Anda di halaman 1dari 10

FALSAFAH PPIM

Pergerakan Puteri Islam Malaysia adalah sebuah pergerakan berpakaian seragam


yang bergerak pada peringkat kebangsaan, negeri dan daerah di institut pengajian
tinggi, maktab-maktab perguruan serta sekolah-sekolah menengah dan rendah.
Aktiviti yang dijalankan sebagai ko-kurikulum secara formal dan tidak formal
adalah bertujuan membimbing puteri-puteri ke arah penyuburan dan pengembangan
potensi-potensi diri secara menyeluruh dan bersepadu demi mewujudkan insan
PUTERI yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah SWT. Usaha ini adalah
bertujuan untuk menterjemahkan ke dalam diri PUTERI ciri-ciri rakyat Malaysia
yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab
dan berupaya mencapai kesejahteraan diri serta mampu dan bersedia memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran bangsa , masyarakat dan negara
selaras dengan ajaran Islam.
MATLAMAT PPIM
• Mengimbangkan antara perkembangan intelektual, sosial dan fizikal puteri-puteri
melalui penyemaian, penyuburan dan pengukuhan nilai-nilai pendidikan.
• Mengukuhkan perhubungan dan pertalian silaturahim di kalangan puteri-puteri.
• Meningkatkan minat dan bakat puteri-puteri dalam pelbagai bidang gerak kerja ko-
kurikulum sekolah, institut, maktab, kolej dan universiti.
• Meningkatkan disiplin diri puteri-puteri.
• Menggalakkan iklim persekolahan yang terbuka dan menyeronokkan.
• Meningkatkan hubungan dan sumbangan dua hala antara sekolah dengan ibu bapa dan
masyarakat, khususnya masyarakat setempat
OBJEKTIF PPIM
1.1 Melahirkan satu masyarakat muda yang:-
 Taat kepada Allah, Raja dan Negara
 Berilmu
 Berakhlak mulia
 Berbakti kepada masyarakat

1.2 Membimbing gadis-gadis dalam segi akhlak, rohani dan jasmani supaya menjadi insan
kamilah, berilmu, mengajar dan memperkenalkan Islam supaya kelak hidup mereka
berasaskan jalan yang diterima Allah S.W.T. dan dapat berbakti untuk Agama, Nusa dan
Bangsa.
1.3 Membentuk sebuah kumpulan yang beridentiti sendiri, progresif dan di terima
masyarakat.
1.4 Mengukuhkan persaudaraan antara generasi muda dan menghormati generasi tua.
Logo PPIM dibentuk
Di tengah logo terdapat
dengan suatu linkungan
bulatan putih dan di
bulat berwarna hijau
dalamnya ditulis dengan
diapit dengan lingkungan
huruf jawi permulaan
berwarna kuning dan di
daripada perkataan
linkungan hijau dalamnya
PERGERAKAN PUTERI
ditulis dengan huruf
ISLAM (pa pa alif)
PERGERAKAN
PUTERI ISLAM
MALAYSIA

PENGERTIAN WARNA Di bawah logo ini tertulis


Merah Samar : Melambangkan Keharmonian perkataan PUTERI bagi ahli-ahli
dan Kelembutan puteri dan PEMIMPIN PUTERI
Hijau : Agama - Taqwa sebagai TERAS bagi Guru Pemimpin puteri.
Putih : Kesucian
Kuning : Kesetiaan dan Ketaatan
BENDERA PPIM
COGAN KATA

- BERILMU -
- BERIMAN -
- BERAMAL -
LAGU PPIM
Puteri Lembaga Islam Riang Gembira Belajar Mencapai Kemajuan
Tetap Taat Kepada Allah Dan Raja Bersemangat Penuh Keimanan
Berkorban Untuk Agama Dan Negara Puteri Lembaga Islam Riang Gembira
Dunia Akhirat Mendapat Bahagia Tetap Taat Kepada Allah Dan Raja
Berusaha Mencari Pengetahuan Berkorban Untuk Agama Dan Negara
Berbakti Membuat Kebajikan Dunia Akhirat Mendapat Bahagia
IKRAR PPIM

BAHAWA KAMI, AHLI-AHLI PERGERAKAN PUTERI ISLAM


MALAYSIA, BERIKRAR AKAN;

• Taat kepada Allah, Rasul, pemerintah, guru dan ibubapa


• Memperkukuhkan iman dan memperbaiki akhlak
• Membangunkan diri dengan sempurna
• Mengukuhkan silaturrahim sesama puteri
SULUH KATA PPIM
P - Patuh kepada ibubapa
U - Ugama/Agama berteraskan Al-Quran dan Al-Hadith
T - Taat kepada Allah dan Rasul
E - Erat ukhwah Islamiyah
R - Rela berbakti kerana Allah
I - Iman dipupuk ilmu dituntut

I - Insaf diri: Ia kepunyaan Allah dan kepada Allah ia Kembali


S - Solat ditunai setiap waktu
L - Larangan Allah dijauhi
A - Akhlak mulia pengukuh keimanan
M - Muslimah Mukminah rakyat seperjuangan

Anda mungkin juga menyukai