Anda di halaman 1dari 12

PPIM adalah sebuah pergerakan berpakaian seragam yang bergerak pada

peringkat Kebangsaan, Negeri, dan Daerah di Institut Pengajian Tinggi,


Maktab-maktab perguruan dan sekolah-sekolah menengah dan rendah.
Aktivitinya yang dijalankan sebagai Ko-Kurikulum secara formal dan tidak
formal adalah bertujuan membimbing puteri-puteri ke arah penyuburan dan
pengembangan potensi-potensi diri secara menyeluruh dan bersepadu demi
mewujudkan insan PUTERI yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
ALLAH S.W.T. Usaha ini adalah bertujuan untuk menterjemahkan ke dalam
diri PUTERI ciri-ciri rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berupaya mencapai
kesejahteraan diri serta mampu dan bersedia memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran bangsa, masyarakat dan Negara selaras
dengan ajaran Islam.
 Menyeimbangkan antara perkembangan intelektual, sosial, fizikal dan spiritual
puteri-puteri melalui penyemaian, penyuburan dan pengukuhan nilai-nilai
pendidikan.

 Mengukuhkan perhubungan dan pertalian sillaturrahim dalam kalangan puteri-


puteri.

 Meningkatkan minat dan bakat Puteri-Puteri di dalam pelbagai bidang gerakerja


kokurikulum sekolah, institusi, maktab, kolej dan universiti.

 Meningkatkan disiplin Puteri-Puteri.

 Menggalakkan iklim persekolahan yang terbuka dan menyeronokkan.

 Meningkatkan kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah dengan ibubapa
dan masyarakat, khasnya masyarakat setempat.
1. Melahirkan satu masyarakat muda yang ;-
· Taat kepada Allah, Raja dan Negara
· Berilmu
· Berakhlak mulia
· Berbakti kepada masyarakat

2. Membimbing gadis-gadis dalam segi akhlak, rohani dan jasmani supaya menjadi insan
kamilah, berilmu, mengajar dan memperkenal islam supaya kelak hidup mereka
berasaskan jalan yang diterima ALLAH S.W.T dan dapat berbakti untuk Agama, Nusa
dan Bangsa.

3. Membentuk sebuah kumpulan yang beridentiti sendiri, progresif dan diterima


masyarakat.

4. Mengukuhkan persaudaraan antara generasi muda dan menghormati generasi tua.


 Beriman dan berakhlak murni berlandaskan prinsip-prinsip islam.

 Mempunyai kesihatan diri dan mampu membangunkan diri secara


bersepadu iaitu dari segi spiritual, intelektual,emosi, sosial dan fizikal.

 Mempunyai rasa kasih dan hubungan sillaturrahim sesama ahli puteri


dan terhadap diri, keluarga, masyarakatnya dan negaranya.
 Memperlihatkan kepada puteri kebenaran Al-Quran dan Hadith di
dalam konteks alam dan kehidupan yang nyata melalui program-
program yang dijalankan.

 Memberikan pendidikan dan latihan tidak formal kepada puteri-puteri


melalui aktiviti-aktiviti yang mencabar dan menarik minat.

 Melengkapkan puteri dengan pengetahuan dan kemahiran supaya


dapat menyumbang secara positif kepada diri, keluarga dan
masyarakat.
PENGERTIAN LOGO
 Logo PPIM dibentuk dengan suatu lingkungan bulat berwarna hijau diapit dengan
lingkungan berwarna kuning dan di dalam lingkungan hijau itu bertulis
''PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA''

 Di tengah logo tersebut terdapat satu bulatan PUTIH dan di dalamnya ditulis
dengan huruf jawi (Permulaan daripada perkataan “PERGERAKAN PUTERI
ISLAM."( Pa Pa Alif)

Di bawah logo ini tertulis perkataan:

 “PUTERI"-Bagi Ahli-Ahli Puteri


 “PEMIMPIN PUTERI" -Bagi Pemimpin-Pemimpin

PENGERTIAN WARNA
 Merah Samar : Melambangkan keharmonian dan kelembutan
 Hijau : AgamaTaqwa sebagai teras
 Putih : Kesucian
 Kuning : Kesetiaan dan ketaatan
Nota:

· Bendera PPIM berbentuk segiempat, berwarna merah jambu, dan ditengah-tengah


terdapat lencana pergerakan. Ukuran lencana adalah sepertiga daripada ukuran bendera.

· Penggunaan;-
a) Setiap upacara rasmi
b) Tatacara perjumpaan

· Kedudukan Bendera dalam Tatacara perjumpaan:


a) Bendera Negeri
b) Bendera Malaysia
c) Bendera PPIM
BERILMU
BERIMAN
BERAMAL

Puteri lembaga islam riang gembira


Tetap taat kepada Allah dan Raja
Berkorban untuk agama dan Negara
Dunia akhirat mendapat bahagia
Berusaha mencari pengetahuan
Berbakti membuat kebajikan
Belajar mencapai kemajuan
Bersemangat penuh keimanan.

Puteri lembaga islam riang gembira


Tetap taat kepada Allah dan Raja
Berkorban untuk agama dan Negara
Dunia akhirat mendapat bahagia

Bahawasanya kami, ahli-ahli PPIM, berikrar akan :


 Taat kepada Allah , Rasul, Pemerintah, Guru dan Ibubapa

 Memperkukuhkan iman dan memperbaiki akhlak

 Membangunkan diri dengan sempurna

 Mengukuhkan sillaturrahim sesama puteri

 Berkhidmat untuk keluarga, masyarakat dan Negara.

P- Patuh kepada ibubapa


U- ugama/ agama berteraskan Al-Quran dan Al-Hadith
T- Taat kepada Allah dan Rasul
E- Erat Ukhuwah Islamiyah
R- Rela berbakti kerana Allah
I- Iman dipupuk ilmu dituntut

I- Insaf diri- Ia kepunyaan Allah dan kepada Allah ia kembali

S- Solat ditunai setiap waktu


L- Larangan Allah dijauhi
A- Akhlak mulia pengukuh keimanan
M- Muslimah Mukminah rakyat seperjuangan.
 NAMA :_____________________________________________
 NO. KAD PENGENALAN :______________________________
 ALAMAT RUMAH : ___________________________________
______________________________________________________
 SEKOLAH :________________________________________
 ALAMAT SEKOLAH : __________________________________
______________________________________________________
 TAHAP PENCAPAIAN SIJIL PUTERI :
PERSIJILAN PUTERI TANDA ( / ) TAHUN
PUTERI BONGSU
PUTERI KECIL
PUTERI TENGAH
PUTERI SULONG

Anda mungkin juga menyukai