan menggunakan instrumen borang soal selidik. Kajian menggunakan kaedah
persampelan rawak dan responden adalah terdiri daripada 100 orang yang mengikuti program
pengajian di sekolah mahupun di universiti. Data yang dikumpul dianalisis dan akan diberikan
interpretasi mengikut nilai min. Kajian mendapati bahawa kebanyakkan pelajar berpandangan
bahawa perlaksanaan kaedah pembelajaran atas talian tidaklah mudah seperti yang kita
bayangkan kerana terdapat beberapa halangan dan cabaran yang kita harus atasi. Oleh itu,
terdapat ruang yang boleh ditambah baik agar pembelajaran atas talian dapat berjalan dengan
efisien di masa hadapan.
PENDAHULUAN

Pembelajaran Atas Talian (e – pembelajaran) merupakan satu bentuk pengajaran dan


pembelajaran yang disampaikan melalui penggunaan teknologi digital. Pembelajaran secara atas
talian memerlukan para pengajar dan pelajar untuk berinteraksi antara satu sama lain melalui
platform-platform seperti Skype, Google Meet, Microsoft Teams, Zoom, Whatsapp, Telegram
dan sebagainya. Pelaksanaan kaedah pembelajaran ini juga memerlukan para pengajar dan
pelajar untuk mempunyai alat peranti seperti komputer, laptop, telefon, dan juga rangkaian
Internet bagi menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran.

Dengan adanya pembelajaran secara atas talian, para pelajar dapat menjalani aktiviti
pembelajaran dalam keadaan yang selesa, fleksibel dan jimat dari segi kos. Hal ini kerana pelajar
hanya memerlukan alat mudah alih seperti telefon bimbit dan komputer riba yang mempunyai
sambungan Internet untuk belajar. Pembelajaran atas talian juga memudahkan pelajar dari segi
pergerakan kerana tidak perlu bergerak ke mana-mana kelas atau pusat dan tidak perlu mengikuti
sebarang jadual kemasukan atau keluar. Pembelajaran atas talian menggunakan pelbagai media
elektronik dan mempunyai faedah seperti akses ke bahan pendidikan dengan meluas,
menggalakkan interaksi antara pelajar, rakan sebaya dan guru. Di samping itu pembelajaran atas
talian juga dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran teknologi serta menggalakkan
pembelajaran kendiri. Pembelajaran atas talian menyokong pelajar dalam mengejar pembelajaran
kendiri dan aktivti pembelajaran kadar kendiri. Perkembangan ICT telah memberi banyak
peluang kepada institusi pengajian tinggi dalam menyediakan perantara pembelajaran atas talian
kepada pelajar.

Namun, sejauh manakah pembelajaran di atas talian ini mampu memberi kesan kepada para
pelajar ? Artikel ini akan membincangkan tentang kesan yang dihadapi pelajar sewaktu
pembelajaran secara atas talian dan tanggapan mereka terhadap kaedah pembelajaran ini. Oleh
hal demikian, kajian ini diperlukan bagi menjawab persoalan persoalan berikut:

i. Apakah cabaran yang dihadapi pelajar sewaktu pembelajaran atas talian?

ii. Adakah pembelajaran atas talian ini memberi kesan kepada pelajar?

Iii. Apakah kaedah yang terbaik untuk mengatasi masalah sewaktu pembelajaran di atas talian?
METODOLOGI

Kajian yang bersifat kuantitatif telah dijalankan melalui instrument ‘Google Form’ untuk
mencapai objektif iaitu menghubungkaitkan persoalan mahupun kajian dengan hasil kajian
diperoleh. Kaedah ini memudahkan kami mengkaji data yang diperoleh dari responden kerana
data direkodkan dalam bentuk graf bar juga peratusan.

Set soal selidik berbentuk ‘Google Form’ telah diagihkan kepada pelajar dari pelbagai
peringkat pengajian seperti peringkat sekolah rendah, sekolah menengah, universiti serta
matrikulasi dan politeknik seluruh Malaysia. Seramai 100 responden telah membantu kajian ini
dan menjawab soal selidik dengan jayanya. Kaedah persampelan kemungkinan di mana soalan di
utara secara objektif diaplikasikan dalam set soal selidik. Terdapat juga soalan yang memerlukan
responden berkongsi atau menyatakan pendapat masing-masing.

Kajian ini mengkaji cabaran semasa proses pembelajaran dan pengajaran (PnP) serta cara
mengatasi cabaran tersebut. Platform yang digunakan semasa PnP turut dikaji. Responden juga
diminta untuk berkongsi pendapat sama ada proses PnP dijalankan secara atas talian atau luar
talian yang lebih berkesan kepada pelajar-pelajar. Data yang diperoleh dari hasil kajian ini
dianalisis secara diskriptif mengikut peratusan dan kekerapan.
DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Jadual 1 menunjukkan peratusan responden daripada pelajar lelaki dan perempuan

Bil. Jantina Bilangan Kadar


pelajar peratusan

1 Lelaki 18 0.18

2 Perempuan 82 0.82

Hasil daripada kajian ini didapati bahawa bilangan dan peratusan responden perempuan
merupakan responden yang teramai iaitu seramai 82 orang bersamaan dengan 82% dengan kadar
0.82, manakala responden lelaki seramai 18 orang iaitu bersamaan 18% dengan kadar 0.18.
Menjadikan jumlah responden terkumpul iaitu seramai 100 orang yang terdiri daripada pelbagai
peringkat umur dan pelbagai peringkat pengajian. Data seterusnya menunjukkan lingkungan
umur responden.
Jadual 2 menunjukkan lingkungan umur yang terdiri daripada 100 orang pelajar

Bil. Lingkungan Bilangan Kadar


umur pelajar peratusan

1 kurang daripada 12 tahun 1 0.1

2 13 tahun hingga 17 tahun 1 0.1

3 18 tahun hingga 19 tahun 94 0.94

4 20 tahun hingga 31 tahun 3 0.3

5 31 tahun ke atas 1 0.1

Jadual di atas menunjukkan umur yang terdiri daripada 100 orang pelajar. Didapati bahawa
lingkungan bilangan umur pelajar yang kurang daripada 12 tahun adalah sebanyak 1 dengan
kadar peratus 0.1. Selain itu, bilangan pelajar masih sama iaitu 1 bagi umur dalam lingkungan 13
tahun hingga 17 tahun dengan kadar peratus 0.1. Di samping itu, umur pelajar yang terdiri
daripada 18 tahun hingga 19 tahun adalah yang tertinggi dengan bilangan 94 pelajar ikuti
peratusan yang tertinggi sebanyak 0.94. Seterusya bagi kategori pelajar umur 20 tahun hingga 31
tahun, bilangan pelajar adalah sebanyak 3 dengan kadar peratusan sebaanyak 0.3. Akhir sekali,
bagi kategori pelajar umur 31 tahun ke atas bilangannya adalah rendah iaitu sebanyak 1 dengan
kadar peratusan 0.1.

Jadual 3 menunjukkan bilangan pelajar daripada pelbagai institut pengajian

Bil Item Bilangan Kadar


. pelajar peratusan

1. Sekolah rendah 1 0.1

2. Sekolah menengah 11 0.11

3. Universiti 86 0.86

4. Matrikulasi 1 0.1

5. politeknik 1 0.1
Jadual 3 menunjukkan bilangan pelajar daripada pelbagai institut pengajian. Dapat disimpukan
bahawa, bilangan pelajar yang tertinggi adalah daripada universiti iaitu sebanyak 86 pelajar
dengan kadar peratusan 0.86. Selain itu, bilangan pelajar yang paling rendah adalah daripada
sekolah rendah, matrikulasi dan politeknik iaitu sebanyak 1 dengan kadar peratusan sebanyak
0.1. Akhir sekali, bilangan pelajar daripada sekolah menengah juga menunjukkan bilangan
pelajar yang memuaskan iaitu sebanyak 11 orang dengan kadar peratusan sebanyak 0.11.

Jadual 4 menunjukkan platform yang seringkali digunakan oleh pelajar sewaktu proses
pembelajaran di atas talian (pilihan lebih daripada 1 )

Bil Platform item Bilangan pelajar Kadar


(pilihan lebih dari satu)

1 Zoom 50 0.140

2 Google meet 84 0.236

3 Microsoft teams 47 0.132

4 Telegram 67 0.188
5 Whatsapp 71 0.199

6 webex 28 0.079

7 Lain lain 8 0.022

Berdasarkan Jadual 4,Google Meet merekodkan platform yang paling kerap digunakan oleh
pelajar semasa proses PnP dengan jumlah bilangan pelajar yang tertinggi iaitu 84 orang. Hal ini
juga menunjukkan Google Meet lebih serasi dengan pelajar dalam melaksanakan proses PnP.
Seterusnya, platform Whatsapp merupakan platform yang kerap digunakan dengan merekodkan
71 orang respondents yang menggunakannya. Proses PnP yang boleh dilakukan melalui
Whatsapp adalah seperti perbincangan tentang topik-topik tertentu antara pengajar dan pelajar.
Ianya sesuai apabila proses PnP tidak dijalankan secara tidak segerak. Telegram yang merupakan
aplikasi komunikasi seperti Whatsapp,menyediakan lebih banyak fitur yang sesuai digunakan
untuk proses PnP. Seramai 67 orang responden telah direkod menggunakan Telegram untuk
menjalankan proses PnP. Platform Zoom,Microsoft Teams dan Webex masing-masing
mempunyai jumlah bilangan pelajar 50,47 dan 28 orang. Platform-platform ini mempunyai fitur
yang hampir sama iaitu menyediakan medium bagi melaksanakan PnP atas talian. Akhir sekali, 8
orang pelajar telah menggunakan platform-platform lain semasa PnP.
Jadual 5 menunjukkan cabaran cabaran yang dihadapi oleh pelajar sewaktu pembelajaran dan
pengajian di atas talian.

Bil Cabaran semasa proses PnP Bilangan pelajar Kadar


(pilihan lebih dari
satu)

1 Rangkaian internet yang lemah 82 0.194

2 Kurang jelas dengan struktur 61 0.144


pembelajaran

3 Kurang interaksi antara 83 0.196


guru/pensyarah dengan murid

4 Kurang motivasi diri untuk belajar 73 0.173

5 Servis internet yang mahal 39 0.092

6 Suasana rumah tidak kondusif 50 0.118

7 Salah faham daripada ibu bapa 21 0.05

8 Tiada kemudahan komputer atau 10 0.024


telefon pintar di rumah

9 Lain-lain 4 0.009
Jadual di atas menunjukkan cabaran yang dihadapi oleh pelajar sewaktu pembelajaran atas
talian. Kita tidak dapat menafikan bahawa pembelajaran dan pengajaran atas talian ini
memberikan banyak cabaran kepada pelajar, pengkaji juga mengkaji cabaran-cabaran yang
dihadapi oleh pelajar sewaktu pembelajaran dan pengajian di atas talian. Hal ini menunjukkan
bahawa cabaran yang sering berlaku ialah kurang interaksi antara guru atau pensyarah dengan
murid iaitu sebanyak 83 responden dan ia mewakili kadar 0.196, manakala cabaran yang kurang
berlaku adalah tiada kemudahan komputer ataupun lain-lain cabaran yang mana ia menunjukkan
bilangan responden 10 orang dan 4 orang.

Jadual 6 menunjukkan cara cara mengatasi cabaran semasa proses pembelajaran dan pengajaran
atas talian.

Bil Cara mengatasi cabaran semasa Bilangan pemilihan Kadar


PnP oleh pelajar (pilihan
lebih dari satu)
1 Pihak Kementerian Pendidikan 73 0.54
perlu menyediakan kemudahan
komputer atau internet bagi
memudahkan pelajar mengikuti
P&P.

