Anda di halaman 1dari 2

NUR ALEEYA NATASYA BINTI MOHD PAZLI

SKFT1/311/18
SK TENGGAROH 1

TAJUK PIDATO : HIKMAH COVID-19

Sekalung kasih saya hulurkan kepada saudari/a pengerusi majlis, salam penuh

keadilan saya ucapkan kepada barisan panel hakim yang sentiasa bersama panji

keadilan, salam penuh penghargaan kepada penjaga masa yang sentiasa peka

bersama detik-detiknya, dan salam penuh ukuwah buat warga dewan yang jauh

dimata namun dekat dihati. BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM sebagai

pembuka bicara. ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA saya ucapkan.

Berdirinya saya disini ,bukanlah untuk  membuang masa hadirin,bukan pula untuk

mengalunkan irama pop yeh yeh ,akan tetapi saya ingin menyampaikan pidato yang

bertajuk Hikmah Covid-19.

Di balik setiap musibah pasti ada hikmah yang boleh diambil dari musibah

virus corona ini. Pertama, Allah s.w.t menegur dan mengingatkan kita bahawa

manusia adalh makluk yang lemah. Ketika virus corona muncul dan terinfeksi dan

banyak pula yang kehilangan nyawa. Manusia bukanlah makhluk yang super kuat

tetapi Allah adalah Zat yang maha kuat. Kita tidak berdaya ketika Allah

menurunkan penyakit bernama Covid-q9 ini. Maka berserah diri kepada Allah

semata dan diiringi ikhtiar dan doa.

Hadirin sekalian sidang penonton penuh santun, kedua musibah Covid 19 ini

meyedarkan kita akan pentingnya menjaga kebersihan diri. Islam adalah agama

yang memetingkan kebersihan baik jasmani mahupun rohani. Allah s.w.t.

berfirman ‘sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan orang-

orang yang mensucikan diri’ (Surah Al Baqarah : 222). Maksud ayat ini adalah

Allah menyukai hamba-hamba yang banyak bertaubat dari segala kekejian.

Sesungguhnya kebersihan adalah sebahagian daripada iman.


NUR ALEEYA NATASYA BINTI MOHD PAZLI
SKFT1/311/18
SK TENGGAROH 1

TAJUK PIDATO : HIKMAH COVID-19


Kite perlulah sentiasa mencuci tangan menggunakan sabun dan pencuci

tangan. Menjaga wuduk merupakan salah satu cara bagi mencegah terkena Covid

19 kerana orang yang berwuduk secara automatik akan membersihkan tubuh dan

kulitnya.

Ketiga, dengan meningkatnya hubungan sosial dalam kalangan masyarakat,

pandemik Covid 19 telah meragut ramai nyawa dan mendapat perhatian seluruh

masyarakat. Masyarakat turut bersimpati dan bersama-sama membantu mereka

yang terkena jangkitan ini. Sebahagian warga memberi sumbangan pelitup muka,

dan pencuci tangan kepada warga yang kurang mampu. Sebahagian lain juga

menyumbang alat pelindung diri bagi hospital dan kepada para petugas kesihatan.

Oleh itu, hadirin bukalah mata dan minda, sama-sama kita memulakan

anjakan paradigma dan menanamkan sikap menjaga kebersihan diri. Tepuk dada,

tanyalah minda, tepuk dahi, fikirlah sendiri. Sekian, wabillah hi taufik wal

hidayah, wassalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh. Pemidato bestari

mohon permisi.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai