Anda di halaman 1dari 26

PENGENALAN Menurut wikipedia, salah seorang profesor di Universiti Malaya mengesali keadaan sesetengah pelajar universiti yang tidak

mampu menulis surat dan berbahas. Beliau berkata, "Mereka tidak memahami apa yang saya katakan ... Saya tidak dapat berkomunikasi dengan mereka." Tambah beliau, "Sebelum 1957, wira sekolah bukan mereka yang mendapat 8A atau 9A tetapi merupakan pembahas yang baik, pelakon yang baik, ahli sukan yang baik dan mereka yang memimpin Persatuan Pengakap." Mengapa hal ini terjadi? Menurut Falsafah Pendidikan Kebangsaan (1996), Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan warga Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.. Maka, sistem pendidikan yang dibina bertujuan untuk membangun potensi dari segala segi termasuklah berfikir. Dalam menuju Wawasan 2020 yang direncanakan Tun Dr Mahathir Mohammad, Malaysia memerlukan para-para pemikir yang mampu menyumbang kepada negara. Malaysia dapat melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dari segi akademiknya tetapi sejauh mana ia mampu membuatkan pelajar berfikir?

Definisi Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif (KBKK) Menurut Dewey (1910) melalui Dr. Rosnanaini Sulaiman dan rakan-rakan (2011), pemikiran sebagai aktiviti metal dalam sesuatu proses untuk

menyelesaikan masalah yang dihadapi. Menurut Poh Swee Hiang (2005), pemikiran kritis adalah pemikiran yang mahir dan bertanggungjawab untuk memudahkan proses memberi pendapat, membuat anggaran, kesimpulan atau keputusan dengan bijak. Pemikiran kreatif pula adalah pemikiran produktif yang bercapah. Menurut Som Hj Nor dan Mohamad Dahalan Mohd Ramli (1998), kemahiran berfikir secara kritis merupakan kecekapan dan keupayaan seseorang

menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan, keesahan dan mengenalpasti kelemahan sesuatu hujah, dan membuat pertimbangan yang sewajarnya dengan menggunakan alasan atau bukti yang munasabah. Menurut Bloom (1956) melalui Dr. Rosnanaini Sulaiman dan rakan-rakan (2011), kemahiran berfikir kreatif adalah sintesis yang bermaksud kebolehan seseorang menganalsis maklumat dan membentuk semula maklumat tersebut supaya menjadi idea yang unik. Secara kesimpulannya, pemikiran kritis melibatkan operasi mental berpandukan logik seperti proses membanding beza, menganalisis, meramal dan sebagainya. Berbeza pula dengan pemikiran kreatif yang memberi penekanan kepada penjanaan idea, melukis dan mencipta sesuatu yang berbeza.

PERBINCANGAN ISI Kepentingan Kemahiran Berfikir Pusat Perkembangan Kurikulum (1993) mengelaskan empat kemahiran berfikir iaitu kemahiran berfikir secara kritis, kreatif, kemahiran penyelesaian masalah dan kemahiran membuat keputusan. Berpandukan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dapat dilihat Kementerian Pelajaran mengharapkan perkembangan potensi dikembangkan secara bersepadu termasuklah kemahiran berfikir yang perlu dibangunakn selari dengan perkembangan lain. Melalui kemahiran berfikir, pelajar dapat berfikir secara kritis dan kreatif bagi menghadapi zaman globalisasi yang tiada sempadan dan semakin maju. Confucius (551-475 S.M) pernah mengatakan belajar tanpa berfikir tidak akan terlepas dari keadaan keraguan. Secara ringkasnya, belajar tanpa berfikir mungkin menimbulkan kesilapan semasa kita membuat keputusan ataupun menyelesaikan masalah berkenaan. Bagi mencapai tujuan tersebut, aktiviti dan latihan yang bercorak meransang pemikiran kritis dan kreatif perlu diwujudkan. Golongan pekerja sama ada di dalam sektor awam, swasta atau persendirisan sangat perlu menguasi kemahiran berfikir. Mereka ini akan melalui keadaan di mana memerlukan mereka membuat penilaian dan keputusan secara rasional. Dengan kebijaksanaan berfikir dan memahami proses untuk

menyelsaikan masalah, maka mereka dapat membangunkan diri, masyarakat dan negara serta melahirkan generasi yang berdaya saing.