2 Pelajar boleh duduk di satu 54 0.40


tempat yang jauh daripada
suasana bising semasa P&P
seperti berada di dalam bilik atau
diluar rumah (masih lagi di
kawasan rumah).

3 Lain-lain 8 0.06

Pembelajaran dan pengajaran dalam talian adalah amat sukar dalam kalangan pelajar atas
beberapa faktor bagi setiap individu, dan apakah cara-cara yang boleh dibuat bagi membendung
masalah ini? Berdasarkan kajian ini, Pihak Kementerian Pendidikan perlu menyediakan
kemudahan komputer atau internet adalah salah satu cadangan yang memperoleh pilihan yang
tertinggi 73 responden. Dari sini kita perlu tahu bahawa tidak semua keluarga mampu membeli
alat elektronik yang kian meninggi harganya. Kita perlu faham mungkin segelintir keluarga
hidup dalam kesusahan yang hanya mampu berkongsi gajet dengan adik-beradik dan sebagainya.
Jadi dengan ini, pihak kerajaan perlu menyediakan kemudahan laptop kepada mereka yang
berkemampuan. Pihak kerajaan perlu peka terhadap hidup rakyatnya yang menghadapi
kesusahan supaya mereka tidak terlepas untuk mengambil kesempatan yang kerajaan sediakan.

Cadangan lain bagi mengatasi masalah para pelajar dalam pembelajaran atas talian ialah
pelajar boleh duduk di satu tempat yang jauh daripada suasana bising semasa P&P seperti berada
di dalam bilik atau diluar rumah. Persekitaran juga mempengaruhi keberkesanan individu dalam
belajar. Suasana yang tenang dan senyap adalah faktor penting yang perlu ditekankan untuk
pelajar belajar dengan lebih efektif. Antara contoh yang kita dapat kaitkan adalah apabila pelajar
belajar di dalam rumah yang mempunyai suasana yang agak bising dari jiran tetangga dan juga
adik-beradik yang kecil boleh mengganggu ketenteraman pembelajaran.Jadi, dengan itu pelajar
perlu duduk di tempat yang jauh daripada suasana bising semasa P&P.
KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan daripada kajian yang dijalankan, dapat dinyatakan bahawa pembelajaran
di atas talian ini memberikan kesan yang sangat besar kepada pelajar terutamanya pada zaman
negara dilanda wabak penyakit. Menurut daripada kajian, ramai pelajar yang mengatakan mereka
lebih tertekan belajar secara atas talian, hal ini demikian kerana capaian internet yang sangat
tidak baik, kurang interaksi antara pensyarah dan pelajar, kurang memahami dengan apa yang
dipelajari dan juga suasana yang sangat tidak kondusif.

Namun tidak juga dinafikan bahawa pembelajaran di atas talian ini sedikit sebanyak telah
pun meningkatkan kemahiran pelajar dalam penggunaan teknologi seperti pengguna Words,
google classroom, Microsoft teams, dan webex. Sebarang masalah yang dihadapi oleh pelajar
pasti ada jalan penyelesaiannya, besar harapan agar pihak kerajaan iaitu kementerian pendidikan
sendiri memberikan bantuan pengajian dengan lebih berstruktur, sebagai contoh, peruntukkan
khas dana hanya untuk penambahbaikkan rangkaian internet di kawasan kawasan yang kurang
capaian internet terutamanya di kawasan kampung, selain itu diperuntukan juga untuk
mewujudkan pusat pusat kemudahan yang lebih baik bukan sekadar melepasi syarat, namun
harus dipertimbangkan juga keselesaan dan kemudahan yang akan memberi manfaat kepada para
pelajar sama ada diperingkat Universiti mahu sekolah menengah. Pusat kemudahan tersebut
termasuk pembinaan infrastruktur seperti perpustakaan mini, pusat komputer, dan perbanyakkan
ruang belajar yang kondusif bagi pelajar. Walaupun benar, kerajaan telah pun mewujudkan
semua kemudahan yang disebutkan namun, kemudahan ataupun bantuan ini tidak dilakukan
secara menyeluruh, buktinya, masih lagi terdapat pelajar yang mempunyai masalah untuk
mengikuti pembelajaran atas talian. Selain daripada itu, ibu bapa juga amat memainkan peranan
yang penting bagi membantu anak-anak menjalani pembelajaran di atas talian, Ibu bapa haruslah
memahami situasi anak anak walaupun mereka berada dirumah, namun tidak sewajarnya jadual
waktu mereka diganggu. Suasana di dalam rumah yang bising amat memberi tekanan yang besar
kepada para pelajar.

