Anda di halaman 1dari 18

IKRAR PUTERI

BENDERA PPIM
 Bendera PPIM berbentuk segiempat, berwarna merah jambu, dan
ditengah-tengah terdapat lencana pergerakan. Ukuran lencana adalah
sepertiga daripada ukuran bendera.
   
 Penggunaan
         - Setiap upacara rasmi
         - Tatacara Perjumpaan
   
 Kedudukan Bendera dalam Tatacara Perjumpaan

Bendera Bendera Bendera


Negeri Malaysia PPIM

KEANGGOTAAN
Keahlian Pergerakan Puteri Islam Malaysia terbuka kepada kaum
wanita di semua peringkat:-
 
         
  Suri rumah tanpa had umur
         
  Wanita yang bekerja samada di sektor awam atau swasta
         
  Gadis-gadis atau remaja lepasan sekolah
         
  Pelajar-pelajar di institusi pengajian tinggi awam atau swasta
         
  Pelajar-pelajar di Sekolah Menengah dan Rendah berusia 10
tahun ke atas

LAGU PUTERI
LENCANA PPIM
LENCANA PUTERI

LENCANA PEMIMPIN
Logo PPIM
PENGERTIAN LOGO

 Logo PPIM dibentuk dengan suatu lingkungan bulat berwarna hijau diapit dengan lingkungan

berwarna kuning dan di dalam lingkungan hijau itu bertulis PERGERAKAN PUTERI

ISLAM MALAYSIA

 Di tengah logo tersebut terdapat satu bulatan PUTIH dan di  dalamnya ditulis dengan huruf

jawi Permulaan daripada  perkataan “PERGERAKAN PUTERI ISLAM."( Pa Pa Alif)

 Di bawah logo ini tertulis perkataan :-

         “PUTERI"-Bagi Ahli-Ahli Puteri

       “PEMIMPIN PUTERI" -Bagi Pemimpin-Pemimpin


PENGERTIAN WARNA

 Merah Samar : Melambangkan keharmonian dan kelembutan

 Hijau : Agama

 Taqwa sebagai TERAS

 Putih : Kesucian

 Kuning : Kesetiaan dan ketaatan


 

MATLAMAT PPIM
Menerusi Penggubalan kurikulum yang komprehensif dan perlaksanaan secara
gabung jalin dan bersepadu. PPIM berharap agar mencapai matlamat seperti
berikut

 Mengimbangkan antara perkembangan intelektual, sosial, fizikal dan


spiritual puteri-puteri melalui penyemaian, penyuburan dan pengukuhan
nilai-nilai pendidikan.

 Mengukuhkan perhubungan dan pertalian silaturrahim di kalangan puteri-


puteri.

 Meningkatkan minat dan bakat puteri-puteri di dalam pelbagai bidang


gerakerja kokurikulum sekolah, institut, maktab, kolej dan universiti.

 Meningkatkan disiplin diri puteri-puteri.

 Menggalakkan iklim persekolahan yang terbuka dan menyeronokkan.

 Meningkatkan kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah


dengan ibubapa dan masyarakat, khasnya masyarakat setempat

OBJEKTIF PPIM
Objektif Pergerakan Puteri Islam Malaysia digubal dengan tujuan untuk
merealisasikan kandungan falsafahnya. Walaubagaimanapun Pergerakan Puteri
Islam Malaysia menyedari bahawa terdapatnya perbezaan umur dan perbezaan
keperluan berdasarkan perbezaan kemampuan diantara ahli-ahli dari kalangan
para pelajar sekolah menengah dan rendah dengan institusi pengajian tinggi,
maka Pergerakan Puteri Islam Malaysia menggariskan objektif-objektif yang
sesuai dengan keprihatinan diri masing-masing seperti berikut:- 

Objektif di Peringkat Sekolah


Objektif Pergerakan Puteri Islam Malaysia di peringkat sekolah rendah dan
menengah disusun dengan tujuan seperti berikut:-
1.1  Melahirkan satu masyarakat muda yang

       Taat kepada Allah, Raja dan Negara

       Berilmu

       Berakhlak mulia

       Berbakti kepada masyarakat

1.2  Membimbing gadis-gadis dalam segi akhlak, rohani dan jasmani supaya
menjadi insan kamilah,   berilmu, mengajar dan memperkenalkan Islam supaya
kelak hidup mereka berasaskan jalan  yang diterima Allah S.W.T. dan dapat
berbakti untuk Agama, Nusa dan Bangsa.

1.3  Membentuk sebuah kumpulan yang beridentiti sendiri, progresif dan di


terima masyarakat.

1.4  Mengukuhkan persaudaraan antara generasi muda dan menghormati


generasi tua.
Objektif di Peringkat Institusi Pengajian Tinggi (Kerajaan dan Swasta)
Objektif Pergerakan Puteri Islam Malaysia di peringkat institusi pengajian tinggi
bertujuan, disamping memperkukuhkan segala apa yang termaktub di dalam 4.1
di atas adalah juga untuk:-

2.1 Melahirkan pemimpin yang cekap, berketrampilan, berwibawa, berdedikasi


dan mempunyai wawasan bagi mewujudkan masyarakat remaja yang mampu:

 Menghayati dan mengamalkan ketaatan kepada Allah S.W.T., Rasul


S.A.W dan pemerintah serta cintakan Negara.

 Menguasai berbagai bidang ilmu.