Kemahiran berfikir membolehkan kita memperolehi pelbagai jenis ilmu yang digunakan untuk kepentingan diri, membuat keputusan yang wajar dan penyesuaian diri di alam persekitaran. Budaya yang merangkumi sikap, cara hidup, tradisi, tingkah laku, bahasa dan kesenian boleh diertikan sebagai segala ilmu pengetahuan. Menurut Dr Rosnanaini Sulaiman dan rakan-rakan (2011), terdapat enam jenis bidang iaitu budaya membaca, berfikir, belajar, berkarya, bermusyawarah dan refleksi. Kejayaan keseluruhan bidang yang membawa kepada budaya ini bergantung kepada kemahiran berfikir dalam masyarakat tersebut. Negara Malaysia memerlukan individu-individu pemikir yang mampu membawa perubahan kepada negara. Setiap tahun, statistik peningkatan akademik dalam peperiksaan SPM meningkat dan mereka terpaksa bersaing sama sendiri untuk menempatkan diri dalam dunia pekerjaan tetapi tidak dapat membuat keputusan dengan baik. Maka, berlakulah rasuah, penyelewengan dan sebagianya. (Rujuk lampiran 1)

Berfikir Pada Sudut Pandangan Islam Al-Quran sendiri menekankan penggunaan akal untuk melihat, berfikir, mengamati dan memerhati. Menurut pandangan Islam, berfikir ialah fungsi akal yang mengawal tenaga supaya otak manusia dapat bekerja dan beroperasi. Tenaga ini dapat diperoleh melalui tafakur (merenung). Melalui akitivti-aktiviti ini kita memperolehi ilmu dalam persekitaran. Menurut ajaran Islam, akal manusia membolehkan kita membaca, memerhati dan memahami tanda-tanda atau
4

fenomena di sekeliling kita serta membuat keputusan yang wajar. Berfikir merupakan fungsi akal yang utama dan tujuan berfikir ialah mencari rahsia ciptaan Allah, mengenali Penciptanya serta memakmurkan alam. Kepentingan berfikir sangat ditekankan dalam Al-Quran seperti berikut : Allah menukarkan malam dan siang silih berganti; sesungguhnya yang demikian mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orangorang yang celik mata hatinya berfikir. - Surah Al-Noor ayat 44 Tidakkah engkau memerhatikan bahawasanya kapal-kapal belayar di laut dengan nikmat kurnia Allah, untuk diperlihatkan kepada kamu sebahagian dari tanda-tanda kemurahanNya? Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan dan bukti (untuk berfikir) bagi tiaptiap (mukmin) yang tetap teguh pendiriannya, lagi sentiasa bersyukur. Surah Luqman ayat 32

Mentaliti Masyarakat Malaysia Dalam Aspek Pendidikan Menurut Syed Alwi Al-Atas (2012), mentaliti akan menjadi satu sistem yang akhirnya membawa kepada budaya dalam masyarakat itu sendiri. Pada zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad, beliau

memperkenalkan dasar pandang ke timur. Beliau mencontohi negara tersebut yang mampu membangunkan negara dalam masa 50 tahun selepas dibom di Hiroshima dan Nagasaki. Berbeza dengan negara Barat seperti England yang banyak menggunakan pemikiran bersifat tradisional. Edward De Bono menyatakan bahawa sepatutnya pencapaian kemajuan negara Barat sepatutnya 300 tahun dahulu mengikut andaian beliau. Pemimpin Barat kebanyakannya terkongkong dengan pemikiran Socrates, Aritotle dan Plato yang banyak menggunakan pemikiran induktif dan membataskan pemikiran. Di Malaysia sendiri banyak terpengaruh dengan pemikiran cara ini.
5

Sehingga kini, masyarakat sering keliru antara pelajar yang mempunyai kecerdasan dan kreativiti antara pelajar yang tinggi IQ dan kreativiti. Mereka sering dianggap pelajar pintar yang setaraf. Kajian yang dijalankan oleh Persatuan Kanak-Kanak Berbakat Amerika membuktikan bahawa pelajar yang tinggi IQ dan kreativiti boleh mengawal keseimbangan diri dalam dua-dua bahagian. Pelajar yang rendah IQ tetapi tinggi kreativiti pula mengalami masalah dengan penyesuaian suasana sekolah. Pelajar yang tinggi IQ tetapi rendah kreativiti menunjukkan kegigihan untuk belajar dan ketagihan untuk berjaya. Mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan tersebut. Pelajar yang rendah IQ dan rendah kreativiti pula cuba mengimbangi kelemahan mereka