Akhir kata, walaupun terdapat banyak dugaan dan rintangan yang dihadapi pelajar, ini
langsung tidak mematahkan semangat mereka untuk terus berjuang dalam pembelajaran.
Generasi inilah yang akan lebih berkemampuan untuk menempuh alam pekerjaan kelak.
RUJUKAN

Abdul Karim, L. A. (2020). PKP: E-Pembelajaran tidak segerak sesuai di luar bandar,
pedalaman. Berita Harian Online. Retrieved from
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/04/677952/pkp-epembelajaran-tidak-segerak-
sesuai-di-luar-bandar-pedalaman

C. (n.d.). Pembelajaran Online: Cabaran dan Cara Mengatasinya. XpresiPortal Pendidikan,


Kerjaya Dan Informasi, Utama Di Malaysia. Retrieved from
https://www.xpresi.org/pembelajaran-online-cabaran-dan-cara-mengatasinya/

Chinaza Solomon Ironsi. (2021) Google Meet as a synchronous language learning tool for
emergency online distant learning during the COVID-19 pandemic: perceptions of language
instructors and preservice teachers. Journal of Applied Research in Higher Education

Goliong, L., Kasin, A., Johnny, M., & Yulip, N. G. (2020). Cabaran pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran jarak jauh (PDPCJJ) semasa perintah kawalan pergerakan (PKP). Retrieved from
https://www.academia.edu/43147586

Hassan, Johari and Kamisan, Siti Norazlina.(2010). Halangan terhadap penggunaan komputer
dan ICT di dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) di kalangan guru di sekolah menengah
kebangsaan luar bandar di daerah Kulai Jaya, Johor. N/A, 1-10.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2020).Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 3 Tahun 2020:


Garis Panduan Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Semasa Perintah
Kawalan Pergerakan Disebabkan Penularan Jangkitan Covid-19.

Mahdzir Khalid. (2021). Cabaran pendidikan dalam talian – Realiti atau fantasi. Retrieved from
Cabaran pendidikan dalam talian - Realiti atau fantasi? - Utusan Digital
Nilavani mahalingam dan Khairul Azhar, 2021, Impak Dan Cabaran Pelaksanaan Pengajaran
Dan Pembelajaran Atas Talian Semasa Perintah Kawalan Pergerakan, Jurnal Dunia Pendidikan,
[S.l.], v. 3, n. 4, p. 104-115, dec. 2021. ISSN 2682-826X

Nor Fauziana Mohd Salleh. (2020). Pandemik Coronavirus (Covid-19): Pembelajaran Dan
Pengajaran Secara Atas Talian Suatu Keperluan Di Malaysia. Retrieved from
https://www.researchgate.net/publication/342886967

Nor Hidayati Mokhtar. (2020). Pembelajaran Atas Talian Untuk Pembelajaran Sepanjang Hayat.
Retrieved from
https://news.utm.my/ms/2020/04/pembelajaran-atas-talian-untuk-pembelajaran-sepanjang-hayat/

Anon, (n.d.), Strengths and Weaknesses of Online Learning - ION Professional eLearning
Programs - UIS. ION Professional ELearning Programs. Retrieved from
https://www.uis.edu/ion/resources/tutorials/online-education-overview/strengths-and-weaknesses

Anda mungkin juga menyukai