 Berakhlak mulia.

 Berbakti kepada masyarakat tanpa mengira keturunan dan masyarakat.

2.2 Membimbing para pemimpin pelatih PUTERI dari segi intelek, akhlak, emosi,
rohani dan jasmani supaya menjadi insan kamilah, berilmu, berdaya maju,
berdaya juang, berdaya tahan dan berketrampilan.

2.3 Menyemai rasa cinta dan selesa dengan ajaran Islam supaya hidup mereka
kelak berasaskan jalan yang diredhai Allah S.W.T. dan dapat berbakti kepada
keluarga, agama, bangsa dan Negara.

2.4 Membentuk sebuah kumpulan yang beridentiti sendiri dan berwawasan,


progresif, berfikiran terbuka serta mampu menjadi penggerak masyarakat.

2.5 Mengukuh persaudaraan antara generasi muda dan menghormati generasi


tua serta menjadi penghubung kesinambungan antara generasi lama dan baru.

Objektif di Peringkat Luar Sekolah (Skuad Puteri)


3.1 Untuk membimbing ahli-ahli Skuad Puteri malalui satu proses pendidikan
yang berlanjutan, tersusun dan bersistem yang boleh membantu mereka melalui
daya usaha sendiri, untuk mengembangkan kemampuan supaya dapat
menghulurkan bantuan kepada masyarakat yang memerlukan. Dengan cara ini,
puteri berupaya menyesuaikan diri dengan kehendak masyarakat.

3.2 Untuk membantu ahli-ahli Skuad Puteri membuat penyesuaian dan


sosioekonomi dengan keadaan persekitaran

3.3 Mengalami kesulitan-kesulitan yang menggangu klien atau masalah yang


dihadapi oleh klien supaya memahami keperluan klien dan seterusnya memberi
bantuan.

3.4 Bagi membentuk sifat-sifat sosial yang positif dan menggalakkan puteri
berfikiran secara rasional.

3.5 Membiasakan diri ahli puteri dengan budaya kerja berdisplin yang maksima
agar mencapai matlamat perkembangan kendiri yang munasabah.

3.6 Memperkembangkan minat, bakat dan kebolehan puteri ke tahap yang paling
optima.

3.7 Mewujudkan serta merapatkan perhubungan yang sihat di antara ahli-ahli


Skuad dengan masyarakat atau kelompok klien yang siknifikan, untuk menyelami
dan mengenalpasti keperluan kedua-dua belah pihak.

3.8 Menggalakkan integrasi masyarakat melalui kerja-kerja yang ditangani


bersama untuk warga Malaysia demi keutuhan Negara tercinta.

uNIFORM
BAJU KAWAD BAJU PEMIMPIN

BAJU PUTERI BAJU RIADAH


VISI PPIM

Melahirkan generasi masyarakat yang mempunyai ciri-ciri berikut :

 Beriman dan berakhlak murni berdasarkan prinsip-prinsip Islam.

 Mempunyai kesihatan diri dan mampu ;membangunkan diri secara


bersepadu iaitu dari
segi spiritual, intelektual, emosi, sosial dan fizikal.

 Mempunyai rasa kasih dan hubungan silaturrahim sesama puteri dan


terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara
MISI PPIM

 Memperlihatkan kepada puteri kebenaran Al-Quran dan hadith di dalam


konteks alam dan kehidupan yang nyata melalui program- program yang
dijalankan.

 Memberikan pendidikan dan latihan tidak formal kepada masyarakat


khususnya puteri melalui aktiviti-aktiviti yang mencabar dan menarik.

 Melengkapkan puteri dan masyarakat dengan pengetahuan dan


kemahiran supaya dapat menyumbang secara positif kepada diri,
keluarga dan masyarakat.
FALSAFAH

Pergerakan Puteri Islam Malaysia adalah sebuah pergerakan berpakaian


seragam yang bergerak pada Peringkat Kebangsaan, Negeri dan Daerah di
Institut Pengajian Tinggi, Maktab-maktab Perguruan dan sekolah-sekolah
Menengah dan Rendah. Aktivitinya yang dijalankan sebagai ko-kurikulum
secara formal dan tidak formal adalah bertujuan membimbing puteri-puteri
ke arah penyuburan dan pengembangan potensi-potensi diri secara
menyeluruh dan bersepadu demi mewujudkan insan PUTERI yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah S.W.T. Usaha ini adalah bertujuan
untuk menterjemahkan ke dalam diri PUTERI ciri-ciri rakyat Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab
dan berupaya mencapai kesejahteraan diri serta mampu dan bersedia
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran bangsa,
masyarakat dan negara selaras dengan ajaran Islam.

COGAN KATA PUTERI

BERILMU
BERIMAN

BERAMAL

SULUH KATA PUTERI

P – Patuh kepada ibu bapa


U – Ugama/ agama berteraskan Al-quran dan Al
hadith

T -Taat kepada Allah dan Rasul


E -Erat ukhuwwah Islamiah
R -Rela berbakti kerana Allah
I -Iman dipupuk, Ilmu dituntut

I - Insaf diri, ia kepunyaan Allah dan kepada Allah


ia kembali

S - Solat ditunai setiap waktu

L - Larangan Allah dijauhi

A - Akhlak mulia pengukuh keimanan

M - Muslimah Mukminah rakyat seperjuangan

Anda mungkin juga menyukai