dengan cara melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti di sekolah secara aktif. Mereka yang rendah IQ bukan bererti tidak pandai seperti yang digambarkan masyarakat. Masyarakat hari ni mahu melahirkan anak-anak yang pandai. Masa kini, ibu bapa sibuk dan berlumba-lumba menghantar anak mereka ke tuisyen sejak berumur 4 tahun. Pada usia prasekolah, kanak-kanak sekecil itu sudah mengheret beg ke pusat tuisyen. Di manakah pembelajaran yang menyeronokkan? Anak-anak mengikut kemahuan ibu bapa. Ibu bapa sibuk bekerja tetapi dalam masa yang sama mahukan anak mereka berjaya walupun masih kecil. Maka , mereka memenuhkan jadual anak mereka sama seperti mereka. Tidak cukup dengan sekolah, mereka dihantar ke tuisyen, kelas piano dan kelas taekwondo. Pada waktu malam apabila berjumpa dengan ibu bapa, ada di antara kanak-kanak yang perlu belajar atau membuat latihan di hadapan ibu bapa. Keadaannya menjadi semakin parah apabila melangkah ke sekolah rendah dan

menengah. Di sebalik kebaikan yang wujud, tidakkah ibu bapa berlaku tidak adil dengan menyekat hak mereka? Dalam iklan-iklan di televisyen banyak mendedahkan kita dengan pentingnya keseronokan dunia kanak-kanak. Sebagai contoh, iklan sabun cucian baju dan Milo. Iklan Milo memperkenalkan tagline, Hak Bermain Hak Kami. Fikirkan, berapa banyakkah hak anak-anak yang telah ibu bapa curi untuk memenuhi permintaan mereka? Namun, dalam hal ini tidak seharusnya meletakkan kesalahan tersebut kepada ibu bapa kerana itulah mentaliti dan keperluan masyarakat pada hari ini. Mereka perlu melakukan sedemikian kerana orang lain juga begitu. Semua orang berlumba untuk membuatkan anak mereka bijak, pandai dan mempunyai lebih kemahiran. Mereka mahukan prestasti dan keputusan yang cemerlang tanpa melihat proses-proses yang berlaku. Mengapa? Hal ini adalah kerana sistem pendidikan yang ada di Malaysia

berorientasikan peperiksaan. Maka, apa yang dilihat adalah pencapaian akademik berbanding lain. Bukankah tertulis dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan bahawa Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis tetapi dalam situasi ini, sistem dan masyarakat sendiri melebihkan akademik berbanding perkembangan lain.

Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif di Sekolah Sistem pendidikan di Malaysia berjaya melahirkan ramai pelajar yang cemerlang dan mampu mewujudkan peluang pekerjaan yang banyak dan

meletakkan pendidikan sebagai antara agenda utama dalam Bajet 2013 yang diumunkan Perdana Menteri iaitu sebanyak RM500 juta. (Utusan, 2012). Selain itu, seramai 15,793 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2012 memperoleh gred A bagi semua mata pelajaran yang diduduki, peningkatan 0.13 peratus berbanding 15,079 calon pada 2011. (Sinar Harian, 2012). Maka, adalah salah jika penulis mengatakan bahawa sistem pendiidkan di Malaysia gagal. Namun, daripada pelajar-pelajar cemerlang yang lahir daripada sekolah-sekolah biasa atau sekolah cemerlang, sejauh manakah murid berfikir? Dari satu sudut, sistem pendiidkan kita berjaya memberi pelajar banyak kerja rumah dengan harapan supaya mereka dapat menyiapkannya dengan betul. Situasi yang berlaku dalam sistem pendidikan di Malaysia adalah para guru dan masyarakat sendiri terperangkap dalam suatu sistem yang meneruskan kewujudan sistem itu sendriri. Kenyataannya, dalam sistem pendidikan kita, perkara baru sukar dan takut dicuba. Guru-guru atau pegawai jabatan di Kementerian Pendidikan akan dihantar ke negara-negara luar untuk melihat keberkesanan sistem pendidikan mereka dan cuba mengadapatasi dalam pembelajaran di Malaysia. Kita menunggu untuk sesuatu perkara itu dicuba terlebih dahulu sebelum diaplikasi di Malaysia. Begitu jugalah halnya yang berlaku dalam bidang penerbitan. Para penerbit tidak berani menerbitkan bahan-bahan yang belum pasti mendapat permintaan tetapi bergantung kepada apa yang diajar di sekolah, mengikut kurikulum. (Ainon
8

&Abdullah,1994). Pelajar diibaratkan seperti tidak dibenarkan untuk belajar selain daripada apa yang terkandung dalam buku sekolah. Hal ini berlaku kerana fokus utama belajar adalah untuk berjaya dan ia membawa maksud bahawa pelajar perlu menjawab soalan dalam peperiksaan untuk mendapat gred A. Kebanyakan mereka hanya tahu nama penjajah negeri, kiraan matematik, kedudukan negeri dalam peta Malaysia tetapi tidak tahu bagaimana untuk sebuah kedai beroperasi. Objektif dalam sistem ini secara logiknya adalah memberi maklumat yang kemudiannya diuji dalam peperiksaan. Banyak kemahiran yang boleh diajar selain daripada mata pelajaran di sekolah seperti kemahiran berfikir, kemahiran sosial dan kemahiran berkomunikasi yang tidak mendapat dalam bilik darjah. Pelajar sendiri tidak tahu akan kewujudan kemahiran-kemahiran ini. Maka, berlaku masalah apabila pelajar pandai memberi maklumat tetapi tidak berkemahiran untuk menaakulnya.

