Anda di halaman 1dari 9

FALSAFAH PPIM

Pergerakan Puteri Islam Malaysia adalah sebuah pergerakan berpakaian

seragam yang bergerak pada peringkat kebangsaan, negeri dan daerah di institut

pengajian tinggi , maktab-maktab perguruan serta sekolah-sekolah menengah dan

rendah. Aktiviti yang dijalankan sebagai ko-kurikulum secara formal dan tidak

formal adalah bertujuan membimbing puteri-puteri ke arah penyuburan dan

pengembangan potensi-potensi diri secara menyeluruh dan bersepadu demi

mewujudkan insan PUTERI yang seimbang dan harmonis dari segi intelek , rohani

,emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah SWT.

Usaha ini adalah bertujuan untuk menterjemahkan ke dalam diri PUTERI ciri-ciri

rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan , berketerampilan , berakhlak mulia ,

bertanggungjawab dan berupaya mencapai kesejahteraan diri serta mampu dan

bersedia memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran bangsa ,

masyarakat dan negara selaras dengan ajaran Islam.


MATLAMAT

Menerusi Penggubalan kurikulum yang komprehensif dan bersepadu, PPIM berharap

agar mencapai matlamat seperti :

1. Menyeimbangkan antara perkembangan intelektual , sosial , fizikal dan

spiritual puteri-puteri melalui penyemaian , penyuburan dan pengukuhan nilai-

nilai pendidikan.

2. Mengukuhkan perhubungan dan pertalian silaturrahim di kalangan puteri-

puteri.

3. Meningkatkan minat dan bakat puteri-puteri di dalam pelbagai bidang gerak

kerja ko-kurikulum sekolah, institut , maktab , kolej dan universiti.

4. Meningkatkan disiplin puteri-puteri.

5. Menggalakkan iklim persekolahan terbuka dan menyeronokkan.

6. Meningkatkan kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah dengan ibu

bapa dan masyarakat khasnya masyarakat setempat.


OBJEKTIF

Objektif PPIM pada peringkat sekolah rendah dan menengah disusun dengan tujuan

seperti berikut :

Melahirkan satu masyarakat muda yang

i. Taat kepada Allah , raja dan Negara

ii. Berilmu.

iii. Berakhlak mulia

iv. Berbakti kepada masyarakat

1. Membimbing gadis-gadis dari segi akhlak , rohani dan jasmani supaya menjadi

insan kamilah , berilmu mengejar dan memperkenalkan Islam supaya kelak

hidup mereka berasakan jalan yang diterima Allah SWT dan dapat berbakti

untuk agama , nusa dan bangsa.

2. Membentuk sebuah kumpulan yang beridentiti sendiri progresif dan diterima

masyarakat.

3. Mengukuhkan persaudaraan antara generasi muda dan menghormati generasi

tua.
VISI PPIM

Melahirkan generasi masyarakat yang mempunyai ciri-ciri berikut :

 Beriman dan berakhlak murni berdasarkan prinsip-prinsip Islam.

 Mempunyai kesihatan diri dan mampu membangunkan diri secara


bersepadu iaitu dari 
segi spiritual, intelektual, emosi, sosial dan fizikal.

 Mempunyai rasa kasih dan hubungan silaturrahim sesama puteri dan


terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara.   

MISI

 Mendedahkan puteri tentang kebenaran Agama Islam melalui aktiviti yang

dijalankan.

 Memberikan latihan yang tidak formal melalui aktiviti yang mencabar dan

mampu menarik minat puteri.

 Melengkapkan puteri dengan pengetahuan dan kemahiran agar mampu

memberi sumbangan secara aktif dan positif.


LAGU PUTERI ISLAM MALAYSIA

Puteri Lembaga Islam riang gembira.

Tetap taat kepada Allah dan raja .

Berkorban untuk Agama dan Negara

Dunia Akhirat mendapat bahagia

Berusaha mencari pengetahuan

Berbakti membuat kebajikan

Belajar mencapai kemajuan

Bersemangat penuh keimanan

Puteri Lembaga Islam riang gembira.

Tetap taat kepada Allah dan raja .

Berkorban untuk Agama dan Negara

Dunia Akhirat mendapat bahagia


P atuh kepada ibubapa
U gama/agama berteraskan Al-Quran dan Al-Hadith

T aat kepada Allah dan Rasul

E rat ukhwah Islamiyah

R ela berbakti kerana Allah

I man dipupuk ilmu dituntut

I nsaf diri: Ia kepunyaan Allah dan kepada Allah ia kembali (InnalilLahi wa inna
ilayhi raji’un)

S olat ditunai setiap waktu

L arangan Allah dijauhi

A khlak mulia pengukuh keimanan

M uslimah Mukminah rakyat seperjuangan


BERILMU

BERIMAN

BERAMAL
IKRAR PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA

Bahawa kami, ahli-ahli Pergerakan Puteri Islam Malaysia,


berikrar akan :

 Taat kepada Allah, Rasul, Pemerintah, guru dan ibu bapa.

 Memperkukuhkan iman dan memperbaiki akhlak.

 Membangunkan diri dengan sempurna.

 Mengukuhkan silaturrahim.
LOGO

Anda mungkin juga menyukai