Benarkah sekolah mengajar pelajar berfikir? Sistem pendidikan yang berada di bawah Kementerian Pelajaran percaya bahawa sistem ini berjaya membuatkan pelajar berfikir dan tiada siapa boleh menafikannya. Buktinya, pelajar-pelajar berjaya lulus dalam peperiksaan,

menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi dan mendapatkan pekerjaan. Inilah produk yang dihasilkan oleh suatu sistem yang membuktikan kebenaran dirinya sendiri. Sistem pendidikan kita menyediakan sendiri peperiksaan yang tujuannya ialah menguji sejauh mana ia berjaya melatih pelajar untuk mendduki peperiksaan itu.
9

Sejauh mana sekolah mengajar pelajar pelajar berfikir? Sekolah mengajar maklumat dengan menganggap bahawa pelajar akan belajar berfikir sendiri kerana terpaksa mencari pelbagai maklumat dan belajar menggunakannya dalam kehidupan seharian. Dalam dunia masa kini, pelajar-pelajar cemerlang hanya akan cemerlang dalam bidang yang mereka pelajari sahaja. Di luar bidang itu, mereka tidak cemerlang. Apabila diminta untuk berfikir selain daripada subjek yang dipelajari, mereka tidak mampu. Hal ini menjelaskan perbezaan berfikir dengan maklumat. Kementerian Pelajaran menganggap bahawa apa sahaja mata pelajaran akan membantu pelajar berfikir kerana pelajar akan menggunakan otak mereka untuk berfikir sewaktu belajar. Namun, pemikiran mereka terperangkap kepada perkara yang ,mereka belajar sahaja. Sistem pendidikan tidak dapat mengajar subjek-subjek kemahiran yang diperlukan dan diajar di sekolah-sekolah luar negara kerana banyak kekangan. Guru-guru tidak mampu untuk mengajar subjeksubjek tersebut kerana tidak ada latihan atau pengalaman yang diperlukan. Selain itu, memerlukan kos, bahan dan juga kerana jadual harian yang ada sekarang ini sudah penuh dengan subjek yang terlalu banyak. Secara umumnya, ibu bapa juga sedar betapa beratnya beg anak-anak mereka walaupun berada di Tahun 1. Oleh itu, lebih baik guru mengajar subjeksubjek yang sedia ada. Walaupun kita semua terperangkap dalam sistem pendidikan ini, ada guru yang peka terhadap keperluan-keperluan lain seperti kemahiran sosial dan kemahiran berfikiir tetapi guru tersebut tersekat dengan subjek yang harus diajar kerana matlamat belajar di sekolah rendah dan menengah secara mudahnya untuk memastikan pelajar-pelajarnya berjaya ke
10

universiti

dan

mendapat

pekerjaan.

Guru

beranggapan

bahawa

itulah

tanggungjawabnya kerana itu adalah mentaliti dan keperluan yang dimahukan ibu bapa, masykarakat dan juga negara. Secara mudahnya, guru menagajar maklumat, bukan berfikir. Dalam sistem pendidikan ini, wujud satu gejala dinamakan kesan pintu gerbang. Gejala ini menerangkan, kalau seratus orang murid cemerlang masuk pintu gerbang, maka seratus orang jugalah murid cemerlang yang akan keluar dari pintu gerbang tersebut. (Ainon dan Abdullah,1994). Gejala ini menjelaskan mengapa sekolah terbaik mengeluarkan pelajar terbaik. Pintu gerbang itu tidak berperanan pada kecemerlangan pelajar-pelajar tersebut. Belum tentu cara mengajarnya adalah terbaik, tetapi yang pastinya pelajar mereka sudah memang terbaik. Pemikiran Yang Diajar Di Sekolah Pemikiran yang diajar di sekolah dan universiti di Malaysia adalah teknik berfikir logikal cara Barat iaitu pemikiran vertikal. Proses berfikir menggunakan pemikiran ini diibaratkan sebagai menggali lubang yang ada supaya lebih dalam. Pemikiran vertikal bersifat memilih dan menggunakan penilaian sebagai dasar pemilihannya berdasarkan sistem ya atau tidak. Kita hanya dibenarkan memilih hanya 1 jawapan dan menyisihkan jawapan lain yang dianggap salah. Logik pemikiran ini hanya berminat untuk memastikan di mana idea tersebut datang bermakna perlu logik megikut pemikiran indvidu tersebut. Pemikir dalam logik vertikal akan mencari jalan untuk membuktikan mengapa idea itu akan gagal supaya dapat ditolak. Antaranya adalah perlu mencari bukti iaitu terpaksa kembali
11

kepada pola pemikiran sedia ada.

Secara mudahnya, logik vertikal hanya

berminat untuk memilih apa yang difikirkan. Bahayanya pemikiran jenis ini adalah menyekat si pemikir daripada mengemukakan idea baru. Oleh sebab takut tidak dapat membuktikan idea tersebut, kita lebih selesa untuk mencari idea yang berkaitan dengan idea sedia ada. Kesannya, tidak timbul idea yang mencabar dan peluang untuk berfikir secara kreatif akan tumpul. Selain tidak dapat mendorong otaknya ke depan, pemikir dalam logik vertikal ini juga tidak berminat dengan perubahan serta memberi lebih banyak kemahiran untuk berkata TIDAK. Perkataan seperti berikut banyak wujud dlam proses pemikiran vertikal : Itu tak betul! Bodoh! Tidak berdasarkan kenyatan. Awak gilakah?

Apa yang dapat dilihat pada hari ini, pelajar sejak dari darjah 1 datang ke sekolah dengan beg yang mampu menghilangkan imbangan badan mereka, diajar pelbagai subjek yang ibu bapa sendiri tidak dapat membimbing mereka untuk mendapatkan nombor 1 dan menjadi yang terbaik? Semenjak bilakah sekolah berfungsi untuk memberi tekanan? Pelajar yang berfikir dan banyak tanya soalan yang di luar jangkaan tidak akan disenangi guru. Maka, di mana ruang pelajar untuk berfikir? Mereka disekat untuk berfikir di luar konteks pelajaran. Lupakah kita bahawa manusia-manusia hebat di dunia mencipta pelbagai alatan daripada soalan-soalan yang datang dari pemikiran yang dinggap pelik? Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri sewaktu kecil
12

pernah berkata ingin membina jambatan yang terpanjang. Pada ketika itu, tiada siapa merasakan ia nya boleh dicapai dan menjadi bahan tawa. (Tun Dr Mahahathir Mohamad, 2012). Maka, mengapa tidak pelajar kita diberi ruang sebegitu menggunakan medium pembelajaran dalam kelas? Guru tidak toleran kepada jawapan yang lain selain dari yang sepatutnya. Mentaliti yang menyekat mereka dari berfikir secara kreatif telah menjadi sistem dan budaya yang ada pada diri mereka. Mereka tidak dibenarkan untuk mencabar persekitaran mereka. Oleh itu, apabila berhadapan dengan masalah, mereka akan menyelesaikan mengikut apa yang mereka pelajari. Pelajar takut utuk berfikir dan mencuba idea baru. Pelajar juga diajar dengan berfikir secara reaktif, analitikal dan logikal. Dalam bilik darjah, para pelajar dikehendaki menganalisis masalah dan mengemukakn jawapan mereka. Para pelajar yang cemerlang akan cekap menyelesaikan masalah jenis reaktif. Aspek utama dalam pemikiran ini adalah para pelajar memerlukan semua maklumat yang lengkap. Tanpa maklumat

tersebut, mereka tidak dapat menganalisis masalah yang ada. Inilah juga pemikiran yang wujud dalam sistem pendidikan kita. Pelajar yang mencapai keputusan yang cemerlang sewaktu menjawab soalan reaktif mungkin gagal menjawab soalan projektif. Pelajar-pelajar sekolah telah terlatih untuk bertungkus lumus menyelesaikan bermacam-macam masalah analitikal jenis reaktif yang diberikan kepada mereka oleh guru dan buku teks. Maka, lahirlah pelajar-pelajar cemerlang yang digelar budak buku teks.

13

Seorang pemikir projektif mampu menyelesaikan masalah tanpa maklumat yang lengkap. Pelajar akan mampu menggunakan otaknya untuk menghasilkan maklumat tambahannya sendiri. Teknik berfikir projektif diperlukan untuk rekacipta, keusahawanan dan pelbagai lagi. Oleh itu, pelajar yang lemah akademiknya dapat menyelesaikan masalah projektif. Mengikut Taksonomi Bloom, beliau membahagikan aras pemikiran kepada enam iaitu pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Kebanyakan pelajar menfokuskan kepada pengetahuan, kefahaman dan aplikasi iaitu pemikiran aras rendah yang menggunakan kaedah mengingat sebagai cara pembelajaran dan syarat bagi menguasai aras pemikiran seterusnya. Inilah kelemahan yang dapat dilihat pada pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah.

Potensi berfikir pelajar dan penumpulannya Setiap indivu dilahirkan dengan potensi yang berbeza-beza. Yang pastinya, sejak kanak-kanak mereka adalah kreatif. Pada usia kanak-kanak, kita sendiri dapat melihat bagaimana mereka mampu melakukan pretend play, imitasi, berimaginasi, intuitif dan berfikir secara anamisme. Di sinilah, otak mereka berfikir secara kreatif dan menggunakan otak untuk serap dan resap seperti span. Sayangnya, dalam proses bergelar seorang yang dewasa mereka melalui proses yang memberi tekanan dan menyekat kemahiran tersebut. Mereka diharuskan belajar apa yang perlu demi mengembangkan keupayaan lain. Kadang kala guru menganggap pelajar sering tertinggal adalah pelajar yang malas, tidak pandai dan pelbagai persepsi negatif sedangkan mereka tidak berminat terhadap subjek14

subjek tersebut. Sebagai contoh, di Malaysia seni lukis, seni muzik dan rekacipta kurang mendapat tempat di hati guru dan masyarakat sedangkan itulah yang dimahukan mereka. Pelajar juga tidak diizinkan untuk berfikir secara kreatif utuk menyelesaikan masalah. Sebagai contoh, (Rujuk lampiran 2) Individu kreatif yang kita temui bukanlah sepenuhnya hasil sistem

pendidikan sekarang, sebaliknya mereka tetap kreatif walaupun disekat sistem yang ada. Biasanya, individu yang kreatif ini akan berada di kelas terakhir dan tidak mempunyai prestasi yang baik tetapi mereka berjaya menempatkan diri di universiti dan bekerja sebagai jurugambar, pelukis, guru seni, pelukis komik, pengusaha makanan dan sebagainya. Hal ini bukan kerana mereka tidak pandai dan tidak mahu menjadi doktor atau peguam tetapi potensi mereka bukanlah sebagai doktor atau peguam. Ramai yang mampu menempatkan diri dalam masyarakat dan mempunyai kemahiran sosial dan kemahiran berfikir yang kadangkala lebih baik dari pelajar yang cemerlang. Hal ini kerana pelajar cemerlang menyelesaikan masalah berdasarkan fakta tetapi mereka

menyelesaikannya dengan cara yang mereka rasa betul. Hal ini kerana mereka mempunyai keceerdasan yang lain yang tidak dapat dikenaloasti oleh guru seperti muzik, kinestetik, eksistensial dan sebagainya. (Rujuk lampiran 3)

Kesilapan Yang Wujud Dalam Sistem Pendidikan Hakikatnya, sekolah menyediakan dua jenis insentif iaitu mendorong kejayaan dan mencegah kegagalan. Bagi kejayaan yang dicapai, akan memperolehi ganjaran berbentuk material, pujian atau pengiktirafan daripada
15

masyarakat. Berbeza dengan mereka yang gagal, tidak akan diiktiraf dan dipandang oleh masyarakat. Sejak kecil kita diajar bahawa kalau betul, mereka pandai dan kalau salah, mereka bodoh. Gred yang diperolehi dalam peperiksaan menentukan taraf mereka. Ia mengajar mereka betapa bernilainya satu jawapan yang betul. Oleh itu, mereka takut melakukan kesilapan kerana takut tidak akan mendapat gred yang baik. Pengalaman di sekolah mengajar mereka supaya berhati-hati agar tidak melakukan kesialapan. Dalam erti kata lain, pelajar hanya mencari jalan yang selamat. Suasana yang wujud ini membunuh pemikiran kreatif dan kritis serta semanagat mencuba pelajar. Sistem pendidikan kini yakin bahawa pemikiran yang tidak melakukan kesilapan adalah pemikiran yang baik. Tidak ada erti kata learn from mistake dalam hal ini tetapi never make a mistake. Disebabkan itu, ada pelajar yang tidak memperolehi keputusan yang baik dalam SPM akan merasakan tidak ada lagi harapan untuk mereka dan bertindak di luar kawalan. (Rujuk lampiran 4) Pernahkah kita terfikir bagaimana 15,793 daripada 472,541 pelajar yang menduduki SPM boleh mencapai gred A bagi semua mata pelajaran tetapi masih terdapat 364,200 pengangguran yang berlaku di Malaysia pada tahun 2010?

(Utusan, 2010) Hal ini kerana kurangnya kemahiran sosial, kemahiran berfikir dan juga kemahiran yang kita ambil tahu iaitu kemahiran menghadapi kegagalan. Maka, pelajar hanya mencari jalan selamat dan pekerjaan yang mereka rasa selamat untuk mereka sahaja iaitu yang pasti akan dapat pekerjaannya serta yang

16

berkaitan skop pelajarannya sahaja. Kebanyakannya gagal ketika menghadiri temuduga. Perbezaan Sistem Pendidikan Finland diiktiraf sebagai negara yang mempunyai sistem pendidikan terbaik di dunia. This is what we do every day, prepare kids for life . ( LynNell Hancock dalam http://www.smithsonianmag.com). Di Finland yang mempunyai pendidikan di dunia membangunkan potensi yang ada pada setiap pelajarnya dan menyediakan mereka untuk masa hadapan. We try to catch the weak students. Its deep in our thinking. Beginilah pemikiran guru-guru mereka. Mereka tidak mementingkan gred atau prestasi tetapi memastikan proses yang berlaku dalam pembelajaran dapat mencapai objektifnya oleh semua pelajar. Hal ini berbeza dengan Malaysia yang berorientasikan peperiksaan sedangkan mereka tidak mempunyai peperiksaan. Maka, sekolah adalah dunia bagi pelajar-pelajar, tempat mereka mengecapi keseronokan dan belajar tanpa tekanan. (Rujuk lampiran 5) Timo Heikkinen, a Helsinki principal with 24 years of teaching experience. If you only measure the statistics, you miss the human aspect. ( LynNell Hancock dalam http://www.smithsonianmag.com).

Berpandukan kata-kata di atas, pastinya menunjukkan kelemahan yang ada pada sistem pendidikan kita untuk memastikan prestasi meningkat setiap tahun sedangkan kelemahan yang wujud di mana wujudnya lopak-lopak tidak dapat
17

dikesan. Di Finland, kemahiran sosial dan kemahiran berfikir diajar secara menyeluruh. Berbeza dengan sistem pendidikan di Malaysia yang mengajar maklumat, bukan berfikir serta mengabaikan aspek-aspek yang lebih penting seperti nilai-nilai Islam atau murni yang diajar dengan tepat tetapi kurang diterap pada diri pelajar. Disebabkan itu, dapat dilihat walaupun makin ramai pelajar cemerlang, tetapi pelajar yang terlibat dalam gejala negatif juga tidaklah berkurang. Strategi Untuk Meningkatkan KBKK Pelajar Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025, Kementerian Pelajaran berhasrat melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai kemahiran berfikir yang baik selain kemahiran-kemahiran lain (rujuk lampiran 3). Oleh itu, terdapat strategi yang boleh digunakan untuk merealisasikan matlamat tersebut. Menurut Som Hj Nor dan Mohd Dahalan Mohd Ramli (1998), penggunaan KBKK dalam bilik darjah boleh diterapkan secara terpisah atau penyebatian iaitu tanpa disepadukan dengan kandungan pelajaran atauapun disepadukan secara sepenuhnya atau separa. Contohnya, dalam proses pembelajaran guru boleh memilih topik yang mencabar minda, menggunakan aktiviti dan latihan serta mengaplikasikannya dalam kehidupan pelajar. Selain itu, secara pengurusan lisan iaitu menggunakan soalan-soalan ransangan untuk menggalakkan murid berfikir dan bertindak balas supaya wujud interaksi yang aktif antara mereka. Soalan-soalan aras tinggi boleh digunakan bagi membuatkan pelajar berfikir sesuatu yang melebihi jangkaan mereka. Guru berperanan agar tidak menyekat kemahuan mereka untuk berfikir dan bersoal
18

jawab. Jawapan yang pelbagai perlulah diterima oleh guru sebagai jawapan sebagai galakan kepada mereka. Di samping itu juga, pengurusan grafik dapat digunakan dalam bentuk lakaran, lambang dan penulisan mengikut kesesuaian tahap pelajar. Dengan cara ini, maklumat yang diterima akan dianalisis, dibanding, disusun dan dinilai dalam pemikiran mereka. Pelajar juga digalakkan menggunakan pengurusan grafik dalam menyampaikan maklumat atau meluahkan pendapat. Perkara lain yang boleh digunakan untuk meransang pemikiran pelajar adalah bahan pengajaran dan pembelajaran KBKK. Bahan yang digunakan perlulah menarik dan sesuai dengan objektif dan kemahiran berfikir yang hendak disampaikan. Bahan tersebut boleh disepadukan dengan unsur bermain supaya lebih menyeronokkan. Dengan cara ini, dapat meningkatkan inkuiri dan menyelesaikan masalah menggunakan pemikiran mereka. KESIMPULAN
Di manakah kedudukan sistem pendidikan kita berbanding sistem negara lain? Adakah apa yang kita anggap baik sebenarnya sudah cukup baik? YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin (2011)- Pelan Pembangunan Pendidikan 20132025

Walaupun wujud kelemahan-kelemahan yang dinyatakan, Kementerian Pelajaran peka dan sedar akan lopak-lopak yang wujud dalam sistem tersebut. Selaras dengan itu, kerajaan telah memperuntukkan RM500 juta serta merangka Pelan Pembangunan Pendididkan 2013-2025 bagi meningkatkan kualiti pendidikan dan kemahiran berfikir para pelajar. (Rujuk lampiran 6)

19

Malasyia menuju ke arah tersebut dari pelbagai aspek dalam pendidikan seperti kualiti guru, suasana pembelajaran serta potensi pelajar itu sendiri. Sistem yang sudah sebati dengan masyarakat Malasysia yang mementingkan

kecemrlangan akademik sahaja sudah menjadi budaya. Namun, bagi melakukan perubahan ini mengambil masa yang lama dan mentaliti masyarakat perlu diubah seiring dengan sistem pendidikan.

Walaupun sistem pendidikan di Malaysia bercorakkan akademik, tetapi guru boleh menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif dengan pelbagai strategi dan kaedah. Pembelajaran akan lebih menyeronokkan sekiranya guru benar-benar memainkan peranan mereka sebagai pendidik, bukan pengajar.

Fikirkan hak anak-anak yang telah dicuri dari mereka. Jadikan alam persekolahan merupakan alam persekolahan yang menyeronokkan dan mencabar mereka. Berikan ruang untuk mereka berfikir dan menyatakan pendapat mereka tanpa ragu-ragu.

Usaha yang dijalankan Kementerian Pelajaran diharapkan akan dapa melahirkan generasi yang terdiri daripada para pemikir yang mampu membawa Mlaysai kepada hala tuju yang direncanakan. Zaman globalisasi yang penuh pancaroba dan semakin canggih diharapkan dapat dilalui oleh pelajar-pelajar yang ingin kita lahirkan. Mereka tidak lagi boleh dididik dengan cara emikiran tradisional yang hanya meletakkan masyakarat kita pada tahap yang sama. Oleh itu, "didiklah anakmu mengikut zamannya, kerana zamannya adalah berbeza sekali dengan zaman ibu bapa" -Sayidina Umar Al-Khattab r.a.

20

BIBLIOGRAFI Ainon dan Abdullah. (1994). Teknik Berfikir. Kuala Lumpur :Utusan Publications and Distributors Dr Rosnanaini Sulaiman, Maimun Aziz dan Mok Soon Sang. (2011). Kemahiran Berfikir. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd Poh Swee Hiang. (2005). Kemahiran Berfikir. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn Bhd Som Hj Nor dan Mohd Dahalan Mohd Ramli. (1998). Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif. Selangor : Longman Sdn Bhd Syed Alwi Al-Atas. (2012). Mudahkan Jangan Susahkan. Selangor : Galeri Ilmu Sdn Bhd. Tun Dr Mahathir Mohamad. (2012). Doktor Umum (Memoir Tun Dr Mahathir Mohamad). Selangor : MPH Group Publishing

Bahagian Teknologi Pendidikan (2011). Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025. Kuala Lumpur: Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Diperoleh semula pada 10 Julai 2013 daripada http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20121229/re_01/Kemahiran-berfikirdalam-pendidikan Diperoleh semula pada 26 Jun 2013 daripada http://www.sinarharian.com.my/nasional/15-793-calon-spm-2012-peroleh-semua-a1.141691 Diperoleh semula pada 13 Jun 2013 daripada http://www.smithsonianmag.com/people-places/Why-Are-Finlands-SchoolsSuccessful.html Diperoleh semula pada 15 Julai 2013 daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Pendidikan_di_Malaysia Diperoleh semula pada 10 Julai 2013 daripada http://www.puterikasih.com/2012/03/akibat-gagal-spm-remaja-minum-racun/

21

LAMPIRAN

Lampiran 1: Antara penyelewengan atau rasuah yang dilakukan oleh individu yang cemerlang akademiknya

22

Lampiran 2: Seperti situasi di atas, guru perlu memberi ruang kepada pelajar untuk menyatakan pendapat mereka walaupun salah.

23

Lampiran 3 : 9 jenis kecerdasan yang diperkenalkan Howard Gardner yang berbeza bagi setiap individu.

24

Lampiran 5: "This is what we do every day," says Kirkkojarvi Comprehensive School principal Kari Louhivuori, "prepare kids for life." (Stuart Conway)

Lampiran 6 : Aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025

25

26

Anda mungkin juga menyukai